Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

Panduan ini khusus untuk anak-anak nubis yang ingin memohon mybrain (master).

Ianya bukan
wahyu yang terpelihara tanpa cacat cela. Ia disusun mengikut format yang dilampirkan oleh
pihak MyBrain15.
[Nama & lokasi kajian asal telah ditukar.]
Moga bermanfaat.

Dr Anuar R 180318
KERTAS KERJA CADANGAN PENYELIDIKAN

Peringkat Pengajian:
SARJANA SYARIAH

Bidang Kajian:
FIQH

Tajuk Kajian Cadangan:


PENGARUH BUDAYA SETEMPAT DAN PENGETAHUAN AGAMA ERHADAP
PEMILIHAN MAKANAN HALAL DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
MENENGAH HARIAN DI DAERAH KENINGAU, SABAH

Nama Penyelia Cadangan:


DR. UMAR BIN ISMAIL

Nama Calon:
MUHAMMAD IZZUL REDZAL BIN SELAMAT

No. Matrik:
IGA 170007

Jabatan:
JABATAN FIQH DAN USUL
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR

2018
Daftar Isi

1. Tajuk 1

2. Objektif 1

3. Kajian Kesusasteraan (literature review) 4

4. Tujuan/ Objektif Penyelidikan 12

5. Metodologi Penyelidikan 12

6. Hipotesis Kajian 19

7. Peralatan yang digunakan 19

8. Carta Gantt/Milestone/ Perancangan Penyelidikan 20

9. Jangkaan Hasil Kajian 21

10. Sumbangan Hasil Penyelidikan Kepada Negara 21

11. Penutup 21

12. Senarai Rujukan 22


1. Tajuk

Pengaruh Budaya Setempat Dan Pengetahuan Agama Terhadap Pemilihan Makanan Halal

Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Harian Di Daerah Keningau, Sabah

2. Objektif

Secara umumnya tujuan kertas cadangan penyelidikan ini adalah untuk mendapatkan tajaan

Mybrain15 bagi menjalankan kajian peringkat sarjana yang bertajuk “Pengaruh Budaya

Setempat Dan Pengetahuan Agama Terhadap Pemilihan Makanan Halal Dalam Kalangan Pelajar

Sekolah Menengah Harian Di Daerah Keningau, Sabah.”

Latar Belakang Masalah Kajian

Masyarakat Sabah terkenal dengan keragaman etnik dan budaya. Terdapat hampir 40 kumpulan

etnik dan subetnik di Sabah.1 Kepelbagaian etnik ini mewujudkan pola hubungan antara etnik

yang beragam. Setiap etnik mempunyai budaya tersendiri sehinggakan tiada budaya tunggal

yang melambangkan imej Sabah. Bagi masyarakat peribumi Sabah, adat memainkan peranan

penting dalam mengawal tingkah laku dan peraturan hidup masyarakat. Sistem adat yang

berperanan mengawal sistem sosial, ekonomi, politik dan seluruh anggota masyarakat ini

diwarisi sejak turun-temurun.2 Lantaran itu, cara hidup masyarakat Sabah menuntut toleransi

antara kaum yang berbeza adat dan budaya ini. Interaksi antara masyarakat pelbagai suku kaum

dan agama mewujudkan hubungan sosial yang istimewa kerana budaya setiap suku kaum akan

saling mempengaruhi antara satu sama lain.3 Dengan kata lain, pluralisme budaya kuat

mendominasi cara hidup masyarakat setempat. Dalam aspek pemakanan, setiap suku kaum

mempunyai budaya makanan dan pemakanan yang tersendiri yang diwarisi dari satu generasi ke

1
Halina Sendera Mohd. Yakin & Saidatul Nornis Hj. Mahali, “Duang: The Semiotic Interpretation and Perception of The
Bajau-Sama Community in Sabah,” Malaysian Journal of Communication vol. 24 (2008), 63.
2
Normala Othman, “Peranan Adat dalam Pembentukan Budaya Masyarakat Pribumi: Satu Fokus Ke Atas Kaum
Kadazandusun di Sabah” (Disertasi Sarjana, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 1999).
3
Rana Muhammad Ayyub, “An Empirical Investigation of Ethnic Food Consumption,” British Food Journal vol. 117, iss. 4
(2015), 1239.
1
generasi yang lain. Asasnya, budaya pemakanan ini dipengaruhi oleh agama dan kepercayaan

setiap kaum di samping pengaruh-pengaruh lain seperti iklim dan bentuk muka bumi.4 Toleransi

citarasa antara kaum wujud lantaran keakraban hubungan antara anggota masyarakat. Sikap

toleransi ini membentuk pola pemilihan makanan yang lebih terbuka antara etnik dan agama.

Dalam hal ini, umat Islam seharusnya meletakkan pertimbangan halal dan haram dalam soal

citarasa dan selera mereka. Selain itu, hubungan erat antara suku kaum juga terjalin melalui

perkahwinan campur antara agama dan kaum. Malah, perkahwinan campur ini sudah menjadi

kebiasaan dan budaya bagi masyarakat Sabah terutamanya masyarakat Kadazan-Dusun.

Lantaran itu, menjadi fenomena biasa apabila satu keluarga berlainan agama hidup bersama

dalam satu rumah.5 Hubungan sosial, integrasi dan kerjasama antara agama terserlah pada

hubungan seharian antara orang Islam dan bukan Islam sehinggakan sukar untuk menentukan

agama mereka berdasarkan amalan seharian seperti cara pemakaian dan pemakanan.6 Keadaan

ini sudah pasti mewujudkan cabaran tentang aspek pemakanan halal bagi pengguna muslim

kerana perkongsian dapur dan tempat masakan dalam rumah.

Dalam mendepani isu ini, pengetahuan agama Islam turut mempunyai pengaruh

signifikan dalam pemilihan makanan, khususnya pelajar sekolah di Sabah. Di peringkat sekolah,

mata pelajaran Pendidikan Islam diajar bagi memastikan pelajar-pelajar mendapat pengetahuan

asas berkenaan Islam. Melalui pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, diharapkan

pelajar-pelajar dapat memahami ajaran Islam dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Intisari pengajaran Pendidikan Islam ini mampu membimbing para pelajar membentuk gaya

hidup yang berlandaskan Islam dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah pergaulan,

pemakaian, pemakanan dan sebagainya.

Walaupun para pelajar diberi pendedahan agama melalui mata pelajaran Pendidikan

Islam sejak dari sekolah rendah lagi, namun terdapat beberapa kes yang berlaku menunjukkan
4
Mohammad Aizat Jamaludin & Mohd Anuar Ramli, “Pengambilkiraan al-‘Urf Dalam Penetapan Hukum Islam Terhadap
Makanan Halal,” International Journal of Social Policy and Society vol. 10, iss. 1 (2014), 73.
5
Suraya Sintang, “Peaceful Co-Existence in Religious Diversity in Sabah, Malaysia,” Global Journal of Human-Social
Science: A Arts & Humanities -Psychology vol. 14, issue 1, version 1 (2014), 67-78.
6
Mat Zin Mat Kib, Kristian di Sabah 1881-1994 (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003), 48.
2
tahap keprihatinan para pelajar terhadap makanan halal dan haram agak membimbangkan.

