Buku Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM 1side Print

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 44

PANDUAN

PELAKSANAAN AKTIVITI PELAJAR


institut pendidikan guru
kementerian pendidikan malaysia

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PANDUAN
PELAKSANAAN AKTIVITI PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Diterbitkan oleh

Pusat Hal Ehwal Pelajar


Institut Pendidikan Guru Malaysia
2020

i
KANDUNGAN
Muka Surat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Definisi Istilah 2

3.0 Tujuan 3

4.0 Panduan Umum 3

5.0 Carta Alir 6

6.0 Panduan Pelaksanaan Aktiviti 7

7.0 Kronologi 20

8.0 Lampiran

Lampiran 1 Contoh Borang Pendaftaran


Kelab/Persatuan 22

Lampiran 2 Contoh Perlembagaan 23

Lampiran 3 Contoh Format Penyediaan Kertas 28


Cadangan

Lampiran 4 Contoh Format Penyediaan Kertas Kerja 29

Lampiran 5 Proses Kerja Lawatan Pelajar Ke Luar 30


Negara (Persendirian)

Lampiran 6 Senarai Semak Permohonan Lawatan Ke 31


Luar Negara (Secara Persendirian)

Lampiran 7 Proses Kerja Lawatan Pelajar Ke Luar 32


Negara (Berkumpulan)

Lampiran 8 Senarai Semak Permohonan Lawatan Ke 33


Luar Negara (Secara Berkumpulan)

Lampiran 9 Borang Permohonan Aktiviti Pelajar 34

Lampiran 10 Kriteria Aktiviti 35

Lampiran 11 Contoh Format Laporan Aktiviti 37

iii
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

1.0 PENGENALAN

Aktiviti kurikulum dan kokurikulum di Institut Pendidikan Guru (IPG)


Kampus adalah berasaskan gerak kerja yang tersusun, terancang dan
merupakan suatu program yang bermanfaat sama ada dalam atau interaksi
kuliah ke arah pembentukan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar yang
berkualiti di peringkat Institut Pendidikan Guru. Pelibatan ini memberi peluang
kepada pelajar untuk menambah, mengukuh serta mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran sebagai pelengkap kepada pembangunan
insaniah pelajar.

Oleh yang demikian, pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)


memandang berat dan serius mengenai kebajikan dan keselamatan pegawai
pengiring dan pelajar semasa menjalankan atau melakukan kegiatan kurikulum
dan kokurikulum. Garis panduan ini menjadi rujukan kepada pelaksanaan
aktiviti yang diguna pakai oleh semua pelajar IPG kampus. Semua pihak perlu
memberi perhatian dan mengambil berat tentang aspek kebajikan dan
keselamatan untuk mengelak kejadian yang tidak diingini semasa melakukan
aktiviti yang dirancang.

Sehubungan itu, Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar Institut


Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang
dikeluarkan ini mampu memberi panduan dan maklumat am kepada pihak yang
menjalankan aktiviti agar perlu memberi perhatian sepenuhnya dalam
melaksanakan aktiviti yang berkaitan supaya dapat melaksanakan dengan
begitu profesional, berkesan dan memberi impak yang positif kepada IPGM
amnya dan IPG kampus khususnya.

1
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

2.0 DEFINISI ISTILAH

2.1. “KPM” merujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia

2.2. “Institut” merujuk kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

2.3. “Kampus” merujuk kepada sebuah institut pendidikan guru yang


diketuai oleh pengarah.

2.4. “Rektor” merujuk kepada individu yang dilantik oleh menteri untuk
mengetuai IPGM.

2.5. “Pengarah” merujuk kepada individu yang mengetuai IPG kampus.

2.6. “Ketua Jabatan/Ketua Unit” merujuk kepada individu yang mengetuai


jabatan/unit.

2.7. “PHEP” merujuk kepada Pusat Hal Ehwal Pelajar.

2.8. “JPI” merujuk kepada Jabatan Pembangunan Insaniah.

2.9. “JHEP” merujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

2.10. “Ketua Unit Pembangunan Insaniah” merujuk kepada individu yang


dilantik oleh pengarah IPG kampus untuk menyelaras semua aktiviti
pelajar di kampus.

2.11. “Pensyarah/ Pegawai pengurusan/ Penasihat/ Jurulatih” merujuk


kepada kakitangan yang mengetuai dan melaksanakan aktiviti pelajar.

2.12. “Pengiring” merujuk kepada Pensyarah/ Pegawai pengurusan/


Penasihat/ Jurulatih yang dilantik untuk mengiringi pelajar dalam sesuatu
aktiviti.

2.13. “Pelajar” merujuk kepada pelajar berdaftar yang menerima pelajaran,


pengajaran atau latihan daripada IPG.

2.14. “Akta 174” ialah Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib 1976).

2.15. “Aktiviti” ialah apa sahaja kegiatan yang dirancang dan dilaksanakan
dalam dan luar waktu interaksi kuliah.

2.16. “Aktiviti berisiko tinggi” ialah apa sahaja kegiatan yang


mendatangkan risiko terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar.

2
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

2.17. “Penyelaras Program” merujuk kepada Pegawai yang dilantik oleh


Pengarah/Ketua Jabatan untuk mengendalikan dan melaksanakan
program.

2.18. “Rasmi” merujuk kepada aktiviti pelajar yang berdaftar dengan kampus.

2.19. “Pihak luar” merujuk agensi/organisasi/individu selain agensi di bawah


KPM.

3.0 TUJUAN
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM adalah bertujuan:
3.1 memaklumkan dan memastikan ketetapan IPGM tentang dasar dan
pelaksanaan aktiviti pelajar di peringkat IPG kampus;

3.2 menyediakan panduan pelaksanaan aktiviti pelajar di peringkat


IPG kampus; dan

3.3 menyediakan maklumat tentang perkara-perkara berkaitan pelaksanaan


aktiviti pelajar IPG kampus.

4.0 PANDUAN UMUM

4.1. “Aktiviti pelajar” merujuk kepada semua aktiviti yang dilaksanakan


oleh pelajar dalam atau luar bilik kuliah yang berbentuk akademik dan
bukan akademik.

4.2. “Aktiviti” merujuk kepada sebarang aktiviti IPG kampus, IPGM, KPM
atau agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan sama ada dalam
negara mahupun luar negara.

4.3. Semua aktiviti IPG kampus, IPGM, KPM atau agensi-agensi kerajaan
dan bukan kerajaan sama ada dalam negara mahupun luar negara perlu
mengikut prosedur berkaitan, selaras dengan Prosedur Pengurusan Hal
Ehwal IPGM dan pekeliling sedia ada serta tidak bertentangan dengan
semua dasar IPGM dan dasar KPM.

3
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

4.4. Semua aktiviti pelajar hendaklah mengikut prosedur Panduan


Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM dan perlu mendapat kelulusan
daripada Pengarah IPG kampus atau Rektor.

4.5 Sebarang perkara berkaitan sumbangan/tajaan hendaklah mengikut


prosedur dan mendapat kelulusan Pengarah IPG kampus / Rektor selagi
tidak menjejaskan imej KPM amnya dan IPGM khususnya.

