Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Latar Belakang

3.0 Fungsi OSC bagi MIDS Peringkat Daerah

4.0 Keahlian OSC bagi MIDS Peringkat Daerah

5.0 Komponen Program/Tindakan Intervensi Bersepadu

6.0 TOR OSC bagi MIDS Peringkat Negeri

7.0 TOR OSC bagi MIDS Peringkat Daerah

8.0 Struktur Tadbir Urus Menangani Isu Penyalahgunaan Dadah dan

Substance di Sarawak

9.0 Kewangan

10.0 Penutup

SENARAI JADUAL DAN GAMBAR RAJAH


Jadual 5.1:
Jawatankuasa Kecil Dibawah OSC bagi MIDS Daerah yang boleh ditubuhkan

Jadual 6.1:
Komponen Program/Tindakan Bersepadu Berbentuk Penguatkuasaan dan
Berbentuk Bukan Penguatkuasaan

Jadual 7.1:
Terma dan Rujukan Jawatankuasa Sehenti Bagi Menangani Isu
Penyalahgunaan Dadah dan Substance Peringkat Negeri

Jadual 8.1:
Terma dan Rujukan Jawatankuasa Sehenti Bagi Menangani Isu
Penyalahgunaan Dadah dan Substance Peringkat Daerah

Gambar Rajah 9.1:


Struktur Tadbir Urus One Stop Committee Menangani Isu Penyalahgunaan
Dadah dan Substance di Negeri Sarawak
PENGENALAN

Garis panduan ini bertujuan memberi penerangan kepada Jawatankuasa


Sehenti atau One Stop Committee (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan
Substance (MIDS), Peringkat Daerah di Sarawak untuk melaksanakan fungsi
dan peranannya sebagai sebuah jentera tadbir urus bagi menangni isu dadah
dan substance di peringkat daerah di Sarawak.

1.0 LATAR BELAKANG

Isu penyalahgunaan dadah dan substance merupakan salah satu isu yang
menjadi fokus utama Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian
Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan
Kanak-Kanak (KWKPK). Bagi menangani Isu Penyalahgunaan Dadah dan
Substance di Sarawak, KWKPK melalui Majlis Pembangunan Sosial Sarawak
(MPS) telah menganjurkan satu Bengkel Penyelarasan Penyelesaian Isu
Dadah & Substance pada 4 hingga 7 Mei 2017 di Lawas untuk
membangunkan pelan tindakan intervensi bersepadu bagi menangani isu
dadah dan substance secara berfokus untuk dijadikan sebagai penanda aras
(benchmark) dalam menjalankan operasi gerak gempur terhadap isu dadah
dan substance di setiap bahagian dan daerah. Hasil daripada bengkel
tersebut, sebuah Pelan Tindakan Intervensi Bersepadu bagi Menangani
Isu Penyalahgunaan Dadah dan Substance di Sarawak dirangka.

Dalam Mesyuarat Pegawai-Pegawai Daerah Bil.1/2018 yang


dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad
Morshidi Bin Abdul Ghani, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, pada 3 April
2018 di Miri, YB SUK mengarahkan supaya sebuah jawatankuasa sehenti
bagi menangani isu dadah dan substance diwujudkan di peringkat daerah
secara rintis bermula dengan beberapa buah daerah rentan terpilih secara
rintis sebelum dipanjangkan kepada daerah-daerah yang lain di Sarawak.
Antara terma rujukan (TOR) penting yang diarahkan adalah untuk
menjalankan operasi gerak gempur terhadap isu dadah dan substance yang
berlaku di daerah masing-masing.

Susulan itu, dalam Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Sehenti/One


Stop Committee bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (OSC MIDS)
Peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh YBhg. Datu Dr Sabariah Putit,
TSUK (Tranformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan), pada 14 Ogos
2018 di Wisma Bapa Malaysia, keputusan telah dibuat untuk memilih 6 buah
daerah rentan bagi menubuhkan OSC MIDS Peringkat Daerah secara rintis
serta menjalankan Operasi Bersepadu bagi Menangani Isu Dadah dan
Substance (OBIDS) berdasarkan kerangka Pelan Tindakan Intervensi
Bersepadu bagi Menangani Isu Penyalahgunaan Dadah dan Substance di
Sarawak.
2.0 FUNGSI OSC BAGI MIDS PERINGKAT DAERAH
i. Melaksanakan dasar dan program bagi menangani isu dadah dan
substance di peringkat daerah;
ii. Memberi input kepada tadbir urus di peringkat bahagian dan negeri
berkaitan isu dadah dan substance di peringkat daerah;
iii. Menjalankan tindakan intervensi bersepadu bagi menangani isu dadah
dan substance di peringkat daerah; dan
iv. Memantapkan tadbir urus dan jaringan di peringkat daerah bagi
tindakan penyelesaian yang lebih holistik, sistematik dan berkesan bagi
menangani isu dadah dan substance di peringkat daerah.
3.0 KEAHLIAN OSC BAGI MIDS PERINGKAT DAERAH
Keahlian OSC bagi MIDS Peringkat Daerah adalah:

