Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

MODUL MINGGU I ‘M SAFE

SEKTOR PENGURUSAN
PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

JAWATANKUASA JU SPADA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU
MODUL MINGGU I’M SAFE PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

NAMA AKTIVITI KUMPULAN PENGISIAN / PERSONALIA CATATAN /


DAN TARIKH SASARAN KAEDAH TERLIBAT DI BAHAN
PELAKSANAAN PELAKSANAAN SEKOLAH DIBEKALKAN
JPNT

PEMASANGAN 1. Kain rentang dibuat Guru Draf lay out kain


KAIN RENTANG Semua Murid dan dipasang di Bimbingan dan rentang
MINGGU I’M lokasi strategik Kaunseling dan (Lampiran 1)
SAFE sekolah SU PPDa
PENDIDIKAN
TERENGGANU 2. Peruntukan PCG
Kaunseling sekolah
Tarikh : 21/2/2019
(Khamis)

NAMA AKTIVITI KUMPULAN PENGISIAN / KAEDAH PERSONALIA CATATAN /


DAN TARIKH SASARAN PELAKSANAAN TERLIBAT DI BAHAN
PELAKSANAAN SEKOLAH DIBEKALKAN
JPNT
1. Doa khas  Penolong Teks doa khas –
BACAAN DOA dibacakan Kanan I’M Safe
PAGI I’M SAFE Semua murid mengikut amalan Pentadbiran (Lampiran 3)
biasa sekolah
Tarikh :  Ketua Panita
24 -28/2/2019 2. Doa dipimpin oleh Pendidikan
(Setiap pagi) Ketua Murid / Islam
murid bertugas

NAMA AKTIVITI KUMPULAN PENGISIAN / PERSONALIA CATATAN /


DAN TARIKH SASARAN KAEDAH TERLIBAT DI BAHAN
PELAKSANAAN PELAKSANAAN SEKOLAH DIBEKALKAN
JPNT

UJIAN PRA 1. Selepas Majlis Guru Borang Ujian


PROGRAM 40 orang Perasmian, 40 Bimbingan dan Pra
MINGGU I’M Murid lelaki murid lelaki Tahap Kaunseling ,
SAFE Tahap 2 2 dipilih secara SU PPDa dan Fail Prapost
PENDIDIKAN dipilih secara rawak untuk SU Disiplin IMSafe (A)
NEGERI rawak. menjawab Ujian
TERENGGANU Pra I’m Safe (Hasil Ujian
( 21/02/2019- hendaklah
Khamis ) 2. Penyelaras dikey-in dalam
program diminta google form
untuk mengumpul yang diberi
semula Ujian Pra untuk
I’m Safe yang dianalisa)
telah disiapkan.

NAMA AKTIVITI KUMPUL PENGISIAN / KAEDAH PERSONALI CATATAN /


DAN TARIKH AN PELAKSANAAN A TERLIBAT BAHAN
PELAKSANAAN SASARAN DI SEKOLAH DIBEKALKAN
JPNT

PERASMIAN 1. Doa Minggu I’M Safe 1. Tentatif


MINGGU I’M (Lampiran 3) Program
SAFE Semua 2. Perutusan Ketua  Penolong (Lampiran 2)
PENDIDIKAN Murid Pengarah AADK (L/7) Kanan HEM 2. Teks Doa
TERENGGANU 3. Mesej Pengarah JPNT  Jawatankuasa 3. Teks Ucapan
(Lampiran 4) PPDa Pengarah
Tarikh : 4. Gimik Pelancaran – JPNT
24/2/2019 ( Ahad) Tayangan Video ; 4. Klip Video
JUARA(Fail B) JUARA
Masa : 7.30 pagi 5. Ikrar - I’M Safe 5. Teks Ikrar
– 8.30 pagi (Lampiran 5) 6. Banner I’M
6. Murid menurunkan Safe untuk
tandatangan pada ditandatangani
banner I’M Safe yang murid
telah disediakan
7. Nyanyian Lagu Dadah
Durjana
8. Lain-lain aktiviti yang
sesuai
LAMPIRAN 2

Aturcara Perasmian Minggu I’M Safe Pendidikan Negeri Terengganu 2019

7.30 pg : Murid berkumpul di dewan

8.00 pg : Ucapan alu-aluan pengacara majlis

: Bacaan doa I’M Safe (Lampiran 3)

