Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KLINIK PERGIGIAN KINABATANGAN

W.D.T 40 CERTIFIED MS ISO 9001:2008


Registration No: AR 3950
90200 KOTA KINABATANGAN,
SABAH T Telefon : 089-561973
Faks : 089-561973

Ruj. Kami : (104)dlmKPKBN 60 (10/2)/1 Jld.6


Tarikh : 02.09.2020

Guru Besar,
SK. Tangkarason & Pra Sekolah,
Beluran.

Tuan,

PERLAKSANAAN SEMULA PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN PERGIGIAN SEKOLAH.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

02. Merujuk kepada surat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM.600-17/1/18 Jld.3(43) adalah dilampirkan.

03. Pihak kami akan meneruskan lawatan pergigian yang tertangguh disebabkan pandemic COVID 19 dan Perintah Kawalan
Pergerakan.Jadual lawatan ke sekolah tuan adalah pada 21.09.2020 hingga 24.09.2020 selama 4 hari.

04. Sehubungan dengan itu, pihak kami akan menjalankan rawatan (seperti dinyatakan) serta memberi pendidikan kesihatan pergigian
kepada pelajar/ murid mengikut SOP di dalam Garis Panduan Interim Guidelines 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV) Management in
Malaysia NO.3/2020.

05. Bersama ini disertakan Borang kebenaran rawatan untuk diedarkan dan ditandatangani oleh ibu/bapa/penjaga. Kami memohon
kerjasama pihak sekolah untuk mengedar dan seterusnya mengembalikannya kepada pihak kami sebelum rawatan pergigian dimulakan.

06. Kami memohon agar sudilah kiranya pihak tuan dapat menyediakan tempat tinggal sementara bagi pasukan tersebut yang terdiri dari 3
orang lelaki dan 1 orang perempuan.Jika terdapat sebarang masalah berhubung dengan lawatan ini, sila berhubung terus dengan Juruterapi
Pergigian Pn.Julina Jomuru di nombor telefon yang tertera di atas.

’PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA


ADALAH BUDAYA KERJA KITA’

Saya Yang Menjalankan Amanah,

.........................................................
(DR. SITI HAJAR OTHMAN)
Pegawai Pergigian Y/M,
Klinik Pergigian Kinabatangan.

Sk. – Fail
SHO/rb...

You might also like