BIL. KEAHLIAN AGENSI


a. Pengerusi Pegawai Daerah
b. Timbalan Pengerusi KPD, PDRM
c. Setiausaha Pegawai Yang Menjalankan Tugas
Sosial di Pejabat Daerah
d. Bendahari Bendahari PEMADAM Daerah
e. Ahli-Ahli/Agensi-Agensi
I. Jabatan Pendakwaraya Negara Malaysia (yang terdekat)
II. Ketua Unit JSJ Narkotik Daerah, PDRM
III. Jabatan Imigresen Daerah/Bahagian (jika ada)
IV. Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian
V. Jabatan Patalogi
VI. Pejabat Kesihatan Bahagian
VII. Ketua Unit Pencegahan Jenayah dan Keselamatan
Komuniti Daerah, PDRM
VIII. Ketua Unit JSJ Daerah, PDRM
IX. AADK Bahagian
X. Majlis Daerah
XI. Jabatan Kastam DiRaja Malaysia
XII. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(JPNIN)
XIII. Pos Malaysia Daerah
XIV. Polis Marin Daerah (jika ada)
XV. Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (jika ada)
XVI. Pasukan Gerakan Am (PGA) PDRM (jika ada)
XVII. Jabatan Pendidikan Daerah
XVIII. Pejabat Agama Islam Daerah/Bahagian
XIX. Setiausaha PEMADAM Daerah
XX. Pegawai Tadbir Transformasi Sosial, Pejabat Residen
Bahagian
XXI. Wakil Masyarakat (pemimpin komuniti yang aktif dan
boleh dipercayai)
XXII. Association of Churches’ Sarawak
XXIII. NGO berkaitan (jika ada)
XXIV. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
XXV. Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (SRB)

4.0 JAWATANKUASA KECIL DIBAWAH OSC BAGI MIDS DAERAH YANG


BOLEH DITUBUHKAN (CADANGAN)

Jadual 5.1

Bil Jawatankuasa Kecil Pengerusi


1. Jawatankuasa Kecil Membanteras Ketua Polis Daerah
Pengedaran Dadah Dan Substance
2. Jawatankuasa Kecil Membanteras Agensi Anti Dadah Kebangsaan
Penyalahgunaan Dadah Dan Substance (Ketua Bahagian)
3. Jawatankuasa Kecil Pengurusan Pejabat Daerah
Maklumat Isu Dadah Dan Substance Penolong Pegawai Daerah (ADO)
4. Jawatankuasa Kecil Membanteras Pegawai Pendidikan Daerah
Penyalahgunaan Dadah Dan Substance
Di Sekolah
5. Jawatankuasa Kecil Membanteras Majlis Daerah
Penyalahgunaan Dadah Dan Substance
Dalam Komuniti
6. Jawatankuasa Kecil Membanteras Pejabat Kesihatan Bahagian
Penyalahgunaan Dadah Dan Substance
Di Tempat Kerja
7. Jawatankuasa Kecil Penglibatan dan Ketua Masyarakat
Pendayaupayaan Komuniti Bagi MIDS (Temenggung/Pemanca)

Nota: Pentadbiran tadbir urus OSC bagi MIDS Daerah

a) Pegawai Daerah melantik secara rasmi Ahli Jawatankuasa Induk OSC bagi
MIDS Daerah beserta watikah lantikan;

b) Pegawai Daerah melantiksecara rasmi Pengerusi bagi setiap jawatankuasa


kecil;

c) Pengerusi jawatankuasa kecil memanggil mesyuarat bagi menubuhkan


jawatankuasa kecil masing-masing dan mengemukakan senarai ahli kepada
Pegawai Daerah;

d) Pegawai Daerah mengeluarkan surat lantikan rasmi kepada setiap ahli


jawatankuasa kecil yang dikemukakan oleh setiap pengerusi bagi setiap
jawatankuasa kecil; dan

e) Setiap surat lantikan yang dikeluarkan perlu dikemukakan salinan kepada


Ketua Jabatan di Peringkat Daerah/Bahagian/Negeri untuk rujukan dan
makluman.

