Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Minit Mesyuarat Sektor Pembelajaran Bil.

1/2020

MINIT MESYUARAT SEKTOR PEMBELAJARAN


BILANGAN 1 2020

Tarikh : 7 Januari 2020 (Selasa)

Masa : 10.00 pagi – 12.30 tengah hari

Tempat : Bilik Anggerik, PKG Tokai

Pengerusi : Puan Sarina Binti Khalid (Pengerusi)

HADIR

1. Sarina Binti Khalid


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran – Pengerusi
Pejabat Pendidikan Pendang

2. Faizah Binti Kamaruddin


Sisc+ Bahasa
Pejabat Pendidikan Pendang

3. Hamzah Bin Jusoh


Sisc+ Sains dan Matematik
Pejabat Pendidikan Pendang

4. Nora Kasuma Binti Mohamad


Sisc+ TVET
Pejabat Pendidikan Pendang

5. Salehuddin Bin Md Riffin


Sisc+ Sains Sosial
Pejabat Pendidikan Pendang

6. Us. Sufiyuddin Bin Ahmad


Penolong PPD Pendidikan Islam
Pejabat Pendidikan Pendang

7. Us. Amir Hamzah Bin Ridzwan


Penolong PPD Pendidikan Islam
Pejabat Pendidikan Pendang

8. Zulkaflee Bin Leman


Penolong PPD Pemulihan Khas
Pejabat Pendidikan Pendang

9. Jariah Bt Awang
Penolong PPD Pemulihan Khas
Pejabat Pendidikan Pendang

1
Minit Mesyuarat Sektor Pembelajaran Bil.1/2020

10. Noor Azam Bt Idrus


Penolong PPD Pendidikan Khas
Pejabat Pendidikan Pendang

11. Mohd Azizi Bin Saad


Penolong PPD Pendidikan Khas
Pejabat Pendidikan Pendang

12. Sahina @ Salina Binti Maydin


Penolong PPD Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan
Pejabat Pendidikan Pendang

13. Roslan Bin Khamis


Penolong PPD Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan
Pejabat Pendidikan Pendang

14. Sukkeri Bin Romeli


Penolong PPD Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan
Pejabat Pendidikan Pendang

15. Harlina Binti Hussin


Pembantu Tadbir (Sektor Pembelajaran)
Pejabat Pendidikan Pendang

TIDAK HADIR

Tiada

2
Minit Mesyuarat Sektor Pembelajaran Bil.1/2020

1. PERUTUSAN TUAN PENGERUSI

1.1 Ucapan Aluan

1.1.1 Selamat datang kepada pegawai-pegawai baru yang mendapat Arahan Penempatan di
Pejabat Pendidikan Pendang dan berharap kerja buat kita lebih cemerlang. Arahan
Penempatan akan terus dilaksanakan sehingga bulan Mei 2020.
Makluman

1.1.2 Peranan pegawai PPD ialah bertindak sebagai rakan pembantu dan pemantau sekolah
selari dengan Program Transformasi Daerah.
Makluman
2. BIDANG TUGAS PEGAWAI

2.1 Semua pegawai akan bergerak ke sekolah mengikut bidang dan perlu menguasai fungsi
bidang masing-masing. Dalam Sektor Pembelajaran sudah tiada Pegawai Akademik.

Makluman

2.2 Bahasa Arab diletakkan di bawah pengurusan Sektor Pendidikan Islam.

Tindakan : Penolong PPD Pendidikan Islam

2.3 SISC+ adalah pembimbing guru yang berdedikasi dan komited untuk mempertingkat
kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di sekolah di samping membimbing
guru mata pelajaran mengikut bidang masing-masing. SISC+ dibahagikan kepada
empat bidang:
i. Bahasa
ii. Sains Sosial
iii. TVET
iv. Sains dan Matematik
Makluman

3. PEGAWAI MEJA DAN SENARAI TUGAS PERJAWATAN

3.1 Pegawai-pegawai dalam Sektor Pembelajaran telah dilantik sebagai Pegawai Meja
mengikut fungsi/tugas masing-masing.
Rujuk Lampiran - Senarai Tugas dan Perjawatan Sektor Pembelajaran.
Makluman

4. CADANGAN-CADANGAN PROGRAM

4.1 Kajian Tindakan dan Amalan Terbaik

4.1.1 Kajian Tindakan dan Amalan Terbaik akan diadakan pada 3 dan 4 Februari 2020 dan
akan dikendalikan bersama Institut Perguruan Suktan Abdul Halim (IPSAH). Sasaran
adalah kepada Pengetua, Guru Besar, guru-guru muda dan Pegawai-pegawai baharu
PPD Pendang. Diharap kumpulan sasaran ini akan menjadi pembimbing kepada guru-
guru di sekolah. Hasil Kajian yang terbaik akan dibentang dalam Kolokium Amalan
Terbaik.
Makluman

