Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA

DAN

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU


MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ini ditandatangani pada ______________

DI ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA, yang bagi maksud Memorandum Persefahaman ini diwakili


oleh Jabatan Perikanan Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
yang beralamat di Wisma Tani, Aras 1-6, Blok 4G2, Presint 4, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62628 Putrajaya (selepas ini disebut “Kerajaan”) sebagai
satu pihak;

DAN

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU, sebuah universiti awam yang ditubuhkan


di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30] yang beralamat di
21030, Kuala Nerus, Terengganu (selepas ini disebut “UMT”) sebagai pihak yang
satu lagi ;

Kerajaan dan UMT selepas ini akan dirujuk secara individu sebagai “Pihak” atau
secara kolektif sebagai “Pihak-pihak” dalam Memorandum Persefahaman ini.

BAHAWASANYA:

A. Kerajaan melalui Jabatan Perikanan Malaysia berusaha untuk membangun


dan memodenkan sektor perikanan negara melalui pengurusan dan
pembangunan secara mampan, dinamik dan berdaya saing berasaskan
kepada maklumat saintifik dan perkhidmatan berkualiti. Oleh itu, Jabatan
Perikanan Malaysia memberi tumpuan kepada usaha yang dapat
meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian
perkhidmatannya dan perkongsian pintar di antara jabatan dan pihak yang
berkepentingan.

B. UMT adalah sebuah universiti berfokus marin dan sumber akuatik ditubuhkan
dengan misi untuk menjadi pusat pendidikan dan penyelidikan terulung
dengan menyumbang kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu dan
juga kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara. UMT telah
memasuki pelbagai bentuk kerjasama dengan pihak-pihak lain untuk
meningkatkan keupayaan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikannya
serta melengkapkan kecemerlangannya dalam pendidikan tinggi.

C. Kerajaan dan UMT menyedari akan kepentingan dan faedah dalam usaha
sama di bawah rangka kerja yang sistematik dan berhasrat untuk menjalinkan
kerjasama dalam bidang-bidang yang dipersetujui secara bersama.

D. Pihak-pihak berhasrat untuk memasuki Memorandum Persefahaman ini untuk


menyatakan niat mereka dan mewujudkan asas kerjasama dan usaha sama
antara pihak-pihak yang berkenaan berdasarkan terma-terma yang
terkandung kemudian daripada ini.

PIHAK-PIHAK dengan ini bersetuju seperti yang berikut:

PERKARA 1
OBJEKTIF

Pihak-pihak, tertakluk kepada terma Memorandum Persefahaman ini dan undang-


undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan serta dasar-dasar yang berkuatkuasa
dari semasa ke semasa, akan berusaha untuk mengukuhkan, menggalakkan dan
membangunkan kerjasama yang dinyatakan di dalam Memorandum Persefahaman
ini atas dasar kesaksamaan dan manfaat bersama.

PERKARA 2
BIDANG KERJASAMA

1. Pihak-pihak, tertakluk kepada undang-undang, kaedah, peraturan dan dasar-


dasar Negara yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa, berusaha untuk
mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menggalakkan dan
mempromosi kerjasama dalam bidang-bidang yang berikut:
(a) sains dan ekologi perikanan marin dan darat;
(b) biodiversiti dan ekologi marin dan darat;
(c) pembangunan akuakultur moden;
(d) oseanografi, sains marin dan alam sekitar;
(e) polisi, undang-undang dan peraturan mengenai sektor perikanan,
akuakultur, pengurusan sumber, kawasan perlindungan marin dan
biodiversiti;
(f) kesan perubahan iklim terhadap sumber perikanan dan ekosistem dan
biodiversiti akuatik;
(g) kajian sosial, daya tampungan, ekonomi dan warisan sejarah; dan
(h) dan lain-lain bidang yang dipersetujui bersama selaras dengan Objektif
Memorandum Persefahaman ini.

