Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 4
BEAU SCE RIS CESSES JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR ‘Tingkat 1, Menara Selatan, Sangunan Sultan ara Sach, sous se0 No.2: Persiaran Masi, Bukit SUK, Seksyen 5, Matai aa, 40676 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN peren e rmeeaniae Ruj. Kami : JALSEL.BPM/01/006/2.JLD.3 (6 ) Tarikh, 8 Muharram _1441H 27 Ogos 2020M negates EN S.F Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ‘Semua Pengurus Masjid Daerah Negeri Selangor ‘Semua Pengurus Masjid Diraja Negeri Selangor ‘Semua Pengurus Masjid Naik Taraf Negeri Selangor ‘Semua Nazir Masjid Institusi Negeri Selangor ‘Semua Nazir Masjid Kariah Negeri Selangor ‘Semua Pengerusi Surau Negeri Selangor YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri / Dato’ / Tuan, KETETAPAN MENGEKALKAN PENGGUNAAN SEJADAH BERSAIZ STANDARD OLEH JEMAAH DAN LARANGAN KEHADIRAN JEMAAH BUKAN WARGA NEGARA MALAYSIA YANG TIDAK DIKETAHUI TEMPAT TINGGAL ATAU TIDAK MELAZIMI BERJEMAAH DI MASJID/ SURAU Dengan segala hormatnya izinkan saya menarik perhatian YBhg. Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ / Tuan berhubung perkara yang tersebut di atas, 2. Untuk makluman, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Kanan Pertahanan pada 25 Ogos 2020 telah mengumumkan kelonggaran kepada warga asing untuk solat berjemaah di masjid dan surau mulai 1 September 2020 serta memberi kelonggaran kepada jemaah dengan tidak mewajibkan membawa sejadah. Sebaliknya penggunaan sejadah bukan lagi menjadi keutamaan bahkan sekadar keperluan yang digalakkan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan ketetapan tersebut adalah tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing- masing. 3. Sehubungan dengan itu, sebagai langkah dan ikhtiar bagi menjaga kepentingan umat Islam dan masyarakat awam lainnya, serta keperluan bagi mengekalkan kawalan kendiri yang tinggi oleh para jemaah masjid dan surau seluruh Negeri Selangor, juga bagi meminimakan sebarang kebarangkalian cetusan baru dan penularan semula wabak Covid-19 dari sebarang aktiviti di masjid dan di surau, Jabatan ini menetapkan bahawa Prosedur Operasi Standard (SOP) dan surat arahan No.Rujukan ; JALSEL.BPM/01/006/2 JLD.3 (5) bertarikh 29 Julai 2020 adalah terus dikuatkuasakan sehingga suatu ketetapan lain dikeluarkan mengenainya oleh jabatan 1 CEKAP, CEPAT DAN BERKUALITI $6 Ruj. Kami : JAISEL.BPM/01/008/2.JLD.3 ( 6) ini. Maka adalah ditetapkan untuk Pentadbir masjid dan surau agar terus memastikan para jemaah yang hadir ke masjid dan surau terus kekal mematuhi ketetapan :- 3.1. Membawa sejadah saiz standard dari rumah masing-masing semasa hadir ke masjid/ surau untuk menunaikan Solat Fardhu Jumaat atau Solat Fardhu Lima (5) Waktu sebagaimana disebut dalam perenggan 5.1 (i) surat arahan tersebut. 3.2. Melarang jemaah bukan Warganegara Malaysia (warganegara asing) yang sama sekali tidak dikenali, atau tidak diketahui tempat tinggal dan tidak melazimi Solat Fardhu Berjemaah dari hadir ke masjid dan surau sebagaimana dinyatakan di dalam perenggan 6.2 surat arahan tersebut. Ini bagi mengelakkan kemungkinan berlaku penularan jangkitan dari jemaah bukan warganegara yang tidak dikenali sama ada bergejala atau tidak bergejala. 3.3. Bagi jemaah bukan warganegara yang benar-benar dikenali oleh pihak masjid atau surau adalah dibenarkan untuk hadir Solat Fardhu Jumaat atau Solat Fardhu Berjemaah. Walau bagaimanapun mereka adalah tertakluk dan periu mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan di perenggan 5.1 surat arahan JAIS. 4. Untuk makluman pihak YBhg. Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ / Tuan, merujuk surat jabatan ini No. Rujukan : JALSEL.BPM/01/006/2 JLD.2 (62) bertarikh 16 Julai 2020, semua masjid dan surau di Negeri Selangor telah diberi kelonggaran beroperasi berdasarkan kapasiti maksimum selepas penjarakan 1.5 meter. Program pengimarahan seperti kuliah dan tazkirah juga telah mula dibenarkan untuk diadakan pada 4 Julai 2020. 5. Berdasarkan ketetapan tersebut, pihak pentadbir masjid dan surau hendaklah menetapkan_akses serta kemudahan yang wajar mengikut ketetapan kepada pelbagai ketagori_jemaah termasuk musafir ( yang dibenarkan) agar mereka turut_mendapat_kemudahan mendirikan Solat_Fardhu dengan sempurna Penutupan pintu atau pagar utama atau sebarang halangan kemasukkan hanya boleh dibuat dalam keadaan jumlah kehadiran telah mencukupi_berdasarkan penjarakkan ditetapkan dan berlakunya suatu keadaan yang boleh mengakibatkan kesesakkan. 6. _ Segala perhatian dan kerjasama semua pihak dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih Sekian, wassalam. Ruj. Kami : JAILSEL.BPM/01/006/2.JLD.3 (6) “SELANGOR MAJU BERSAMA” “BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA” Saya yang merigldnkan amanah, (HAJI MOHD |AN BIN AHMAD) S.M.S., P.P.T. Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor Ruj. Kami : JALSEL,.BPM/01/006/2.JLD.3 (6 ) Salinan Kepada: 10. Y.A.D Dato’ Setia Hj Mohammed Khusrin Bin Hj Munawi Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor S.S. Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes Bin Abdul Wahid Mufti Negeri Selangor Y.D.H CP Noor Azam Bin Jamaluddin Ketua Polis Negeri Selangor YBhg. Dato’ Lela Bakti Dato’ Haji Mohamad Munir Bin Bani Setiausaha Sulit Kepada DYMM sultan Selangor YBhg. Dr Ahmad Shahir Bin Makhtar Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor YBhg. En Muhamad Nazri Bin Mohd Amin Timbalan Pengarah, Majlis Keselamatan Negara, Negeri Selangor ‘Semua YDH Orang Besar Daerah Semua A.F Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Pejabat Timbalan Pengarah Operasi Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan JAIS Penolong Pengarah Kanan Unit Korporat JAIS

You might also like