Mesra Budaya

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Cara menguruskan bilik darjah mesra budaya dari aspek :

a. Fizikal
-guru perlu menyusun kerusi meja murid dengan mengambil kira peluang untuk murid
bercampur gaul dan belajar bersama-sama tanpa sebarang halangan dan rasa kurang selesa.
-Murid diberi kebebasan untuk menghiaskan bilik darjah. Murid perlu menghias secara
bekerjasama bagi mengeratkan hubungan persahabatan.
- Mewujudkan perpustakaan mini dalam bilik darjah bagi memanfaat masa sementara
menunggu dengan membaca buku serta memupuk tabiat membaca.
b. Emosi
-Guru perlu memberi layanan yang adil kepada murid supaya perasaan murid terjaga dan
dapat menjadi teladan kepada murid.
- Bilik darjah perlulah selmat supaya murid berasa selesa dan selamat untuk belajar. Guru
perlu memastikan semua murid berdisiplin dan tidak mengganggu murid lain. Kes buli juga
perlu dielakkan. Bilik darjah yang harmoni dan ceria dapat membantu dalam perkembangan
emosi murid.
- Guru perlu peka, prihatin dan mengambil berat terhadap murid seperti perubahan tingkah
laku murid, menjaga kebajikan murid dan sebagainya.
- Guru dan murid perlu mengamalkan nilai-nilai yang dapat diterima oleh semua bagi
menjaga keharmonian bilik darjah.
c. Sosial
-Guru perlu merancamng aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan seperti kad ucapan hari
jadi, kad ucapan terima kasih bagi membentuk kemahiran interpersonal.
-guru boleh mengadakan sesi perkongsian antara murid.
-meraikan hari jadi murid atau perayaan pelbagai kaum
-mengadakan aktiviti berkumpulan atau aktiviti yang dapat memupuk sikap bekerjasama
antara murid.
- menziarahi rakan yang sakit
- Berkelah di luar bilik darjah
-menetapkan peraturan kelas bersama-sama
- Aktiviti kumpulan diadakan supaya murid dapat berinteraksi tanpa mengira latar belakang,
agama dan kaum.
d. Bahasa
- Guru boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan bahasa seperti
bersajak, bercerita dan sebagainya.
- Guru boleh memperkenalkan sejarah atau keunikan bahasa-bahasa pelbagai kaum
kepada murid.
- Guru memupuk murid mempelajari bahasa kaum lain.
- Guru menggunakan bahasa pengantaraan yang ditetapkan oleh sekolah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkan murid tidak memahami dan berasa
terpinggung.

You might also like