Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Sejarah Yahudi Part 2

11. Di antara kabilah yang datang ke kawasan ini (antara dua sungai) ialah kabilah
Ibrani (kalimah Ibrani bermaksud Nabi Ibrahim dan anak-anaknya selain daripada
Nabi Ismail a.s dan keturunannya).

12. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di Iraq. Bapanya bernama Azar bekerja sebagai
pembuat patung dan menjual kepada penyembah berhala. Melalui hidayat Allah
SWT Nabi Ibrahim telah dipilih untuk membawa risalah Tauhid kepada kaumnya.
Malangnya risalah yang dibawa telah mendapat tentangan yang hebat dari kaumnya
sendiri sehinggalah Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup. Akhirnya Nabi Ibrahim
terpaksa berhijrah bersama isterinya Sarah, dua anak saudaranya Luth dan
beberapa teman serta pengikutnya meniggalkan negara Iraq.

13. Dalam perjalanan mencari tempat untuk menyambung kehidupan, mereka telah
menuju ke bumi Syria kemudian meneruskan perjalanan mereka ke bumi Kan'an
dan selepas itu ke bumi Palestin. Di sepanjang perjalanan mereka hanya menternak
dan mengembala binatang.

14. Selepas beberapa ketika, Nabi Ibrahim a.s bersama isterinya Sarah telah
berhijrah ke Mesir yang pada ketika itu di bawah pemerintahan Haxsos. Mengikut
beberapa riwayat, Maharaja Mesir tertarik dengan kecantikan Sarah apabila dia ingin
menghampiri Sarah tiba-tiba dia menggigil, maka dia merasa bersalah dan
mengembalikan semula Sarah kepada Nabi Ibrahim lalu menghadiahkan pula
seorang permaisuri Mesir yang bernama Hajar.

15. Sarah ialah seorang isteri yang mandul maka dia mencadangkan kepada Nabi
Ibrahim supaya mengahwini Hajar. Setelah beberapa lama perkahwinan Ibrahim dan
Hajar, mereka dikurniakan seorang putera yang diberi nama Ismail. Kelahiran Ismail
telah menimbulkan rasa cemburu di hati Sarah lantas dia meminta daripada
suaminya agar memisahkan Hajar dan anaknya daripada mereka berdua.

16. Nabi Ibrahim a.s telah membawa puteranya yang pertama bersama isterinya
Hajar menuju ke suatu tempat yang tidak mempunyai tanaman dan air. Akhirnya
tempat tersebut dikenali sebagai Baitullah.
17. Selepas 14 tahun kelahiran Ismail, isteri Nabi Ibrahim yang pertama iaitu Sarah
telah melahirkan seorang putera yang bernama Ishak. Ishak mempunyai dua orang
putera yang bernama Iesu dan Yaacob.

18. Yaacob digelar sebagai Israel dan mempunyai 12 orang anak. Daripada
merekalah datangnya 12 keturunan Bani Israel. Yaacob juga mempunyai empat
orang isteri iaitu ;-

i- Laiah; anak sulung kepada bapa saudaranya. Mempunyai enam orang anak iaitu
Raubin, Syam'un, Lawai, Yahouza, Yashaki dan Zabuloun.

ii- Adik kepada Laiah bernama Rahil (isteri yang paling disayangi oleh Yaacob).
Mempunyai dua orang anak iaitu Yusuf dan Bunyamin.

iii- Zalfah; hamba kepada Laiah. Mempunyai dua orang anak iaitu Jadd dan Ashir.

iv- Balhah; hamba kepada Rahil. Mempunyai dua orang anak iaitu Dann dan
Naftaley.

You might also like