YB DR Rafie Sidang Dewan Belanjawan Tambahan 03092929

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SOALAN YB ADUN RANTAU

STATUS PEMBANGUNAN WILAYAH MVV

A. Berapakah anggaran hasil yang dapat dikutip untuk tempoh 5 tahun mulai 2018 hingga
2023?

B. Apakah status inisiatif-inisiatif khas di Wilayah MVV bagi tahun 2018 hingga 2020 dan
perancangan bagi tahun 2021 hingga 2023?

***************************************************************************

JAWAPAN: (YB Dato’ Dr. Mohamad Rafie Bin Ab Malek)

1. Terima kasih di atas persoalan berkaitan pembangunan di Negeri Sembilan khususnya


dikawasan MVV 2.0.

2. Menyentuh anggaran hasil yang dapat dikutip oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk
tempoh 5 tahun bermula tahun 2018 iaitu tahun pertama Kerajaan PH mentadbir sehingga
tahun 2023 iaitu tahun berakhirnya penggal setelah PRU 14, alhamdulillah, kita amat
bersyukur kepada Allah, prestasi kutipan hasil Kerajaan Negeri Sembilan yang dipimpin oleh
Pakatan Harapan amat memberangsangkan.

3. Untuk tahun 2018, kutipan sebenar yang diterima oleh Kerajaan Negeri Sembilan
berjumlah RM421,184,397.26 berbanding unjuran yang bernilai RM412 juta.

4. Untuk tahun 2019, kutipan sebenar yang berjaya dikutip oleh Kerajaan Negeri Sembilan
berjumlah RM556,444,257.75 berbanding unjuran yang hanya bernilai RM430 juta. Daerah
Seremban dan Port Dickson yang merupakan kawasan pembangunan MVV 2.0 adalah
antara penyumbang utama kepada angka ini. Kerajaan Negeri Sembilan berjaya merekod
sejarah baru kerana untuk pertama kalinya kita memperolehi pendapatan melebihi RM500
juta. Untuk rekod, prestasi pendapatan Kerajaan Negeri Sembilan rata-rata dibawah RM400
juta sebelum ini kecuali pada tahun 2017 dimana hasil kutipan Kerajaan Negeri Sembilan
berjumlah RM413.46 dan itupun kerana tambahan pemberian sumbangan RM10 juta
daripada Kerajaan Persekutuan.

5. Menganalisa pencapaian cemerlang 2019, Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya


memperolehi pendapatan sebenar 29.4% jauh lebih tinggi berbanding unjuran yang
berjumlah RM430 juta. Kejayaan ini disumbang umumnya kerana peningkatan jumlah hasil
bukan cukai (iaitu premium) kerana peningkatan jumlah pelaburan yang ketara pada tahun
2019. Untuk makluman, jumlah pelaburan meningkat amat ketara semasa pentadbiran
kerajaan Pakatan Harapan berbanding pada tahun-tahun sebelum ini. Untuk rekod, jumlah
pelaburan untuk 3 sektor utama khususnya berkaitan perkilangan, sektor utama dan
perkhidmatan terpilih yang dilaporkan oleh MIDA untuk Negeri Sembilan adalah seperti
berikut:
2017 : RM1.41 bilion

2018 : Meningkat kepada RM2.86 bilion

2019 : Terus meningkat kepada RM3.68 bilion

MIDA juga melaporkan jumlah sebenar pelaburan ke Negeri Sembilan setelah mengambil
kira kesemua sektor termasuk tiga sektor utama dan merangkumi hartanah, utiliti,
perdagangan/pengedaran, perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, perkhidmatan
pengangkutan dan lain-lain, jumlah sebenar pelaburan ke Negeri Sembilan untuk tahun
2019 bernilai RM6.96 bilion.

6. Untuk tahun ini iaitu tahun 2020, seluruh dunia dimana negara kita tidak terkecuali, kita
dilanda dengan pandemik Covid 19 yang memberi kesan ketara kepada ekonomi negara.
Namun demikian, jika keadaan mengizinkan, insyaAllah, kita masih berusaha untuk
mencapai sasaran RM5 bilion untuk unjuran pelaburan bagi 3 sektor utama di Negeri
Sembilan. Dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan masih berjalan dan
suasana ini amat menyukarkan usaha-usaha kita untuk membawa pelaburan masuk tetapi
dengan komitmen dan usaha gigih yang dilakukan oleh semua agensi kerajaan negeri untuk
membawa pelaburan ke Negeri Sembilan, sasaran RM5 bilion bukan perkara mustahil untuk
kita capai.