Kejadian merasa daging biawak oleh orang Islam termasuk pelajar sekolah semasa Karnival

Semarak Minda 1 Malaysia Negeri Perak 20147 menggambarkan masyarakat masih kurang

prihatin terhadap isu sensitif ini. Selain itu, hasil kajian yang dilakukan oleh Ardiah, Zaidah dan

Rokiah mendapati 66% remaja Islam berbangsa Dusun di Ranau, Sabah meminum minuman

keras. 8 Ia jelas menunjukkan ketidakpekaan pelajar muslim dalam pengambilan makanan haram.

Senario yang berlaku ini menggambarkan para pelajar begitu naif tentang permasalahan halal

dan haram dalam pemilihan makanan. Dari sudut lain, tindakan ini juga bertentangan dengan

dapatan kajian oleh Ab. Halim, Adnan, Kamisah, Khadijah, Shahrin Awaludin dan Zamri yang

mendapati tahap pengetahuan dan penghayatan Pendidikan Islam pelajar-pelajar sekolah

menengah di Malaysia berada pada tahap baik.9 Tambahan pula, pelajar-pelajar juga telah diajar

tentang makanan halal melalui pelajaran Pendidikan Islam di bawah bidang Hadis tingkatan 1

dan tingkatan 4.10

Bertitik tolak daripada masalah-masalah tersebut, kajian ini dilakukan untuk

mengenalpasti pengaruh dominan antara budaya setempat dan pengetahuan agama terhadap

pemilihan makanan halal dalam kalangan pelajar dengan tumpuan khusus kepada pelajar-pelajar

sekolah menengah harian di Daerah Keningau, Sabah. Persoalan kajian yang diketengahkan

dalam kajian ini adalah:

i) Apakah konsep pemilihan makanan halal ?

ii) Apakah pengaruh budaya setempat dan pengetahuan agama terhadap pemilihan

makanan halal dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian di Daerah

Keningau, Sabah ?

7
"Kecoh isu makan biawak", 28 Oktober 2014, rujuk http://www.sinarharian.com.my/semasa/kecoh-isu-makan-biawak-
1.328211, diakses pada 27 Mac 2016.
8
Ardiah Jamali, Zaidah Mustapha & Rokiah Ismail, “Pola dan Faktor yang Mempengaruhi Peminuman Minuman Keras
Remaja Dusun Malaysia,” Malaysian Journal of Society and Space 5, issue 2 (2009), 88.
9
Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Khadijah Abdul Razak, Shahrin Awaludin dan Zamri Abdul Rahim,
“Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar” (Kertas kerja, 2nd
International Conference on Islamic Education 2011, Hotel Equatorial, Bangi-Putrajaya, Selangor, 19 – 21 Disember 2011).
10
Mohd Sabri Abdul Ghafar, “Pendidikan Kepenggunaan Barangan Halal Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah:
Suatu Analisis dan Cadangan Penambahbaikan,” (Prosiding Konferensi Antarabangsa Islam Borneo IV, Hotel Riverside
Majestic, Kuching, Sarawak, 18-19 September 2013).
3
iii) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara budaya setempat dan pengetahuan

agama dengan pemilihan makanan halal dalam kalangan pelajar sekolah menengah

harian di Daerah Keningau, Sabah ?

3. Kajian Kesusasteraan (Literature Review)

Memilih makanan halal menjadi kewajipan bagi umat Islam kerana kesan pemakanan melibatkan

pembinaan fizikal dan roh. Syariat Islam membahagikan makananan itu kepada yang halal dan

boleh dimakan serta yang haram dan dilarang memakannya. Hikmah di sebalik pembahagian ini

adalah setiap yang dibenarkan itu pasti mempunyai manfaat, sebaliknya yang dilarang pula boleh

mendatangkan kemudaratan.11 Di samping halal dan haram, umat Islam juga disarankan agar

meninggalkan perkara syubhah supaya tidak terjerumus kepada perkara-perkara yang haram.

Menurut Harlida dan Alias, halal bukan sekadar tiada larangan di sisi agama tetapi berkaitan juga

dengan konsep tayyib iaitu bersih, suci, selamat, berkualiti dan tidak memudaratkan.12

Ringkasnya, konsep halal itu merangkumi halal dan tayyib bermula dari ladang sehingga ke

meja. Ini bermakna status halal sesuatu produk itu dinilai sejak dari peringkat awal pemprosesan

sehinggalah ianya sampai kepada pengguna.

Selaras dengan tuntutan agama, umat Islam sewajarnya bersikap sensitif dan selektif

dalam pemilihan makanan yang halal. Menurut Hayati, Khairul Anuar & Khairur Rijal, tidak

semua produk yang dikeluarkan oleh seorang muslim itu boleh dianggap halal kecuali ia

menepati syarak.13 Tambahan pula mutakhir ini, pelbagai isu yang berkaitan dengan penghasilan

11
Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaludin, “Kriteria Makanan Yang Baik dan Buruk Menurut Perspektif
Kepenggunaan Islam,” dalam Halal Haram dalam Kepenggunaan Islam Semasa, ed. Suhaimi Ab Rahman dan Mohammad
Aizat Jamaludin (Serdang: UPM Press, 2011), 75.
12
Harlida Abdul Wahab & Alias Azhar, “Halalan Tayyiban Dalam Kerangka Perundangan Malaysia,” Jurnal Undang-undang
Malaysia vol. 26, no. 1 (2014), 103.
13
Hayati @ Habibah Abdul Talib, Khairul Anuar Mohd Ali & Khairur Rijal Jamaludin, “Quality Assurance in Halal Food
Manufacturing in Malaysia: A Preliminary Study” (Prosiding International Conference on Mechanical & Manufacturing
Engineering (ICME2008), Johor Bahru, Malaysia, 21– 23 Mei 2008).
4
produk halal berlaku dalam masyarakat. Antaranya isu yang melibatkan sumber bahan seperti

daging, cara penghasilan, penyimpanan, pengangkutan dan penyediaan produk akhir.14

Sehubungan itu, kesedaran dalam memilih makanan yang halal adalah asas utama bagi

umat Islam. Namun, realiti kepenggunaan menunjukkan pelbagai pengaruh yang mempengaruhi

individu dalam membuat pemilihan makanan.

