Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

Bahagian Keselamatan dan Kualiti

Makanan

Pengenalan

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kualiti
makanan melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi seluruh negeri Selangor. Perlaksanaan ini
mengikut peruntukan, prosedur dan kod amali yang ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-
peraturan Makanan 1985, Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil
Kesihatan bagi Eksport Ikan dan Hasilan Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009.

Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Keselamatan dan Kualiti Makanan dan beliau bertanggungjawab
kepada Pengarah Kesihatan Negeri Selangor. Dari aspek infrastruktur, bahagian ini terbahagi kepada dua iaitu
pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan. Pejabat
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan beroperasi di Tingkat 14 Wisma Sunway. Manakala Makmal
Keselamatan dan Kualiti Makanan Selangor telah berpindah ke bangunan baru di Bandar Botanik, Klang dan
mula beroperasi pada 1 Disember 2010.

Skop aktiviti program bahagian merangkumi promosi keselamatan makanan, khidmat nasihat kepada industri
makanan, pendidikan pengguna, pemeriksaan makanan, persampelan, analisa dan penguatkuasaan.

Objektif Am

Objektif am Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah untuk melindungi orang ramai daripada bahaya-
bahaya kesihatan makanan penyediaan, penjualan, penyelidikan dan penggunaan makanan.

Objektif Khusus

Objektif khusus Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah:-

i - Menentukan agar penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah selamat dan
bersih.
ii - Menentukan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah:
a. Bebas daripada pencemaran dan penambahan aditif makanan yang tidak diperlukan dan penipuan.
b. Mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
c. Dilabel dan diiklan dengan tidak mengelirukan dan memberikan gambaran sebenar mengenai
kandungan makanan tersebut.
iii - Menentukan supaya semua bahan makanan yang diimport ke negara ini adalah selamat dan mematuhi Akta
Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.
iv - Menentukan konsainman makanan yang dieksport oleh negara ini mematuhi perundangan-perundangan yang
dikehendaki oleh negara-negara pengimport.
v - Menentukan orang ramai menerima maklumat yang mencukupi mengenai aspek keselamatan.

/
MUAT TURUN BORANG

BORANG KKM-RM-1.19 (Borang Permohonan) (4)


1
(/images/2020/BORANGKKMRM119.pdf)
BORANG KKM-RM-2.19 (Senarai Semak Borang Permohonan) (2)
2
(/images/2020/BORANGKKMRM219.pdf)
3 Permohonan TMC (/images/2020/tmcpermohonan.pdf)
4 Senarai Semak TMC (/images/2020/tmcsenaraisemak.pdf)

Pengenalan
Unit ini bertanggungjawab memastikan perlaksanaan semua dasar, polisi dan strategi Kementerian Kesihatan
Malaysia berhubung dengan industri, pensijilan dan pendidikan keselamatan makanan kepada industri dan
pengguna.

Piagam Pelanggan

Sijil Kesihatan dikeluarkan dalam tempoh:


- 3 hari bekerja (sekiranya produk mempunyai Sijil HACCP daripada Kementerian Kesihatan Malaysia)
- 3 hari bekerja selepas Sijil Analisis diterima (sekiranya produk tiada Sijil HACCP)

Sekiranya dokumen dan maklumat lengkap dari pemohon.

Fungsi dan Aktiviti Unit

Pensijilan

Menjalankan audit pematuhan dan pengawasan bagi perlaksanaan Skim Pensijilan HACCP dan GMP KKM.
Menyelaras aktiviti pengauditan pematuhan dan pengawasan untuk Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia.
Menyelaras dan melaksanakan konsultasi bagi perlaksanaan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia.
Mengumpul maklumat-maklumat berhubung dengan keperluan pengeksportan oleh negara-negara
pengimport

Perkembangan Industri

Mengurus pangkalan data premis makanan


Menjalankan aktiviti promosi sistem pengurusan kualiti keselamtan makanan
Memberi khidmat nasihat berhubung dengan sistem pengurusan keselamatan
makanan kepada industri makanan (food service, food retail dan food industry)
Melaksanakan aktiviti pembangunan keselamatan makanan di peringkat institusi seperti kantin dan dapur
asrama sekolah,
Kompleks Sajian Kem Program Latihan Negara (PLKN), dapur hospital, TASKA dan TADIKA, perkhidmatan
makanan termasuk katerer dan kilang.