: Perutusan Ketua Pengarah AADK

: Mesej Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (Lampiran 4)


(Penolong Kanan HEM)

: Perasmian Minggu I’M Safe 2019


(Pengetua)

: Gimik Pelancaran - Video Kami Juara (Fail B)

: Ikrar I’M Safe (Lampiran 5)

: Tandatangan Banner I’M Safe

: Nyanyian Lagu Dadah Durjana

: Majlis bersurai

*Sebarang perubahan tertakluk kepada kesesuaian pihak sekolah

LAMPIRAN 3

DOA GEN-T SEJAHTERA


‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ
‫أج َـم ِع ْي َن‬ ِ ِ
ِ ْ ‫األمين و َعلَى ءألِ ِه و‬ ِ َّ ‫الذي بِنِعمتِ ِه تَتِم‬
ِ ِ
ْ ‫أص َحابه‬ َ َ َ َ ْ ‫السالَ ُم َعلَى َر ُس ْولنَا‬
َّ ‫الصالَة َو‬
َّ ‫ َو‬، ‫ات‬
ُ ‫ـح‬
َ ‫الصال‬ ّ َ ْ ْ ‫ـح ْم ُد هلل‬ َ ْ‫ال‬
Segala puji-pujian bagi Allah swt, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad
s.a.w. kerana asbab perjuangan bagindalah mengeluarkan umat manusia dari zaman
kegelapan kepada zaman yang terang benderang seperti mana yang kita dapat rasa dan lihat
pada pagi ini.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Pada kesempatan pagi ini, kami berkumpul di sekolah tempat yang mulia ini bagi menzahirkan
kesyukuran kami kepada-Mu kerana dengan hidayah-Mu kami dapat berkumpul, menghayati
program GEN-T SEJAHTERA ….

Allahumma Ya Allah,

Kami bersyukur kepada-Mu, kerana dapat mengikuti program ini dengan selamat. Semoga ia
mendidik hati-hati ini agar sentiasa mengingati-Mu. Berikanlah kebaikan kepada semua guru
yang memberi ilmu dan tunjuk ajar kepada kami. Pengalaman yang tidak ternilai daripada
mereka banyak membantu kami dalam melayari bahtera kehidupan ini. Jadikanlah kami anak-
anak soleh yang dapat berbakti kepada ibu bapa dan seterusnya Negara tercinta.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Kembangkanlah lembayung rahmat-Mu kepada diri kami, sanak saudara kami, guru-guru kami,
sahabat-sahabat kami, pemimpin-pemimpin kami agar kami terus beristiqamah mengembleng
tenaga dan usaha membanteras musuh negara yang durjana ini. Semoga kami tetap berada
dalam peliharaan-Mu selamanya.

Ya Mujiibus Saailin, Ya Khairul Mas uuliin,

Perbaikilah akhlak kami, cetuskanlah dalam hati sanubari kami, rasa jijik dan benci terhadap
perkara maksiat dan dosa sebagaimana kami benci dicampakkan ke dalam api neraka.
Peliharalah diri kami daripada perkara yang membinasakan kami. Berikanlah keinsafan kepada
kami agar kami sentiasa berwaspada terhadap ancaman di sekeliling kami. Sesungguhnya
kepada-Mu lah kami kembali.

ِ ‫اب النَّار‬ ِ ِ ِ ِ ُّ ‫َر َّبنَا َءاتِنَا فِي‬


َ ‫الد ْنيَا َح َسنَة ً َوفي األخ َرة َح َسنَة ًَوقنَا َع َذ‬
‫العال َِم ْي َن‬
َ ‫ب‬ ِّ ‫ْح ْم ُدلِلَّ ِه َر‬ ِ ‫وصلَّى اهلل َعلَى مح َّم ٍد و َعلَى ءالِ ِه و‬
َ ‫ َوال‬، ‫ص ْحبِه َو َسلَّ َم‬
َ َ َ َ َُ ُ َ َ
LAMPIRAN 4
PERUTUSAN

PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

SEMPENA

MAJLIS PELANCARAN MINGGU I’M SAFE ( Saya Selamat Tanpa Dadah)


PENDIDIKAN TERENGGANU

Bismillahirrahman nirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

1. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah


S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya perhimpunan kita pada pagi ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya bagi melancarkan satu lagi program dari Jabatan
Pendidikan Negeri Terengganu iaitu Minggu I’M Safe (Saya Selamat Tanpa Dadah)
Pendidikan Terengganu. Program ini diadakan bagi menunjukkan bahawa kita sentiasa
komited untuk meneruskan usaha memerangi gejala sosial dalam kalangan pelajar
terutama apabila berdepan dengan musuh nombor satu negara iaitu penyalahgunaan
dadah.