Kajian Berkaitan Gelagat Pengguna Dalam Pemilihan Makanan Halal

Persoalan pemilihan makanan berkait rapat dengan gelagat pengguna. Dalam sistem ekonomi

konvensional, gelagat pengguna merujuk kepada bagaimana pengguna membelanjakan wangnya

untuk mendapatkan sesuatu barangan dan perkhidmatan dalam usaha mencapai kepuasan yang

maksima. Dalam hal ini, Islam tidak memberi kebebasan mutlak kepada umatnya dalam

membuat pemilihan. Gelagat pengguna Islam tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan

terutamanya yang berkaitan dengan halal dan haram. Keterbatasan ini bertujuan untuk

memastikan kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat.15

Menurut Icek Ajzen, kecenderungan adalah pencetus faktor motivasi yang

mempengaruhi tingkah laku manusia dalam membuat pemilihan.16 Dengan kata lain,

kecenderungan menjadi petanda kesanggupan manusia untuk mencuba sesuatu dan berapa

banyak usaha yang dilakukan untuk mencapai tujuan tersebut. Kecenderungan ini dicetuskan

oleh pengaruh-pengaruh yang berbeza seperti agama, sosial, budaya, ekonomi, undang-undang

dan politik setempat yang berbeza mengikut negeri dan kawasan.17 Kebanyakan pengkaji

menggunakan Teori Gelagat Terancang (Theory of Planned Behavior) sebagai rujukan utama

bagi mengukur gelagat pengguna terhadap pemillihan makanan. Teori ini mengemukakan tiga

14
Mohammad Aizat Jamaludin, Mohd Anuar Ramli, Mariam Abdul Latif & Saifol Bahli, “Peranan Institusi Latihan Halal
dalam Pembangunan Pendidikan Halal di Malaysia” (Prosiding Konferensi Antarabangsa Islam Borneo IV, Hotel Riverside
Majestic, Kuching, Sarawak, 18-19 September 2013).
15
Mohd Zaid Mustafar & Joni Tamkin Borhan, “Muslim Consumer Behavior: Emphasis on Ethics From Islamic Perspective,”
Middle-East Journal of Scientific Research 18 no. 9 (2013), 1301.
16
Icek Ajzen, “Theory of Planned Behavior,” Organization Behavior and Human Decision Process vol. 50 (1991), 179-211.
17
Syed Shah Alam & Nazura Mohamed Sayuti, “Applying the Theory of Planned Behavior (TPB) in Halal Food Purchasing,”
International Journal of Commerce and Management vol. 21, iss. 1 (2011), 8-20.
5
peramal utama iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan terhadap tingkah laku.18 Teori ini juga

digunapakai untuk mengkaji gelagat pengguna terhadap pemilihan makanan halal. Kajian oleh

Aiedah dan Sharifah Hayaati terhadap 425 orang generasi Y di Lembah Klang mendapati ketiga-

tiga peramal iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan terhadap tingkah laku mempunyai

pengaruh signifikan terhadap pemilihan makanan halal.19 Manakala Suddin Lada et al. pula

mendapati norma subjektif mempunyai pengaruh lebih signifikan terhadap pemilihan produk

halal dalam kalangan pengguna di Labuan.20

Berdasarkan pendapat dan pandangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa gelagat

pemilihan makanan dipengaruhi oleh sikap, norma subjektif dan kawalan terhadap tingkah laku.

Sehubungan itu, kajian ini akan menumpukan kepada faktor norma subjektif dengan tumpuan

khusus kepada pengaruh budaya setempat dan pengetahuan agama dalam pemilihan makanan

halal. Pengkaji merasakan keperluan untuk meneliti kedua-dua faktor ini kerana pengaruhnya

yang besar terhadap budaya makanan dan pemakanan sesuatu masyarakat. Umat Islam di

Malaysia juga istimewa kerana mengamalkan budaya yang kolektif dalam masyarakat yang

berbilang bangsa dan agama.

Kajian Berkaitan Budaya Setempat Dan Pemilihan Makanan Halal

Pengaruh budaya setempat merupakan salah satu elemen penting dalam kajian tentang gelagat

pengguna. Menurut Vijaylaxmi, Megha & Ashutosh, budaya tidak statik dan sentiasa berubah

disebabkan persekitaran global. Dalam hal ini, budaya sentiasa berubah selari dengan dinamisme

masyarakat serta keperluan untuk mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. 21 Lantaran itu,

budaya mempunyai pengaruh besar terhadap cara hidup individu. Kajian mengenai pengaruh

budaya barat yang dilakukan oleh Mohd Razali terhadap remaja di Daerah Kota Bharu, Kelantan

18
Karijn Bonne, Iris Vermeir, Florence Bergeaud-Blackler, & Wim Verbeke, “Determinants of Halal Meat Consumption in
France,” British Food Journal vol. 109, no. 5 (2007), 367-386.
19
Aiedah Abdul Khalek & Sharifah Hayaati Syed Ismail, “Why Are We Eating Halal - Using The Theory of Planned Behavior
in Predicting Halal Food Consumption Among Generation Y in Malaysia,” International Journal of Science and Humanity
vol. 5, no. 7 (2015), 608.
20
Suddin Ladda, Geoffrey Harvey Tanakinjal & Hanudin Amin, “Predicting Intention to Choose Halal Products Using Theory
of Reasoned Action,” International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management vol. 2, iss. 1 (2009),
66-76.
21
Vijaylaxmi Iyengar, Megha Joswhi & Ashurosh Vyas, “Impact of Culture on Consumer Behavior: An Empirical Analysis,”
International Journal of Retailing & Rural Business Perspectives vol. 2, no. 2 (2013), 342.
6
mendapati berlaku pengurangan penghayatan Islam dalam kalangan remaja terbabit. Kesannya

dapat dilihat dari aspek agama, bahasa, cara berpakaian, pemakanan dan hiburan.22

Begitu juga dengan aspek pemakanan. Perbezaan dan perubahan budaya ini mewujudkan

citarasa dan corak penyediaan makanan yang berbeza. Menurut Mohammad Aizat dan Mohd

Anuar, budaya makanan dan pemakanan bersifat relatif dan berbeza antara satu masyarakat

dengan masyarakat yang lain.23 Bila pelbagai bangsa tinggal bersama, budaya mereka yang

berbeza-beza ini akan saling mempengaruhi antara satu sama lain.24 Sehubungan itu, kajian

tentang gelagat pemilihan pengguna ini lebih signifikan jika dilakukan di negeri yang

mempunyai masyarakat yang berbeza latar belakang. Kajian yang dilaksanakan oleh Ahmad

Tarmizi, Nur Ayuni, Sarjit S. Gill, Zaid Ahmad, Jayum Jawan dan Abd Hakim membuktikan
25
bahawa tahap toleransi sosio agama bagi masyarakat di Sabah dan Sarawak adalah positif dan

wujudnya hubungan yang erat antara ahli masyarakat yang berbeza agama ini.26 Hubungan

sosial, integrasi dan kerjasama antara agama terserlah pada hubungan seharian antara orang

Islam dan bukan Islam. Keakraban yang wujud ini menyebabkan kesukaran untuk menentukan

agama mereka berdasarkan amalan seharian seperti pergaulan, pemakanan dan pemakaian.27

Namun dalam soal keagamaan agama lain seperti menyembah patung, umat Islam tidak

terpengaruh dengan budaya mereka.28

Selain itu, perkahwinan campur antara agama dan bangsa menjadi kebiasaan bagi

masyarakat berbilang kaum. Menjadi fenomena biasa apabila satu keluarga berlainan agama

hidup bersama-sama dalam satu rumah.29 Walaupun berbeza agama, hubungan kekeluargaan dan