4.6. Aktiviti yang melibatkan orang kenamaan, (Raja, Menteri


Kabinet,Timbalan Menteri, Menteri Besar, Ketua Setiausaha Negara
(KSN), Ketua Setiausaha Kementerian (KSU), Ahli Parlimen, Wakil
Rakyat dan kerabat diraja perlulah dirujuk kepada JHEP dan Pengarah
IPG kampus sebelum sebarang urusan dibuat secara rasmi. Surat
menyurat berkaitan hal ini perlu melalui pejabat Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia (KPPM). Ini berdasarkan keputusan Memo
Mesyuarat Profesional KPM Bil. 04/2016. Lampiran : Garis Panduan
Pelaksanaan Majlis dan Acara IPG KPM dengan merujuk perkara 3.1,
3.2, 3.3, 3.4, 3.5 dan 3.7.

4.7. Sebarang jemputan berkaitan dengan perkara 4.6, permohonan perlu


melalui PHEP IPGM TIGA bulan sebelum aktiviti. Kelulusan adalah
melalui Rektor dan pejabat KPPM seperti yang terdapat dalam punca
kuasa atau rujukan cabutan Minit Mesyuarat Profesional Kementerian
Pendidikan Malaysia (MPKPM) Bil.04/2016. Lampiran : Garis Panduan
Pelaksanaan Majlis dan Acara IPG KPM dengan merujuk perkara 3.1,
6.1 dan 6.2.

4.8. Aktiviti yang melibatkan temu bual, kenyataan dan sidang media,
hendaklah mengikut garis panduan dan surat pekeliling terkini yang
dikeluarkan oleh KPM. Lampiran : Garis Panduan Pelaksanaan Majlis
dan Acara IPG KPM dengan merujuk perkara 7.1, 7.2 dan 7.3.

4.9. Laporan aktiviti pelajar hendaklah dihantar kepada JHEP IPG kampus
dalam tempoh (EMPAT BELAS) hari selepas tamat aktiviti dan salinan
hendaklah diserahkan kepada PHEP IPGM.

4
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

4.10. Semua aktiviti IPG yang melibatkan pelajar hendaklah ditamatkan


sebelum minggu ulangkaji kecuali yang tidak terlibat dengan
peperiksaan.

4.11. Penasihat/Penyelaras dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas setiap


aktiviti pelajar yang meliputi perancangan, pelaksanaan, pengendalian,
pemantauan, penilaian dan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

4.12. JHEP IPG Kampus, Unit Pembangunan Insaniah dan PHEP IPGM
berhak mengetahui, membuat tinjauan atau memantau segala kegiatan
insaniah pelajar.

4.13. Sebarang aktiviti tertakluk kepada:

a) Keputusan Mesyuarat Pengurusan Profesional & Pentadbiran


IPG Kampus,

b) Pekeliling terkini IPGM dan KPM.

4.14. Pihak IPG kampus atau IPGM berhak membatalkan dan membuat
keputusan yang difikirkan sesuai berkaitan aktiviti pelajar yang
bercanggah dengan garis panduan atau mana-mana yang difikirkan
perlu oleh Rektor atau pegawai yang diturunkan kuasa.

5
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

5.0 CARTA ALIR KELULUSAN AKTIVITI PELAJAR

PENANGGUNG-
ALIRAN KERJA PROSES KERJA
JAWAB

PELAJAR/
Mula MULA
PENASIHAT

PELAJAR HANTAR
BORANG/ KERTAS
PELAJAR
KERJA
Tidak lengkap dan
KETUA UNIT dikemaskini Lengkap
Tidak TERIMA DAN
PEMBANGUNAN
SEMAK
INSANIAH
Ya SERAH KEPADA KJ
KJ/KU HEP
Disokong
KJ HEP MENYEMAK
KJ/KU Lengkap , DAN
SOKONGAN

Perlu dibawa dan


dibentang dalam
Pertimbangan
Perlu penambahbaikan mesyuarat
semula
PENGARAH/ dan dibawa semula ke
mesyuarat atas KELULUSAN
KETUA
pertimbangan semula PENGARAH/ KETUA
JABATAN/
JABATAN/KETUA
KETUA UNIT
Mesyuarat UNIT/ AHLI
/AHLI
MESYUARAT
MESYUARAT
Lulus/
Tidak lulus tidak Lulus
lulus
maklum
kepada
pelajar

Kemas KJ HEP TERIMA


PELAJAR/
Kini BORANG
PENASIHAT Rekod KELULUSAN

PENASIHAT/ PELAKSANAAN
PELAJAR

IPGM/KJ/
PEMANTAUAN
PENYELARAS

PELAJAR Tamat
LAPORAN AKTIVITI

6
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

6.0. PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI

TERMA KETERANGAN

Had dan batasan 1. 1. Panduan ini diguna pakai selaras dengan


pekeliling, memo, surat atau arahan bertulis yang
dikeluarkan oleh Pengarah IPG kampus, Rektor, KPM
dan Menteri Pendidikan serta pihak pihak yang
berwajib.

Pendaftaran aktiviti 2. Pendaftaran rasmi aktiviti persatuan/kelab


persatuan/kelab 2.1. SEMUA persatuan/kelab perlu berdaftar
dengan JHEP dan mendapat kelulusan daripada
pengarah IPG kampus
2.2. Persatuan/kelab yang telah berdaftar dengan
JHEP, semua aktiviti yang dijalankan akan
menjadi aktiviti rasmi dan tertakluk dengan
panduan pelaksanaan aktiviti pelajar IPG KPM.

Aktiviti berkaitan 3. Aktiviti yang berkaitan dengan akademik adalah


akademik tertakluk kepada keperluan dan kurikulum sesuatu
kursus yang ditawarkan serta mengikuti Standard
Operating Procedure (SOP) yang ditentukan oleh
jabatan akademik yang berkaitan.

Pendaftaran 4. Memastikan penglibatan pelajar dengan


persatuan/kelab persatuan/kelab yang bernaung dibawah
dengan Badan GO/NGO/pihak luar telah berdaftar dan sah.
Kerajaan (GO), Bukan 5. Sebarang permohonan penubuhan Badan Beruniform
Kerajaan Luar (NGO), seperti Askar Wataniah, Kadet Polis, Kadet Bomba,
pihak luar dan badan Briged Wataniah dan seumpamanya selain daripada
beruniform yang telah wujud di peringkat IPG kampus dengan
kebenaran, perlu mendapat kelulusan permohonan
daripada Rektor IPGM

Kelulusan 6. Semua aktiviti persatuan/kelab yang berdaftar perlu


mendapat sokongan JHEP dan mendapat kelulusan
daripada Pengarah IPG kampus/ketua jabatan/ketua
unit/ ahli mesyuarat termasuklah melibatkan agensi
kerajaan dan bukan kerajaan (berdasarkan kepada
keutamaan dan kepentingan program)

7
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

TERMA KETERANGAN

Perlembagaan 7. SEMUA PERSATUAN/KELAB yang didaftarkan di


IPG kampus perlu mempunyai perlembagaan. Contoh
seperti Persatuan Silat, Kelab Drama, Kelab Tarian
dan sebagainya.
8. Persatuan yang berdaftar dengan GO/NGO/pihak luar
perlu mematuhi garis panduan dalam perlembagaan
yang diperuntukan persatuan masing-masing.

Permohonan rasmi 9. Permohonan bagi keperluan dalam keterangan 2


hendaklah dilakukan dengan mengisi lengkap borang
seperti di lampiran.
10. Permohonan juga perlu disertakan dengan
perlembagaan dan diserahkan kepada JHEP .