5.0 KOMPONEN PROGRAM/TINDAKAN INTERVENSI BERSEPADU

Komponen program atau tindakan intervensi bersepadu terbahagi kepada dua


iaitu yang berbentuk penguatkuasaan (enforcement); dan berbentuk bukan
penguatkuasaan (non-enforcement). Keterangan lanjut mengenai komponen
program atau tindakan bersepadu adalah seperti dalam jadual berikut:

Jadual 6.1:
Komponen Program/Tindakan Bersepadu Berbentuk Penguatkuasaan dan
Bukan Penguatkuasaan

KOMPONEN PENGENDALI
BERBENTUK PENGUATKUASAAN
i. Operasi Membanteras Aktiviti Agensi penguatkuasaan yang
Pengedaran Dadah terpilih diketuai oleh Polis
(Modus Operandi: Melakukan serbuan dan DiRaja Malaysia (PDRM)
tangkapan terancang) Daerah/Kontinjen Sarawak dan
Jabatan Kastam DiRaja
Pemeriksaan terhadap barang- Malaysia (JKDM)
barang/bungkusan/kiriman melalui perkhidmatan
kurier – Pos Laju dan perkhidmatan kurier lain
yang terdapat di daerah)
ii. Operasi Membanteras Penyalahgunaan Agensi penguatkuasaan yang
Dadah dan Substance terpilih
(Modus Operandi: Sekatan jalan raya, pos (a) Diketuai oleh Agensi Anti
imigresen/sempadan (ICQ/CIQ), sekolah, agensi Dadah Kebangsaan (AADK)
awam/swasta – ujian air kencing dan
pemeriksaan secara rawak;
iii. Operasi rondaan bersepadu dan Angkatan Penguatkuasaan
berkala diketuai oleh Pegawai Daerah Maritim Malaysia (APMM),
AADK, PDRM, dan Jabatan
Imigresen Malaysia (JIM)
iv. Perkongsian maklumat di antara Pegawai Daerah, PDRM, JKDM,
Jabatan/Agensi/PBT Penguatkuasaan JIM, APMM, AADK, PPD, STSB
berkaitan Pejabat Residen
Mewujudkan pangkalan data tentang isu
dadah dan substance di peringkat daerah.
BUKAN PENGUATKUASAAN
a) Kesedaran Bahaya Penyalahgunaan Diketuai oleh PPD dengan
Dadah dan Substance di Sekolah kerjasama AADK,
Mengadakan/menganjurkan program: PEMADAM, Jabatan
I. Pemantapan kemahiran ibu-bapa dalam Penjara, PDRM (UJSJN,
menangani tingkahlaku anak-anak semada UPJKA), JKDM
Hari Pemuafakatan Sekolah
II. Perkongsian daripada bekas penagih dadah
di sekolah
III. Program sisipan pendidikan pencegahan
dadah dalam kurikulum dan kokurikulum
IV. Memperkukuhkan peranan kaunselor sekolah
bagi pemantauan murid di sekolah dan
kawasan setempat
V. Membuat pamphlet/poster/risalah di sekolah
VI. Program khusus untuk pelajar rentan
i. Kesedaran Bahaya Penyalahgunaan Dadah Diketuai oleh AADK dengan
dan Substance kepada Keluarga dan Komuniti kerjasama PEMADAM,
di kampung-kampung terpilih PDRM (UJSJN, UPJKA),
Jabatan Penjara
a. Keluarga:
- Penerapan isu dadah dalam kursus pra-
perkahwinan dalam membina keluarga
sejahtera
- Mewajibkan ahli keluarga hadir bersama klien
untuk sesi kaunseling keluarga.
- Mewajibkan kehadiran keluarga untuk sesi
penyerahan OKP dan bekas penagih dadah
kepada KMKK di kawasan berkenaan.

