Skema Jawapan GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

GMGM3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam No.

Matrik:249732

BAHAGIAN A (60 MARKAH)

Arahan: Jawab SEMUA soalan.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan transaksional?

Menurut Bass (1990) kepemimpinan transaksional ialah satu proses tukaran


secara rasional iaitu keperluan subordinat dipenuhi sekiranya ukuran prestasi
mereka mencapai tahap yang ditetapkan oleh pemimpin-pemimpin mereka baik
yang dinyatakan dalam bentuk kontrak secara implisit atau kontrak secara
eksplisit. Bagi Bass dalam situasi tertentu kebanyakan pemimpin ialah
transaksional. Untuk mendapatkan prestasi atau kepatuhan ahli atau pengikut,
kepemimpinan transaksional menggunakan kaedah tradisional iaitu ganjaran
dan hukuman.
(2 Markah)

2. Huraikan secara ringkas DUA (2) jenis kepimpinan transaksional.

Terdapat dua komponen kepemimpinan transaksional iaitu kontingensi


ganjaran dan pengurusan mengikut pengecualian.

a. Kontingensi ganjaran

Kontingensi ganjaran bermaksud pemimpin menyediakan ganjaran jika ahli-ahli


dalam organisasi telah mempamerkan prestasi yang memuaskan atau telah
berusaha sedaya upaya. Ia merupakan kontrak tukaran ganjaran terhadap usaha,
pencapaian yang baik dan mengiktiraf pencapaian tersebut.

b. Pengurusan mengikut pengecualian

Dalam pengurusan dengan cara kecuali ini pemimpin tidak berhasrat menukar
kaedah-kaedah kerja yang sedia ada atau menukar subordinat selagi matlamat
dapat dicapai. Pemimpin akan campur tangan sekiranya berlaku sesuatu yang
tidak betul. Keadaan dikatakan aktif jika pemimpin memantau situasi yang
berhadapan dengan masalah atau dikatakan pasif jika pemimpin tidak melakukan
sebarang tindakan hingga tercetus masalah atau kesilapan benar-benar berlaku.

(5 Markah)

1
GMGM3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam No. Matrik:249732

3. Nyatakan maksud konflik dan bagaimanakah kaedah penyelesaian terbaik

bagi mengatasi konflik di dalam organisasi.

Satu proses yang bermula apabila satu pihak menganggap satu pihak lain telah
menghambar, atau akan menghambarkan satu kepentingan dirinya. (Thomas,
1976) Definisi ini merangkumi jenis konflik antara individu dan dalam kumpulan.

Beberapa kaedah yang disarankan oleh Thomas (1975) dalam menguruskan


konflik ialah:

(a) Pengelakan Gaya

Pengurusan konflik pengelakan lebih kepada memisahkan pihak-pihak yang


berkonflik. Pihak pengurus dan pemimpin juga boleh menggunakan kaedah
psikologi dalam meredakan konflik tersebut.

(b) Penyesuaian

Digunakan dengan cara mengetepikan kehendak satu pihak dan memberi


tumpuan kepada pihak yang lagi satu.

(c) Persaingan Konflik

Bagi gaya ini wujud kesan daripada persaingan antara dua pasukan yang melihat
kepentingan diri sebagai keutamaan. Keputusan harus dibuat bagi memilih satu
pihak sahaja dan mengetepikan pihak yang lagi satu.

(d) Kompromi Situasi

Apabila setiap pihak mengalah dan mengorbankan sedikit kepentingan pasukan


atau diri bagi memberi keutamaan kepada perpaduan dalam organisasi.

(e) Permuafakatan Gaya

Permuafakatan merupakan gaya yang paling ideal dan signifikan. Semua pihak
mencapai persetujuan untuk memaksimumkan pencapaian matlamat dan
meningkatkan perpaduan pasukan.

(5 Markah)

2
GMGM3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam No. Matrik:249732

4. Jelaskan EMPAT (4) perbezaan antara pemimpin dan pengurus seperti

yang diutarakan oleh Bennis.

Pengurus Pemimpin

- Mentadbir - Membuat Inovasi

- Mengekalkan - Memajukan

- Bersandarkan sistem - Bersandarkan manusia

- Mengira kawalan - Mengira kepercayaan atau


amanah

- Melaksanakan perkara - Melaksanakan perkara


dengan betul dengan betul

(8 Markah)

5. Bincangkan secara ringkas LIMA (5) gaya kepemimpinan eksekutif.

Lima amalan bagi mencerminkan ciri seseorang eksekutif berkesan seperti mana
yang telah digariskan oleh Drucker ialah:

(i) Tahu hala tuju organisasi - Eksekutif yang berkesan haruslah memiliki
kemahiran dan ilmu pengetahuan yang tinggi bagi memastikan objektif dan hala
tuju organisasi dapat ditentukan.

