Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

oleh: riana_hakimi Cheese kek segera

riana_hakimi@myresipi.com
Bahan-bahan ( sebiji kek )

 Bahan A : 250 grm tepung optima /sponge mix, 4 biji telur ayam, 80 ml air ,1 sudu
kecil ovalet
 Bahan B : 1/2 buku philadelphia cream cheese dan 1/2 tin susu manis

 Bahan C : 3 sudu besar mentega

 BAHAN HIASAN: keju cheeder kraft untuk di parut.

Cara-cara

1. Panaskan 3 sudu besar mentega hingga cair,sejukkan.


2. Masukkan semua bahan A dalam satu adunan dan dipukul menggunakan speed
mixer yang tinggi sehingga adunan menjadi kembang keputihan. Kemudian
masukkan mentega yang telah dicairkan kedalam adunan dan dipukul sehingga
sebati.

3. Adunan dimasukkan ke dalam loyang berisi kertas minyak. Oven di panaskan


terlebih dahulu sebelum dimasukkan adunan. Bakar dengan kepanasan atas dan
bawah 16o o'celsius selama 25 minit.

4. BAHAN UNTUK CREAMER MANISAN KEJU: Masukkan bahan B dalam satu adunan dan
dipukul sebati dan mengikut citarasa anda..

5. Kek yang telah masak dibahagi dua dengan pisau pemotong kek. Letakkan creamer
manisan keju di atas lapisan pertama kek,kemudian tindihkan lapisan kek kedua
diatasnya...Lapisan atas dan tepi kek di salutkan cremer manisan keju dan
dihiaskan dengan keju cheeder yang diparut sebagai hiasan.
Tepung talam
 Tepung beras dan 3 sudu besar penuh tepung gandum
-jadikan 1 cawan.
 Gula merah 150 grm,2 1/2 sudu besar gula putih, 2 cawan air dan sehelai daun pandan -
dimasak sehingga mendidih-sejukkan.(ukuran gula kurang manis-tambahkan gula kalau nak
manis).

 Secalit kapur- bekas2 sahaja (jangan banyak sebab adunan akan menjadi keras).

 Campur kesemua bahan sehingga sebati - tapiskan.(ukuran 1 cwn tepung dan 2 cawan air
gula).

 BAHAN B: bhgn atas

 1 kotak santan (cap ayam)-dicampur dgn air-jadikan 1 1/2 cawan.

 Tepung beras 1/3 cawan -(2 1/2 sudu besar).

 Garam secukup rasa.

 Campur kesemua bahan sehingga sebati - tapiskan.

Cara-cara
1. Panaskan pengukus.
2. Loyang digris dgn sedikit minyak.Masukkan bahan A.Dikukus 30 minit.

3. Lepas 30 minit, jika adunan dah masak tapi ada air kukusan diatasnya. pedapkan dengan
tisu(kitchen towel). Lorekkan dengan garfu supaya adunan atas boleh melekat.

4. Masukkan bahan B keatas bahan A dengan perlahan2.(kacau sedikit adunan B sebelum


dituang).Kukus selama 30 minit lagi.

5. Apabila adunan dah masak tapi masih ada air kukusan.Pedapkan lah dengan kitchen towel
ok.

6. Disejukkan kuih ini terlebih dahulu sebelum dipotong.Selamat mencuba.


kuih lapis

Bahan-bahan ( 10 orang makan )


 1 cawan tepung beras
 1 3/4 cawan santan

 1/2 cawan gula

 Garam secukup rasa

 1 sudu kecil esen vanila

 (Saya selalu buat 2 kali ganda adunannya dan guna 1 kotak santan cap ayam-200ml,tambah
air untuk jadikan ukuran santan)

Cara-cara
1. Panaskan kukusan.Griskan sikit saja minyak pada loyang.
2. Masukkan kesemua bahan didalam satu bekas.Kacau rata.Tapis.

3. Bahagi dua adunan tadi. Satu warna putih dan satu lagi warna pink.

4. Kukuskan lapisan demi lapisan mengikut turutan warna seperti putih,pink,putih,pink dan
seterusnya. (Kukuskan setiap lapisan dlm 3 hingga 4 minit-nanti nampaklah lapisan tu elok
masaknya).

5. Untuk jadikan lapisan itu lebih kurang sama tebal ukurannya,ukur adunannya sebelum
dituang,cnth:kalau ukuran setiap lapisan adalah 1/2 cawan,yg lain pun 1/2 cawan.Akhir
sekali,jadikan lapisan itu berwarna merah.Kukuslah dlm 20 minit lagi.

6. NOTA: Setiap lapisan,bila masak,saya lap tudung kukusan untuk elak air timpa kuih.Tapi
kalau air timpa atas kuih,saya serapkan dgn tisu kitchen towel sebelum sambung dgn lapisan
lain.

7. Kuih lapis yg berjaya dibuat adalah kuih yang lapisannya boleh dibuka satu-satu.

8. Jangan lupa sejukkan kuih sebelum dipotong

You might also like