Permohonan perlu 11. Setiap permohonan aktiviti hendaklah mendapat


melalui penyelaras sokongan daripada penasihat / ketua unit / ketua
program/ penasihat/ jabatan
jurulatih/ pegawai

Tanggungjawab 12. Dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas semua


penyelaras program/ perancangan, pelaksanaan, pengendalian,
penasihat/ jurulatih/ pemantauan, penilaian dan penambahbaikan aktiviti.
pegawai

Peraturan dan 13. Prosedur dan aktiviti peringkat kampus/ di dalam


permohonan lawatan/ negara
menjalankan aktiviti 13.1. Borang permohonan dan kertas kerja/ dokumen
peringkat kampus/ sokongan hendaklah dihantar sekurang-
dalam negara kurangnya SATU bulan sebelum tarikh aktiviti
dijalankan ke JHEP.
13.2. Bagi aktiviti yang melibatkan orang kenamaan/
tajaan/ sumbangan, permohonan perlu dihantar
sekurang-kurangnya TIGA bulan.

Peraturan dan 14. Prosedur dan Aktiviti ke Luar negara


permohonan lawatan/ 14.1. Semua pelajar yang akan mengadakan
menjalankan aktiviti ke lawatan/ menjalankan aktiviti ke luar negara
luar negara

8
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

TERMA KETERANGAN

secara persendirian hendaklah memohon


kelulusan kepada Pengarah IPG kampus.
14.2. Bagi lawatan secara berkumpulan, pelajar
hendaklah menghantar borang permohonan
bersama dokumen-dokumen yang diperlukan
melalui Pengarah IPG kampus untuk kelulusan
Rektor IPGM.
14.3. Bagi individu, sila rujuk Lampiran 5 (proses
kerja lawatan pelajar (persendirian)) dan
Lampiran 6 (senarai semak permohonan
lawatan ke luar negara secara persendirian)
14.4. Bagi berkumpulan, sila rujuk Lampiran 7
(proses kerja lawatan pelajar (kumpulan)) dan
Lampiran 8 (senarai semak permohonan
lawatan ke luar negara secara berkumpulan)
14.5. Bagi pensyarah pengiring, sila lihat para 23
(m/s 13)

Rujukan : Buku peraturan pelajar edisi terkini &


prosedur lawatan/menjalankan aktiviti ke luar negara.

Permohonan 15. Permohonan sumbangan/tajaan luar hanya boleh


sumbangan/ tajaan dijalankan selepas mendapat kebenaran Pengarah
dengan agensi/pihak IPG kampus atau Rektor. Permohonan perlu dihantar
luar TIGA bulan sebelum tarikh aktiviti berserta SATU
salinan kertas kerja kepada PHEP IPGM.

Permohonan aktiviti 16. Pengarah IPG kampus berkuasa penuh


pelajar beserta mempertimbangkan permohonan sama ada memberi
peruntukan kewangan kelulusan atau tidak berdasarkan peruntukan
kewangan sedia ada.

Kategori aktiviti 17. Cadangan Kategori Aktiviti Persatuan/Kelab


17.1 Persatuan/ Kelab (Akademik)
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris

9
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

TERMA KETERANGAN

• Bahasa Arab
• Matematik
• Sains
• Sejarah
• Muzik
• Seni

17.2 Persatuan/Kelab (Bukan Akademik)


• Kepimpinan
• Khidmat Masyarakat/Sosial
• Patriotisme
• Kreatif/Inovasi
• Persatuan Budaya
• Kesenian
• Keusahawanan
• Kesukarelawan
• Sukan Rekreasi
• Seni Mempertahankan Diri

17.3 Kategori Sukan dan Permainan


• Bola Sepak
• Bola Jaring
• Badminton
• Bola Baling
• Bola Tampar
• Hoki
• Tenis
• Renang

10
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

TERMA KETERANGAN

• Boling Tenpin
• Sofbol
• Futsal
• Skuasy
• Renang
• Olahraga
• Bola Keranjang
• Sepak Takraw
• Ragbi
• Ping Pong
• Petanque
• Memanah

17.4 Unit Beruniform


• Persekutuan Pengakap Malaysia
• Persatuan Pandu Puteri Malaysia
• Bulan Sabit Merah Malaysia
• Pergerakan Puteri Islam Malaysia
• Kadet Remaja Sekolah
• Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

***** Persatuan/kelab/sukan dan permainan/ unit


beruniform yang tidak tersenarai perlu mendapat
kelulusan khas dari Pengarah IPG kampus / Rektor.

Sewaan kemudahan 18. Permohonan bagi sewaan kemudahan yang tidak


luar disediakan perlu mendapat kelulusan daripada
Pengarah IPG kampus.

Kadar peruntukan 19. Permohonan boleh dibuat kepada IPG kampus


kewangan berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh pihak

11
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

TERMA KETERANGAN

pengurusan atasan IPG kampus. Kelulusan


permohonan adalah berdasarkan kepada peruntukan
kewangan sedia ada dan kelulusan pengarah dengan
mematuhi pekeliling kewangan semasa .

Kriteria kelulusan 20. Kriteria kelulusan seperti berikut:


aktiviti a) Mematuhi tempoh masa permohonan
b) Tarikh aktiviti tidak bercanggah dengan kalendar
akademik
c) Tidak bercanggah dengan nilai agama,
keselamatan, dasar IPGM, KPM dan kerajaan
d) Aktiviti tidak dijalankan dalam waktu interaksi
kuliah
e) Sekiranya aktiviti yang terdapat dalam Maklumat
Kursus (MK)/ orang kenamaan/ kementerian/
IPGM yang perlu dilaksanakan dalam interaksi
kuliah, wajib mendapat kebenaran khas daripada
Pengarah IPG kampus.
f) Aktiviti yang melibatkan jabatan/ unit/ bukan MK
yang perlu dilaksanakan dalam waktu interaksi
kuliah, perlu mendapat kebenaran Pengarah IPG
kampus/ketua jabatan/ketua unit (mengikut
keperluan).
g) Pengisian aktiviti dapat membangunkan nilai
insaniah dan sahsiah pelajar selaras dengan visi
dan misi IPGM.
h) Aktiviti tidak melibatkan kepentingan sesebuah
organisasi dan membahayakan keselamatan
pelajar
i) Penyertaan pelajar dalam aktiviti anjuran
GO/NGO/pihak luar adalah dibiayai oleh pihak
penganjur berdasarkan pertimbangan dan perlu
mendapat kelulusan Pengarah IPG kampus.

Surat Kelulusan 21. Surat kelulusan dikeluarkan oleh :


a. Aktiviti dalaman – IPG Kampus

12
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

TERMA KETERANGAN

b. Aktiviti IPGM/KPM – IPGM


c. Aktiviti GO/NGO/pihak luar – IPG Kampus
/IPGM
22. Kelulusan yang dikeluarkan perlu dimaklumkan
kepada JHEP IPG kampus.

Penangguhan/ 23. Semua penangguhan atau pembatalan hendaklah


pembatalan dimaklumkan kepada JHEP/PHEP IPGM.

Pemantauan 24. Jadual aktiviti yang telah diluluskan perlu diedarkan


supaya dapat dipantau oleh pegawai JHEP,
penyelaras aktiviti, unit, jabatan atau IPGM.

Pegawai pengiring 25. Pegawai pengiring hendaklah dilantik oleh Pengarah


IPG kampus bagi aktiviti rasmi dan luar kampus.
Mereka adalah terdiri daripada kakitangan IPG
kampus.
26. Jumlah pegawai pengiring yang perlu dilantik adalah
bergantung kepada program aktiviti, lokasi dan
bilangan pelajar yang mengikutinya.
27. Pegawai pengiring boleh dikecualikan bagi program
luar kampus yang melibatkan bilangan peserta yang
kecil dengan kebenaran pengarah IPG kampus.