(ii) Melihat kepada hasil - Pengurus haruslah memberi perhatian yang lebih
kepada hasil terhadap sumbangan yang diberikan. Pengurus eksekutif harus
memberikan tumpuan kepada pulangan terhadap organisasi berbanding kerja
yang dilakukan.

(iii) Memberi tumpuan kepada kekuatan yang dimiliki - Eksekutif yang berkesan
akan membina pengaruhnya berdasarkan kepada kekuatan yang dimiliki seperti
ilmu pengetahuan, kemahiran dan juga kemahiran komunikasi yang baik. Perkaitan
antara pengaruh dengan kuasa dalam kepimpinan penting dan tidak dapat
dipisahkan untuk mencapai sesuatu matlamat..

3
GMGM3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam No. Matrik:249732

(iv) Tumpuan kepada kerja yang lebih besar dan mencabar sahaja - Eksekutif
harus meletakkan sasaran pencapaian lebih tinggi daripada kebiasaannya. Mereka
juga harus percaya bahawa hasil usaha yang tinggi pastinya akan membuahkan
hasil yang lebih lumayan dan berbaloi.

(v) Hanya keputusan terbaik dihasilkan - Kepimpinan eksekutif perlu peka dan
sensitif terhadap sebarang cadangan yang dikemukakan. Setiap keadaan
memerlukan corak gelagat kepimpinan yang tertentu kerana gelagat yang
bersesuaian untuk sesuatu keadaan mungkin tidak sesuai untuk keadaan yang
lain.

(10 Markah)

6. Nyatakan LIMA (5) panduan bagi seseorang pengurus untuk menguasai


persekitaran organisasi seperti yang diutarakan oleh Yukl (2000).

1. Mengenal pasti maklumat yang perlu.

• Pengurus harus mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti maklumat yang


perlu dan penting dalam memahami persekitaran yang mencorakkan organisasi
yang diwakili.

• Pengurus perlu mahir untuk menangani masalah yang berlaku berdasarkan


kepada info yang dimiliki.

• Pengurus berkeupayaan dalam memahami pencapaian organisasi berbanding


organisasi lain juga akan membantu dalam membawa hala tuju yang lebih jelas
dan pencapaian kejayaan yang berpanjangan.

2. Menggunakan pelbagai kaedah dalam mendapatkan sumber maklumat.

• Kebijaksanaan pengurus dalam mendapatkan maklumat amat penting bagi


memastikan keputusan yang dilakukan tidak berlaku ketidakadilan.

• Kebergantungan yang tinggi terhadap seseorang individu dalam mendapatkan


maklumat pastinya akan mengundang tindakan negatif seperti bias, berat sebelah,
kronisme, nepotisme dan sebagainya.

• Bagi mewujudkan suasana harmoni dalam organisasi, pengurus haruslah


mempunyai pelbagai kemahiran dalam mendapatkan maklumat bagi menguasai
persekitaran luaran mahupun dalaman.

4
GMGM3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam No. Matrik:249732

3. Memahami keperluan organisasi dan subordinat.

• Sesuatu yang penting kepada seseorang pengurus untuk belajar dan memahami
keperluan organisasi dan juga subordinat di bawahnya.

• Perlu untuk mengelakkan keadaan ketidakseimbangan dalam organisasi iaitu


pengurus lebih ke arah organisasi semata-mata dan meninggalkan kepentingan
subordinat serta tidak menitikberatkan kepentingan organisasi sebagai matlamat
kejayaan.

4. Memahami sebarang ancaman yang bakal berlaku.

• Pengetahuan mengenai sebarang ancaman sama ada bersifat luaran mahupun


dalaman amat penting dikuasai oleh setiap pengurus. Pengetahuan ini akan
memberikan idea kepada pengurus untuk berhadapan dengan sebarang ancaman
dan dalam masa yang sama banyak membantu dalam pembuatan keputusan.

5. Kaitkan persekitaran dengan plan strategik.

• Maklumat mengenai persekitaran sangat berguna bagi pihak pengurus dalam


menilai semula pelan strategi yang telah dirancang. Dengan penguasaan terhadap
maklumat persekitaran, pengurus akan lebih mudah merancang strategi bagi
berhadapan dengan sebarang ancaman dan mengambil segala peluang yang ada.