7. Justeru untuk anggaran hasil pendapatan untuk tahun 2020 sehingga 2023 untuk
Kerajaan Negeri Sembilan, kita membawa unjuran konservatif untuk anggaran pendapatan
Kerajaan Negeri Sembilan sepanjang tempoh sehingga 2023.

8. Kerajaan Negeri Sembilan menjangkakan anggaran hasil bagi tahun 2020 adalah sebanyak
RM457 juta, meningkat 6.28% berbanding tahun 2019 yang diunjurkan RM430 juta. Bagi
tahun-tahun 2021 sehingga 2023, anggaran hasil dijangka akan meningkat dalam lingkungan
4 ke 6 peratus.

9. Namun, jangkaan kita, nilai pendapatan kerajaan negeri akan meningkat jauh lebih tinggi
berdasarkan kepada pelaksanaan projek-projek pembangunan dibawah MVV 2.0 yang telah
bermula dengan pembinaan beberapa kawasan industri baharu serta-serta lain projek
dalam perancangan kerajaan negeri.

1. Menyentuh persoalan status inisiatif-inisiatif khas di Wilayah MVV 2.0, pertama sekali,
untuk makluman ahli-ahli dewan yang mulia ini, wilayah MVV 2.0 merangkumi keseluruhan
kawasan Seremban dan Port Dickson.
2. Untuk memastikan pelaburan secara terancang, Perbadanan NS yang diberi amanah
untuk membangunkan ekonomi di Negeri Sembilan khususnya Wilayah MVV 2.0, merangka
Pelan Induk Pembangunan Ekonomi Negeri Sembilan (NS Economy Master Plan). Pelan
Induk Pembangunan Ekonomi ini merangkumi pembangunan sehingga tempoh 25 tahun
iaitu sehingga tahun 2045 dan ianya amat penting kerana kita ingin memastikan
pembangunan secara terancang dan teratur. Kita mahu memastikan setiap pelaburan akan
membawa aktiviti ekonomi yang akan membuka peluang pekerjaan dan peluang perniagaan
khususnya kepada rakyat Negeri Sembilan.

3. Kita juga mahu memastikan pelaburan yang memasuki Negeri Sembilan adalah sektor
industri berteknologi tinggi yang memerlukan pekerja-pekerja yang berilmu dan
berkemahiran (knowledge and skill workers). Kita tidak lagi berminat sektor perindustrian
yang memerlukan pekerja tidak mahir yang ramai (labor intensive) atau industri yang
mencemarkan alam sekitar. Usaha ini adalah untuk memastikan kita berjaya meningkatkan
taraf hidup rakyat di negara ini khususnya di Negeri Sembilan.

4. Kita juga ingin memastikan usaha-usaha diambil untuk setiap pelaburan yang dibawa
masuk, bukan hanya boleh memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tetapi juga membuka
peluang perniagaan kepada rakyat di Negeri Sembilan. Justeru itu sebagai contoh, baru-baru
ini, apabila kita memberi kelulusan kepada sebuah syarikat didalam sektor elektrikal dan
elektronik yang mahu melabur sejumlah USD350 juta iaitu sekitar RM1.5 bilion, kita telah
mendapat kerjasama daripada pelabur berkenaan untuk memastikan kontraktor-kontraktor
di Negeri Sembilan diberi peluang untuk sama-sama terbabit termasuk untuk pembinaan
kilang berkenaan.

5. Dalam usaha untuk meningkatkan pelaburan di Wilayah MVV 2.0, Pelan Induk
Pembangunan Ekonomi Negeri Sembilan membahagikan kepada empat parcel
pembangunan.

Pertama, Parcel A - Pembangunan “Kawasan Perindustrian Berteknologi Tinggi NS” (NS High
Tech Industrial Park) iaitu merangkumi kawasan seluas 2,838 ekar. Untuk makluman ahli-
ahli dewan yang mulia ini, kedudukan kawasan Parcel A ini terletak kiri-kanan disepanjang
Lebuhraya Utara – Selatan bermula dari Nilai sehingga Seremban. Pemaju utama, Sime
Darby Property Berhad sedang dalam fasa akhir untuk memuktamadkan pelan
pembangunan dan pelan kebenaran merancang dijangka akan dikemukakan untuk kelulusan
dalam tempoh terdekat ini. Dijangka kerja-kerja tanah di sektor Hamilton dalam Parcel A
akan bermula menjelang suku pertama 2021.

Dalam pada itu, Sime Darby Property juga telah melancarkan pembangunan XME Business
Park di Nilai Impian pada 4 Februari 2020 yang lalu.