2. Idea program ini tercetus kerana Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu menyedari
bahawa komitmen membendung ancaman gejala ini perlu sentiasa diteruskan dan
dilestarikan bagi memastikan murid-murid kita bebas dari cengkaman musuh negara.

3. Matlamat utama program ini ialah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan warga
pendidikan termasuklah murid sekolah untuk mengutamakan kehidupan yang sihat
kerana kesejahteraan yang bermula dari peringkat akar umbi akan menentukan
kesejahteraan kepada negara.

4. Sesungguhnya tindakan pencegahan dan membanteras gejala sosial dalam kalangan


murid sekolah akan terus dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti yang berfokus kepada
pembinaan jati diri dan sahsiah murid. Amalan dan pengukuhan agama tidak diabaikan
kerana ia merupakan benteng utama kepada kita semua. Melalui aktiviti yang berfokus,
diharapkan akan terbinalah disiplin kendiri yang kental dan budi pekerti mulia serta
terpuji dalam diri setiap murid.

Tuan-tuan/Puan-puan dan murid-murid sekalian,

5. Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu memandang serius dengan peningkatan dengan


penglibatan masalah sosial dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid sekolah.
Semua warga pendidik seharusnya tidak merasa terbeban dengan usaha menangani gejala
yang semakin menular ini. Semua murid perlu diberikan inspirasi mengenai indahnya
hidup ini seandainya mereka berjaya dan bebas dari gejala sosial. Ilmu yang dipelajari
haruslah kekal di dalam diri murid-murid bukan sahaja ketika di alam persekolahan tetapi
juga setelah tamat persekolahan. Ini selaras dengan hasrat Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu menerusi agenda Memperkasakan Transformasi Pendidikan sebagai salah
satu usaha strategik merealisasikan aspirasi enam kemenjadian murid, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 serentak Model Murid Budaya Generasi
Terengganu Baharu (Gen-T Sejahtera.

6. Binalah benteng yang teguh dalam diri kita daripada gejala tidak sihat kerana kejayaan
hidup kita adalah pilihan kita. Katakan TIDAK kepada perlakuan yang boleh
menjerumuskan kita ke dalam kancah kebinasaan. Jangan sekali-kali ingin mencuba
perbuatan yang tidak memberi manfaat kepada kita kerana ia membahayakan hidup kita
sendiri.

7. Saya yakin dengan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak agenda membebaskan
sekolah dari ancaman musuh negara akan terus terlaksana dan sudah pasti murid-murid
yang kita bentuk di sekolah pada hari ini akan mampu menggunapakai ilmu yang
diperolehi ini buat selama-lamanya walaupun setelah tamat persekolahan.
8. Warga pendidik sekalian, teruskan Amalan Guru Penyayang kerana Insya-Allah dengan
adanya perasaan kasih sayang, kita tidak akan sanggup melihat anak bangsa kita terus
terabai dan terumbang ambing dalam meneruskan perjuangan hidup mereka. Bantulah,
bimbinglah dan sokonglah murid-murid kita agar dengan sinar yang mereka temui akan
membawa mereka ke dunia yang lebih sejahtera dan aman.

9. Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua warga pendidik dan murid-murid agar
sentiasa berusaha untuk mengekang pengaruh gejala sosial di sekolah seterusnya
mengekalkan usaha tersebut apabila berada di luar sekolah. Berikan didikan dan asuhan
yang terbaik untuk murid-murid kita. Besarlah harapan saya agar seluruh warga
pendidikan negeri Terengganu sentiasa mengembleng tenaga bersama-sama berusaha
tanpa mengira latar belakang, berkorban masa dan tenaga demi melahirkan generasi
Terengganu yang sihat.