Tanggungjawab 28. Seorang pensyarah/ pegawai pengurusan/ jurulatih/


pensyarah / pegawai pengiring perlu memastikan pelajar mengikut
pengurusan /jurulatih Standard Operating Procedure (SOP) dari mula
/pengiring pergerakan sehinggalah tamat aktiviti.
29. Bagi program, segala pergerakan sehingga tamat
aktiviti adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri
dan pihak penganjur.

Aktiviti berisiko 30. Nisbah jurulatih dan pelajar bagi aktiviti berisiko
Jumlah nisbah pensyarah/jurulatih dengan pelajar
adalah mengikut kesesuaian bagi aktiviti yang

13
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

TERMA KETERANGAN

dijalankan berdasarkan Standard Operating


Procedure (SOP) yang sedia ada.

Rujukan : Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan : Bagi Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah.

* Bagi aktiviti yang dijalankan dan dilaksanakan


menggunakan tenaga jurulatih luar, hendaklah
dipastikan mereka berkelayakan dan mempunyai sijil
kepakaran yang diiktiraf.

30.1 Aktiviti Berisiko


Jenis aktiviti:
a. Aktiviti Air (berkayak, berakit , scuba, snorkling
dan lain-lain)
b. Aktiviti Darat (Kembara, Mendaki, Tali Aras
Tinggi, Abselling, Flying Fox dan lain-lain)
c. Aktiviti Seni Bela Diri (Silat, Taekwando,
Karate,Tinju, Judo dan lain-lain)
d. Aktiviti Sukan /permainan (Menembak,
memanah dan lain-lain)
e. Lain-lain aktiviti yang boleh mendatangkan
risiko kepada keselamatan dan kesihatan
pelajar

30.2 Bagi aktiviti yang berisiko, pensyarah/ pegawai


pengurusan/ jurulatih/ pengiring mestilah
mempunyai kepakaran khusus dalam aktiviti atau
bidang yang dilaksanakan :

30.3 Contoh Sijil Kepakaran


• Sijil kepakaran tali sekurang tahap 1 bagi
aktiviti asas

14
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

TERMA KETERANGAN

• Sijil Tali Tahap 2 dan ke atas bagi aktiviti


Climbing, High Rope, Abselling, Flying Fox
• Sijil Bantu Mula atau CPR
• Sijil Menyelamat Kelemasan (Bronze Madelion)
bagi aktiviti air
• Sijil Asas Orienteering
• Skim Latihan Kemahiran Kayak Anugerah
Bintang Satu
• Sijil Asas Renang
• Sijil Kejurulatihan dari Persatuan Seni Bela Diri

* Lain-lain sijil yang diperlukan mengikut kemahiran


dan aktiviti

Pengangkutan 31. Pengangkutan untuk aktiviti pelajar akan diluluskan


oleh pihak pentadbiran berdasarkan kepada
kemudahan sedia ada, kepentingan aktiviti serta
mendapat kelulusan Pengarah IPG kampus.
32. Jumlah pemandu bergantung kepada jarak
perjalanan.
33. Pengunaan kenderaan membawa pelajar untuk
melaksanakan aktiviti adalah bergantung kepada
peraturan dan pekeliling yang sedang berkuat kuasa.
34. Pergerakan kenderaan bermotor yang membawa
pelajar dalam perjalanan jauh perlu dilakukan pada
waktu siang sahaja. Cth : Bas, van, kereta. Rujukan :
Pekeliling yang sedia ada berkaitan dengan
kenderaan yang sedang berkuatkuasa.
35. Pengangkutan persendirian boleh digunakan
membawa pelajar dengan kebenaran Pengarah IPG
kampus besertakan surat pelepasan.

15
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

TERMA KETERANGAN

Rujukan : Pekeliling yang sedia ada berkaitan


dengan penggunaan pengangkutan persendirian
yang sedang berkuatkuasa.

Penglibatan dengan 36. Perlu mendapat kelulusan Pengarah IPG kampus/


GO/NGO/pihak luar Rektor.
37. Penglibatan dengan agensi/pihak luar sama ada
GO/NGO/pihak luar perlulah mendapatkan kelulusan
seperti prosedur yang telah ditetapkan dalam
panduan aktiviti pelajar.
38. Penglibatan pelajar tersebut didaftarkan dengan
pertubuhan kebangsaan (aktiviti seni
mempertahankan diri). Sebagai contoh:
Persatuan Seni Silat Cekak IPG Kampus mestilah
berdaftar dengan Pertubuhan Silat Cekak
Kebangsaan dan seumpamanya.
39. Memastikan jurulatih mempunyai sijil kejurulatihan/
kepegawaian serta tauliah diiktiraf dan sah dalam
mengendalikan aktiviti pelajar.

Penglibatan pelajar 40. Pelajar yang terlibat dengan aktiviti peringkat negeri,
dengan kebangsaan dan antarabangsa perlu mendapatkan
GO/NGO/pihak kebenaran dan kelulusan Pengarah IPG kampus
luar/persatuan/kelab (secara individu) /Rektor (secara berkumpulan). Sila
(Individu/kumpulan) rujuk para 13 dan 14.
41. 40. Permohonan kebenaran tersebut perlulah
dilampirkan dengan surat
jemputan/panggilan/penyertaan dari pihak
persatuan/kelab.

Disiplin 42. Semua pelajar tertakluk kepada Buku Peraturan


Pelajar IPG dan Akta 174 .

Keselamatan 43. Aktiviti hendaklah dilaksanakan di tempat atau premis


yang telah disahkan selamat oleh pihak berkuasa
yang berkenaan.
44. Pihak-pihak berkuasa yang berkenaan seperti Polis
Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan

16
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

TERMA KETERANGAN

Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia


(APM), Jabatan Laut, Jabatan Hutan, Shahbandar,
PERHILITAN dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
serta mana-mana yang difikirkan perlu hendaklah
dimaklumkan secara rasmi mengenai keseluruhan
aktiviti yang hendak dijalankan.
45. Semua langkah-langkah dan arahan-arahan
keselamatan yang telah dimaklumkan oleh semua
pihak-pihak yang berkenaan hendaklah dipatuhi
sepanjang masa aktiviti.
46. Bagi aktiviti luar yang berisiko tinggi, semua
pensyarah/pegawai pengurusan/ jurulatih/pengiring
hendaklah terdiri daripada mereka yang bertauliah
dan terlatih dalam bidang berkenaan dan dilantik oleh
IPG kampus atau IPGM.

Tatacara mengambil 47. Tindakan tatatertib hendaklah merujuk kepada Akta


Tindakan 174 (Akta Institusi Pelajaran (Tatatertib 1976) yang
dibaca bersama dengan Buku Peraturan Pelajar IPG,
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM, dan
pekeliling yang berkaitan.

Dokumentasi 48. Semua dokumen yang berkaitan dengan sesuatu


aktiviti yang dijalankan perlu disimpan di dalam fail
khas untuk rujukan/dokumentasi. Salinan laporan
perlu diserahkan kepada JHEP dalam tempoh
EMPAT BELAS hari selepas aktiviti dijalankan.
49. Semua terma di atas adalah tertakluk kepada
pekeliling yang sedang berkuat kuasa.

