JSKM PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/313437154

Penularan Penyakit Tuberculosis (TB) di Malaysia: Amalan Pencegahan dan


Mekanisme Pengawalan di Institusi Pendidikan

Article · January 2017


DOI: 10.17576/JSKM-2017-1501-15

CITATIONS READS

0 5,365

2 authors:

Mohd Faiz Mohd Yaakob Jamal Nordin Yunus


Universiti Utara Malaysia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
64 PUBLICATIONS   29 CITATIONS    68 PUBLICATIONS   31 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Developing and validating assessment and accountability framework to prepare quality future teachers View project

School Culture View project

All content following this page was uploaded by Mohd Faiz Mohd Yaakob on 08 February 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 15(1) 2017: 131-134
DOI : http://dx.doi.org./10.17576/JSKM-2017-1501-15

Artikel Ulasan/Review Article

Penularan Penyakit Tuberculosis (TB) di Malaysia: Amalan Pencegahan dan


Mekanisme Pengawalan di Institusi Pendidikan
(Transmission of Tuberculosis (TB) in Malaysia: Practice of Prevention and Mechanism Control in
Educational Institutions)

MOHD FAIZ BIN MOHD YAAKOB & JAMAL@NORDIN BIN YUNUS

ABSTRAK

Penyakit Tuberculosis atau dikenali sebagai penyakit TB merupakan isu yang penting di Malaysia disebabkan oleh
kemunculan jangkitan yang dramatik. Pada bulan Mac 2016 (sehingga 15 April 2016) sebanyak 3049 kes tibi telah
dikesan dan menjadikan keseluruhan kes secara kumulatif sebanyak 7717 kes. Berlaku peningkatan sebanyak 902
(13.0%) pada bulan yang sama tahun 2015 (6815 kes). Sementara itu, pencegahan dan mekanisme pengawalan penyakit
ini perlu difahami sejak awal lagi. Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji (1) penularan penyakit TB di Malaysia (2)
amalan pencegahan penyakit TB (3) mekanisme kawalan di institusi pendidikan (4) promosi program kesihatan di
sekolah. Perbincangan dan cadangan daripada kajian ini boleh diaplikasikan bagi mengukuhkan dan memperteguh
dasar dan perancangan kerajaan ke arah yang lebih baik terutama kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Kata kunci: Kesihatan Awam; tuberculosis ( TB); pencegahan; mekanisme kawalan; perancangan dan dasar
pendidikan

ABSTRACT

Tuberculosis or TB is a major issue in Malaysia as the dramatic emerge of infection. In Mac 2016 (Until 15 April 2016)
3049 cases were reported and total cases were reported 7717 cases which increasing 902 (13.0%) cases at same month
2015 (6815 cases). Meanwhile, prevention and diagnosis should be started from children. Educational planning with
the collaboration from Ministry of Education (MOE) and Ministry of Health (MOH) should be intensive to ensure the
prevention and mechanism control of this disease can be cure at the beginning. The focus of the study was given on the
(1) transmission of tuberculosis (TB) in Malaysia (2) practice of prevention of TB (3) mechanism control in educational
institutions and (4) promotion health programmes in schools. The conclusion of this study is drawn on the premise of
providing plausible suggestion that will promote good governance for the Ministry of Education (MOE) and Ministry of
Health (MOH) to strengthening the current policy for a better future implementation.
Keywords: Public health; tuberculosis (TB); prevention; mechanism control; educational policy and planning

PENGENALAN Sementara itu, pelaksanaan dasar kesihatan telah


memberi kesan yang besar ke arah masyarakat. Dasar
Penyakit TB atau Tuberculosis merupakan penyakit kesihatan boleh ditakrifkan sebagai tindakan yang
berjangkit tertua di dunia yang disebabkan oleh bakteria perlu diambil oleh kerajaan kepada masyarakat untuk
Mycobactarium Tuberculosis yang disebarkan melalui meningkatkan kesihatan penduduk. Dalam erti kata lain,
udara. Dianggarkan sejumlah 9 juta kes baru TB di seluruh matlamat dasar kesihatan adalah untuk menangani masalah
dunia dan 1.5 juta kematian disebabkan oleh penyakit ini. kesihatan dan penyakit yang mempunyai kesan yang besar
pada tahun 2013. Pada tahun tersebut juga dianggarkan kes kepada kesihatan awam (Hairani et al. 2015).
baru penyakit TB di kalangan kanak-kanak adalah 550,000 Merujuk kepada sejarah jangkitan TB di Malaysia,
kes dan jumlah kematian kanak-kanak adalah 80,000 kes. penyakit ini menjadi satu masalah kesihatan yang serius.
Di Malaysia, pada awal 1940-an dan 1950-an, TB adalah Sementara itu, penyelesaian berkesan telah diambil oleh
punca kematian nombor satu di Malaysia (Iyawoo 2004). kerajaan dan berjaya mengurangkan jumlah kejadian kes
Manakala kini, kes TB yang dilaporkan pada tahun 2016 dan kematian. Kesannya, perubahan yang positif mengenai
adalah sejumlah 7717 kes, iaitu peningkatan sebanyak pengurangan kes kejadian tahunan dari 1970-an hingga
13.0% berbanding 6815 kes yang dilaporkan pada tahun 1992 (Aziah 1994).
2015 (Kementerian Kesihatan Malaysia 2016).