I’M Safe Pendidikan Terengganu Kita. Gen-T Sejahtera

Sekian, terima kasih.

(HAJI SHAFRUDDIN BIN HAJI ALI HUSSIN)


PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

LAMPIRAN 5

Minggu I’M Safe Pendidikan Terengganu


Ikrar Diri Murid
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
(Untuk Murid Islam )
Dengan Nama Tuhan Yang Kami Sembah (Bukan Islam)
Bahawasanya
Kami berikrar dan berjanji
kepada diri sendiri
ibu bapa
keluarga
guru-guru
masyarakat dan
pemimpin
dengan mengamalkan
segala kebaikan
menghindarkan diri
daripada segala keburukan
membina ketahanan diri
demi kejayaan
dan kesejahteraan hidup kami
dunia dan akhirat

I’M SAFE (Laungan 3 kali)


NAMA AKTIVITI KUMPULA PENGISIAN / PERSONALIA CATATAN /
DAN TARIKH N SASARAN KAEDAH TERLIBAT DI BAHAN
PELAKSANAAN PELAKSANAAN SEKOLAH DIBEKALKAN
JPNT
PESAN BESTARI - 1. Semua murid  Penolong 1) Talking
I’M SAFE Semua Murid dikumpulkan Kanan HEM point
 Penolong Mesej
Tarikh : 25/2/2019 2. Penyampaian Kanan Koko Kaunseling
Hari : Isnin Pesan Bestari oleh  Guru B&K “I’M Safe”
Masa : 8.30 – Guru BK/ PK  AJK PPDa
10.30 pagi HEM 2) Klip video
berkaitan

(Fail C )

NAMA AKTIVITI KUMPULA PENGISIAN / KAEDAH PERSONALIA CATATAN /


DAN TARIKH N SASARAN PELAKSANAAN TERLIBAT DI BAHAN
PELAKSANAAN SEKOLAH DIBEKALKAN
JPNT

SENAMROBIK Semua Murid 1. Senamrobik 15 minit  Penolong 1. Mesej Sihat


I’M SAFE Tahap 2 Kanan Koko
2. Mesej Sihat  Ketua Panitia (Lampiran
Tarikh : 25/2/2019 PJK 6)
Hari : Isnin  AJK PPDa

Masa : 7.30 – 8.00


pg

LAMPIRAN 6

MESEJ SIHAT
Tubuh yang sihat menghasilkan otak yang cerdas

Kita perlu menjaga kesihatan dengan cara bersenam – bagi mengeluarkan peluh agar
terasa lebih segar dan sihat

Toksin / racun yang terdapat dalam badan akan dikeluarkan melalui pengeluaran
peluh

Apabila kita mempunyai badan yang sihat kita akan dapat melakukan aktiviti dengan
lebih baik dan sempurna (amal ibadat / datang sekolah )

Ibadah dan amalan dalam agama dapat dilaksanakan dengan sempurna

Selain itu dengan bersenam kita juga dapat mengurangkan risiko untuk obesity
( mempunyai berat badan yang berlebihan (gemuk)

NAMA AKTIVITI KUMPULA PENGISIAN / PERSONALI CATATAN /


DAN TARIKH N SASARAN KAEDAH A TERLIBAT BAHAN
PELAKSANAAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH DIBEKALKAN
JPNT
FAKTOR RISIKO Semua murid 1)Murid  Penolong 1) Modul
DAN FAKTOR Tahap 2 dikumpulkan dalam Kanan HEM ( Lampiran 7)
PERLINDUNGAN kumpulan besar  GBK
 Guru Disiplin 2) CD
Tarikh : 2) Setelah Video
26/2/2019 senamrobik murid Boboiboy
Hari : beraktiviti mengikut ( Fail D )
Selasa modul yang telah
Masa: disediakan
8.00 – 10.00 pg
3) Murid menonton
video yang
dibekalkan.

4) Murid
menyiapkan tugasan
yang diberi.

5) Perbentangan
kumpulan.