b. Komuniti
- Mewujudkan ‘Whatsapp Group’ dalam
kalangan ketua kampung bersama kaunselor,
ketua jabatan, polis narkotik dan pihak AADK.
- Jika tidak melaporkan/menyembunyikan
sebarang kes dadah di kampung masing-
masing atau kawasan lain, maka ketua
kampung/penghulu/kaunselor akan dikenakan
tindakan demerit contohnya tidak dilanjutkan
jawatan dan lain-lain.
- Melaporkan sebarang aktiviti dadah mengikut
lokaliti.
- Memasang papan tanda (billboard) berkaitan
dadah di kampung-kampung atau bandar.
- Menggunakan media elektronik seperti radio
dan televisyen bagi menyampaikan isu
berkaitan dadah.
- Aktifkan rondaan KRT dan RELA untuk
bersama-sama dengan PDRM dan AADK
semasa membuat rondaan. Setiap KRT
diwajibkan untuk menubuhkan Skim Rondaan
Sukarela (SRS).
ii. Kesedaran Bahaya Penyalahgunaan Dadah Diketuai oleh AADK dengan
dan Substance di Tempat Kerja kerjasama agensi berkaitan.
- Menyediakan polisi bebas dadah oleh majikan
di tempat kerja berbentuk
poster/banner/billboard.
- Membuat latihan kepada majikan dan pekerja
untuk membantu mengenalpasti penagih
(kerjasama dengan PDRM dan Jabatan
Kesihatan)
- Ujian air kencing dijalankan di tempat kerja
yang ditanggung oleh majikan (Pasukan
Pengesan Calon Dadah – PPCD)
- Komuniti sebagai informer diwujudkan di
tempat kerja (ketua masyarakat, ahli keluarga
terdekat).
- Diwajibkan untuk menjalani ujian air kencing
sewaktu melakukan saringan kesihatan
(medical check-up).
- Nama program AADK yang sedia ada: TEKAD
iv. Penyaluran Maklumat daripada/kepadaJabatan Pencegahan
Komuniti Jenayah dan Keselamatan
Komuniti (JPJKK), PDRM
a. Volunteer Smartphone Patrol (VSP) Pejabat Residen Bahagian
(Pegawai Sosial, Seksyen
b. Borang Input dan Maklumat Transformasi Sosial) dan
Pejabat Daerah (Pegawai
c. Penyebaran/Pengagihan Risalah berkaitan yang menjalankan tugas
Dadah sosial)

d. Menyediakan Input dan Maklumat Berkenaan Semua agensi


Penyalahgunaan Dadah dan Substance terlibat/berkaitan
- Setiap institusi agama perlu menyisipkan mesej
berkaitan kesan penyalahgunaan dadah dan PEMADAM/Pejabat
substance semasa bacaan khutbah/sermon. Pendidikan Daerah/Jabatan
Agama Islam Sarawak
(JAIS)/Persatuan Gereja
Sarawak

6.0 TERMA DAN RUJUKAN (TOR) OSC BAGI MIDS PERINGKAT NEGERI
TOR OSC bagi MIDS Peringkat Negeri adalah seperti dalam jadual dibawah:

Jadual 7.1:
Terma dan Rujukan Jawatankuasa Sehenti/One Stop Committee bagi
Menangani Isu Dadah dan Substance di Peringkat Negeri

JAWATANKUASA SEHENTI BAGI MENANGANI ISU DADAH & SUBSTANCE DI


PERINGKAT NEGERI
a Membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan, perancangan, penyelarasan,
pemantauan dan penilaian isu dadah & substance di peringkat Bahagian dan
Negeri.
b Merancang, menetapkan dasar, merekabentuk pelan tindakan intervensi
bersepadu berkaitan isu dadah & substance peringkat negeri.
c Merekabentuk dan menyediakan strategi/pelan tindakan bagi menyelesaikan
isu dadah & substance di peringkat Daerah, Bahagian dan Negeri.
d Meneliti, menilai dan memberi maklumbalas terhadap laporan dan pelan
tindakan intervensi isu dadah dan substance yang dikemukakan oleh
Jawatankuasa Sehenti/OSC Bagi Menangani Isu Dadah & Substance di
Peringkat Daerah.
e Memperakukan pelan tindakan intervensi bersepadu bagi menangani isu dadah
& substance di peringkat Daerah, Bahagian dan Negeri kepada Jawatankuasa
Penyelarasan Penyelesaian Isu-Isu Sosial Negeri (JPPISN).
f Menilai dan mengkaji impak terhadap pembangunan sosial berkaitan isu dadah
& substance di peringkat daerah, bahagian dan negeri.
g Mencadangkan penyelesaian kepada Jawatankuasa Penyelarasan
Penyelesaian Isu-Isu Sosial Negeri (JPPISN) susulan hasil kajian/penilaian
impak terhadap isu dadah dan substance di Sarawak.
h Memantau dan memastikan pelaksanaan pelan tindakan intevensi bersepadu
isu dadah dan substance di peringkat Daerah, Bahagian, dan Negeri.
I Menilai pelaksanaan pelan tindakan intervensi bersepadu terhadap isu dadah
dan substance yang dilaksanakan di peringkat Daerah, Bahagian, dan Negeri.