22
Mohd Razali Deraman, “Pengaruh Budaya Terhadap Akhlak Remaja Islam: Satu Kajian di Kota Bharu, Kelantan” (Disertasi
Sarjana: Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2007).
23
Mohammad Aizat Jamaludin & Mohd Anuar Ramli, “Pengambilkiraan al-‘Urf dalam Penetapan Hukum Islam Terhadap
Makanan Halal,” 73.
24
Rana Muhammad Ayyub, “An Empirical Investigation of Ethnic Food Consumption,” 1239.
25
Ahmad Tarmizi Talib, Nur Ayuni Mohd Isa, Sarjit S. Gill, Zaid Ahmad, Jayum Jawan & Abd Hakim Mohad, “Persepsi
Terhadap Toleransi Sosio Agama di Sabah dan Sarawak” (Kertas kerja, Seminar Antarabangsa Dakwah dan Etnik, Universiti
Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, 20 November 2014).
26
Suraya Sintang, “Peaceful Co-Existence in Religious Diversity in Sabah, Malaysia,” 67-78 .
27
Mat Zin Mat Kib, Kristian di Sabah 1881-1994, 48.
28
Munirah @ Khadijah Muhamad, “Budaya Hidup Beragama Non-Muslim dan Kesannya Ke Atas Masyarakat Tempatan:
Kajian di Bandar Alor Star” (Disertasi Sarjana: Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya, 2007).
29
Suraya Sintang, “Peaceful Co-Existence in Religious Diversity in Sabah, Malaysia,” 67-78.
7
kejiranan masih baik dan rapat. Keadaan ini sudah pastinya menimbulkan keraguan tentang

pemakanan dalam keluarga yang bercampur agama ini. Situasi ini terdapat dalam kajian Nor

Aini yang mendapati 92% responden merasa tercabar tentang aspek pemakanan halal dengan

persekitaran yang dikelilingi oleh pelbagai kaum seperti Cina dan India.30 Keadaan ini lebih

membimbangkan apabila dirujuk kepada dapatan kajian oleh Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid

dan Surtahman Kastin yang mendapati pengguna di Kota Kinabalu, Sabah tidak meletakkan

pertimbangan halal dan haram sebagai asas utama dalam pemilihan makanan.31 Hanya segelintir

sahaja pengguna Islam komited terhadap isu halal dan haram ini. Dapatan ini selari dengan hasil

kajian Ardiah Jamali, Zaidah Mustapha & Rokiah Ismail yang mendapati persekitaran sosial dan

tradisi menjadi faktor utama pengambilan minuman keras dalam kalangan remaja Dusun di

Daerah Ranau, Sabah. Dapatan kajian ini juga amat mengejutkan kerana 33 orang (66%)

responden yang minum minuman keras adalah beragama Islam.32 Situasi sama juga berlaku

dalam kalangan minoriti Islam di Keningau, Sabah di mana segelintir kaum Kadazan-Dusun juga

masih mengekalkan budaya minum tapai semasa upacara perkahwinan walaupun telah memeluk

agama Islam.33

Dari aspek hubungan dengan bukan Islam, masyarakat Islam di Sabah dan Sarawak

mempunyai gaya hidup lebih terbuka jika dibandingkan dengan muslim di semenanjung

Malaysia.34 Keterbukaan terserlah pada premis-premis makanan Islam dan bukan Islam yang

bersebelahan antara satu sama lain. Malah pekerja-pekerja yang beragama Islam juga bekerja di

premis-premis makanan kepunyaan orang bukan Islam. Penggunaan papan tanda “Serve no

pork” diletakkan di premis-premis makanan bukan Islam untuk menarik kunjungan pelanggan

30
Nor Aini Idris & Mohd Ali Mohd Noor, “Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal-Haram Produk
Melalui Pembentukan Indeks” (Prosiding, Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia VIII, Johor Bharu, 7-9 Jun 2013).
31
Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Surtahman Kastin, “PKS di Persada Dunia Melalui Tanda Halal: Kes Gelagat
Pengguna,” (Kertas kerja, Convention of Islamic Entrepreneurships, Kolej Universiti Islam Melaka, 20-21 Januari 2007).
32
Ardiah Jamali, Zaidah Mustapha & Rokiah Ismail, “Pola dan Faktor yang Mempengaruhi Peminuman Minuman Keras
Remaja Dusun Malaysia,” 88-94.
33
Siti Suriyani Sulaiman, “Islam di Keningau: Sejarah dan Kesannya Terhadap Budaya Perkahwinan Masyarakat Bumiputera
Kadzandusun” (Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2001).
34
Jamal Abdul Nassir Shaari, Muhammad Khalique & Fahdlina Aleefah, “Halal Restaurant: What Makes Muslim in Kuching
Confident?,” Journal of Economic Development, Management, IT, Finance and Marketing 6, no. 1 (2014), 25-26.
8
yang beragama Islam. Sehubungan itu, fenomena biasa apabila umat Islam mengunjungi premis-

premis makanan kepunyaan orang bukan Islam.

Kajian Berkaitan Pengetahuan Agama Dan Pemilihan Makanan Halal

Bagi umat Islam, pemilihan makanan halal sudah pasti berkaitan dengan soal keagamaan.

Pengaruh agama atau keimanan sewajibnya menjadi pendorong pemilihan makanan halal.

Seseorang yang kuat pegangan agamanya akan melihat dunia dari kaca mata agama dan

menterjemahkanya dalam kehidupan seharian. Soal selidik yang dilakukan oleh Suraya Jamil et

al. tentang logo halal dan kesannya terhadap pemilihan premis makanan dalam kalangan

masyarakat di sekitar Kuching, Sarawak membuktikan kesedaran yang wujud dalam kalangan

responden adalah hasil daripada dorongan agama.35 Dapatan yang sama juga diperolehi oleh

Arshia Mukhtar dan Muhammad Mohsin Butt terhadap pengguna di Pakistan. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa pengguna muslim sangat mengambil berat dan bersikap positif terhadap

pemilihan produk halal.36 Menurut Byron R. Johnson et al., pegangan agama yang baik terpancar

pada sikap pelakunya. Ini bermakna, pegangan agama yang kuat akan memandu tuannya

berdasarkan ajaran agama dalam apa jua tindakan termasuklah soal pemilihan makanan halal.37

Dalam memupuk nilai-nilai keagamaan, Nor Aini dan Mohd Ali menegaskan bahawa

pendidikan memainkan peranan utama dalam mempengaruhi gaya kepenggunaan individu.38

Pendedahan tentang persoalan hukum halal dan haram ini seharusnya dimulakan dari peringkat

sekolah lagi. Di sekolah, mata pelajaran Pendidikan Islam adalah mata pelajaran yang paling

tepat untuk menyalurkan ilmu agama kepada para pelajar termasuklah soal halal dan haram

dalam pemilihan makanan. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Islam adalah untuk membentuk

35
Suraya Jamil, Nurul Khairiah Khalid, Khafizatun Nisa’ Jaapar & Nadiyah Hashim, “Kajian Rintis Ke Atas Logo Halal dan
Kesannya Terhadap Aspek Pemilihan Premis Makanan dalam Kalangan Masyarakat di Sekitar Kuching, Sarawak”
(Prosiding, Konferensi Antarabangsa Islam Borneo IV, Hotel Riverside Majestic, Kuching, Sarawak, 18-19 September
2013).
36
Arshia Mukhtar dan Muhammad Mohsin Butt, “Intention to Choose Halal Products: The Role of Religiosity,” Journal of
Islamic Marketing vol. 3, iss. 2 (2012), 116.
37
Byron R. Johnson, Sung Joon Jang, David B. Larson & Spencer De Li, “Does Adolescent Religious Commitment Matter? A
Reexamination of The Effects of Religiosity on Delinquency,” Journal of Research in Crime and Delinquency vol. 38, no. 1
(2011), 22-43.
38
Nor Aini Idris & Mohd Ali Mohd Noor, “Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal-Haram Produk
Melalui Pembentukan Indeks”.
9
para pelajar yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia

berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan

menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara.39 Sebaliknya, kurang pengetahuan tentang

Islam menyebabkan kurangnya penghayatan Islam yang sebenar.40

Sebagai usaha memperkasakan Pendidikan Islam, terdapat banyak kajian telah dibuat.