Kedua, Parcel B - Pembangunan “Bandar Pintar NS” (NS Smart City) iaitu merangkumi
kawasan seluas 8,796 ekar di Labu. Kita telah menyiapkan pelan induk merangkumi juga
pembangunan bandar TOD (Transit Oriented Development). Perkhidmatan HSR (High Speed
Rail) akan melalui kawasan ini dan sebuah stesen untuk keretapi dengan kelajuan 320 km
sejam akan dibina dikawasan ini. Pembangunan bandar TOD akan memangkinkan
pembangunan ekonomi dikawasan ini kerana tempoh perjalanan dari Labu ke Kuala Lumpur
dan dari Labu ke Singapura akan menjadi sangat singkat.

Perbadanan NS juga merangkakan untuk mengembangkan “Halal Industrial Hub” didalam


Parcel B ini yang bersebelahan dengan Kawasan Perindustrian Enstek. TH Properties secara
dasarnya juga bersetuju untuk membangunkan kawasan seluas 650 ekar iaitu Techpark @
Enstek Fasa 3 kerana hampir kesemua kawasan perindustrian sedia ada telah habis dijual.
Untuk industri halal yang pesat membangun di Kawasan Perindustrian Enstek ini akan terus
disambung untuk sekitar 1,000 ekar tambahan lagi di sebelahan kawsan sedia ada iaitu
dalam Parcel B yang luas keseluruhannya berjumlah 8,796 ekar. Selain perindustrian halal
dalam bidang pemakanan dan minuman (food and beverages), kita juga sedang
mengusahakan perindustrian halal dalam sektor kosmetik dan “pharmaceutical”. Parcel B
akan juga mengandungi pembangunan merangkumi:

a. “Medical Tourism and Wellness”

b. “Medical Manufacturing”

c. “Science Tech Park & Cyber City”

d. “Digital Free Trade

Zone” dan pelbagai lagi.

Kita juga merangka pembangunan kawasan perumahan didalam Parcel B yang merangkumi
sekitar kawasan seluas 3,500 ekar dalam usaha menyokong pembangunan di Parcel A dan
Parcel C.

Dalam usaha kita untuk memastikan membantu rakyat khususnya graduan-graduan muda
yang sukar untuk membeli rumah dengan harga yang cukup tinggi ketika ini, kerajaan akan
memastikan Dasar Perumahan Kerajaan Negeri Sembilan dilaksanakan iaitu pemaju perlu
menyediakan 50% daripada keseluruhan pembinaan perumahan mestilah rumah berstatus
Rumah Mampu Milik. Di bawah Dasar Perumahan Kerajaan Negeri Sembilan:

a. Kategori A : 20% mesti berharga RM80,000 ke bawah


b. Kategori B : 15% mesti berharga RM250,000 ke bawah
c. Kategori C : 15% mesti berharga RM400,000 ke bawah

Manakala baki 50% kita pulangkan kepada pemaju untuk menentukan harga menurut
kehendak pasaran.

Rumah Mampu Milik Kategori A yang dibina mestilah selesa dengan keluasan minima 20’ x
60’ dengan nilai harga maksima hanya RM80,000 untuk setiap unit Rumah Mampu Milik.
Jika kesemua projek perumahan di Parcel A, B dan C dapat dilaksanakan, kita menjangka
akan dapat menawarkan minima 10,000 rumah Mampu Milik Kategori A didalam Wilayah
MVV 2.0 iaitu rumah bernilai maksima RM80,000.

Ketiga, Parcel C - Lembah Aeroangkasa NS (NS Aerospace Valley) dan Hab Logistik Asia
Pasifik (Asia Pacific Logistic Hub). Usaha kita untuk membangunkan kawasan seluas 16,000
ekar ini mendapat sokongan yang amat mengalakkan daripada pelabur-pelabur yang
berpotensi. Walaupun kita mengetahui industri aeroangkasa hampir lumpuh akibat
permasalahan Covid 19 tetapi kita berkeyakinan ianya akan pulih semula dalam tempoh
maksima 3 tahun yang akan datang. Penggunaan perjalanan udara akan kembali pulih dan
penggunaannya akan semakin meningkat apabila vaksin untuk Covid 19 ditemui dan
permasalahan penyakit ini dapat diselesaikan sepenuhnya. Kita perlu merebut peluang
untuk membawa industri aeroangkasa ke negara kita kerana jika kita tidak berbuat
demikian, barang sudah pasti negara-negara bersekitaran seperti Indonesia, Thailand dan
Vietnam akan merangkul peluang untuk mengetuai industri aeroangkasa yang amat
berpotensi. Ini kerana kajian yang dibuat oleh Airbus, hampir 50% daripada permintaan
untuk kapalterbang baru akan tertumpu di Asia Pasifik dan Asia. Justeru keperluan untuk
penambahan “FAL - Final Assembly Line” untuk pembuatan kapalterbang akan tertumpu di
kawasan ini. Kita perlu memanafaatkan lokasi yang strategik yang kita ada didalam Parcel C
di dalam kawasan MVV 2.0 ini yang mempunyai hubungan darat, udara dan laut yang sangat
teratur untuk kita bangunkan NS Aerospace Valley.