LAMPIRAN 7

TAJUK : KUASA BOBOIBOY


MASA : 8.00 PAGI – 10.00 PAGI ( 2 JAM )

SASARAN : MURID TAHAP 2 / TAHUN 6 SAHAJA (BERGANTUNG JUMLAH MURID


DI SEKOLAH )

BAHAN : KERTAS MAHJONG, MARKER PEN, CD ( VIDEO )

ARAHAN : PESERTA DIBAHAGIKAN KEPADA BEBERAPA KUMPULAN

( 6 HINGGA 10 ORANG DALAM 1 KUMPULAN )

LANGKAH :

1. Guru menayangkan video Kartun Boboiboy yang berdurasi 5 minit 23 saat kepada
murid-murid. ( sebagaimana CD yang dibekalkan )

2. Setelah tamat tayangan video tersebut, guru mengagihkan murid-murid kepada beberapa
kumpulan ( 6 hingga 10 orang )

3. Minta murid bincangkan soalan, dalam kertas mahjong yang diedarkan kepada setiap
kumpulan.

a) Apa kelebihan kuasa kepada Boboiboy? Bincang dan senaraikan

Contoh jawapan ;

i) Membantu Boboiboy menjaga keselamatan diri dan orang lain


ii) Boboiboy lebih yakin untuk menentang musuh
iii) Menjadikan Boboiboy kuat dan hebat

b) Bagaimana cara Boboiboy menentang musuh? Bincang dan senaraikan.

Contoh jawapan;

i) Menggunakan kuasa tujuhnya


ii) Bantuan daripada kawan-kawan
iii) Yakin dengan diri sendiri

c) Kenapa musuh bahaya kepada Boboiboy? Bincang dan senaraikan.

Contoh jawapan;

i) Memusnahkan alam sekitar


ii) Membunuh Boboiboy dan rakan-rakan
iii) Hidup tidak aman
d) Apa kelebihan kuasa kepada manusia dalam konteks kamu sebagai seorang murid.
Bincang dan senaraikan

Contoh Jawapan;

i) Dapat menentang musuh atau orang jahat atau perkara-perkara yang tidak baik
ii) Menjaga diri daripada perkara yang buruk atau musuh
iii) Membantu orang lain yang memerlukan pertolongan

e) Apakah yang menghalang murid untuk menjadi seorang murid yang baik. Bincang dan
senaraikan

Contoh jawapan;

i) Dadah
ii) Rokok
iii) Masalah sosial

f) Sebagai seorang murid, apa yang perlu dilakukan untuk hadapi musuh
( dadah/rokok/ponteng ) Bincang dan senaraikan.

Contoh jawapan;

i) Melengkapkan diri dengan pengetahuan


ii) Menjauhkan diri dari musuh
iii) Memilih kawan yang baik

g) Bagaimanakah cara dapat menjadikan anda seorang murid / anak yang baik. Bincang dan
senaraikan.

Contoh jawapan ;

i) Mendengar nasihat ibubapa dan guru


ii) Menjaga solat
iii) Rajin datang ke sekolah

4. Setelah selesai perbincangan dalam kumpulan, wakil murid setiap kumpulan di minta
membentangkan hasil perbincangan mereka.

5. Semasa sesi pembentangan, minta kumpulan lain untuk fokus dan memberi respon atau
pandangan mereka.

6. Setelah selesai pembentangan, guru diminta membuat rumusan / refleksi tentang aktiviti
tersebut.

RUMUSAN / REFLEKSI
1. Guru boleh membandingkan watak Boboiboy dengan realiti kehidupan sebagai seorang
murid.

2. Kaitkan kesan daripada dadah / masalah sosial semasa kepada murid dari sudut diri,
keluarga, sekolah dan masyarakat.

3. Guru memberi penekanan kepentingan mengelakkan diri daripada terjebak dengan


masalah tersebut.

CATATAN UNTUK FASILITATOR

Protective Factor ( Faktor Pelindung )

Faktor Pelindung ialah ciri-ciri atau keadaan yang ada dalam lingkungan seseorang yang
boleh membantunya untuk berhadapan atau berdaya tindak terhadap cabaran hidup khasnya
cabaran berkaitan penyalahgunaan dadah

Contoh : - Hubungan kekeluargaan yang harmonis dan penuh keprihatinan


- Gaya keibubapaan / significant others yang positif
- Self esteem / Penghargaan Kendiri yang tinggi
- Mempunyai motivasi dan visi yang positif dalam kehidupan
- Berada dalam kelompok rakan/masyarakat yang positif dan prihatin

Risk Factor ( Faktor Risiko)

Faktor Risiko ialah ciri-ciri atau keadaan yang ada dalam linkungan seseorang yang mana
ianya meningkatkan kemungkinan seseorang individu itu untuk terlibat dengan penyalahgunaan
dadah.