(10 Markah)

5
GMGM3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam No. Matrik:____________

7. Huraikan secara ringkas perbezaan antara Kepemimpinan Direktif dan


Kepemimpinan Partisipatif.

KEPIMPINAN DIREKTIF

Peranan pemimpin dalam corak kepemimpinan ini dilihat sangat aktif khususnya
dalam penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan. Beliau mengharapkan
ahli-ahli di bawahnya dapat dibimbing dengan keputusan yang diambilnya. Untuk
mendapatkan penerimaan atau cadangannya diterima pengurus atau pemimpin,
direktif akan menggunakan cara memujuk, memberi alasan yang munasabah dan
logik. Ada kalanya pemimpin jenis ini menekankan kepentingan atau keperluan
dana dan ada kalanya menggunakan ganjaran atau tekanan supaya diterima.
Pemimpin hanya mengeluarkan perintah dan arahan. Perintah dan arahan yang
diberikan tidak diiringi dengan sebarang penjelasan atau keterangan. Pemimpin
gaya ini tidak mahu arahan dan perintahnya dipertikaikan oleh ahli-ahlinya. Yang
dikehendakinya ialah ahli-ahli hanya patuh kepada perintah dan arahan tersebut.
Satu stail yang nyata pemimpin membuat keputusan dan mengisytiharkan
keputusannya tanpa memaklumkan kepada ahli-ahlinya sebelum keputusan
dibuat.

Di manakah kelebihan kepemimpinan direktif?

(i) Banyak arahan daripada pemimpin-pemimpin ada hubungan dengan


penambahbaikan keberkesanan kumpulan.

(ii) Kepemimpinan direktif cuba mengurangkan semaksimum mungkin kesalahan.

(iii) Schumer mendapati bahawa kualiti dan kuantiti produktiviti dapat ditingkatkan
oleh kepemimpinan berbentuk direktif.

(iv) Penambahbaikan dalam aktiviti penyelesaian masalah.

(v) Ahli-ahli akan menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan di bawah arahan.

6
GMGM3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam No. Matrik:____________

KEPIMPINAN PARTISIPATIF

Berbeza dengan pendekatan kepemimpinan partisipatif. Corak kepemimpinan ini


berasaskan pengaruh pemimpin terhadap yang dipimpin. Pemimpin sangat
menggalakkan penglibatan dan partisipasi ahli-ahli di tempat kerja. Arahan dan
perintah yang dikeluarkan oleh pemimpin disertai dengan keterangan atau
penjelasan secara terperinci. Dalam sistem kepemimpinan partisipatif wujud
komunikasi dua hala. Komunikasi berlaku secara mendatar dan menegak.
Pimpinan cuba mempengaruhi ahli-ahlinya atau berlaku tawar-menawar dengan
mereka. Dalam keadaan lain pengurus mendapatkan pandangan ahli-ahlinya
sebelum sesuatu keputusan diambil atau dibuat. Ada pengurus atau pemimpin
melibatkan penyertaan ahli-ahli sepenuhnya dalam mencapai sesuatu keputusan.
Lazimnya wujud penglibatan kumpulan kerja dalam penetapan matlamat,
pembuatan keputusan, penambahbaikan kaedah dan penilaian prestasi. Dengan
perkataan lain reka bentuk ialah berdasarkan pembuatan keputusan dan
penyeliaan. Dalam pendekatan ini biasanya organisasi mencapai tahap produktiviti
yang tinggi, kualiti dan kepuasan ahli. Dalam hal ini pemimpin atau pengurus
mendelegasikan tugas dan cara menjalankan kepada ahli-ahlinya dan penglibatan
beliau paling minimal. Pada tahap ini setiap yang diputuskan oleh subordinat
diterima oleh pihak pengurusan. Kita dapati pada peringkat ini seolah-olah
pengurus tidak memperdulikan tanggungjawab mereka atau melepaskan
tanggungjawab mereka.

(10 Markah)

7
GMGM3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam No. Matrik:____________

8. Bincangkan LIMA (5) jenis-jenis kumpulan kerja yang biasanya terdapat di

dalam sesebuah organisasi.

Kumpulan kerja lebih merujuk kepada kumpulan pekerja yang bekerjasama untuk
mencapai satu matlamat organisasi. Kumpulan ini memiliki ahli yang sentiasa
berinteraksi dan bergantung antara satu sama lain. Menurut Zainal (1997)
kumpulan kerja boleh wujud dalam banyak bentuk seperti kumpulan formal, tidak
formal, sementara atau kekal, kombinasi dari jabatan yang berlainan dan
sebagainya.