131

Chap 15.indd 131 23/01/2017 10:34:58


Bermula tahun 1992, kes-kes yang dilaporkan dan JADUAL 1. Jumlah kes penyakit TB berdasarkan negeri
kadar kematian telah meningkat secara beransur-ansur.    Negeri Jumlah Kes
Dalam Laporan Tahunan 2011 oleh Kementerian Kesihatan,
terdapat adalah 19337 kes dengan 1557 kematian yang Johor 630
disebabkan oleh TB telah direkodkan (Kementerian Kedah 363
Kesihatan Malaysia 2012). Kelantan 413
Oleh itu, adalah penting untuk meneliti penularan Melaka 164
penyakit ini, amalan pencegahan, mekanisme kawalan dan
Negeri Sembilan 169
strategi pendidikan kesihatan daripada peringkat sekolah
Pahang 221
lagi. Pemahaman dan pengetahuan penyakit ini perlu
bermula di peringkat awal menerusi dasar dan perancangan Perak 402
pendidikan untuk memastikan penyakit ini terkawal dan Perlis 32
berjaya dikurangkan. Pulau Pinang 420
Sabah 1501
METODOLOGI Sarawak 674
Selangor 1680
Kajian ini bersifat kajian kualitatif dengan menggunakan Terengganu 313
reka bentuk analisis dokumen-dokumen kerajaan. Terdapat WP Kuala Lumpur 705
5 dokumen yang terlibat. Dokumen tersebut ialah: WP Labuan 30
1. Bilangan 1/2016 buletin tibi dan kusta, Kementerian Malaysia 7717
Kesihatan Malaysia (Kementerian Kesihatan Malaysia Sumber:  Bilangan 1/2016 Buletin Tibi dan Kusta (Kementerian Kesihatan
2016a).      Malaysia, 2016)
2. Rancangan Malaysia Kesebelas Kertas Strategi 5:
Mencapai Akses Sejagat kepada Penjagaan Kesihatan berpanjangan melebihi 2 minggu, demam dan berpeluh di
Berkualiti (Unit Perancang Ekonomi 2016). waktu malam, kurang selera makan dan batuk berdarah
3. Garis Panduan Pengurusan Penyakit Berjangkit di adalah tanda-tanda utama yang perlu diberikan perhatian
Institusi-Institusi Pendidikan di Bawah Tanggungjawab yang serius. (Ministry of Health 2012). Oleh itu, penyakit
KPM dan Agensi-Agensi Kerajaan (Kementerian ini memerlukan pendidikan kesihatan yang berkesan sejak
Pendidikan Malaysia 2010). dari awal lagi. Pihak sekolah perlu memahami mengenai
4. Management of Tuberculosis – Clinical Practice amalan pencegahan dan mekanisme kawalan penyakit
Guidelines (CPG) (3rd Edition) (Ministry of Health ini.
2012).
5. Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia AMALAN PENCEGAHAN
2012.
Prosedur analisis dokumen ini dijalankan dengan Terdapat beberapa amalan pencegahan yang dicadangkan
menganalisis dokumen bilangan 1/2016 buletin TB oleh KKM. Bagi peringkat persekolahan, murid sejak
dan kusta, dokumen CPG dan laporan tahunan 2012, darjah satu perlu mendapatkan suntikan (Bacillus Calmette
Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai penularan Guerin) BCG sekiranya tiada parut di lengan. Sekiranya
penyakit TB dan amalan pencegahan. Setelah itu, dokumen terdapat murid yang mengalami batuk berterusan selama
daripada KPM pula dianalisis dari segi mekanisme kawalan lebih dari 2 minggu juga perlu diberikan perhatian yang
di institusi pendidikan dan akhirnya dokumen Rancangan serius. Ahli keluarga atau individu yang rapat dengan murid
Malaysia Kesebelas (RMK-11) dianalisis daripada aspek berkenaan juga perlu membuat pemeriksaan sekiranya
strategi pendidikan kesihatan. mempunyai tanda-tanda penyakit TB (Kementerian
Kesihatan Malaysia 2016b). Pengudaraan kawasan
persekolahan juga perlu dititikberatkan.
PENULARAN PENYAKIT TUBERCULOSIS (TB)
Amalan pencegahan telah dilakukan di sekolah dan
Sebanyak 3,049 kes tibi telah direkodkan pada tahun 2016 perlu dilaksanakan dengan lebih baik serta berkesan pada
sehingga 15 April 2016 dan menjadikan keseluruhan kes masa akan datang. Pihak sekolah perlu memberi perhatian
secara kumulatif sebanyak 7,717 kes. Ini menunjukkan yang serius mengenai kesihatan semua murid-muridnya.
peningkatan kes sebanyak 902 (13.0%) berbanding bulan Rekod kesihatan murid perlu diwujudkan dan sentiasa
yang sama pada tahun 2015 (6815 kes). dikemas kini. Hubungan dengan Pejabat Kesihatan
Berdasarkan Jadual 1, negeri yang paling banyak Daerah (PKD) juga perlu sentiasa diperkukuhkan agar
direkodkan kes ialah Selangor (1680) kes dan Sabah maklumat terkini mengenai pendidikan kesihatan dapat
(1501) kes, manakala negeri yang paling sedikit yang disampaikan dengan lebih berkesan. Oleh itu, kefahaman
direkodkan ialah WP Labuan iaitu sebanyak (30) kes. Batuk dan tanggungjawab bersama perlu dimainkan oleh semua
pihak di sekolah. Pemimpin sekolah perlu prihatin dengan