Contoh - Sejarah penyalahgunaan dadah dalam ahli keluarga


- Gaya keibubapaan /significant others yang negatif
- Hubungan kekeluargaan yang penuh konflik dan tegang
- Akses kepada dadah yang terlalu mudah
- Berada dalam kelompok atau masyarakat yang negatif ( terlibat dengan
penyalahgunaan dadah)

NAMA AKTIVITI KUMPULA PENGISIAN / PERSONALI CATATAN /


DAN TARIKH N SASARAN KAEDAH A TERLIBAT BAHAN
PELAKSANAAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH DIBEKALKAN
JPNT

BAHAYA Semua murid 1)Tayangan  Penolong CD Video


PENYALAHGUNAA Tahap 2 Video tentang Kanan HEM Dadah
N DADAH jenis dadah dan  GBK
Tarikh : 27/2/2019 bahaya  AJK PPDa Powerpoint
Hari : Rabu penyalahgunaan Kenali Dadah
Masa : 7.30 – 9.30 pg dadah ( Fail E )

1)Soal jawab
fasilitator tentang
video yang
ditayangkan

NAMA AKTIVITI KUMPULA PENGISIAN / KAEDAH PERSONALIA CATATAN /


DAN TARIKH N SASARAN PELAKSANAAN TERLIBAT DI BAHAN
PELAKSANAAN SEKOLAH DIBEKALKAN
JPNT
TAZKIYATUN Semua Murid 1. Murid  Penolong Modul
NAFS : I’M SAFE Tahap Dua dikenalpasti Kanan HEM Tazkiyatun Nafs
Tarikh : 28/2/2019 2. Murid  Ketua Panitia `I’M Safe
dikumpulkan di Pendidikan (Lampiran 8)
Masa : 7.30 Pg surau sekolah / Islam
tempat sesuai  Guru Disiplin Video Lagu Bila
3. Bacaan Teks  Guru Tiba
Tazkiyatun Bimbingan ( Fail F )
Nafs dan
4. Bacaan Yasin Kaunseling Video Zikir
5. Solat Hajat &  AJK PPDa Taubat
Solat Taubat ( Fail G )
6. Zikir Taubat
7. Tahlil dan Doa
Selamat

Lampiran 8

TAZKIYATUN NAFS
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Bismillahirrahmanirrahim…

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah…

Pertama sekali, ayuh kita tarik nafas dalam-dalam.Pejamkan mata dan hayatilah cinta
Allah dalam hati dan jiwa kita… adakah kita merasainya atau pernah merasainya?

Ayuh sama-sama kita merenung sejenak mengapa aku dicipta?

Kenapa?Kenapa aku wujud di dunia ini?

Hakikat asalnya tidak pernah wujud.Kewujudan kita di dunia ini bukan atas kehendak diri
kita sendiri, tetapi atas kehendak Yang Maha Esa, iaitu Allah SWT.

Allah SWT telah menciptakan aku daripada tiada kepada ada dan memberikan pelbagai nikmat
kepadaku. Ajalku bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik disaat kun faya kun menyapa.

……… Lagu Bila Tiba……….. (Berhenti seketika, hayati lirik lagu)


Aku seharusnya insaf bahawa betapa lemahnya diriku.Aku harus bergantung hanya pada Allah
SWT.Aku dicipta kerana Allah SWT dan sepatutnya tahu tidak ada Tuhan selain Allah SWT.

Kemudian, perlahan-lahan mari kita berfikir sejenak. Dalam hidup kita selama ini yang ALLAH
SWT bagi nikmat bernafas selama 12 tahun, agaknya benda apa yang paling berharga buat kita?

Ayah ?ibu ?adik beradik? Kawan-kawan?Telefon ?

Semua itu tidak kurang pentingnya tetapi ada lagi benda yang paling berharga dalam hidup
kita iaitu IMAN.

Kerana itu, syaitan sangat ingin mencuri IMAN kita kerana itu yang paling berharga dalam diri
kita.