Punca kuasa/panduan 50. Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM


dan tatacara hendaklah dibaca bersama dengan pekeliling yang
pelaksanaan berkaitan dengan keputusan MPPP , keputusan
bersama daripada IPGM.
a. Garis Panduan Pelaksanaan Majlis dan Acara
IPG KPM (2018).
b. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan
Malaysia Bilangan 5 Tahun 2016 : Panduan

17
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

TERMA KETERANGAN

Keselamatan Semasa Pengajaran Pendidikan


Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan
Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar
Kawasan Sekolah.
c. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan
Malaysia Bilangan 6 Tahun 2018 : Garis Panduan
Temu Bual, Kenyataan Media dan Sidang Media
Oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah dan Institusi Pendidikan di
Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
d. Buku Panduan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
Kementerian Pelajaran Malaysia.
e. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Malaysia : Garis Panduan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Kokurikulum Di
Sekolah (2018).
f. Buku Peraturan Pelajar IPG : Edisi 2011 & 2020.
g. Akta 174 (Akta Institusi-institusi Pelajaran
(Tatatertib) 1976).
h. Prosedur Pengurusan Hal Ehwal Pelajar Institut
Pendidikan Guru : Sektor Hal Ehwal Pelajar dan
Hubungan Luar, Institut Pendidikan Guru
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia
2019.
i. Pekeliling-pekeliling Ikhtisas berkaitan yang
sedang berkuatkuasa .
j. Garis Panduan Menjalankan Aktiviti Pelajar
(Untuk Persatuan/Kelab Pelajar) Bukan Di Bawah
Fakulti Universiti Institut Teknologi Malaysia
(UiTM).
k. Pejabat Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi
Malaysia (2007). Buku Peraturan Aktiviti Pelajar .
Universiti Teknologi Malaysia.
l. Garis Panduan Perwakilan Kuasa Daripada Ketua
Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru Kepada
Pendaftar Bagi Kelulusan Permohonan Oleh

18
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

TERMA KETERANGAN

Pihak Luar Menjalankan Aktiviti Melibatkan Murid,


Guru dan Institusi Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
m. Garis Panduan Temu Bual, Kenyataan Media dan
Siaran Media Oleh Jabatan Pendidikan Negeri,
Pejabat Pendidikan Daerah dan Institusi
Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia.
n. Prosedur Penubuhan Persatuan Pelajar Universiti
Tun Hussein Onn:
http://hep.uthm.edu.my/v3/index.php/en/pusat-
sumber/garis-panduan-pengurusan-kegiatan-pelajar/2-
uncategorised/94-prosedur-penubuhan.

19
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

7.0 KRONOLOGI

Kronologi pelaksanaan penyediaan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti:


a. Satu task force telah dibentuk untuk menyediakan draf pertama
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG, KPM.
b. Pelaksanaan Bengkel Pertama Pemurnian Panduan Pelaksanaan
Aktiviti Pelajar IPG, KPM pada 3-4 September 2018 di IPG Kampus
Pulau Pinang (Ruj. Surat : KPM600-5/1/1 Jld.3 (10) bertarikh : 8 Ogos
2018).
c. Surat Draf Kedua Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG, KPM (Ruj.
Surat : KPM.600-1/3/67 Jld. (1) bertarikh 29 Oktober 2018) telah
diedarkan ke 27 IPG kampus untuk mendapatkan maklumbalas tentang
draf pertama panduan berkaitan.
d. Bengkel Pemurnian Draf Kedua Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar
IPG, KPM Bil.1/2019, IPGM pada 18 dan 19 Februari 2019 di Bilik
Bendahara, IPGM (Ruj. Surat : KPM 600-1/3/67 Jld. (2) bertarikh 16
Januari 2019). Bengkel ini bertujuan untuk memurnikan draf panduan
tersebut.
e. Pengedaran Surat Draf Ketiga Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar
IPG, KPM (Ruj. Surat : KPM.600-4/4/6 (50) bertarikh 15 November
2019) bagi mendapatkan maklumbalas daripada pengarah 27 IPG
kampus berkaitan draf panduan yang telah dimurnikan.
f. Bengkel Pemurnian Draf Ketiga dan terakhir Panduan Pelaksanaan
Aktiviti Pelajar IPG, KPM Bil.3/2019, IPGM pada 5 Disember 2019 di
Bilik Bentara, IPGM (Ruj. Surat : KPM 600-4/4/6 (54) bertarikh 2
Disember 2019).
g. PHEP mendapatkan maklumbalas dari 4 pusat IPGM iaitu Pusat
Kecemerlangan Akademik, Pusat Perancangan, Penyelidikan dan
Inovasi, Pusat Pembangunan Latihan dan Pusat Peperiksaan dan
Penganugerahan (Ruj. Memo : KPM600-4/4/6 (15) bertarikh 15
November 2019).
h. Taklimat Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG, KPM oleh Jabatan
Pembangunan Insaniah, PHEP Kepada Ketua Jabatan Hal Ehwal
Pelajar IPG, KPM kepada Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG, KPM
pada 7 November 2019 di Hotel Flamingo, Ampang, Selangor.
i. Telah diluluskan di dalam Mesyuarat Profesional Institut Pendidikan
Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.1/2020 bertarikh 4 Februari
2020 untuk dilaksanakan di 27 IPG kampus.

20
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

8.0 LAMPIRAN

21
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

LAMPIRAN 1

CONTOH PERMOHONAN PENDAFTARAN KELAB/PERSATUAN

Kami seperti nama-nama tersebut di bawah ini memohon pihak IPG Kampus
…………………………. ingin mendaftarkan kelab ini menurut perlembagaan kelab
yang ditetapkan/dipinda secara rasminya.

Tarikh:

______________ ______________ _______________


Pengerusi Setiausaha Bendahari
Nama: Nama: Nama:
Tahun: Tahun: Tahun:

Disokong oleh :

_____________________
Ketua Jabatan /Penasihat

------------------------------ UNTUK KEGUNAAN PEJABAT -------------------------------


-

1. Permohonan diterima: ____________________

2. Tarikh didaftarkan: ____________________

3. Kod Kelab: ____________________

_____________________________ _________________________

( Tandatangan Ketua JHEP & cop) (Tandatangan Pengarah & cop)

22
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

LAMPIRAN 2
CONTOH PERLEMBAGAAN

1. NAMA KELAB

Nama kelab ini ialah _______________________________________

2. OBJEKTIF KELAB

2.1 Objektif kelab ini ialah

2.1.1 Menyatupadukan dan menjalinkan kemesraan antara ahli-ahli


kelab.

2.1.2 Menyemaikan perasaan cinta terhadap institut, negeri dan negara


supaya wujud warganegara yang sihat.

2.1.3 Membolehkan ahli-ahli yang mempunyai minat yang sama,


mengembangkan bakat dan potensi dengan sedaya upaya
mereka.

2.1.4 Keseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan


perkembangan sosial, jasmani dan rohani pelajar.

2.1.5 Pengukuhan interaksi dalam kalangan pelajar di institut.

2.1.6 Peningkatan minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam gerak


kerja yang diceburi.

2.1.7 Pengukuhan dan penggayaan perkara-perkara yang dipelajari


dalam bilik kuliah serta perluasan pengalaman pelajar dalam
bidang tertentu.

2.1.8 Pengisian masa lapang pelajar dengan berfaedah, memberi


kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kerjasama diri.

2.1.9 Peningkatan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan


nilai dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukun Negara.

2.1.10 Peningkatan suasana sekolah yang lebih menarik dan


menggembirakan pelajar.

