Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pengerusi Tadika Engkilili,

Tadika Engkilili,
95800 Engkilili,
Sarawak.

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Lubok Antu,
Jalan Penghulu Imong ak. Awan,
95800 Engkilili,
Sarawak. 02 Julai 2020

Tuan,

Permohonan Tong Sampah dan Tapaknya

Merujuk kepada perkara di atas, pihak kami, Tadika Engkilili ingin membuat permohonan
bantuan kepada pihak kerajaan tentang permohonan tong sampah dan tapak berbumbung
untuk meletak tong sampah di Tadika Engkilili.

2. Hal ini demikian kerana pihak kami tidak mempunyai tong sampah dan tapak meletak
tong sampah selama ini. Sampah-sarap tadika sentiasa dibuang ke tong sampah Sekolah
Jenis Kebangsaan (Cina) Engkilili dan lorong tersebut telah ditutup disebabkan pembinaan
dewan.

3. Sehubungan dengan ini, pihak kami ingin memohon bantuan tong sampah dan tapaknya
dari pihak majlis daerah untuk memudahkan proses pembuang sampah-sarap pihak kami.

4. Pihak kami ingin memohon satu tong sampah jenis MGB660 dan tapak berbumbung
untuk meletak tong sampah di simpang memasuki tadika Engkilili.

5. Diharapkan pihak majils daerah dapat mempertimbangkan dan meluluskan permohonan


pihak kami. Jasa baik dan kerjasama pihak majlis daerah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

(Sim Kheng Ling)


Pengerusi Tadika Engkilili.

You might also like