Kebanyakan kajian ini tertumpu kepada keberkesanan Pendidikan Islam dengan mengukur tahap

pengetahuan dan penghayatan para pelajar. Menurut Ab. Halim, Adnan, Kamisah, Khadijah,

Shahrin Awaludin dan Zamri, tahap pengetahuan dan penghayatan Pendidikan Islam pelajar-

pelajar sekolah menengah di Malaysia berada pada tahap baik.41 Dapatan juga menunjukkan

terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan agama dan tahap penghayatan

akhlak pelajar. Namun kajian ini tertumpu kepada pelajar-pelajar di semenanjung Malaysia

sahaja. Dapatan yang sama juga diperolehi oleh Sarimah, Mohd Kashfi, Ab. Halim dan

Kamarulzaman yang melakukan kajian terhadap penghayatan akhlak Islam dalam kalangan

pelajar Islam sekolah menengah di Selangor. Kajian ini juga mendapati tahap penghayatan

pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki.42

Dari aspek disiplin pula, Mohd. Rosdi Mahamud dalam tesis kedoktorannya menyatakan

kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Perlis bukanlah disebabkan

kelemahan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam semata-mata.43 Malah Pendidikan Islam

sebenarnya memberi kesan positif terhadap mental, rohani dan emosi pelajar. Kemerosotan

disiplin pelajar sebaliknya berkaitan dengan pengaruh luar, kegagalan institusi kekeluargaan,

pihak pentadbir sekolah dan pihak berkuasa. Kajian di Kuala Terengganu oleh Rohaya dan

39
Kementerian Pelajaran Malaysia, Buku Sukatan Pelajaran KBSM Pendidikan Islam (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2002), 11.
40
Siti Suriyani Sulaiman, “Islam di Keningau”.
41
Ab. Halim Tamuri et al., “Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri
Pelajar”.
42
Sarimah Mokhtar, Mohd Kashfi Mohd Jailani, Ab. Halim Tamuri dan Kamarulzaman Abdul Ghani, “Kajian Persepsi
Pengahayatan Akhlak Islam dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Selangor,” GJAT vol. 1, iss. 1 (2011), 77.
43
Mohd Rosdi Mahamud, “Mata Pelajaran Pendidikan Islam dan Kesannya Terhadap Peningkatan Disiplin Pelajar: Kajian di
Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Perlis” (Tesis Doktor Falsafah: Universiti Sains Malaysia, 2009).
10
Ruhani juga mendapati peranan ibu bapa dan ahli keluarga amat penting dalam membentuk

pelajar yang tidak melanggar peraturan sekolah.44

Begitu juga dengan kajian Razmi @ Hilmi Bin Mohamed dalam kalangan pelajar sekolah

menengah di Daerah Keningau. Kajian ini menfokuskan terhadap hubungan di antara

pengamalan solat fardu dengan perilaku delinkuen dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Sebanyak 205 set soal selidik akan diedarkan dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah

Keningau, Sabah. Mereka terdiri dari 100 pelajar lelaki dan 105 pelajar perempuan. Hasil kajian

mendapati, terdapat hubungan yang signifikan antara pengamalan solat fardu dan perilaku

delinkuen dalam kalangan pelajar. Semakin tinggi pengamalan solat, semakin rendah kadar

perilaku delinkuen, begitu juga sebaliknya.45

Namun apabila ditinjau perkaitan antara Pendidikan Islam dengan gelagat pemilihan

makanan halal atau kepenggunaan, kajian masih belum meluas. Antara kajian yang menyentuh

secara langsung isu ini ialah kajian oleh Mohd Sabri. Hasil analisis beliau terhadap sukatan mata

pelajaran Pendidikan Islam bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 5 mendapati tiada tajuk khusus

tentang penggunaan barangan halal dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Isu halal hanya

disentuh secara tidak langsung dalam bidang pembelajaran tilawah dan hadis tingkatan 1 dan

tingkatan 4 sahaja.46 Walaupun kajian ini hanya memfokuskan sukatan mata pelajaran

Pendidikan Islam semata-mata, namun kajian ini boleh dianggap sebagai perintis kepada

perkaitan antara Pendidikan Islam dan kepenggunaan.

Berdasarkan kajian-kajian lepas tentang pemilihan makanan halal, dapatlah disimpulkan

bahawa budaya setempat dan pengetahuan agama mempunyai hubungan signifikan terhadap

pemilihan makanan halal. Sejauh penelitian pengkaji, para pengkaji sebelum ini tidak menyentuh

secara langsung perkaitan faktor budaya setempat dan pengetahuan agama terhadap pemilihan

44
Rohaya Hashim dan Ruhani Mat Min, “Pelajar Melanggar Disiplin Sekolah: Kaitan Interaksi Keluarga Terhadap Konsep
Kendiri,”Jurnal Kemanusiaan Bil. 8 (2011), 27.
45
Razmi @ Hilmi Bin Mohamed, “Hubungan Antara Pengamalan Solat Fardhu Dengan Perilaku Delinkuen Pelajar: Kajian Di
Sekolah Menengah Daerah Keningau, Sabah”, (Disertasi Sarjana, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, 2015).
46
Mohd Sabri Abdul Ghafar, “Pendidikan Kepenggunaan Barangan Halal dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah:
Suatu Analisis dan Cadangan Penambahbaikan”.
11
makanan halal. Sehubungan itu kajian ini dilakukan untuk mengisi kelompongan yang ada dan

meneroka secara lebih mendalam tentang permasalahan ini. Pemilihan Keningau sebagai lokasi

kajian amat bersesuaian dengan kepelbagaian kaum dan agama masyarakatnya.

4. Tujuan/Objektif Kajian

Secara amnya objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor dominan antara budaya

setempat dan pengetahuan agama terhadap pemilihan makanan halal dalam kalangan pelajar.

Selain itu, objektif lain adalah:

i) Menjelaskan konsep pemilihan makanan halal.

ii) Mengenal pasti pengaruh budaya setempat dan pengetahuan agama terhadap

pemilihan makanan halal dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian di Daerah

Keningau, Sabah.

iii) Menganalisis hubungan antara budaya setempat dan pengetahuan agama terhadap

pemilihan makanan halal dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian di Daerah

Keningau, Sabah.

5. Metodologi Kajian

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kajian tinjauan soal selidik untuk menjawab persoalan

kajian utama. Seramai 350 orang responden terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelajar

tingkatan 4 yang mengambil subjek Pendidikan Islam di Daerah Keningau, Sabah. Instrumen

soal selidik dibina dan disahkan oleh dua orang panel pakar dalam bidang Pendidikan Islam dan

makanan halal.

12
Metode Pengumpulan Data

Proses pengumpulan data melibatkan pengumpulan maklumat, data, kes dan juga fakta-fakta

penting bagi tujuan kajian sebelum proses seterusnya dilaksanakan iaitu metode analisis data.