/
Pendidikan Industri dan Pengguna
Perhubungan awam, media dan industry
Merancang dan melaksana program-program industri dan pendidikan pengguna
Mengaudit Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM)
Melaksanakan program bergerak Skuad Germ Buster ke sekolah dan R&R lebuhraya
Menjalankan kajian mengenai industri dan consumer
Mengurus bahan-bahan percetakan dan lain-lain bagi kegunaan pendidikan
Khidmat nasihat, latihan dan pendidikan kepada industri dan pengguna

Seksyen Pematuhan dan Surveilan

Pengenalan

Unit ini bertanggungjawab memastikan perlaksanaan semua dasar, polisi dan strategi berhubung dengan

pemantauan makanan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Fungsi dan Aktiviti Unit

Unit Pematuhan Domestik

A. Kawal Selia dan Operasi


Memantau pematuhan mandatori di bawah perundangan makanan melalui aktiviti pensampelan dan
pemeriksaan premis makanan.
Menyiasat aduan pengguna berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.
Mengawal sedia perlaksanaan QAP/KPI negeri.
Pengurusan reten-reten bulanan dan tahunan aktiviti keselamatan dan kualiti makanan negeri.
Menyelaras operasi dan alert keselamatan makanan peringakat negeri Selangor.
Mengurus perlakasanan FoSIM domestik di peringkat negeri.
Merancang dan memantau aktiviti pemeriksaan premis dan pensampelan makanan (domestik).
Menyelaras siasatan kesalahan iklan di media cetak atau elektronik.

B. Perundangan Makanan
Mewujudkan kerjasama dengan Unit Inspektorat dan Perudangan Negeri (UIPN).
Menjalankan khidmat nasihat dan pakar rujuk berkaitan Akta Makanan 1983 dan semua peraturan
dibawahnya kepada PKD Pintu Masuk dan pihak Industri.
Menyelaras dan menjalankan aktiviti risikan berkaitan keselamatan, kebersihan dan kualiti makanan bagi
mendapatkan maklumat awal.
/
Menyelaras dan memastikan setiap PKD dan Pintu Masuk mematuhi setiap garispanduan, prosedur,
pekeliling, arahan pentadbiran dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh KKM dan JKN.
Menyelaras aktiviti arahan recall dan sitaan kepada daerah.

Unit Pematuhan Industri dan Surveilan

A. Pematuhan Industri
Memantau kilang/pengimport yang telah diberi lesen-lesen dibawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan -
peraturan Makanan 1985.
Menyelaras dan memproses permohonan bagi perlesenan air mineral semulajadi (AMS) dan air minuman
berbungkus (AMB).
Memantau dan memberi khidmat nasihat kepada PKD yang memproses permohonan kilang ais.
Bertanggungjawab sebagi urusetia bagi Jawatankuasa Perakuan baig pelesenan AMS, AMB dan kilang ais.
Menyelaras, memantau dan mengeluarkan sijil eksport iaitu Sijil Kesihatan (selain ikan dan hasilan ikan) dan
Sijil Penjualan Bebas.

B. Surveilan dan TDS (Total Diet Study)


Merancang dan melaksanakan program pensampelan makanan negeri bagi tujuan pemantauan.
Menganalisis dan menyediakan semua laporan pemantauan makanan negeri.
Menjalankan program TDS dan menyediakan laporan pensampelan.
Menyelaras aktiviti kajian dan penyelidikan berhubung dengan keselamatan makanan di peringkat negeri.

Prosedur dan Borang Permohonan Free Sale Certificate


- Sila Klik Untuk Muat Turun Prosedur Permohonan dan Borang Permohonan di ruangan Swasta >> Sijil
Penjualan Bebas

Pengenalan

Unit ini bertanggungjawab memastikan perlaksanaan semua dasar, polisi dan strategi Kementerian Kesihatan
Malaysia berhubung dengan kawalan eksport makanan.

Piagam Pelanggan

Sijil Kesihatan EU dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja.

Fungsi dan Aktiviti Unit


Merancang, melaksanankan dan menilai aktiviti kawalan eksport di peringkat negeri.
Sebagai Competent Authority (CA) di peringkat negeri bagi pengeksportan ikan dan hasilan ikan serta
makanan lain ke Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan negara lain.
Melaksanakan sistem kawalan di sepanjang rantaian pengeluaran ikan dan hasilan ikan serta makanan lain
ke Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan negara lain mengikut garis panduan dan prosedur yang
ditentukan.

