Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 1
MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS KENYATAAN MEDIA MAJLIS PENYAMPAIAN SURAT PEMAKLUMAN KELULUSAN PERMOHONAN PENUKARAN STATUS TANAH DARIPADA PEGANGAN PAJAKAN 89 TAHUN KEPADA HAK MILIK KEKAL Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan pada 29 Julai 2020 telah meluluskan empat (4) permohonan penukaran status tanah kediaman daripada pajakan kepada hak milik kekal. Kerajaan Negeri Sembilan mengucapkan tahniah kepada semua individu yang ‘menerima kelulusan iait 1. Puan Noraini bt Abdul Kudus 2. Encik Mairuz bin Kira 3. Encik Zulkarnain bin Zakaria 4, Encik Wong Tian Song Buat masa ini permohonan ini dibuka bagi 2 taman perumahan iaitu dari Taman Marida, Senawang dan Gedong Lalang 162, Ampangan sebagai projek intis bagi melengkapkan SOP (prosedur operasi standard). Insya-Allah pihak Kerajaan Negeri akan memperiuaskan lagi permohonan sesudah SOP tersebut dimuktamadkan. Ini adalah selaras dengan manifesto yang dibentangkan oleh Pakatan Harapan Negeri Sembilan dalam Pilhanraya Umum-14 (PRU-14) yang lalu. Kerajaan Negeri turut maklum bahawa masin ramai lagi pemilk rumah di taman-taman tersebut yang masin belum membuat permohonan. Justeru, individu yang ingin menukar status tanah boleh menyemak kelayakan serta mengambil borang di Pejabat Daerah dan Tanah Seremban. Untuk makluman, Negeri Sembilan adalah negeri pertama di dalam Malaysia yang membuka permohonan penukaran status tanah daripada pajakan kepada hak milk kekal. Sekian, terima kasih. Bersih. Muafakat. Sejahtera. DATO’ SERI HAJI AMINUDDIN BIN HARUN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN 5 Ogos 2020 9785, 63 1304 Email: yabmbns@ns.gov.my | lofon: 08-765 9990, 06-785 9936, ‘Wisma Negeri 70503 Serentan Scanned with CamScanner

You might also like