Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Perniagaan adalah satu bentuk aktiviti pembelian dan penjualan barang atau perkhidmatan

dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Aktiviti ini melibatkan pengeluar,


pemborong, peruncit dan seterusnya pengguna. Terdapat empat elemen utama dalam
aktiviti perniagaan iaitu barang atau perkhidmatan, pertukaran nilai atau wang, keuntungan
perniagaan dan nilai faedah kepada pelanggan. Dalam usaha untuk membentuk sebuah
perniagaan, seseorang perlu melaksanakan satu rancangan perniagaan lebih-lebih lagi
kepada usahawan yang baru menceburi bidang ini. Perancangan ialah fungsi pengurusan
yang paling asas. Menurut Certo (2000), perancangan adalah satu proses menentukan
bagaimana sistem pengurusan akan mencapai objektifnya. Menurut Lewis (2001),
perancangan adalah satu proses penetapan matlamat dan mengenal pasti tindakan yang
diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut.

Selain itu, perancangan perniagaan mempunyai kepentingan tersendiri. Antaranya


ialah perancangan dapat memudahkan organisasi mencapai matlamat yang telah ditetapkan
dengan cekap dan berkesan. Seterusnya, perancangan juga menyediakan satu hala tuju
kepada organisasi di mana pengurus dapat memastikan apakah yang sebenarnya ingin
dilakukan. Di samping itu, perancangan boleh dijadikan satu standard untuk mengukur
prestasi organisasi supaya pengurus tidak lari daripada matlamat asal.

You might also like