Lokasi yang strategik didalam Parcel C ini membolehkan juga kita untuk mengetuai di Asia
Pasifik sebagai Hab Logistik utama dunia. Perniagaan di masa akan datang akan banyak
tergantung kepada perniagaan di atas talian dimana secara beransur-ansur premis
perniagaan seperti Kompleks Membeli Belah secara beransur-ansur akan mengucup.
Keadaan ini akan membawa kepada keperluan kewujudan Hab Logistik yang menjadi
pengkalan pengumpulan dan pengedaran produk dan kita berhasrat untuk memajukan
sebahagian daripada Parcel C yang merangkumi kawasan Tanah Merah, Lukut dan Port
Dickson sebagai Hab Logistik Asia Pasifik.

Keempat, Parcel D - Industri Maritim (Maritime Industry). Dalam usaha untuk


membangunkan pembangunan di Parcel C, kita memerlukan perkhidmatan maritim yang
kukuh dan Negeri Sembilan juga perlu memanafaatkan Selat Melaka yang menjadi salahsatu
laluan paling sibuk didunia dimana hampir 100,000 buah kapal induk (Mother Vessels)
melalui selat ini setiap tahun. Untuk permulaan, kita perlu memastikan kita boleh mendapat
hasil daripada industri maritim ini. Jika kita duduk di pantai Port Dickson sekarang ini dan
memandang ke laut, kita akan melihat puluhan kapal dagang luar berlabuh atau istilahnya
parkir di lautan kita. Untuk selama ini, olehkerana kita tidak membuat peraturan parkir atau
istilah maritimnya - “lay-up” - kapal-kapal dagang antarabangsa ini parkir secara percuma
dilautan kita. Untuk sekian lama, kita telah kerugian jutaan ringgit kerana kita tidak
mengenakan caj parkir kepada mereka. Justeru, dalam usaha industri maritim kita, ini
adalah antara usaha awal yang akan kita laksanakan.

6. Dalam usaha melaksanakan usaha-usaha dalam Pelan Pembangunan Induk Ekonomi


Negeri Sembilan, kita telah berusaha beberapa langkah tambahan, diantaranya:

a. Pendekatan Mesra Perniagaan (Business Friendly Approach). Dalam konteks ini, agensi
kerajaan seperti NSIC (NS Investment Center) akan bertindak proaktif untuk menarik
pelabur dan memudahcara untuk memastikan pelabur-pelabur tertarik untuk melabur di
Negeri Sembilan.

b. Peningkatan Kualiti Pendidikan khususnya TVET. Dalam misi menarik pelabur, antara
soalan awal yang ditanya mereka ialah kemampuan kita menyediakan pekerja-pekerja mahir
yang mencukupi. Justeru, sejajar dengan usaha kita menarik pelabur-pelabur berteknologi
tinggi, kita perlu berusaha untuk menyiapkan rakyat khususnya generasi muda dengan ilmu
dan kemahiran.

c. Penyediaan kawasan perindustrian yang “cost effective”. Untuk memastikan kita berjaya
menarik pelabur-pelabur, kita perlu memastikan mereka boleh menjalankan operasi dengan
kos yang menarik. Sebagai contoh, agak memeranjatkan, walaupun negara kita adalah
pengeluar gas tetapi harga gas industri lebih murah di Singapura berbanding Malaysia.
Justeru, dalam usaha kita memajukan kawasan perindustrian baru di Wilayah MVV 2.0, kita
juga melihat bagaimana kita boleh memastikan kos operasi yang kompetitif yang
membolehkan kita menarik pelabur-pelabur datang ke negara kita khususnya ke Negeri
Sembilan.

d. InsyaAllah, jika tiada sebarang permasalahan, Kerajaan Negeri Sembilan akan


melancarkan Tahun Melabur NS 2021 (NS Invest Year 2021) pada 12 November 2020. Kita
akan mempamerkan Pelan Induk Pembangunan Negeri Sembilan bukan hanya untuk
Wilayah MVV 2.0 tetapi keseluruhan pelan pembangunan di Negeri Sembilan dalam usaha
untuk menarik pelabur-pelabur dalam mahupun luar negara melabur di Negeri Sembilan.
Kita juga akan mengumumkan pakej tawaran pelaburan pada hari berkenaan.

Terima kasih.

You might also like