3
Minit Mesyuarat Sektor Pembelajaran Bil.1/2020

4.1.2 Pada bulan Mac Pengetua dan Guru Besar akan membentang Amalan Terbaik “Best
Practises”
Makluman

4.2 PROGRAM-PROGRAM TRANSISI

4.2.1 Pegawai-pegawai perlu pergi ke sekolah melihat program-program transisi yang


dilaksanakan menggunakan borang pemantauan yang telah ditetapkan.
Makluman

4.3 “OPEN CLASSROOM”

4.3.1 Jadual “Open Classrom” sekolah-sekolah daerah Pendang telah ada.


Rujuk Lampiran _ Jadual “Open Classroom” tahun 2020 Sekolah-sekolah PPD Pendang

Makluman

4.4 PROGRAM AKADEMIK : empowerNCER


4.4.1 Merupakan bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan (tuisyen) yang diberikan
secara percuma kepada kepada calon-calon peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM yang
memperolehi keputusan yang sederhana dan lemah khususnya untuk pelajar yang
berasal daripada keluarga yang berpendapatan berpendapatan rendah (B40).

Makluman

4.4.2 Enam buah sekolah yang terpilih, yang disyorkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah, dan
dikemukakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
i. SMK Kubor Panjang
ii. SMK Sg. Tiang
iii. SMK Tunku Temenggong
iv. SK Kubor Panjang
v. SK Sg. Tiang
vi. SK Pendang
Makluman

4.4.3 Sasaran ialah 200 orang pelajar bagi setiap daerah yang berprestasi rendah yang akan
menduduki peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM pada tahun 2020
a. UPSR – 80 orang
b. PT3 – 40 orang
c. SPM – 80 orang
( 90 % orang pelajar yang mendapat keputusan gred C, D, E dan F manakala 10 %
orang pelajar yang mendapat keputusan gred A dan B )

Tindakan : Pegawai Meja PROGRAM AKADEMIK : empowerNCER

4.5 GURU-GURU PAKAR DAN GURU-GURU CEMERLANG

4
Minit Mesyuarat Sektor Pembelajaran Bil.1/2020

4.5.1 Akan dihidupkan semula di bawah panitia mata pelajaran daerah dan bergerak
bersama SISC+ .
Tindakan : Timbalan Sektor Pembelajaran
4.6 GOOGLE CLASSROOM

4.6.1 Satu Perjumpaan khas akan diadakan bersama Penyelaras Google Classroom setiap
sekolah untuk memperkasa Google Classroom di sekolah-sekolah dalam mewujudkan
suasana pembelajaran yang seiring dengan PAK21 dengan mengaktifan ID pentadbir
sekolah, guru dan murid.
Tindakan : Pegawai Meja

4.6.2 Task Force Google Classroom peringkat sekolah akan dilaksanakan dengan
mengadakan beberapa siri bengkel guru dan murid.
Makluman

4.7 DIALOG PRESTASI

PPD Pendang akan meminta pihak sekolah mengadakannya samaada secara individu
atau kelompok mengikut Zon, MPSM dan MGB.
Makluman

4.8 PENINGKATAN PRESTASI PELAJAR ASRAMA

4.8.1 Fokus utama kepada pelajar asrama semasa waktu PREP untuk membantu unit HEM.

4.8.2 Akan dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak sekolah dengan khidmat bantu PPD.

Makluman

4.9 PEMULIHAN KHAS


Dua program dirancang melibatkan Guru Pemulihan Khas pada bulan Mac.
Makluman
5.0 PENDIDIKAN KHAS
Bengkel membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Modul Pengajaran dan
Pembelajaran kepada guru-guru Pendidikan Khas Sekolah Menengah dirancang
diadakan pada bulan Mac dan April 2020 dengan bimbingan pihak JPN dan Jurulatih
Utama Negeri.
Tindakan : Pegawai Meja

5. 5.0 HAL- HAL LAIN

5.1 Pengerusi berharap semua pegawai-pegawai baharu dapat membuat kerja sambal
belajar.
Makluman

5.2 Satu garis panduan perlu diberi kepada pegawai-pegawai yang baharu sebelum ke
sekolah untuk sesi kunjung bantu dan pemantauan. Pegawai-pegawai baharu juga
perlu rujuk mentor masing-masing untuk sebarang tugas dan menguasai fungsi unit
masing-masing.
Makluman

5
Minit Mesyuarat Sektor Pembelajaran Bil.1/2020

6. PENUTUP

6.1 Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.
Mesyuarat diakhiri dan ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh: Pn Sahina @ Salina binti Maydin

You might also like