Setiap daripada kita yang bergelar hamba ALLAH SWT mempunyai IMAN. Yang membezakan
kita semua adalah kualiti iman kita sama ada tinggi atau rendah.

Bila mana iman kita tinggi berada di puncak, maka tiada masalah buat kita untuk melakukan
ibadah dan kebaikan kerana kita merasai manisnya iman.

Tetapi, bila mana kita diuji dengan iman yang lemah? Segala kebaikan terasa berat… hilangnya
kemanisan ibadah… dan rasa malas menguasai diri… semua kerja tak jalan, kan?

Pertama yang perlu ditanamkan dalam diri adalah kita, manusia yang tidak pernah  terlepas
daripada perbuatan dosa.

Dosa yang kita lakukan seharian sama ada sengaja atau tak sengaja. Dosa yang kita tahu
mahupun yang kita tak tahu.
Kita semua sedia maklum yang IMAN kita akan sentiasa naik dan turun ibarat roller-coaster.
Kerana itu, ALLAH SWT Maha Pengampun terhadap hamba-hambaNya kerana Dia tahu kita
lemah dan sentiasa berbuat dosa .

Nak tahu rahsia yang sememangnya bukan rahsia?

ALLAH SWT itu sangat mencintai hamba-hambaNya yang sentiasa bertaubat lagi dan lagi
tanpa putus asa. Apabila hambaNya berbuat dosa… ALLAH SWT menunggu hambaNya itu
kembali kepadaNya.

Jangan pernah ragu-ragu dengan cinta ALLAH SWT kerana ALLAH SWT mencintai semua
hambaNya melebihi kasih sayang ibu bapa kepada kita.

ALLAH SWT menciptakan kita bukan dengan tujuan untuk menghukum kita melainkan untuk
memuliakan kita.

ALLAH SWT ingin berjumpa kita di syurga kerana itu ALLAH SWT membuka pintu
pengampunanNya seluas-luasnya sehingga hari kiamat.

Persoalannya sekarang, adakah kita merebut peluang taubat yang ALLAH SWT berikan?

Bilamana kita berjalan kepada ALLAH SWT… ALLAH SWT berlari kepada kita.

Oleh itu, betapa banyak kesalahan yang kita buat, ingatlah betapa besarnya kasih sayang
ALLAH SWT yang menunggu untuk mengampunkan kita.

Namun, takutlah dengan azab-Nya untuk mereka yang ingkar dan sombong untuk bertaubat
kepada ALLAH SWT.

Hidup ini adalah perjalanan hati, jika hatimu kuat maka kamu akan sampai ke destinasimu…
biarpun beribu onak dan liku kerana kekuatan hatimu ada ALLAH SWT.
Zikir Taubat

Astaghfirullah Rabbal Barroya


(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal Khotoya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
…4x

Rabbi zidni ‘ilman naafi’a


(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)

Wa wa fiqni 'amalam maqbula


(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)
Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas) 
Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha) 

Astaghfirullah Rabbal Barroya


(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa) 
...2X

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a


(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)
Wa wa fiqni 'amalam maqbula
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)

Wa Wa habli rizqan waasi'a


(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas) 
Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)

Astaghfirullah Rabbal Barroya


(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa) 
...2x

(Tayang video zikir taubat nasuha)

NAMA AKTIVITI KUMPULAN PENGISIAN / PERSONALIA CATATAN /


DAN TARIKH SASARAN KAEDAH TERLIBAT DI BAHAN
PELAKSANAAN PELAKSANAAN SEKOLAH DIBEKALKAN
JPNT

UJIAN POS 1. Selepas program Guru Borang Ujian


PROGRAM 40 orang yang Tazkiyatun Nafs : Bimbingan dan Pasca
MINGGU I’M telah 40 orang Murid Kaunseling
SAFE menjawab lelaki Tahap 2 Fail Pra Post
PENDIDIKAN Ujian Pra yang telah IMsafe
NEGERI menjawab Ujian ( Fail A)
TERENGGANU Pra diminta untuk
(28/02/2019 menjalankan AJK Program
KHAMIS) ujian Pasca diminta key in
Program . data ujian
dalam fail yang
2. Penyelaras disediakan
program diminta untuk dianalisa
untuk mengumpul
semula borang pra
yang telah
disiapkan.

You might also like