Panduan Program

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

PROGRAM SEMARAK BIRU @ PENGERANG

SEMPENA
SAMBUTAN HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA
PERINGKAT NEGERI JOHOR

TARIKH
1 APRIL 2018

MASA
7.30 PAGI

MODUL / PANDUAN
SEKOLAH MENENGAH
SEKOLAH RENDAH
1.0 Pengenalan

Ia terdiri daripada dua peringkat iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Program
Semarak Biru @ Pengerang Peringkat Negeri Johor dirangka bagi memberi kesedaran kepada
masyarakat tentang adanya sambutan khas bagi golongan autisme pada 2 April bagi setiap tahun
dan julung kalinya diadakan di daerah Pengerang untik peringkat negeri Johor Darul Takzim.
Program ini akan dilaksanakan pada 1 April 2018.

Muat turun MANUAL PANDUAN UNTUK SEKOLAH di ​http://bit.ly/SBPanduanSekolah

2.0 Aktiviti

Berikut merupakan panduan program yang perlu dilaksanakan oleh setiap sekolah di Negeri
Johor sempena Bulan Kesedaran Autisme 2018.

2.0.1 Perhimpunan Rasmi

a) Sekolah rendah dan menengah disarankan melaksanakan perhimpunan rasmi khas pada
pagi 1 April 2018.
b) Kod Pemakaian guru dan murid : ​Disarankan untuk berpakaian tema berwarna biru
c) Tentatif umum sambutan adalah seperti berikut:

Masa Aktiviti Catatan

7.30 Pagi Semua guru dan pelajar berkumpul di kawasan perhimpunan

7.40 Pagi Aluan Pengacara Majlis

7.45 Pagi Nyanyian lagu


- Bangsa Johor
- Negaraku
- Sekolah

7.55 Pagi Bacaan Doa

8.00 Pagi Ucapan guru pendidikan khas / guru besar / pengetua Skrip ucapan
(Lampiran 3)

8.20 Pagi Sesi bergambar bersama plakad Plakad


(Lampiran 2)
● Tentatif adalah bergantung kepada situasi semasa dan kesesuaian bagi setiap sekolah.
2.0.2 Semarak Biru @ Pengerang Peringkat Negeri Johor ​Photo Contest

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN​:

1. Terbuka kepada semua sekolah rendah dan sekolah menengah di negeri Johor sahaja.
2. ​Untuk setiap sekolah yang bertanding, selain di media sosial, peserta juga perlulah
menghantar gambar serta mengisi butiran diri pada link ​Google Form​:
http://bit.ly/SBPhotoContest2018
3. Pemenang akan dinilai melalui gambar dan ​Caption ​terbaik.
4. Maksimum gambar yang dihantar haruslah 3 keping gambar.
5. Peserta yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui emel/​whatsapps/direct
message​ (DM).
6. Gambar yang dihantar tidak melebihi 10MB haruslah dimuatnaik secara atas talian
dan pihak penganjur mungkin akan meminta untuk resolusi yang lebih tinggi.
7. Gambar asli haruslah sekurang-kurangnya bersaiz 3MB kerana gambar yang menang
akan dicetak dan dipamerkan.
8. Gambar - gambar tersebut perlu dipos di akaun media sosial masing - masing dan
perlu di tag pada akaun berikut:
Facebook: AutismCare Pengerang ​atau/dan
Instagram: AutismCare Pengerang
9. Gambar yang dihantar melalui ​Facebook dan ​Instagram perlu diletakkan dalam mod
Public.
10. Gambar yang dihantar ​WAJIB meletakkan ​#semarakbirucontest ​#semarakbiru
#semarakbiru(mengikut daerah) ​di dalam ​Caption​ gambar.
Contoh: ​#SemarakBiruKotaTinggi​. Serta ​#(nama sekolah).
11. Setiap gambar perlulah diletakkan ​Caption​ yang menarik.
12. Setiap gambar yang diambil perlu bersama-sama dengan plakad Semarak Biru.
13. Plakad Semarak Biru boleh dimuat turun di ​Lampiran 2.
14. ​Waktu pertandingan: 1 April 2018, 7.30 pagi hingga 11.30 pagi
15. Pihak penganjur berhak untuk tidak menerima mana-mana gambar setelah waktu
penghantaran tamat.
16. Dengan menghantar gambar untuk pertandingan, peserta akan dianggap telah
memberi kebenaran kepada pihak penganjur untuk menggunakan gambar tersebut
untuk tujuan pencetakan, penyiaran dan/atau penyebaran dalam media sosial tanpa
sebarang bayaran.
17. ​Keputusan juri adalah muktamad.
2.0.3 Program - program lain sempena bulan kesedaran Autisme

Setiap sekolah digalakkan untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 1(satu) program yang lain
bagi menyambut bulan Kesedaran Autisme 2018.

Dilampirkan beberapa jenis cadangan program pada peringkat sekolah rendah dan menengah
yang boleh dilaksanakan sepanjang bulan April 2018.

1) Pertandingan Mewarna Semarak Biru

Beberapa ​template lukisan yang bertemakan Autisme : Semarak Biru disediakan di ​Lampiran 1​.
Pihak pengurusan sekolah digalakkan untuk mencetak ​template yang disediakan untuk
diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah untuk diwarnakan. Aktiviti mewarna ini disarankan
untuk dilaksanakan pada waktu pembelajaran agar tidak berlaku apa-apa perkara yang tidak
diingini seperti kecederaan..

**Pihak sekolah amat digalakkan untuk memberi hadiah bagi menghargai usaha dan semangat
pelajar dalam menjayakan program ini; dan / atau

2) Mural Cap Tangan

Pihak sekolah dicadangkan memilih satu atau beberapa dinding sekitar sekolah yang bersesuaian
untuk dijadikan tempat melukis mural cap tangan. Sebagai alternatif, pihak sekolah boleh
mengadakan mural cap tangan di kain rentang putih..

*Cap tangan perlu dilaksanakan dengan hanya menggunakan tema warna biru selaras dengan
tema penganjur iaitu berwarna biru.

Pihak sekolah juga boleh menggunakan kreativiti dan idea dalam melukis mural cap tangan; dan
/ atau muat turun reabentuk kain rentang di Lampiran 4 ​http://bit.ly/SBPanduanSekolah

3) Tayangan Video bertemakan Autisme

Para tenaga pengajar digalakkan untuk memaparkan beberapa video pendek bertemakan Autisme
: Semarak Biru di beberapa waktu matapelajaran yang bersesuaian. Video pendek akan
disediakan oleh pihak penganjur di dalam pautan berikut ​http://bit.ly/SBPanduanSekolah
4) Pertandingan Deklamasi Sajak dan Pantun

Pihak sekolah dicadangkan untuk mengadakan pertandingan deklamasi sajak dan pantun
berkaitan autisme.

**Pihak sekolah amat digalakkan untuk memberi hadiah bagi menghargai usaha dan semangat
pelajar dalam menjayakan program ini.
Contoh program Semarak Biru di sekolah pada tahun 2017

You might also like