132

Chap 15.indd 132 23/01/2017 10:34:58


isu kesihatan semasa dan mempunyai hubungan yang akrab kalangan murid-murid yang mempunyai tanda-tanda
dengan PKD yang berdekatan. penyakit berjangkit.
10. Mendapatkan pandangan dan nasihat daripada PKD
MEKANISME KAWALAN DI INSTITUSI PENDIDIKAN mengenai pengurusan murid-murid yang diisolasi.
11. Memastikan warga institusi yang sihat tidak bergaul
Secara umumnya pengurus institusi iaitu Guru dengan murid-murid yang diisolasi kecuali mereka
Besar/Pengetua atau pemimpin sekolah adalah yang yang dipertanggungjawabkan mengurus kebajikan
bertanggungjawab terhadap pencegahan dan pengawalan murid-murid yang diisolasi. Petugas-petugas di bilik
penyakit TB ini. Tanggungjawab pengurus institusi ini isolasi hendaklah mengamalkan tatacara pencegahan
adalah langkah pencegahan dan pengawalan, penutupan dan kawalan yang telah ditetapkan seperti memakai
sebahagian dan penutupan sepenuhnya. Mekanisme ini topeng muka dan memantau tahap kesihatan diri
perlu diambil berat oleh pihak sekolah agar penyakit ini sendiri.
dapat dikawal dengan baik dan berkesan. 12. Warga institusi yang sihat hendaklah menjalankan
Pada peringkat pencegahan dan pengawalan, pengurus aktiviti seperti biasa.
institusi bertanggungjawab untuk:
Penutupan sebahagian:
1. Menjalankan langkah-langkah pendidikan kesihatan
1. Apabila terdapat satu kes disahkan positif dalam
melalui kaedah penyebaran maklumat berkaitan
sebuah kelas, tindakan menutup kelas tersebut selama
penyakit berjangkit.
tujuh hari dari tarikh pengesanan boleh dilaksanakan
2. Menyediakan peralatan seperti termometer, topeng
dengan pandangan daripada pegawai kesihatan
muka, cecair pembersih tangan dan lain-lain yang
daerah.
bersesuaian.
2. Penutupan sebahagian institusi hendaklah dilaksanakan
3. Memastikan penjagaan kebersihan di tempat kerja
oleh pengurus institusi dengan kelulusan daripada
terjamin terutamanya peralatan dan kawasan umum
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) menerusi
seperti tombol pintu, susur tangga, kaunter, tandas
Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD ) dan Jabatan
dan sebagainya.
Pendidikan Negeri (JPN).
4. Menetap dan menyediakan bilik isolasi yang
3. Bagi institusi yang bukan di bawah kawalan KPM,
bersesuaian mengikut spesifikasi kesihatan.
hendaklah memaklumkan kepada pihak pengurusan
5. Memastikan penyaringan status kesihatan warga
tertinggi institusi berkenaan.
institusi dilakukan melalui soal jawab, pemeriksaan