I. Formal Team

- dibentuk melalui pelantikan secara rasmi dalam organisasi. Menurut Zainal


(1997), kumpulan ini dibahagikan kepada dua pecahan utama iaitu pasukan
fungsian dan pasukan tugas.

- Pasukan fungsian melihat kepada peranan pihak bawahan kepada


pengurus Atasan dankeadaan ini terbentuk melalui hierarki atau
carta organisasi.

- Pasukan tugas sementara pula lebih kepada untuk mengenal pasti,


menyelidik danmencari penyelesaian kepada sesuatu masalah.

- Kumpulan petugas sementara ini terbahagi kepada pasukan petugas,


pasukan penyeliadan juga jawatankuasa adhoc.

- Contoh paling mudah ialah pasukan penyiasat terhadap nahas helikopter


Nuri TUDM.

II. Informal Team

- Terbentuk atas tujuan tertentu yang lebih bersifat memenuhi tuntutan sosial
dan biasanya berubah-berubah mengikut keadaan dan keperluan (Yukl,
2002).

- Antara contoh kumpulan tidak formal ialah kumpulan perlawanan


persahabatan bolasepak dan kebanyakan pasukan informal ditubuhkan
atas dasar persahabatan, keakraban.

- Sebagai contoh ialah tugasan kumpulan pelajar dan Kumpulan yang wujud
biasanya daripada kelompok yang dikenali.

8
GMGM3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam No. Matrik:____________

- Kumpulan ini akan dibubarkan apabila tugasan telah dihantar.

III. Cross Functional Team

- Bersifat sementara namun dalam beberapa kes kumpulan ini ada yang
bersifat tetap.

- Contoh yang bersifat tetap ialah kumpulan pembangunan teknologi angkasa


lepas yang ahli kumpulannya terdiri daripada individu yang memiliki
kemahiran berbeza namunsaling memerlukan satu sama lain.

- Menurut Kotter (1988), seseorang ketua dalam cross functional team


haruslah mendapat sokongan penuh daripada pihak atasan khasnya yang
berupa kewangan, moral, motivasi dan tidak kurang juga sokongan dalam.

IV. Self Managed Moral Team

- Lebih kepada individu yang memiliki kemahiran dan kepakaran yang hampir
sama. Contohnya seperti juruteknik dan operator pengeluaran.

- Ahli kumpulan melaksanakan segala tugas yang diberikan bagi tujuan untuk
meningkatkan lagi kemesraan kumpulan, kerja lebih menarik dan pastinya
akan membuka peluang untuk mempelajari skil baru (Yukl, 2002).

- Ringkasnya, seorang pemimpin haruslah memiliki kemampuan dan


kemahiran melebihi ahli lain.

- pemimpin juga perlulah mempunyai kemahiran dalam mewujudkan suasana


kerja yang lebih kondusif dan efektif yang dapat menghilangkan rasa bosan
dalam kalangan ahli.

V. Virtual Team

- Kumpulan jenis ini lebih dikenali sebagai kumpulan maya.

- Ahli tidak selamanya bertemu disebabkan oleh faktor geografi dan


berlakunya keterbatasan pertemuan kerana kurang bersemuka antara satu
sama lain.

- kebiasaannya komunikasi antara ahli akan dilakukan berdasarkan kepada


kecanggihan teknologi seperti Internet, video conference, groupware, portal,
multimedia presentation dan juga teknologi generasi ke-3 (3G).

9
GMGM3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam No. Matrik:____________

(10 Markah)

BAHAGIAN B (40 MARKAH)

Arahan: Sila jawab SEMUA soalan di dalam kertas jawapan yang disediakan.

1. ”...diperingkat individu, integriti ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan


dengan apa yang dilakukan; keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral,
etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan
kepentingan umum. Apa yang dilakukan oleh individu itu pula tepat dan
bermutu...”
(Datuk Dr. Sulaiman Mahbob)

Berdasarkan kenyataan di atas, bincangkan peranan integriti di dalam diri seseorang


individu khususnya dalam menjamin kestabilan organisasi yang diwakili.

