Karangan Faktor-Faktor Untuk Menjadi Usahawan Berjaya

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

 

KARANGAN FAKTOR-FAKTOR UNTUK


MENJADI USAHAWAN BERJAYA

Usahawan ialah individu yang menggabungkan tiga


faktor utama dalam ekonomi iaitu tanah,buruh dan modal
dalam mengeluarkan sesuatu proses pengeluaran.Ganjaran
kepada usahawan adalah untung kerana berani menanggung
risiko kerugian yang besar.Setiap hari,di muka hadapan
akhbar isu kejayaan usahawan tempatan sering menjadi isu
yang sering hangat diperdebatkan.Hal ini bermaksud
bahawa usahawan merupakan salah satu penyumbang
utama dalam ekonomi negara kita.Nabi Muhammad SAW
bersabda,satu persembilan daripada sumber rezeki adalah
berniaga.Justeru,semua pihak mestilah komited dan
beriltizam untuk mengemukakan isu ini kerana ‘hendak
seribu daya,tak hendak seribu dalih’. Persoalannya,apakah
faktor-faktor kejayaan seorang usahawan?
            
Pada pendapat saya,antara faktor kejayaan seorang
usahawan ialah penguasaan ilmu pengetahuan.Hal ini di
katakan demikian kerana tanpa penguasaan ilmu, kita
mudah ditipu dan ditindas oleh golongan lintah darat.Kita
juga boleh menjalankan kajian tentang cara untuk
memperoleh keuntungan yang maksimum  pada setiap
tempoh perakaunan.Selain itu,antara bidang keilmuan yang
boleh diceburi untuk mendalami dunia keusahawanan ialah
Sains Akuatori,Prinsip Perakaunan,Ekonomi Asas ,dan
Matematik Perniagaan.Contoh yang boleh dijadikan teladan
untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya ialah
Myclin,Donald Trumh,Bill Gates dan Syed Mokhtar
Bhukori.Memang tidak dinafikan,penguasaan ilmu
pengetahuan membolehkan kita menjadi seorang usahawan
yang berjaya.
            
Selain itu,faktor yang paling dominan ialah modal yang
mencukupi.Modal terbahagi kepada dua iaitu modal wang
dan modal fizikal.Modal wang merupakan modal  boleh
dicairkan untuk mengeluarkan sesuatu produk yang
menelan kos  .Modal fizikal adalah mesin,bangunan kilang,
dan bahan mentah.Tanpa ketiga-tiga objek ini,usahawan
tidak akan dapat mengeluarkan ‘output’ yang ingin
dikeluarkan atau ‘output' yang memaksimumkan
keuntungan.Ganjaran kepada pemilik modal adalah faedah
atau dikenali sebagai bunga.Modal boleh diperoleh melalui
pinjaman bercagar atau dikenali pinjaman
persendirian.Usahawan boleh membuat pinjaman dalam
kuantiti yang banyak berbanding “overdraf” bank.Antara
agensi kerajaan yang boleh menyediakan kemudahan
pinjaman ialah MARA,TEKUN dan Pusat Urus
Zakat.Tegasnya ,modal yang mencukupi akan menjamin
kejayaan seseorang usahawan dalam bidang keusahawanan.
            
Akhir sekali,untuk menjadi usahawan yang berjaya
ialah gigih berusaha.Sebagai contoh,seseorang usahawan
mestilah memajukan lagi perniagaannya di peringkat
antarabangsa tanpa mengenal erti putus asa.Tokoh
usahawan yang boleh dijadikan contoh ialah Puan Rozita
Ibrahim,pengusaha Sendayu Tinggi.Beliau sanggup
bermalam di dalam lorinya semasa memasarkan
produknya.Hasil ketekunan dan kegigihannya,kini beliau
bergelar jutawan kosmetik yang tersohor di Malaysia.
Tuntasnya,untuk menjadi usahawan yang berjaya kita
mestilah gigih berusaha ,bertepatan dengan kata peribahasa
genggam bara api biar sampai jadi arang.
            
Kesimpulannya, faktor-faktor kejayaan untuk menjadi
usahawan ialah semua pihak mestilah berusaha tanpa
mengenal erti jemu.Kita mestilah rajin,jujur,berdaya saing
dalam usaha menjadi usahawan Berjaya.Pengemblengan
tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah ditagih
kerana orang bijak pandai pernah berpesan,’kalau tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya’.Dalam pada itu,
usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan
mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu
bermula dengan langkah yang satu.Jika kita merancang
tetapi malas berusaha,ini seakan-akan Mat Jenin dengan
mimpinya.Oleh itu kita mestilah berusaha untuk mencapai
kejayaan.Bak kata pepatah ‘dimana ada kemahuan,disitu ada
jalan’.

You might also like