2.1.11 Peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala


dengan sekolah dan masyarakat setempat.

23
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

3. KEAHLIAN KELAB

3.1 Terdiri daripada pelajar institut ini yang masih belajar dalam tahun
semasa.

3.2 Pelajar yang telah diterima dan didaftarkan. Ahli-ahli mestilah


menandatangani borang yang disahkan sebelum diterima masuk.

4. YURAN AHLI

4.1 Setiap ahli akan dikenakan bayaran yuran / sumbangan sebanyak

RM __________ tiap-tiap _______________.

5. PENTADBIRAN

5.1 Kelab ini akan dikelolakan oleh satu Jawatankuasa terdiri daripada ahli-
ahli seperti berikut:

5.1.1 Pengerusi
5.1.2 Naib Pengerusi
5.1.3 Setiausaha
5.1.4 Penolong Setiausaha
5.1.5 Bendahari
5.1.6 Ahli Jawatankuasa – 6 orang ( 2 orang mewakili setiap ambilan )
5.2 Pengerusi bertanggungjawab untuk menjalankan semua mesyuarat dan
mewakili kelab secara rasmi. Beliau akan dibantu oleh Naib Pengerusi.

5.3 Setiausaha dan penolongnya bertanggungjawab untuk menyimpan


semua rekod keahlian, kegiatan, minit mesyuarat, laporan
tahunan/semester serta semua jenis surat menyurat kelab, kedatangan
dan penglibatan setiap ahli secara kemaskini. Notis-notis di papan
kenyataan yang dikhaskan hendaklah dikemaskinikan selalu.

5.4 Bendahari akan menyimpan rekod keahlian, pemungut yuran serta


mengemaskini penyata kewangan.

5.5 Ahli-ahli Jawatankuasa akan membantu Pengerusi mengaturkan


kegiatan-kegiatan kelab ini secara bersungguh-sungguh.

5.6 Pensyarah Penasihat hendaklah dihubungi oleh semua AJK berkenaan


untuk mentadbirkan kelab ini.

24
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

6. PERJUMPAAN/ LATIHAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI

6.1 Ahli-ahli kelab/kelab ini akan bertemu dua (2) kali sebulan seperti yang
ditentukan untuk menjalankan kegiatan-kegiatannya. Semua ahli adalah
wajib menghadiri kegiatan ini.

6.2 AJK akan bermesyuarat apabila diperlukan.

6.3 Masa pertemuan/latihan _______________ pada hari


_______________
di bilik/padang/gelanggang _____________________.

6.4 Masa, hari, serta tempat pertemuan boleh dipinda dengan kebenaran
Pensyarah Penasihat. Pembatalan perjumpaan/latihan juga boleh
dilakukan setelah mendapat kebenaran daripada Pensyarah Penasihat.

6.5 Kekerapan perjumpaan/latihan akan diperbanyakkan apabila ada


keperluan/projek/pertandingan dan sebagainya.

7. MESYUARAT AGUNG

7.1 Mesyuarat Agung kelab ini akan diadakan pada penghujung semester 2
setiap tahun untuk menerima laporan, penyata kewangan dan melantik
AJK baru yang akan bertugas pada awal tahun berikutnya.

7.2 Mesyuarat Agung boleh diadakan tidak lewat daripada bulan November
setiap tahun.

8. PENSYARAH PENASIHAT

8.1 Pensyarah Penasihat kelab akan ditentukan oleh Pihak Pengurusan dan
segala kegiatan kelab hendaklah dijalankan mengikut peraturan dan
nasihatnya yang
telah ditetapkan. Pensyarah Penasihat adalah wakil Pihak Pengurusan
dan bertanggungjawab tentang kemajuan kelabnya.

9. LARANGAN

9.1 Kegiatan yang tiada kaitan dengan objektif mahupun yang tidak
diluluskan oleh Pihak Pengurusan tidak boleh dijalankan.

9.2 Kelab ini boleh bergerak di luar kawasan institut dan setiap kegiatan
yang diadakan di luar hendaklah mendapat kelulusan Pihak Pengurusan
terlebih dahulu.

25
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

9.3 Kelab ini tidak boleh berhubung terus dengan mana-mana pihak luar
tanpa melalui dan dengan kebenaran pihak pengurusan.

9.4 Kegiatan yang melanggar peraturan-peraturan institut mahupun undang-


undang negara tidak boleh dijalankan.

9.5 Kegiatan tidak boleh dijalankan jika pensyarah penasihat tidak hadir
bersama.

9.6 Penceramah/pembantu dari luar boleh dijemput setelah mendapat


persetujuan dari pihak pengurusan IPG kampus.

9.7 Ahli-ahli yang ingin menyertai sebarang kegiatan di luar institut


hendaklah juga mendapat kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh
pihak JHEP.

10. RANCANGAN/TAKWIM KEGIATAN

10.1 AJK yang dipilih akan merancangkan kegiatan tahunan/ semester/


mingguan dalam masa 2 minggu ia dilantik. Rancangan ini hendaklah
dikemukakan kepada pihak pengurusan IPG kampus untuk diluluskan
sebelum ia dilaksanakan.

11. PAKAIAN DAN KETERTIBAN

11.1 Semua peraturan institut berkuat kuasa bagi semua kegiatan Kelab ini
dijalankan.

11.2 Jika pakaian seragam diluluskan bagi kegiatan ini, semua ahli wajib
memakainya.

12. KEWAJIBAN AHLI

12.1 Setiap ahli wajib menghadiri semua aktiviti yang dirancangkan.

12.2 Ahli-ahli yang melanggar peraturan kelab ini dan yang tidak hadir
kegiatan 3 kali berturut-turut akan diberi surat peringatan.

13. PENILAIAN KEAHLIAN

13.1 AJK dengan bimbingan pensyarah penasihat akan menyediakan suatu


laporan lengkap mengenai segala aktiviti kelab sepanjang tahun,
keadaan kewangan serta sebarang pencapaian / kecemerlangan yang
didapati sepanjang tahun.

26
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

13.2 Di samping itu, pihak AJK dan Pensyarah Penasihat akan


menyampaikan suatu senarai pelajar yang mencapai kecemerlangan
dalam kegiatan kelab pada akhir bulan Oktober setiap tahun kepada
Ketua Unit Pembangunan Insaniah.

14. PENDAFTARAN KELAB

14.1 Kelab yang telah didaftarkan boleh dibatal oleh pihak pengurusan
sekiranya didapati tidak lagi bersesuaian dengan matlamat / kehendak
institut.

14.2 Pihak pengurusan juga berhak untuk menambah/meminda mahupun


memansuhkan mana-mana peraturan dalam perlembagaan jika perlu.

15. HAL- HAL LAIN

15.1 Jika ada sebarang butiran lain khas bagi kelab hendaklah dikepilkan
bersama perlembagaan induk ini.

15.2 Satu senarai nama AJK kelab ini hendaklah diserahkan ke pihak
pengurusan semasa pendaftaran kelab ini.

15.3 Pendaftaran kelab ini hendaklah dihantarkan dalam dua salinan selewat-
lewatnya dalam masa dua minggu selepas Mesyuarat Agung setiap
tahun.