7.0 TERMA DAN RUJUKAN (TOR) OSC BAGI MIDS PERINGKAT DAERAH
TOR OSC bagi MIDS Peringkat Daerah adalah seperti dalam jadual dibawah:

Jadual 8.1:
Terma dan Rujukan Jawatankuasa Sehenti/One Stop Committee bagi
Menangani Isu Dadah dan Substance di Peringkat Daerah

JAWATANKUASA SEHENTI BAGI MENANGANI ISU DADAH & SUBSTANCE DI


PERINGKAT DAERAH
a Membincang dan menghasilkan laporan dan pelan tindakan intervensi
bersepadu bagi menangani isu dadah & substance di peringkat Daerah.
b Menyelaras dan menyelenggara pangkalan data dan tren isu dadah &
substance di peringkat Daerah.
c Mengenalpasti dan menilai tren isu dadah dan substance di peringkat Daerah.
d Membuat laporan dan mencadangkan langkah penyelesaian/program
intervensi terhadap isu dadah & substance di peringkat Daerah kepada Majlis
Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) di peringkat Bahagian.
e Mengemukakan laporan dan mencadangkan penyelesaian hasil penilaian
impak sosial di peringkat Daerah kepada Jawatankuasa Sehenti/OSC Bagi
Menangani Isu Dadah & Substance di Peringkat Negeri.
f Mendapatkan input daripada Agensi/ Jabatan Kerajaan/Swasta/NGO/ Komuniti
berkaitan dengan penyediaan pelan tindakan intervensi isu dadah dan
substance di peringkat Daerah.
g Melaksanakan pelan tindakan intervensi bersepadu isu dadah dan substance di
peringkat Daerah.
h Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya (3) tiga kali setahun/lebih kerap
jika ada kes/isu yang perlu diselesaikan.

8.0 STRUKTUR TADBIR URUS BAGI MENANGANI ISU DADAH DAN


SUBSTANCE DI SARAWAK
Struktur tadbir urus bagi menangani isu dadah dan substance di Sarawak
yang menunjukkan kedudukan OSC bagi MIDS Peringkat Negeri dan
Peringkat Daerah adalah seperti dalam gambarajah dibawah:

Gambar Rajah 9.1:


Struktur Tadbir Urus One Stop Committee Menangani Isu Penyalahgunaan
Dadah dan Substance di Sarawak

9.0 KEWANGAN
YB SUK telah bersetuju agar Kerajaan Negeri Sarawak membiayai
memperuntukan untuk pengurusan dan pelaksanaan program OBID oleh OSC
bagi MIDS Peringkat Daerah. Peruntukan telah diluluskan oleh Setiausaha
Kewangan Negeri Sarawak bagi Tahun 2018 untuk tujuan menubuhkan OSC
bagi MIDS Peringkat Daerah yang dipilh secara rintis.

Peruntukan akan disalurkan kepada Pejabat Residen Bahagian untuk


dimasukkan dalam akaun yang diputus dalam mesyuarat penubuhan OSC
bagi OBIDS Peringkat Daerah yang berkenaan.

TOR bagi perbelanjaan peruntukan tersebut adalah:

a) Perbelanjaan untuk mengadakan mesyuarat pengrurusan dan teknikal;


b) Kos bagi program OBIDS;
c) Pembelian peralatan pakai buang seperti strip pemeriksaan;
d) Perbelanjaan lain yang diputuskan dalam mesyuarat OSC bagi MIDS
Peringkat Daerah dan;
e) Menyediakan laporan kewangan, aktiviti dan program untuk Maljlis
Pembangunan Sosial Sarawak. KWKPK dan Seksyen Transformasi Sosial
Bahagian, Pejabat Residen Bahagian setiap tiga (3) bulan sekali.

10.0 PENUTUP
Semoga garis panduan ini memberi impak yang positif kepada usaha
menangani isu dadah dan substance di peringkat daerah di Sarawak.

You might also like