Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1|Pengenalan

1 Pengenalan

One Stop Wedding Centre ini akan ditubuhkan Pada 1 Januari 2019. Penubuhan ini
merupakan sebuah perniagaan persendirian yang menjalankan perkhidmatan dan menjual
keperluan pengantin lelaki serta pengantin perempuan. Terdapat dua kategori cara perniagaan
One Stop Wedding Centre iaitu menjual dan menyediakan perkhidmatan servis kepada 3
kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Pusat ini akan menjual barang perhiasan diri
pengantin, pakaian pengantin, menyewa pakaian pengantin serta perkhidmatan servis
mencari pembekal makanan kenduri dan mekap pengantin. Perniagaan seperti ini sudah tentu
merupakan satu perniagaan yang mendatangkan keuntungan dimana permintaan pakaian
tradisional adalah sentiasa mendapat sambutan daripada semua lapisan masyarakat. Lokasi
bagi tapak kedai saya adalah di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani.

Modal permulaan yang diperuntukkan bagi memulakan perniagaan One Stop Wedding
Centre ini adalah sebanyak RM40,000.00 dari ekuiti pemilik yang mana selebihnya adalah
pinjaman dari bank iaitu sebanyak RM100,000.00. Kedai saya akan menjualkan dan
membuat perkhidmatan servis mengikut permintaan pelanggan sama ada dengan cara
tradisional Melayu, Cina atau India. Saya juga memperolehi pakaian dari sumber luar negara
dan di Malaysia.

Untuk perancangan masa hadapan saya bercadang untuk mempelbagaikan lagi produk
jualan dan servis kedai di samping mempertingkatkan mutu produk jualan dan servis saya
supaya sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelanggan dan secara tidak
langsung ianya dapat memberi kestabilan kedai saya untuk terus maju pada masa akan
datang.

One Stop Wedding Centre


2|Pengenalan

Ringkasan Eksekutif

i. Nama syarikat : One Stop Wedding Centre

ii. Jenis Perniagaan : Menjual pakaian perkahwinan, servis mekap, barang


perhiasan diri pengantin dan servis menyewa
pakaian

iii. Lokasi syarikat : Bandar Puteri Jaya, Sungai petani , Kedah

iv. Produk / Servis : Menjual pakaian perkahwinan, servis mekap,


barang perhiasan diri pengantin dan servis
menyewa pakaian

v. Tarikh Perniagaan dimulakan : 1 Jan 2019 ( jangkaan )

vi. Peluang : Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani,Kedah adalah kawasan di mana tiada
kedai yang ditubuhkan dengan satu kedai yang menjual pakaian perkahwinan, servis
mekap, barang perhiasan diri pengantin dan servis menyewa pakaian. Berpotensi
untuk mendapat keuntungan serta dan bebas dari persaingan serta dibantu oleh sistem
perhubungan yang baik.

One Stop Wedding Centre


3|Pengenalan

vii. Pentadbiran : Kedai saya mempunyai tenaga kerja yang mencukupi dan
berpengalaman. Segala kerja-kerja dan tanggungjawab akan dapat dilaksanakan
dalam satu pasukan.

viii. Pemasaran : Kedudukan kedai saya berhampiran dengan kemudahan


pemasaran dan kawasan perumahan.

ix. Perancangan Masa depan : Dari analisa yang telah dibuat, kedai saya
mempunyai masa depan yang baik dan berpotensi untuk dimajukan. Galakan dari
kerajaan serta kemudahan kredit yang ditawarkan oleh institusi kerajaan, menjadi
faktor penting kepada perkembangan industri ini di masa hadapan.

One Stop Wedding Centre

You might also like