Segala maklumat dan data yang diperolehi menggunakan metode sebagaimana berikut:

i. Kajian kepustakaan

Dalam kajian kepustakaan, pengkaji akan menggunakan metode dokumentasi berasaskan sumber

dokumen atau catatan bertulis yang dapat memberikan pelbagai bentuk keterangan dan

maklumat daripada sumber sekunder.47 Bagi menepati metode ini, data-data dikumpulkan

berasaskan maklumat yang diperolehi daripada dokumen-dokumen bertulis. Ianya sebagai data

sokongan atau tambahan yang membolehkan pengkaji menyokong dan menambahkan bukti serta

mengesahkan maklumat yang diperolehi daripada soal selidik.48 Dokumen sebagai data sekunder

boleh dalam bentuk sumber primer ataupun sekunder. Sumber primer ini berasaskan dokumen

yang asal sama ada kitab-kitab fiqh yang muktabar, kes perundangan dan akta-akta yang

berkaitan. Sumber sekunder pula terdiri daripada dokumen-dokumen bertulis lain yang didapati

semasa kajian lapangan, nota-nota lapangan, artikel jurnal, keratan akhbar, buku akademik, tesis

ilmiah, kertas persidangan dan laporan kes yang berkait dengan kajian.

ii. Kajian lapangan

Bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam kajian ini, penyelidik menggunakan set soal

selidik. Soal selidik adalah antara instrumen yang selalu digunakan untuk penyelidikan

korelasi.49 Soal selidik lebih praktikal dan berkesan untuk digunakan kerana penggunaannya

dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh sampel. Selain itu,

47
Ahmad Mahdzan Ayob, Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi (edisi ke 3), (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005),
62-63.
48
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin, Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, 2016), 460.
49
Noraini Idris, Penyelidikan dalam Pendidikan (edisi kedua), (Shah Alam, Selangor: McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn.
Bhd., 2013), 231.
13
gerak balas yang diberikan oleh sampel tidak dipengaruhi oleh pengkaji dan sampel bebas

menyatakan pendapat sendiri dan menjawab setiap item yang dikemukakan.

Prosedur tinjauan soal selidikmelibatkan beberapa peringkat. Peringkat pertama,

instrumen soal selidik dibina berdasarkan tinjauan literatur yang dibuat. Selepas itu, pada

peringkat kedua, pengesahan instrumen soal selidik dilakukan berdasarkan pandangan oleh panel

pakar. Sekiranya tidak diterima oleh pakar, proses pemurnian soal selidik kembali kepada

peringkat pertama semula. Pada peringkat ketiga, kajian rintis dijalankan ke atas 40 orang

responden untuk mendapatkan nilai ketekalan dalaman Alpha Cronbach’s. Setelah nilai pekali

ketekalan dalam diterima, kajian sebenar dijalankan. Sekiranya tidak diterima, pemurnian

instrumen soal selidik dijalankan seperti di peringkat pertama. Seterusnya instrumen soal selidik

ditadbir kepada 350 orang responden untuk menjawab soal selidik yang akan dibina. Pada

peringkat kelima, dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the

Social Sciences (SPSS) for Windows version 22.0 dan data dianalisis untuk menjawab persoalan

kajian. Terakhir, dapatan kajian dilaporkan untuk menjelaskan hasil analisis berdasarkan

persoalan dan objektif kajian yang dibuat.

Instrumen soal selidik yang dibina ini terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu

Bahagian A: Demografi responden, Bahagian B: Budaya dan makanan halal, Bahagian C:

Pengetahuan tentang konsep makanan halal dan Bahagian D: Pemilihan makanan halal.

Justifikasi konstruk instrumen soal selidik dan sumber adalah seperti jadual 1 di bawah:

Jadual 1: Justifikasi sumber konstruk instrumen soal selidik

Konstruk Bil. Item Sumber


Bahagian B 14 Jamal Abdul Nassir Shaari, Muhammad
Khalique & Fahdlina Aleefah
Budaya dan makanan halal
Bahagian C 17 Aiedah Abdul Khalek & Sharifah Hayaati
Syed Ismail
Pengetahuan tentang konsep
makanan halal

14
Bahagian D 14 Aiedah Abdul Khalek & Sharifah Hayaati
Syed Ismail
Pemilihan makanan halal
Data diambil untuk mengetahui tahap persetujuan responden yang terlibat dengan
menggunakan nilai 5 tahap skala likert. Tahap persetujuan yang diambil adalah seperti jadual 2
berikut:
Jadual 2: Skala tahap persetujuan responden

Skala Respons Tahap persetujuan

1 Sangat tidak bersetuju 1 – 20 %

2 Tidak bersetuju 21 – 40 %

3 Tidak pasti 41 – 60 %

4 Setuju 61 – 80 %

5 Sangat setuju 81 – 100 %

Pengkaji akan menjalankan kajian di 8 buah sekolah menengah harian yang terdapat di

Keningau, Sabah. Populasi kajian ini ialah para pelajar tingkatan empat di Keningau. Asas

pemilihan pelajar tingkatan 4 adalah kerana pelajar pada usia ini sudah mampu berfikir dengan

baik dan tahu membezakan antara yang baik dan buruk. Pada usia ini juga, pelajar telah

memasuki fasa baligh dan menjadi seorang muslim yang mukallaf. Tambahan pula pelajaran

Hadis tingkatan 4 adalah berkaitan dengan makanan halal dan haram.

Bagi pemilihan sampel, berdasarkan jadual Krejcie & Morgan, jika populasinya 1700,

maka bilangan sampel adalah 313 bersamaan dengan 18.41%.50 Sehubungan itu pengkaji

menetapkan 20% pelajar dari setiap sekolah dipilih sebagai sampel. Dalam pemilihan sampel,

pengkaji menggunakan teknik persampelan rawak mudah bagi membolehkan semua pelajar

mempunyai peluang yang sama untuk terpilih sebagai sampel kajian.

Jadual 3: Populasi dan sampel kajian


Pel. Islam Pel. Islam Bil. Bil.
Populasi Sampel
Bil. Nama Sekolah Lelaki Perempuan

1 SMK A 58 74 132 27

50
Robert V. Krejcie & Daryle W. Morgan, “Determining Sample Size For Research Activities,” Educational and
Psychological Measurement vol. 30, iss. 3 (1970), 607-610.
15
2 SMK B 139 178 317 64

3 SM C 47 83 130 26

4 SMK D 39 51 90 18

5 SMK E 41 96 137 27

6 SMK F 103 100 203 41

7 SMK G 170 175 345 69

8 SMK H 164 224 388 78

Jumlah 1742 350

iii. Kajian rintis

Sebelum menjalankan kajian sebenar, pengkaji akan menjalankan kajian rintis terlebih dahulu

bagi mengesan dan mengenal pasti kelemahan yang terdapat dalam instrumen kajian. Tujuan

kajian rintis dijalankan adalah untuk melakukan proses penambahbaikan instrumen dan melihat

sejauhmana nilai kebolehpercayaan instrumen tersebut. Ia juga untuk memastikan bahawa

soalan-soalan yang dikemukakan memenuhi objektif kajian, memastikan soalan mudah difahami

dan mengenalpasti soalan yang mengelirukan.