suhu badan dan memantau petanda serta gejala-gejala Penutupan sepenuhnya:
penyakit berjangkit pada permulaan sesi pembelajaran.
1. Apabila mencapai 30% bilangan kelas ditutup dalam
Rekod pemeriksaan perlu disediakan dan dikemas
tempoh 5 hari berturut-turut, tindakan menutup
kini.
institusi pendidikan hendaklah dilakukan dengan
6. Murid-murid yang didapati tidak sihat dan mempunyai
pandangan daripada Pegawai Kesihatan Daerah.
tanda-tanda penyakit berjangkit hendaklah diuruskan
2. Penutupan sepenuhnya institusi hendaklah
mengikut arahan yang ditetapkan oleh KKM dan KPM.
dilaksanakan oleh pengurus institusi dengan kelulusan
Antara tindakan yang perlu diambil termasuklah
daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM)
mewajibkan pemakaian topeng muka dan diasingkan
menerusi PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
di bilik isolasi sehingga dijemput oleh ibu bapa/
3. Bagi institusi yang bukan di bawah kawalan KPM,
penjaga.
kebenaran penutupan institusi adalah di bawah kuasa
7. Bagi murid-murid yang tinggal di asrama, tindakan
pihak pengurusan tertinggi institusi berkenaan.
mengasingkan mereka di bilik isolasi hendaklah
4. Tempoh penutupan adalah selama 7 hari berturut-turut
dijalankan iaitu dalam tempoh 3-7 hari atau sehingga
(Termasuk cuti hujung minggu dan cuti umum) dari
ibu bapa/penjaga datang menjemput. Murid-murid ini
tarikh kuat kuasa penutupan.
tidak dibenarkan pulang sendirian atau menggunakan
5. Hari penutupan yang melibatkan hari persekolahan
pengangkutan awam. Bagi murid-murid asrama yang
hendaklah diganti mengikut jadual waktu yang terlibat.
diisolasi, tempat makan, tempat belajar dan penggunaan
Namun demikian, sekiranya tempoh hari persekolahan
bilik mandi serta tandas hendaklah berasingan. Tahap
telah memenuhi syarat minimum 190 hari dalam masa
kesihatan murid-murid ini hendaklah dipantau secara
setahun, maka penggantian tidak diwajibkan.
berkala.
6. Peranan dan tanggungjawab pihak yang terlibat dalam
8. Memantau trend ketidakhadiran warga institusi
menangani penularan kes-kes penyakit berjangkit
pendidikan dan sebab-sebabnya. Sebarang peningkatan
institusi pendidikan adalah seperti yang dinyatakan
ketidakhadiran yang disebabkan penyakit berjangkit
dalam garis panduan pengurusan penyakit berjangkit
hendaklah dilaporkan kepada PKD berhampiran.
di bawah KPM.
9. Memberikan kerjasama kepada PKD yang akan
membuat pemantauan dan mengambil sampel dalam

