Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

RUKUN TETANGGA TAMAN AOR

___________________________________________________________________
LORONG AM, TAMAN AOR MESRA, 34000 TAIPING,
PERAK DARUL RIDZUAN
Tel : 0194266261

Rujukan : RUTTAM/SJ (01/2017)


Tarikh : 6 Disember 2017

Kepada:
____________________________
Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping,
Jalan Taming Sari,
34000 Taiping,
Perak.

Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH

Dengan hormatnya, saya merujuk kepada Perkara di atas.

2.          Sukacita dimaklumkan bahawa Rukun Tetangga Taman Aor Mesra dengan kerjasama KRT
Zon 2 Taiping akan mengadakan program Rondaan Bersama sempena Kempen Pencegahan Jenayah
dan Keselamatan Komuniti. Program tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh  : 15hb Disember 2017


Tempat             : Lorong 1, Taman Aor Mesra
Masa                 : 9.00 malam – 12.00 tengah malam
Tajuk                : Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti

3.          Sehubungan dengan itu , kami ingin menjemput tuan untuk menyampaikan ceramah.

4.        Pihak kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memenuhi jemputan kami. Segala
kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK PERPADUAN”

Yang menjalankan tugas,

______________________________
(MUHAMMAD NAJIB B HAWARI)
Setiausaha RUTTAM

You might also like