Jawapan :

Integriti merupakan elemen penting yang mempunyai hubungan yang positif


dengan kesejahteraan individu, kesejahteraan komuniti dan kesejahteraan
organisasi. Integriti membentuk staf yang mempunyai tingkah laku yang baik
dan bebas daripada tingkah laku kaunter yang negatif seperti mencuri,
vandalisme, memanjangkan waktu rehat tanpa kebenaran dan ponteng kerja.
Kelemahan integriti akan menyumbang kepada keruntuhan nilai moral dan
kerosakan sesuatu profesyen pekerjaan. integriti juga akan mempengaruhi
kejayaan emosi, kejayaan kerjaya dan kewangan, kejayaan kerja, kejayaan
perhubungan dan kejayaan fizikal individu. Kejayaan emosi merupakan
pengaruh untuk menjadi gembira, puas hati atau tenang dan sebaliknya risau,
cemas, kecewa, marah atau tidak berpuas hati. Kejayaan kerjaya dan
kewangan secara umumnya merupakan keupayaan mengawal kebiasaan
perbelanjaan dan simpanan yang mencukupi untuk masa depan dan kerjaya
seseorang. Manakala kejayaan kerja didefinisikan dalam aspek produktiviti
tinggi iaitu keseronokan bekerja, dedikasi terhadap tugas dan optimis terhadap
kerjaya seseorang berbanding kebiasaan melakukan kerja yang teruk dan tidak

10
GMGM3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam No. Matrik:____________

dapat dipercayai, mempunyai hubungan yang buruk dengan rakan sekerja dan
penyelia, kecenderungan melakukan aktiviti yang dilarang di tempat kerja dan
sikap menganggap kerja sebagai satu paksaan. Bagi kejayaan dalam
perhubungan dalam konteks kepuasan umum merupakan suatu keharmonian
dan hubungan yang menggembirakan dengan rakan, rakan sekerja, saudara
mara dan pasangan berbanding hubungan yang dipenuhi dengan konflik,
pertentangan, kekecewaan, perpisahan dan kesengsaraan. Sehubungan itu,
dalam aspek kejayaan fizikal boleh dilihat berorientasikan kesihatan seperti
senaman berterusan, diet yang sihat, rehat yang mencukupi serta penjagaan
kesihatan yang baik seperti menghindari penyalahgunaan arak, tembakau dan
penagihan dadah yang berpunca daripada kesilapan diri sendiri.

Setiap individu bertanggungjawab terhadap pembentukan integriti diri mereka.


Individu adalah bermoral apabila melakukan tindakan yang betul kerana
mengetahui tindakan itu adalah betul secara konsisten dan sebati dengan
dirinya. Oleh itu, adalah sangat penting untuk membentuk nilai moral yang baik
melalui kebiasaan dan latihan. Individu juga perlu mempunyai keberanian untuk
menentukan sempadan dan mempertahankan diri daripada perkara yang
merosakkan dirinya sendiri dan nilai yang dipegang. Individu perlu
menyerlahkan kreativiti, tidak terlalu serius sehingga kehilangan sense of
humor, melakukan perkara yang betul, tidak bersifat taksub kepada pribadi
tertentu dan mendengar pendapat orang lain untuk menjana integriti diri
mereka. Komuniti dan organisasi mempengaruhi pembangunan integriti.
Komuniti mempengaruhi integriti. Komuniti juga menentukan kelayakan dan
standard kecekapan ahli. Integriti boleh dikekalkan dengan mewujudkan
persekitaran kerja yang selamat dan hukuman yang berterusan. pembangunan
integriti juga memerlukan perubahan dalam budaya organisasi dan pendidikan
dengan menumpukan kepada pembentukan moral komuniti, sebagai
pendekatan utama pembangunan integriti untuk memahami falsafah dan
kepentingannya serta menjadikannya sebagai sebahagian daripada identiti diri.

11
GMGM3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam No. Matrik:____________

Kemelut integriti dalam konteks peribadi, organisasi atau jabatan berlaku


disebabkan individu gagal mengawal hawa nafsu, menyucikan hati, kelemahan
pegangan agama serta memantapkan aqidah dan akhlak tepuji.

(20 Markah)

2. Perlantikan Ketua Polis Perlis dari kalangan wanita jelas memperlihatkan bahawa
sumbangan wanita di dalam sistem pentadbiran sesebuah organisasi setanding
dengan pencapaian kaum lelaki. Malah kaum wanita turut memberi sumbangan
yang besar di dalam pelaksanaan dasar-dasar negara. Berikan pendapat anda
berdasarkan kenyataan ini dengan merujuk kepada sumbangan tokoh-tokoh wanita
terkemuka negara.