Pengkaji akan menjalankan kajian rintis kepada 40 orang pelajar di sebuah sekolah

berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Keningau, Sabah. Responden yang dipilih dalam

kajian rintis ini mempunyai latar belakang yang hampir sama dengan sampel kajian. Data yang

diperolehi daripada kajian rintis ini dapat menentukan kebolehpercayaan instrumen melalui

perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) for Windows version 22.0 untuk

mengukur nilai alpha cronbach. Nilai Alpha Cronbach’s yang diterima adalah bernilai 0.6 ke

atas.51

51
Fauzi Hussin, Jamal Ali & Mohd Saifoul Zamzuri Noor, Kaedah Penyelidikan & Analisis Data SPSS (Sintok, Kedah:
Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2014), 80.
16
Metode Analisis Data

Setelah selesai melaksanakan pengumpulan data dan fakta melalui metode di atas, data-data dan

maklumat yang diperolehi dianalisis melalui metode-metode di bawah bagi menghasilkan tujuan

penyelidikan.

i. Analisis kandungan

Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam bagi tingkatan 1 hingga 5 dianalisis untuk melihat

perkaitannya dengan penerapan elemen-elemen pemilihan makanan halal kepada para pelajar.

Analisis dilakukan terhadap isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam, peruntukan waktu

pembelajaran bagi setiap bidang dan peratusan tajuk pembelajaran yang berkaitan dengan

pemilihan makanan halal.

ii. Analisis deskriptif

Analisis dilakukan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) for

Windows version 22.0. Pengkaji menggunakan kaedah korelasi Pearson sebagai analisis inferensi

untuk melihat hubungan di antara budaya setempat dan pengetahuan agama dengan pemilihan

makanan halal. Ujian korelasi Pearson digunakan kerana data yang diperolehi adalah dalam

bentuk skala ordinal. Dengan itu, nilai r merupakan penanda aras kepada kekuatan hubungan

yang ditunjukkan berdasarkan analisis korelasi Pearson yang dijalankan.

Kaedah korelasi (r) merupakan pengukuran darjah linear antara dua pembolehubah. Nilai

r yang positif bermaksud hubungan satu pembolehubah adalah berkadar terus dengan satu

pemboleh ubah lain. Apabila nilai r adalah negatif, ini bermaksud hubungan kedua-dua

pembolehubah adalah berkadar songsang, iaitu nilai satu pembolehubah meningkat dan nilai satu

pembolehubah yang lain menurun.

Jadual 4: Analisis data

Hipotesis Kajian Kaedah analisis data

i) Terdapat hubungan yang signifikan antara budaya Ujian Korelasi Pearson


setempat dengan pemilihan makanan halal

17
ii) Terdapat hubungan yang signifikan antara Ujian Korelasi Pearson
pengetahuan agama dengan pemilihan makanan halal

v. Analisis statistik inferensi


Statistik inferensi ialah hasil daripada ujian statistik yang dapat digunakan untuk membuat

inferens tentang data penyelidikan dan mengaitkan dapatan kepada sampel atau populasi.

Carta Alir Penyelidikan

MULA
Mengkonsepsikan kajian
Kajian
Perpustakaan
Membangunkan kerangka
kajian

Mereka bentuk kajian

Kajian Lapangan
(soal selidik)

Memasukkan data

SPSS Analisis Data

Merumuskan dapatan kajian


berdasarkan objektif yang ditetapkan

Menyiapkan laporan/disertasi TAMAT

18
6. Hipotesis Kajian

H1: Terdapat hubungan yang signifikan antara budaya setempat dengan pemilihan
makanan halal.

H2: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan agama dengan pemilihan
makanan halal.

7. Peralatan yang digunakan

Tiada

19
8. Carta Gantt/ Milestone/ Perancangan Penyelidikan (Tempoh 1/2/18-31/1/20)

2018/2019/2020
BIL AKTIVITI PENYELIDIKAN 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24

1 Literature Review X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X
2 Membentang Proposal dan menyiapkan Bab 1 X X X
Bab 1 disiapkan. X
1 Menyiapkan Bab 2 X X
2 Membaiki bab 2 dan menyiapkan bab 3 X X
Bab 2 disiapkan. X
1 Menyiapkan bab 3, dan merancang kajian lapangan X X X
2 Membaiki bab 3 dan mula menjalankan kajian lapangan. X X X
Bab 3 disiapkan. X
1 Menganalisis data dan menyiapkan bab 4. X X X
Bab 4 disiapkan. X
1 Candidature Defense X
2 Menyiapkan bab 5 X X
Draf pertama dihasilkan X
1 Pengesahan Tajuk X X
2 Soft Cover Submission X X
3 Pemeriksaan X
Keputusan diperolehi X

20
9. Jangkaan Hasil Kajian

Jangkaan dapatan kajian dijangka menunjukkan hubungan antara pengetahuan agama dan

pemilihan makanan halal berada pada tahap sederhana walaupun tahap pengetahuan pelajar

tentang konsep makanan halal berada pada tahap tinggi. Keadaan ini berlaku kerana tahap

penghayatan dalam pemilihan makanan halal bukanlah bersandarkan pengetahuan agama

semata-mata. Tahap pengetahuan agama yang tinggi juga tidak menjamin penghayatan ajaran

Islam secara menyeluruh. Dapatan ini dapat membantu pihak kementerian menggubal silibus

pendidikan Islam dengan memasukkan pendidikan halal sebagai komponen utama agar budaya

kepenggunaan halal dapat disemai peringkat sekolah lagi.

10. Sumbangan Hasil Penyelidikan Kepada Negara


Pengajaran Pendidikan Islam yang berkesan dapat melahirkan para pelajar yang sensitif dengan

permasalahan hukum terutamanya persoalan makanan halal dan haram. Dengan itu, dapatan

yang diperolehi daripada kajian ini diharap dapat memberikan sumbangan khusus kepada negara:

i. Membantu Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkasakan mata pelajaran

Pendidikan Islam dengan penekanan pendidikan halal agar generasi muda sedar tentang

halal haram dalam kehidupan seharian. Dengan itu, mereka disosialisasikan dengan

pengharaman najis dadah, rasuah dan seumpamanya. Kesannya, modal insan yang

dilahirkan akan seimbang jasmani dan ruhani.

11. Petutup/ Kesimpulan


Jatidiri dan sifat keislaman menjadi asas pemilihan makanan halal dalam kalangan individu

muslim. Pembinaan jatidiri ini dapat dibentuk melalui pendidikan secara formal di sekolah.