2. Kerjasama dilaksanakan melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang berikut:


(a) pembangunan program dua hala termasuk penyelidikan bersama dan
aktiviti pembangunan kapasiti yang memberikan faedah bersama kepada
kedua-dua Pihak-pihak;
(b) memudahcara latihan dan proses pembangunan pegawai dan pelajar
kedua-dua Pihak-pihak;
(c) kerjasama rangkaian dengan industri yang berkaitan dengan
penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan yang berfaedah
kepada Pihak-pihak;
(d) perkongsian maklumat, penerbitan bersama dan komunikasi ilmiah yang
lain mengikut prosedur dan polisi undang-undang hak harta intelek yang
terpakai;
(e) pertukaran kakitangan akademik, pelatih, pakar dan pelajar antara
kedua-dua Pihak-pihak. Pertukaran itu boleh melibatkan tugasan
mengajar dan/atau atau lawatan sambil belajar. Tempoh dan terma yang
berkaitan dengan pertukaran itu hendaklah diputuskan dan dipersetujui
oleh kedua-dua Pihak-pihak;
(f) bekerjasama dalam menganjurkan bengkel, latihan, seminar,
persidangan dan apa-apa aktiviti lain yang dianggap memberi manfaat
kepada kedua-dua Pihak-pihak;
(g) bekerjasama dalam menjalankan program-program pemantauan dan
tinjauan di Taman Laut dan perairan sekitarnya;
(h) memudahcara akses kepada kemudahan penyelidikan oleh Pihak-Pihak;
dan
(i) apa-apa aktiviti lain akan ditentukan dan dipersetujui bersama oleh
pihakPihak-pihak.

3. Pelaksanaan kerjasama ini adalah tertakluk kepada persetujuan bertulis dan


keupayaan kewangan Pihak-pihak dan Pihak-pihak boleh memasuki
perjanjian yang mengikat tertakluk kepada terma dan syarat yang bakal
dipersetujui bersama oleh pihak-pihak yang berkenaanPihak-pihak.

PERKARA 3
PERKIRAAN KEWANGAN

1. Memorandum Persefahaman ini tidak akan melibatkan apa-apa obligasi


kewangan oleh satu Pihak kepada Pihak yang satu lagi.

2. Setiap Pihak hendaklah menanggung kos dan perbelanjaan masing-masing


dalam pelaksanaan Memorandum Persefahaman ini.

PERKARA 4
TEMPOH KUAT KUASA

1. Memorandum Persefahaman ini berkuat kuasa dari tarikh ia ditandatangani


dan akan hendaklah berkuat kuasa untuk tempoh selama lima (5) tahun.

2. Perlanjutan tempoh kerjasama Memorandum Persefahaman ini hendaklah


dibuat sebelum ia tamat tempoh selepas tarikh tersebut boleh dibuat atas
tertakluk kepada persetujuan bersama pihakPihak-pihak.

PERKARA 5
KESAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN
Memorandum Persefahaman ini hanya bertujuan sebagai suatu rekod niat Pihak-
pihak dan tidak menjadikan atau mewujudkan, dan tidak dihasratkan untuk
menjadikan atau mewujudkan, obligasi di bawah undang-undang domestik atau
antarabangsa dan tidak akan membangkitkan apa-apa proses undang-undang dan
tidak akan disifatkan sebagai menjadikan atau mewujudkan apa-apa obligasi yang
mengikat atau boleh dikuatkuasakan, secara nyata atau tersirat.

PERKARA 6
PERLINDUNGAN HAK HARTA INTELEK

1. Perlindungan hak harta intelek hendaklah dikuatkuasakan selaras dengan


undang-undang, kaedah dan peraturan sedia ada yang berkuatkuasa.

2. Penggunaan nama, logo dan/atau lambang rasmi mana-mana satu Pihak


pada apa-apa penerbitan dokumen dan/atau kertas adalah dilarang tanpa
kelulusan bertulis mana-mana Pihak yang berkenaan terlebih dahulu.