133

Chap 15.indd 133 23/01/2017 10:34:59


STRATEGI PENDIDIKAN KESIHATAN Kesejahteraan perhubungan daripada KPM dan KKM
perlu diselaraskan bersama. Harapan dan tanggungjawab
Kerajaan telah mengambil perhatian yang serius mengenai ini perlu difahami bersama agar kesihatan yang berkualiti
pendidikan kesihatan. Strategi pendidikan kesihatan dapat dinikmati bersama pada masa akan datang.
secara jelas telah dinyatakan dalam Rancangan Malaysia
Ke-11 (Unit Perancang Ekonomi 2015). Sektor kesihatan
RUJUKAN
merupakan sebahagian daripada sistem sosioekonomi dan
kemajuan dalam penjagaan kesihatan secara langsung Aziah, A.M. 2004. Tuberculosis in Malaysia: Combating the old
meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Sejak merdeka, nemesis. Medical Journal of Malaysia 59(1): 1-3.
Malaysia telah berjaya menyediakan perkhidmatan Hairani, N., Rahman, A. & Salwa, K. 2015. Challenges of
penjagaan kesihatan yang baik kepada rakyat serta national TB control program implementation: the Malaysian
memberikan penekanan berterusan terhadap penyampaian experience. Procedia - Social and Behavioral Sciences 172:
perkhidmatan yang berkualiti dan cekap. Sistem kesihatan 578–584. http://doi.org/10. 1016/j.sbspro.2015.01.405.
terutamanya perkhidmatan yang disediakan oleh sektor Iyawoo, K. 2004. Tuberculosis in Malaysia: Problems and
prospect of treatment and control. Tuberculosis 84(1-2):
awam adalah meliputi seluruh negara dengan penjagaan
4–7. http://doi.org/10.1016/j.tube.2003.08.014.
kesihatan yang komprehensif pada kos yang berpatutan
Kementerian Kesihatan Malaysia. 2015. Kenyataan Akhbar Hari
kepada rakyat. Program Tunas Doktor Muda yang TB Sedunia.
merupakan aktiviti kokurikulum pada peringkat sekolah Kementerian Kesihatan Malaysia. 2016a. Buletin Tibi dan
rendah akan diperluas kepada peringkat prasekolah Kusta.
bagi memupuk amalan kesihatan yang baik. Untuk Kementerian Kesihatan Malaysia. 2016b. Tuberkulosis (TB).
melaksanakan program tersebut, guru akan dilatih dengan http://www.myhealth.gov.my /tuberkulosis-tb/.
kemahiran khusus bagi membimbing kanak-kanak Kementerian Pendidikan Malaysia. 2010. Garis Panduan
agar mengamalkan amalan kesihatan yang baik dalam Pengurusan Penyakit Berjangkit di Institusi-Institusi
aspek kebersihan asas, diet sihat, keselamatan makanan, Pendidikan di Bawah Tanggungjawab Kementerian
kesihatan alam sekitar, aktiviti fizikal dan kesihatan mental. Pelajaran Malaysia dan Agensi-Agensi Kerajaan.
Ministry of Health. 2012. Management of Tuberculosis - Clinical
Personel kesihatan dari klinik kesihatan yang berhampiran
Practice Guidelines. (3rd Edition).
akan memantau dan menilai kemajuan program ini (Unit
Unit Perancang Ekonomi. 2015. Rancangan Malaysia ke-11
Perancang Ekonomi 2016). (2016-2020). Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana
Menteri. http://www.epu.gov.my.
Unit Perancang Ekonomi. 2016. Mencapai Akses Sejagat kepada
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Penjagaan Kesihatan Berkualiti. Putrajaya.
World Health Organization. WHO policy on TB infection
Kesedaran mengenai penyakit TB ini perlu diberikan control in health-care facilities, congregate settings and
perhatian yang penting oleh masyarakat. Kerajaan telah households. http://whqlibdoc.who.int/publications/2009
berusaha sedaya upaya untuk mencegah, mengawal dan 9789241598323_eng.pdf.
melakukan pelbagai strategi di peringkat pendidikan
kesihatan bagi memastikan kesedaran mengenai penyakit
Mohd Faiz bin Mohd Yaakob
ini difahami oleh masyarakat. Sementara itu, pemimpin Perancangan dan Dasar Pendidikan
institusi pendidikan juga perlu cakna dan memahami Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya penyakit Universiti Pendidikan Sultan Idris
TB ini telah berlaku di institusi pendidikan. 35900 Tanjong Malim, Perak.
Penggabungan jitu dua kumpulan kementerian iaitu
KPM dan KKM perlu diperhebatkan. Kerajaan perlu terus Jamal@Nordin bin Yunus
meningkatkan kesihatan rakyat dengan menyediakan Perancangan dan Dasar Pendidikan
akses sejagat kepada penjagaan kesihatan berkualiti dan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
memberikan tumpuan kepada meningkatkan sokongan dan Universiti Pendidikan Sultan Idris
menambah baik sistem penyampaian, memperluas kapasiti 35900 Tanjong Malim, Perak.
perkhidmatan penjagaan kesihatan dan mempergiat
kerjasama antara sektor awam dan swasta serta NGO untuk Pengarang untuk dihubungi: Mohd Faiz bin Mohd Yaakob
meningkatkan kesedaran kesihatan. Email: p20131001410@siswa.upsi.edu.my
Hasil daripada pelaksanaan strategi yang dirangka Tel.: 019-4977161
akan meningkatkan pencapaian akses sejagat kepada
penjagaan kesihatan berkualiti dan menambah baik status Received: October 2016
kesihatan yang seterusnya meningkatkan kesejahteraan Accepted for publication: November 2016
rakyat.

134

Chap 15.indd 134stats


View publication 23/01/2017 10:35:00

You might also like