/
Menjalankan audit pematuhan dan pengawasan bagi mengverifikasikan status kepatuhan premis
pengkesport.
Mengeluarkan Sijil Kesihatan bagi pengeksportan ikan dan hasilan ikan.
Menjalankan verifikasi ke atas kawalan rasmi yang dijalankan oleh CA yang berkaitan dan memastikan
tindakan pembetulan diambil ke atas ketidakpatuhan.

Pengenalan

Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Selangor berfungsi dalam memberi perkhidmatan analisis makanan
bagi menyokong Program Keselamatan dan Kualiti Makanan.Perkhidmatan analisis yang cekap dan berkualiti
adalah objektif perkhidmatan analisis makmal bagi tujuan pemantauan, pengawasan, penguatkuasaan dan kajian
keselamatan dan kualiti makanan.

Piagam Pelanggan

Keputusan analisa dikeluarkan oleh makmal dalam tempoh :


14 hari untuk sampel mikrobiologi
30 hari untuk sampel kimia

Fungsi dan Aktiviti Unit

Bangunan makmal ini dilengkapi dengan peralatan dan instrumen yang canggih.Secara umum, makmal
dibahagikan kepada dua seksyen utama iaitu seksyen residu kimia dan kontaminan makanan dan seksyen
standard makanan. Antara instrumen-instrumen terdapat di makmal ialah Gas Chromatography, High Pressure
Liquid Chromatography, Gas Chromatography Mass Spectrometry, Gas Chromatography Tandem Mass
Spectrometry, Ultra Pressure Liquid Chromatography Tandem Mass Spectrometry, High Resolution Mass
Spectrometry dan lain-lain lagi
Seksyen residu kimia dan kontaminan merangkumi unit :

1) Residu dadah veterinar


Antara parameter analisa: beta-agonist, amphenicol, tetracycline, antibacterial residue, anthelminthics,
phosphodiesterase inhibitor

2) Residu racun perosak


Antara parameter analisa: dithiocarbamate, organophosphate, organochloride, carbamate

3) Mikotoksin
Antara parameter analisa: aflatoxin, ochratoxin

4) Pencemaran industri dan persekitaran


Antara parameter analisa: dioxin, heavy metal

5) Pencemaran semulajadi dan pemprosesan


Antara parameter analisa: volatile organic compounds, nitrate, nitrite

/
Seksyenstandard makanan merangkumi unit :

Mikrobiologi makanan
Antara parameter analisa: total plate count, yeast mould count, Howald mould count, E. coli, coliform, E. coli
0157:H7, Salmonella, Bac cereus, Staph aureus, List monocytogenes, Vib cholera, Vib parahaemolyticus, Cam
jejuni, sterility test, toksin Bac cereus, toksin Staph aureus.

1 - Aditif dan perlabelan makanan


Parameter analisa: pewarna, pemanis tanpa zat, pengawet, asid borik, formaldehid, sulphur dioksida, nilai
iodine, nilai asid (minyak), nilai peroksida, kafien, protein, lembapan, abu, jumlah lemak, Brix.

2 - Molecular
Menjalankan verifikasi ke atas kawalan rasmi yang dijalankan oleh CA yang berkaitan dan memastikan
tindakan pembetulan diambil ke atas ketidakpatuhan.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kualiti
makanan melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi seluruh negeri Selangor. Perlaksanaan ini
mengikut peruntukan, prosedur dankod amali yang ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-
peraturan Makanan 1985, Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil
Kesihatan bagi Eksport Ikan dan Hasilan Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009.

Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Keselamatan dan Kualiti Makanan dan beliau bertanggungjawab
kepada Pengarah Kesihatan Negeri Selangor.Dari aspek infrastruktur, bahagian terbahagi kepada dua iaitu
pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan. Pejabat
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mula berperanan
pada 7 Februari 2011 di tingkat 27, Wisma MBSA, selepas berpindah dari pejabat lama di Bangunan Sunway
Mas, Shah Alam.Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Selangor juga telah berpindah ke bangunan baru di
Bandar Botanik, Klang dan mula beroperasi pada 1 Disember 2010.

Skop aktiviti program bahagian merangkumi promosi keselamatan makanan, khidmat nasihat kepada industri
makanan, pendidikan pengguna, pemeriksaan makanan, persampelan, analisa dan penguatkuasaan.

You might also like