3. Walau apa pun, apa-apa jua yang terkandung dalam Perkara ini, hak harta
intelek berkenaan dengan apa-apa pembangunan teknologi, dan apa-apa
pembangunan produk dan perkhidmatan, yang dijalankan –
(a) bersesama oleh Pihak-Pihak pihak atau hasil penyelidikan yang
diperoleh melalui kegiatan usaha sama Pihak-Pihak pihak hendaklah
dimiliki secara bersesama oleh Pihak-Pihak pihak mengikut terma yang
dipersetujui bersama; dan
(b) secara sendirian dan berasingan oleh mana-mana satu Pihak atau hasil
penyelidikan yang diperoleh melalui usaha sendiri dan berasingan
mana-mana satu Pihak, hendaklah menjadi kepunyaan Pihak yang
berkenaan semata-mata.

PERKARA 7
PINDAAN

1. Memorandum Persefahaman ini boleh diubah atau dipinda atas persetujuan


bersama secara bertulis oleh Pihak-Pihakpihak.
2. Sebarang pindaan hendaklah dibuat tanpa menjejaskan hak dan obligasi
mana-mana Pihak yang timbul atau bersangkutan dengan pelaksanaan
Memorandum Persefahaman ini, sebelum tarikh pindaan itu dibuat.

PERKARA 8
PENYELESAIAN PERTIKAIAN

1. Apa-apa jua perselisihan atau pertikaian yang timbul daripada pelaksanaan


peruntukan-peruntukan Memorandum Persefahaman ini hendaklah
diselesaikan secara persahabatan aman dengan caramelalui rundingan di
antara Pihak-pihak.

2. Sekiranya pertikaian ini tersebut tidak dapat diselesaikan secara rundingan,


rujukan boleh dibuat kepada pihak pengantara yang dilantik secara kerjasama
oleh kedua-dua Pihak-pihak yang akan menjadi orang tengah perantara untuk
menyelesaikan pertikaian atau perbezaan itu.

PERKARA 9
KERAHSIAAN

1. Setiap Pihak hendaklah mengaku janji untuk memelihara kerahsiaan dan sifat
sulit dokumen, maklumat dan data lain yang diterima daripada, atau
dibekalkan kepada, Pihak yang satu lagi semasa tempoh pelaksanaan
Memorandum Persefahaman ini atau mana-mana persetujuan lain yang
dibuat menurut Memorandum Persefahaman ini.

2. Pihak-Pihak pihak bersetuju bahawa peruntukan Perkara ini akan terus


mengikat kedua-dua Pihak selepas tarikh luput atau penamatan Memorandum
Persefahaman ini atas apa-apa sebab sekalipun.

PERKARA 10
PENAMATAN

1. Memorandum Persefahaman ini boleh ditamatkan pada bila-bila masa oleh


mana-mana Pihak dengan memberi enam (6) bulan notis secara bertulis
kepada Pihak yang satu lagi.

2. Penamatan Memorandum Persefahaman ini tidak akan menjejaskan


sebarang aktiviti yang telah dipersetujui dan sedang dijalankan sebelum tarikh
penamatan Memorandum Persefahaman ini.

PERKARA 11
PENANGGUHAN

Setiap Pihak terlibat mempunyai hak untuk menangguhkan pelaksanaan


Memorandum Persefahaman ini, sama ada secara sepenuhnya atau
sebahagiannya, di atas dasar kepentingan negara, keselamatan negara,
kepentingan awam atau dasar kerajaanKerajaan. Penangguhan tersebut adalah
berkuatkuasa serta merta selepas notis bertulis diberikan oleh mana-mana Pihak
kepada Pihak yang satu lagi.

PERKARA 12
KETIADAAN HUBUNGAN KONTRAK

1. Kecuali Perkara 9, Pihak-Pihak terlibat bersetuju bahawa Memorandum


Persefahaman ini adalah berdasarkan persefahaman bersama Pihak-Pihak
dan tidak bertujuan untuk menjadi kontrak dan tidak akan membawa kepada
hak-hak dan liabiliti di bawah kontrak.