Jawapan :

Jika dilihat, dalam kebanyakan bidang, masih lagi lelaki yang menguasai jawatan
dalam pengurusan tertinggi. Memang sekiranya dilihat secara kasar, wanita seperti
mula mengambil alih jawatan-jawatan dalam pengurusan tertinggi. Akan tetapi, jika
dilihat secara halus, masih lagi banyak lelaki dalam bidang ini. Begitu juga dengan
sektor dan bidangkerjaya yang lain, sememangnya lelaki masih lagi banyak
memegang jawatan-jawatan dalam pengurusan tertinggi. Beliau juga berpendapat
bahawasanya untuk menjawat jawatan dalam pengurusan tertinggi, seorang wanita
janganla terlalu membuat permintaan yang tinggi,berlagak, sombong dan angkuh,
serta tidak memahami orang bawahan kita, dan juga mengikut emosi dalam membuat
satu keputusan. Hal ini kerana, kita perlu sedar bahawasanyawalaupun wanita
sekarang mampu untuk melakukan apa-apa sahaja, akan tetapi masih adalagi kerja
yang wanita tidak mampu buat. Walau bagaimanapun beliau tidak pernah melihat
terdapat diskriminasi dalam pentadbiran wanita dalam bidang dan sektor pendidikan.
Malahan guru-guru diberi keistimewaan yang sama rata tak kira guru-guru lelaki
ataupun wanita. Bagi yang berkelayakan akan diberikan peluang oleh kerajaan dalam
pengurusan tertinggi.
Dalam konteks kepimpinan wanita dalam pengurusan tertinggi, amatlah penting untuk
seorang wanita itu mengamalkan tonggak dua belas dalam kerjaya beliau.Contohnya

12
GMGM3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam No. Matrik:____________

dalam berdepan dengan kakitangan-kakitangannya, kesabaran dan juga keikhlasan


amatlah penting. Hal ini kerana, apabila berdepan dengan manusia yang mempunyai
pelbagai pemikiran pasti kedua-dua aspek itu pasti akan bersangkut paut. Apabila kita
ikhlas dalam memberikan khidmat kita kepada organisasi dan keluarga,maka
kesabaran akan timbul dengan sendirinya sekiranya berlaku apa-apa yang tidak di
ingini.
Apabila menjadi ketua jabatan dan juga seorang isteri, hubungan sesama manusia
amatlah penting untuk dijaga. Hubungan sesama manusia yang dimaksudkan adalah
hubungan sesama staf dan pegawai lain dan juga sesama ahli keluarga. Dalam apa-
apa-apa pekerjaan, konsep kerjasama adalah penting dalam sesebuah organisasi.
Disebabkan itulah hubungan sesama manusia hendaklah sentiasa dijaga.
Untuk menjadi wanita yang mempunyai etika profesionalisme yang tinggi dalam
sesebuah organisasi, mereka harus membanyakkan membaca bahan-bahan
bacaanyang berkaitan. Seperti buku-buku yang berkaitan dengan pengawalan emosi,
buku-buku kepimpinan dan juga buku-buku agama, agar mereka mampu elak untuk
mencampur-adukkan antara urusan keluarga dan juga kerjaya mereka.
Dalam usaha untuk mendapatkan kerjasama daripada semua pihak, seorang wanita
yang bekerjaya hendaklah belajar untuk memahami persekitaran di sekeliling. Tidak
kiralah dalam organisasi beliau mahupun di dalam institusi keluarganya. Perkara-
perkara yang harus difahami oleh beliau ialah cara bekerja dengan kaum lelaki,dengan
beliau sebagai ketua dan orang lelaki sebagai kakitangan ataupun pembantunya dan
yang kedua ialah keperluan keluarganya sendiri.
Bukan mudah untuk mengubah budaya yang mempengaruhi sesebuah organisasi.
Namun, keberanian dan ketegasan hendaklah dipraktikan dalam misi ingin
mengubahbudaya yang telah diterapkan oleh ketua organisasi yang sebelumnya
adalah lelaki. Biasanya oleh kerana kebanyakkan pengasas atau pemimpin organisasi
adalah lelaki maka budaya organisasi secara logiknya adalah lebih condong kepada
nilai mereka. Jadi keberanian dalam mengubah budaya yang sedia ada amatlah
diperlukan. Sekiranya tidak pun mampu untuk mengubah, sekurang-kurangnya

13
GMGM3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam No. Matrik:____________

budaya yang ada hendaklah ditambah baik supaya tiada pengdiskriminasian dalam
organisasi tersebut.
(20 Markah)

14

You might also like