27
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

LAMPIRAN 3
CONTOH FORMAT PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN
TAJUK:

TUJUAN
1...
LATAR BELAKANG
2...
ASAS PERTIMBANGAN
3…
STRATEGI PELAKSANAAN
4…
IMPLIKASI
5…
KESIMPULAN
6...
PELAN KOMUNIKASI .
7...
o Mesej Stategik:
o Jurucakap:
o Kumpulan sasaran:
o Medium:
o Aktiviti:
o Tempoh komunikasi:
o Nilai impak yang disasarkan:
SYOR
8..
*** Perincian perlu dilampirkan (Senarai jawatan kuasa)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
4 FEBRUARI 2020

28
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

LAMPIRAN 4

CONTOH FORMAT PENYEDIAAN KERTAS KERJA

Kandungan kertas kerja:

1. Tajuk

2. Pendahuluan

3. Tujuan lawatan / Objektif

4. Anjuran

5. Sasaran

6. Tarikh / tempoh lawatan

7. Tempat yang dilawati

8. Ahli jawatankuasa pelaksana

9. Tentatif aktiviti/program

10. Anggaran perbelanjaan

11. Penutup

12. Ulasan :
12.1 pensyarah penasihat
12.2 Ketua Jabatan yang berkaitan/ KJ Hal Ehwal Pelajar
12.3 Pengarah IPG Kampus

29
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

LAMPIRAN 5

PROSES KERJA LAWATAN PELAJAR (PERSENDIRIAN)

1. Semua pelajar yang akan mengadakan lawatan ke luar negara hendaklah


memohon kelulusan kepada Pengarah IPG kampus.
2. Pelajar mengisi 1 salinan dan menghantar borang permohonan ke luar negara
bersama dokumen sokongan seperti berikut kepada JHEP:
i. 1 salinan kad pengenalan yang disahkan
ii. 1 salinan dokumen berkaitan (pengesahan agen pelancongan / surat
berkenaan).
iii. 1 salinan passport antarabangsa yang disahkan.
iv. 1 salinan laporan suntikan vaksin (sekiranya membuat lawatan di negara
yang sedang dilanda wabak penyakit)
3. JHEP menyemak dan menghantar borang bersama dokumen sokongan yang
dihantar oleh pelajar untuk kelulusan Pengarah IPG kampus.
4. JHEP memaklumkan keputusan yang diperolehi daripada kelulusan Pengarah
IPG kampus kepada pelajar.
5. Syarat-syarat lawatan ke luar negara:
i. Lawatan yang dijalankan tidak melibatkan waktu kuliah / interaksi.
ii. Permohonan perlu dibuat 3 (TIGA) bulan sebelum tarikh lawatan
iii. Tarikh tamat perjalanan passport hendaklah tidak kurang 6 bulan dari
tarikh perjalanan
iv. Pelajar yang mempunyai keluarga di sempadan (Thailand, Brunei,
Indonesia dan Singapura) perlu memohon sekali sahaja dalam satu
semester dengan menyatakan tempoh lawatan.
v. Pembelian tiket hanya boleh dilakukan setelah mendapat kelulusan
daripada Pengarah IPG kampus.
6. Satu salinan dokumen disimpan dalam fail JHEP.

30
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

LAMPIRAN 6

SENARAI SEMAK PERMOHONAN LAWATAN LUAR NEGARA (SECARA


PERSENDIRIAN)

BIL PERKARA STATUS CATATAN

1 TIGA (3) BULAN SEBELUM

2 Surat rasmi permohonan lawatan ke luar


negara.

3 Borang Permohonan lawatan ke luar negara.

4 1 salinan kad pengenalan yang disahkan.

5 1 salinan passport antarabangsa yang


disahkan.

6 1 salinan pengesahan agen/surat berkaitan.

7 1 salinan laporan suntikan vaksin (sekiranya


negara yang dilawati sedang dilanda wabak
penyakit)

8 Tarikh tamat perjalanan pasport hendaklah tidak


kurang enam (6) bulan dari tarikh perjalanan

9 Pelajar adalah dinasihatkan mengambil insuran


khusus bagi program ini sekiranya permohonan
diluluskan.

10 Permohonan disokong / Tidak disokong oleh


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Ulasan Pegawai:
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

T. Tangan Pegawai : Tarikh :

________________________
( )

31
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

LAMPIRAN 7

PROSES KERJA LAWATAN PELAJAR (BERKUMPULAN)

1. Pelajar menyediakan kertas kerja lawatan (mengikut format yang disediakan


seperti di lampiran 1).
2. Pelajar menghantar kertas kerja ke Jabatan berkaitan untuk semakan dan
ulasan Ketua Jabatan.
3. Ketua Jabatan berkenaan membentang kertas kerja dalam MPPP.
4. Setelah mendapat kelulusan MPPP, pelajar mengisi borang permohonan ke
luar negara beserta satu (1) salinan kertas kerja dan menghantar ke JHEP Tiga
(3) bulan sebelum lawatan.
5. JHEP mengemukakan borang permohonan tersebut beserta surat rasmi
permohonan kepada Pengarah untuk mendapatkan pengesahan dan
memanjangkan 1 salinan permohonan bersama dokumen yang telah
lengkap ke PHEP IPGM.

i. 1 salinan kad pengenalan yang disahkan


ii. 1 salinan passport antarabangsa yang disahkan bagi setiap pelajar.
iii. 1 salinan dokumen berkaitan (pengesahan agen pelancongan / surat
berkenaan).
iv. 1 salinan surat kebenaran ibu bapa/ waris pelajar.
v. 1 salinan laporan suntikan vaksin (sekiranya negara yang dilawati
sedang dilanda wabak penyakit)

6. JHEP memaklumkan keputusan yang diperolehi daripada PHEP IPGM kepada


pelajar dan penyelaras program.
7. Satu salinan dokumen disimpan dalam fail JHEP.
8. Pembelian tiket hanya boleh dilakukan setelah mendapat kelulusan
daripada IPGM.
9. Menghantar satu salinan laporan EMPAT BELAS hari selepas tarikh lawatan
diadakan kepada JHEP. JHEP perlu menyerahkan salinan kepada PHEP.

32
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

LAMPIRAN 8

SENARAI SEMAK PERMOHONAN LAWATAN LUAR NEGARA (SECARA


BERKUMPULAN)

BIL PERKARA STATUS CATATAN

1. TIGA (3) BULAN SEBELUM


2. Surat Rasmi Permohonan lawatan ke luar
negara dari IPG kampus.
3. Borang Permohonan Lawatan ke luar negara.
4. 1 salinan kad pengenalan yang disahkan.
5. 1 salinan pengesahan agen / surat berkaitan.
6. 1 salinan passport antarabangsa pelajar yang
disahkan.
7. 1 salinan surat kebenaran ibu bapa / waris
8. 1 salinan laporan suntikan vaksin (sekiranya
negara yang dilawati sedang dilanda wabak
penyakit).
9. 1 Salinan Kertas Kerja yang telah diluluskan
dalam MPPP dan ditandatangani oleh
Pengarah IPG kampus.
10. Maklumat dan butiran pegawai yang boleh
dihubungi dalam dan luar negara.
11. Penyelaras program hendaklah mengisi
borang permohonan ke luar negara ini.
12. Tarikh tamat perjalanan pasport hendaklah
tidak kurang enam (6) bulan dari tarikh
perjalanan
13. Pelajar adalah dinasihatkan mengambil
insuran khusus bagi program ini sekiranya
permohonan diluluskan.
14. Permohonan disokong/Tidak disokong oleh
Pengarah IPG kampus.