Usaha ini lebih utuh jika pendidikan dapat dipadukan dengan budaya tempatan. Pengamalan

budaya tempatan yang selari dengan kehendak Islam terhadap pemilihan makanan halal akan

menggalakkan lagi perkembangan syiar Islam dalam kalangan masyarakat. Justeru kajian ini

mempunyai signifikan sebagai asas kepada pengenalan pendidikan halal di peringkat menengah.
21
12. Senarai Rujukan

Afzaal Ali, Guo Xiaoling, Mehkar Sherwani & Adnan Ali. “Factors Affecting Halal Meat
Purchase Intention: Evidence from International Muslim Students in China.” British
Food Journal vol. 119, no. 3 (2017), 527-541.
Aiedah Abdul Khalek & Sharifah Hayaati Syed Ismail. “Why Are We Eating Halal - Using The
Theory of Planned Behavior in Predicting Halal Food Consumption Among Generation
Y in Malaysia.” International Journal of Science and Humanity vol. 5, no. 7 (2015), 608-
612.
Ajzen, I. “Theory of Planned Behavior.” Organization Behavior and Human Decision Process
vol. 50 (1991), 179-211.
Anas Mohd Yunus, Wan Mohd Yusof Wan Chik & Mahani Mohamad. “The Concept of Halalan
Tayyiba and Its Application in Products Marketing: A Case Study at Sabasun
HyperRuncit Kuala Terengganu, Malaysia.” International Journal of Business and Social
Sciences vol. 1, no. 3 (2010), 239-248.
Ardiah Jamali, Zaidah Mustapha & Rokiah Ismail. “Pola dan Faktor yang Mempengaruhi
Peminuman Minuman Keras Remaja Dusun Malaysia.” Malaysian Journal of Society
and Space 5, iss. 2 (2009), 88-101.
Arshia Mukhtar dan Muhammad Mohsin Butt. “Intention to Choose Halal Products: The Role of
Religiosity.” Journal of Islamic Marketing vol. 3, iss. 2 (2012), 108-120.
Asmak Ab Rahman. “Sekuriti Makanan Dari Perspektif Syariah.” Jurnal Syariah jil. 17, bil. 2
(2009), 299-326.
Bonne, K., Vermeir, I, Bergeaud-Blackler, F. & Verbeke, W. “Determinants of Halal Meat
Consumption in France.” British Food Journal vol. 109, no. 5 (2007), 367-386.
Byron R. Johnson, Sung Joon Jang, David B. Larson & Spencer De Li. “Does Adolescent
Religious Commitment Matter? A Re-Examination of The Effects of Religiosity on
Delinquency.” Journal of Research in Crime and Delinquency vol. 38, no. 1 (2011), 22-
43.
Chua Bee Seok et al.,. “The Perception of Characteristics, Behaviors, Cultures and Traditions
Toward Own and Other Ethnic Groups.” International Journal of Asian History, Culture
and Tradition vol. 1, no. 1 (2013), 1-10.
Delener, N. “Religious Contrasts in Consumer Decision Behavior Patterns: Their Dimensions
and Marketing Implications.” European Journal of Marketing vol. 28, iss. 5 (1994), 36-
53.
Endang S Soesilawati. “Business Opportunities for Halal Products in The Global Market:
Muslim Consumer Behaviour and Halal Food Consumption.” Journal of Indonesian
Social Sciences and Humanities no. 3 (2010), 151-160.
Halina Sendera Mohd. Yakin & Saidatul Nornis Hj. Mahali. “Duang: The semiotic Interpretation
and Perception of the Bajau-Sama Community in Sabah.” Malaysian Journal of
Communication vol. 24 (2008), 63-71.
Hislop, N. & Shaw, K. “Food Safety Knowledge Retention Study.” Journal of Food Protection
vol. 72, no. 2 (2009), 431-435.
Jamal Abdul Nassir Shaari, Muhammad Khalique & Fahdlina Aleefah. “Halal Restaurant: What
Makes Muslim in Kuching Confident?.” Journal of Economic Development,
Management, IT, Finance and Marketing 6, no. 1 (2014), 23-34.
22
Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Wan Ariffin Wan Yon & Suraya Sintang. “Toleransi dan
Pluralisme Menurut Pengalaman Masyarakat Bidayuh.” Jurnal Usuluddin bil. 40 (2014),
99-111.
Kuznesof, S., Tregear, A. & Moxey, A. “Regional Foods: A Consumer Perspective.” British
Food Journal vol. 99, iss. 6 (1997), 199-206.
Marry Tracy Pawan, Juliana Langgat & Kamarul Mizal Marzuki. “Study on Generation Y
Dining Out Behavior in Sabah.” International Journal of Business and Social Science
vol. 5, no. 11 (2014), 92-101.
Mohd Hafiz Zulfakar, Marhani Mohamed Anuar & Mohamed Syazwan Ab Talib. “Conceptual
Framework on Halal Food Supply Chain Integrity Enhancement.” Procedia-Social and
Behavioral Sciences 121 (2014), 58-67.
Mohammad Aizat Jamaludin & Mohd Anuar Ramli. “Pengambilkiraan al-‘Urf dalam Penetapan
Hukum Islam Terhadap Makanan Halal.” International Journal of Social Policy and
Society vol. 10, iss. 1 (2014), 73-88.
Mohd Zaid Mustafar & Joni Tamkin Borhan. “Muslim Consumer Behavior: Emphasis on Ethics
from Islamic Perspective.” Middle-East Journal of Scientific Research 18 no. 9 (2013),
1301-1307.
Mumtazah Othman, Syuhaily Osman & Farhan Mat Arisah. “Pengetahuan Tentang Makanan
Halal dan Haram dalam Kalangan Kanak-kanak Sekolah Rendah.” Jurnal Pengguna
Malaysia Jilid 16, (2011), 15-36.
Rana Muhammad Ayyub. “An Empirical Investigation of Ethnic Food Consumption.” British
Food Journal vol. 117, iss. 4 (2015), 1239-1255.
Rohaya Hashim dan Ruhani Mat Min. “Pelajar Melanggar Disiplin Sekolah: Kaitan Interaksi
Keluarga Terhadap Konsep Kendiri.”Jurnal Kemanusiaan Bil. 8 (2011), 14-30.
Sarimah Mokhtar, Mohd Kashfi Mohd Jailani, Ab. Halim Tamuri dan Kamarulzaman Abdul
Ghani. “Kajian Persepsi Penghayatan Akhlak Islam dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah di Selangor.” GJAT vol. 1, iss. 1 (2011), 71-77.
Sazelin Arif & Safiah Sidek. “Application of Halalan Tayyiban in The Standard Reference for
Determining Malaysian Halal Food.” Asian Social Science vol. 11, no. 17 (2015), 116-
129.
Story, M., Neumark-Sztainer, D. & French, S. “Individual and Environmental Influences on
Adolescent Eating Behaviors.” PIPPAH Supplement vol. 102, no. 3 (2002), 40-51.
Suddin Ladda, Geoffrey Harvey Tanakinjal & Hanudin Amin. “Predicting Intention to Choose
Halal Products Using Theory of Reasoned Action.” International Journal of Islamic and
Middle Eastern Finance and Management vol. 2, iss. 1 (2009), 66-76.
Syed Shah Alam & Nazura Mohamed Sayuti. “Applying the Theory of Planned Behavior (TPB)
in Halal Food Purchasing.” International Journal of Commerce and Management vol. 21,
iss. 1 (2011), 8-20.
Vijaylaxmi Iyengar, Megha Joswhi & Ashurosh Vyas. “Impact of Culture on Consumer
Behavior: An Empirical Analysis.” International Journal of Retailing & Rural Business
Perspectives vol. 2, no. 2 (2013), 342-345.
Wright, L. T., Nancarrow, C. & Kwok, P. M. H. “Food Taste Preferences and Cultural
Influences on Consumption.” British Food Journal vol. 103, iss. 5 (2001), 348-357.

23

You might also like