2. Tiada apa-apa yang termaktub di dalam Memorandum Persefahaman ini yang


boleh ditafsirkan sebagai menubuhkan sesuatu perkongsian bersama atau
mana-mana bentuk organisasi perniagaan berdaftar kedua Pihak atau
melantik salah satu Pihak sebagai ejen Pihak yang satu lagi.

PERKARA 13
TIADA AGENSI

Tiada apa-apa pun yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman ini boleh
ditafsirkan sebagai menjadikan suatu usaha sama, perkongsian atau apa-apa jenis
organisasi perniagaan rasmi antara Pihak-Pihak atau menjadikan satu Pihak
sebagai ejen Pihak yang satu lagi.

PERKARA 14
NOTIS

Apa-apa notis, persetujuan, kebenaran atau permintaan yang perlu diberi atau dibuat
di bawah Memorandum Persefahaman ini hendaklah secara bertulis dalam Bahasa
Melayu. Notis, persetujuan, kebenaran atau permintaan itu hendaklah disifatkan
sebagai telah diberi atau dibuat apabila telah disampaikan dengan tangan, pos,
faksimili atau lain-lain alat penyampaian maklumat kepada Pihak satu lagi kepada
alamat yang ditetapkan seperti yang dinyatakan di bawah atau di alamat lain
sebagaimana yang ditetapkan oleh mana-mana Pihak kepada Memorandum
Persefahaman ini dari semasa ke semasa secara bertulis. Adalah menjadi
tanggungjawab satu Pihak untuk memaklumkan Pihak yang satu lagi mengenai
sebarang pertukaran alamat dengan memberikan notis bertulis dalam tempoh (14)
hari selepas pertukaran tersebut.

Kepada Kerajaan :
Alamat : Ketua Pengarah Perikanan,
Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Wisma Tani, Aras 1-6, Lot 4G2, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62628 Putrajaya
No. Telefon : 03-8870 4000
No. Faks : 03-8889 2460
Peg. Bertanggungjawab : Pn. Yeo Moi Eim
Pengarah Bahagian Perancangan dan
Pembangunan
No. Telefon : 03-8870 4215
No. Faks : 03-8889 1195
E-mel : meyeo@dof.gov.my

Kepada UMT :
Alamat : Dekan
Fakulti Perikanan dan Sains Makanan
Universiti Malaysia Terengganu,
21030 Kuala Nerus,
Terengganu.

Peg. Bertanggungjawab : Prof. Dr. Mohd Effendy Abd Wahid


No. Telefon : 09-668 5170 / 5014
No. Faks : 09-668 4949
E-mel : effendy@umt.edu.my

(Ruang ini sengaja dibiarkan kosong)


DALAM MENYAKSIKAN, Pihak-pihak yang terlibat yang telah mengadakan
Memorandum Persefahaman ini disempurnakan dalam nama masing melalui wakil-
wakil mereka yang telah diberi kuasa sewajarnya dalam dua (2) salinan asal yang
sama sah pada hari dan tahun yang ditulis pada permulaan di atas.

Untuk dan bagi pihak Untuk dan bagi pihak


KERAJAAN MALAYSIA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

………………………………………..... ………......……………………………
DATO' HAJI ZAINAL AZMAN BIN ABU PROF. DATO’ DR. NOR AIENI HAJI
SEMAN MOKHTAR
(No. Kad Pengenalan: (No. Kad Pengenalan:
) 570310-11-5052)
Ketua Setiausaha Naib Canselor
Kementerian Pertanian dan Industri Universiti Malaysia Terengganu
Makanan

Di hadapan: Di hadapan:

………………………………………..... ………......………………………………
DATO’ HAJI MUNIR BIN HAJI MOHD PROF. DR. MOHD EFFENDY ABD.
NAWI WAHID
(No. Kad Pengenalan: (No. Kad Pengenalan:
600803-11-5063) 661026-04-5345)
Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Dekan
Fakulti Perikanan dan Sains Makanan,
Universiti Malaysia Terengganu

You might also like