Ulasan Pegawai:
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

T. Tangan Pegawai : Tarikh :

________________________
( )

33
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

LAMPIRAN 9
HEP 01/2020

34
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

LAMPIRAN 10

KRITERIA AKTIVITI

Bil. Anjuran Syarat

A. Antarabangsa
1. Bahagian-bahagian Diluluskan oleh MP/KPPM/TKPPM/Pengarah
KPM/IPGM (Dalam Bahagian KPM/Rektor IPGM
Negara)

2. Agensi Kerajaan/ Melibatkan sekurang-kurangnya 3 buah negara


Bukan Kerajaan/ termasuk Malaysia
Swasta (Dalam Tiada implikasi kewangan kepada
Negara) KPM/IPGM/JPN/PPD/IPG/sekolah
Diluluskan oleh MP/KPPM/ TKPPM/ Rektor
IPGM/Pengarah Bahagian KPM

3. Jabatan Pendidikan Melibatkan sekurang-kurangnya 3 buah negara


Negeri (Dalam termasuk Malaysia
Negara) Diluluskan oleh MP/ KPPM/ TKPPM/ Rektor
IPGM/ Pengarah Bahagian KPM

4. Bahagian-bahagian Mendapat kebenaran ke luar negara (Lampiran


KPM/ Jabatan A)
Pendidikan Negeri/
Diluluskan oleh MP/ KPPM/ TKPPM/ Rektor
Pejabat Pendidikan/ IPGM/ Pengarah Bahagian KPM
Sekolah (Luar
negara)

5. Agensi Mendapat kebenaran ke luar negara (Lampiran


Kerajaan/Bukan A)
Kerajaan/ Swasta Tiada implikasi kewangan kepada
(Luar Negara) KPM/JPN/PPD/Sekolah
Diluluskan oleh MP/KPPM/TKPPM/Rektor
IPM/Pengarah Bahagian KPM

B. Peringkat Kebangsaan
1 Bahagian-bahagian Diluluskan oleh MP/KPPM/TKPPM/Pengarah
KPM/IPGM (Dalam Bahagian KPM/Rektor IPGM
Negara)

35
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

Bil. Anjuran Syarat

2 Agensi Kerajaan/ Melibatkan sekurang-kurangnya 3 buah negara


Bukan Kerajaan/ termasuk Malaysia
Swasta (Dalam Setiap Negeri sekurang-kurangnya sebuah IPG
Negara)
Tiada implikasi kewangan kepada
KPM/IPGM/JPN/PPD/IPG/sekolah
Diluluskan oleh MP/KPPM/ TKPPM/ Rektor
IPGM/Pengarah Bahagian KPM

3 Jabatan Pendidikan Diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri


Negeri (Dalam
Negara)

c. Peringkat Negeri
1. IPGM Diluluskan oleh Rektor IPGM

2. Agensi Melibatkan 3 buah IPG daripada Zon yang


Kerajaan/Bukan berlainan termasuk IPG Zon tuan rumah.
Kerajaan/ Swasta Tiada implikasi kewangan kepada
KPM/IPGM/JPN/PPD/IPG
Diluluskan oleh Pengarah Kampus IPG

3. IPG Kampus Melibatkan 3 buah IPG daripada Zon yang


berlainan termasuk IPG Zon tuan rumah.
Diluluskan oleh Pengarah Kampus IPG

D. Peringkat Zon
1. IPGM Diluluskan oleh Rektor IPGM

2. Agensi Melibatkan sekurang0kurangnya 3 buah IPG


Kerajaan/Bukan Tiada implikasi kewangan kepada
Kerajaan/ Swasta KPM/IPGM/JPN/PPD/IPG
Diluluskan oleh Pengarah Kampus IPG

3. IPG Kampus Melibatkan sekurang-kurangnya 3 buah IPG


termasuk IPG tuan rumah.
Diluluskan oleh Pegawai Pendidikan Daerah

36
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

LAMPIRAN 11

CONTOH FORMAT LAPORAN AKTIVITI

LAPORAN PROGRAM/AKTIVITI

PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM : ___________________

1. NAMA PROGRAM

2. OBJEKTIF PROGRAM
3. TARIKH PROGRAM

4. TEMPAT PROGRAM

5. SASARAN

6. LAPORAN RINGKAS/PENCAPAIAN

7. IMPAK

8. PENAMBAHBAIKAN
Beberapa langkah penambahbaikan perlu diambil pada masa hadapan.
Antaranya:

9. GAMBAR DOKUMENTASI (2 KEPING)

37
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

AHLI PANEL

PENAUNG

1. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad


Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia

PENASIHAT

2. Tengku Adli bin Raja Omar A.M.N


Timbalan Rektor
Pusat Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru Malaysia

PENGERUSI

3. Tn. Hj. Mohd Dahlan bin Abdul Kadir


Ketua Penolong Pengarah
Jabatan Pembangunan Insaniah
Pusat Hal Ehwal Pelajar, IPGM

4. Pn. Bariah binti Selamat


Ketua Penolong Pengarah Kanan
Jabatan Disiplin dan Kebajikan
Pusat Hal Ehwal Pelajar, IPGM

PENYELARAS

5. En. Jamhari bin Saari


Penolong Pengarah
Jabatan Pembangunan Insaniah
Pusat Hal Ehwal Pelajar, IPGM

6. Pn. Lailati binti Hj. Mohd. Noh


Penolong Pengarah
Jabatan Pembangunan Insaniah
Pusat Hal Ehwal Pelajar, IPGM

38
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

PENGGUBAL

1. Pn. Shuhailah binti Mat Said


Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Pulau Pinang
2. En. Mohamad Fauzi Bin Hamid
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Darulaman
3. En. Abdul Shukor bin Haji Abdullah
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Tuanku Bainun
4. En. Nordin Bin Sadali
Ketua Unit Kokurikulum
IPG Kampus Pulau Pinang
5. Pn. Norhayati Binti Ismail
Ketua Unit Kokurikulum
IPG Kampus Perlis
6. En. Khairul Nuzul Bin Hassan
Ketua Unit Kokurikulum
IPG Kampus Darulaman
7. Tn. Hj. Yakath Ali Bin S.M. Habib Mohamed
Ketua Unit Kokurikulum
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
8. En. Rosli Bin Chek Lah
Ketua Unit Kokurikulum
IPG Kampus Tuanku Bainun
9. En. Zulkiply Bin Mohd Nor
Ketua Unit Kokurikulum
IPG Kampus Ipoh

39
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar IPG KPM

PEMURNIAN

10. En. Shamsul Bahri bin Ismail


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Bahasa Melayu
11. En. Mohammad Sufaisul bin Shamsudin
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Ilmu Khas
12. En. Mohd Rofi bin Mohd Soud
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
13. En. Zulkifli bin Mohd Jani
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Pendidikan Islam
14. Dr. Khairul Anuar bin Abu Othman
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Pendidikan Islam
15. En. Mat Johan bin Mamat
Ketua Unit Kokurikulum
IPG Kampus Ilmu Khas
16. Pn. Punithavathi a/p Sinnapoo
Ketua Unit Kokurikulum
IPG Kampus Bahasa Melayu
17. Cik Maznah binti Shaari
Ketua Unit Kokurikulum
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
18. Pn. Siti Hajar binti Idrus
Ketua Unit Kokurikulum
IPG Kampus Pendidikan Islam

SUSUN ATUR DAN REKA BENTUK

1. En. Muntasir bin Muaz


Penolong Pengarah
Jabatan Rekod dan Alumni
Pusat Hal Ehwal Pelajar, IPGM

40
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250
Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
+603-8312 6666
+603-8312 6655
http://ipgm.moe.edu.my

You might also like