Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Kedudukan wanita dalam perpatih

Adat Perpatih tak zalim terhadap


lelaki
WARTAWAN SINAR HARIAN
25 OKTOBER 2017

Sebuah portal menyatakan ‘elak kahwin dengan perempuan Negeri


Sembilan, kalau cerai tinggal sehelai sepinggang.

A-A+ (Ubah saiz teks)

KUALA PILAH - “Dalam Adat Perpatih, anak perempuan pewaris pesoko manakala
anak lelaki waris berpesaka iaitu menyandang pusaka adat. Tiada istilah, lelaki
berkahwin dengan perempuan Negeri Sembilan tinggal sehelai sepinggang,” kata
Pakar Rujuk Adat Negeri Sembilan, Datuk Khalid Bonget, 77.

Dikatakan oleh segelintir masyarakat, tanah pusaka adat hanya jatuh ke tangan
wanita, namun tidak bertindak zalim terhadap lelaki apabila hasilnya dimanfaatkan
bersama.

Menurut Khalid, pewarisan tanah pusaka adat mengikut suku nan 12 secara turun-
temurun, sejak dahulu, kini, esok, akan datang dan sampai bila-bila.

“Tanah pusaka adat pembahagian hartanya ialah mengikut Adat Perpatih, bukan
mengikut faraid dan perlu ada sepakatan kekeluargaan dalam mengurus tadbir tanah
tersebut.

“Pembahagian tanah pusaka serta rumah pusaka adat adalah sama rata. Jika keluarga
itu memiliki empat anak perempuan dan ada empat hektar tanah, setiap seorang
mendapat sehektar tanah. Dan bukan hanya diberikan kepada anak perempuan sulung
ataupun si bongsu semata.

“Sementara lelaki mengusahakan tanah itu sebagai penyandang pusaka adat,”


katanya.

Tambahnya, dek kerana tanah pusaka adat tidak mengikut pembahagian faraid, bagi
ahli keluarga tidak memiliki anak perempuan boleh mengambil anak angkat dari luar
saudaranya.

“Proses ini dipanggil berkodin. Jika tiada waris di mana ahli keluarga itu tidak
memiliki anak perempuan, mereka boleh laksanakan upacara anak angkat berkodin.
“Hendak ambil anak bangsa lain pun boleh. Ia tidak menjadi masalah asalkan dapat
persetujuan semua, tetapi hanya boleh menerima 1/3 bahagian daripada harta ibu yang
mengambilnya dan selebihnya diberikan kepada waris.

“Berlainan pula jika ahli keluarga itu mengambil anak dari suku lain bermaksud anak
tarik. Anak itu boleh menerima harta pusaka si ibu yang mengambilnya,” katanya.

Adat Perpatih[sunting | sunting sumber]


Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang. Beliau juga
merupakan pengasas bagi adat perpatih yang sangat dikenali umum. Seperti yang di
ketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita berbanding kaum lelaki.
Pada asalnya, adat ini adalah adat yang terbaik yang didapati di Negeri Melayu dari
sistem masyarakat Minangkabau kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan
wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan
membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu di Malaysia pada
umumnya, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih,
wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa
darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka
iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita
tidak terabai sekiranya diceraikan oleh suaminya. Namun demikian harta sepencarian
adalah milik bersama lelaki dan wanita dan dibahagi mengikut hukum Islam. Hasil positif
daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh
dijual malah di dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara
kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang.
Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu
keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Usaha mengekalkan budaya pelbagai kaum


Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyatnya yang
berbilang kaum. Kaum-kaum utama yang terdapat di negara ini ialah Melayu,
Cina dan India disamping kaum –kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak
seperti kaum Dusun, Murut, Bajau, Kadazan, Iban, Dayak dan sebagainya.
Setiap kaum yang terdapat di Malaysia ini mempunyai budaya masing-masing
yang telah diamalkan sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Budaya yang
diamalkan dan diwarisi sama ada dari aspek kesenian, bahasa, adat
resam,muzik, agama, kepercayaan mahupun undang-undang mempunyai
keunikannya yang tersendiri bagi setiap kaum. Oleh yang demikian, usaha-usaha
perlu dilakukan oleh semua pihak agar tradisi kebudayaan dalam semua kaum
tidak lenyap dari kehidupan masyarakat sekarang ekoran daripada arus
pemodenan yang semakin berleluasa.
Terdapat pelbagai cara atau usaha yang boleh dilakukan oleh semua pihak untuk
terus mengekalkan sesuatu budaya yang diamalkan antaranya ialah dari pihak
diri seseorang itu sendiri. Seseorang individu itu meminkan peranan yang amat
penting dalam mengekalkan sesuatu kebudayaaan kerana tanpa tindakan
daripada individu, pelbagai usaha yang dijalankan tidak akan berhasil.
Seseorang individu dalam setiap kaum itu haruslah mempunyai keinginan yang
tinggi untuk meneruskan budaya yang terdapat dalam bangsa mereka itu sendiri
supaya kebudayaan itu dapat terus dikekalkan, sebagai contohnya anak-anak
muda dalam kaum Melayu seharusnya membuka mata mereka untuk belajar
tentang tarian Melayu seperti Tarian Zapin, Tarian Ulik Mayang, Tarian Joget,
Dikir Barat, dan sebaginya. Selain
dari segi kesenian, adat resam juga tidak dilupakan kerana dalam masyarakat
Melayu terdapat adat sebelum perkahwinan yang masih diamalkan seperti adat
merisik, meminang dan barkahwin. Walau bagaimanpun, terdapat sesetangah
masyarakat melayu yang telah mengabaikannya ekoran arus pemodenan. Oleh
itu, setiap individu haruslah memainkan peranan untuk terus mengekalkan setiap
budaya dalam kaum mereka.
Selain dari diri individu itu sendiri, pihak sekolah juga memainkan peranan yang
penting untuk meneruskan aktiviti kebudayaan dalam semua kaum di Malaysia.
Pihak sekolah boleh mewujudkan persatuan atau kelab yang berkaitan dengan
kebudayaan yang terdapat dalam sesuatu kaum. Sekolah memainkan peranan
yang agak penting kerana menjadi rumah kedua kepada golongan kanak-kanak
dan remaja selepas rumah mereka dan banyak masa yang akan dihabiskan oleh
golongan ini di sekolah. Oleh itu, dengan adanya persatuan atau kelab yang
berkaitan dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian bagi setiap bangsa, pasti
akan dapat menggalakkan pelajar terutamanya sewaktu mereka masih muda ini
untuk terus melibatkan diri dan mewarisi sesuatu aktiviti kebudayaan. Pihak
sekolah bolehlah mewujudkan kelab seperti Kelab Tarian Melayu, Tarian Cina,
Tarian India, Kelab Mencanting Batik dan sebagainya. Kesemuanya haruslah
mengenai budaya setiap kaum di malaysia. Disamping itu, keadaan ini juga
dapat menggalakkan pelajar untuk mempelajari budaya kaum-kaum yang
berlainan dan kaum sendiri. Oleh itu, pihak sekolah haruslah memainkan
peranan yang sewajarnya supaya dapat menanam sikap cintakan budaya
Malaysia dalam diri para pelajar sejak mereka masih muda lagi.

Pelbagai usaha juga boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengekalkan
tradisi kaum-kaum di Malaysia. Kerajaan khususnya Kementerian Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bertanggungjawab untuk mengadakan
aktiviti kebudayaan rakyat Malaysia sekurang-kurangnya sekali dalam setahun
untuk memdedahkan kepada rakyat tentang keunikan budaya yang terdapat di
Malaysia. Pesta Kebudayaan dan Kesenian boleh diadakan di peringkat negeri,
negara mahupun antarabangsa untuk menunjukkan pelbagai aktiviti kebudayaan
yang terdapat di Malaysia yang meliputi tarian, muzik, makanan, pakaian dan
sebaginya. Selain itu, kerajaan juga boleh mengadakan rumah terbuka secara
besar-basaran bagi setiap parayaan yang di sambut di Malaysia seperti
Perayaan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali,
Hari Gawai, dan sebagainya. Aktiviti seperti ini akan dapat mengeratkan rakyat
malaysia tanpa mengira kaum apabila semua kaum disatukan di bawah satu
bumbung. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan kerajaan amat penting dalam usaha
untuk mengekalkan budaya rakyat Malaysia dalam pelbagai aspek sama ada di
peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa.
Usaha lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan kempen-kempen
untuk menggalakkan masyarakat untuk terus memartabatkan budaya masing-
masing sama ada dalam negara mahupun sehingga ke luar negara. Kempen-
kempen yang diadakan oleh pihak swasta mahupun pihak kerajaan akan dapat
menyedarkan masyarakat betapa pentingnya usaha untuk mengekalkan budaya
yang masih diamalkan oleh setiap kaum di Malaysia. Kempen-kempen yang
akan dilakukan haruslah dibuat secara berterusan supaya tidak jadi seperti
hangat-hangat tahi ayam sahaja. Contoh kempen yang boleh dilakukan ialah
“Bersama Kita Mengekalkan
Budaya Kita” atau “Budaya Melambangkan Bangsa”. Selain itu, pihak-pihak
sasterawan juga boleh menyumbang tenaga dengan mengadakan majlis
pembacaan puisi-puisi yang berkaitan kebudayaan Melayu, Cina dan India
mahupun menulis puisi-puisi yang indah mengenai kepentingan dan keunikan
kebudayaan Malaysia. Semua pihak boleh mendapat kerjasama daripada media
cetak atau elektronik untuk menjayakan lagi kempen-kempen yang akan
dijalankan.
Kesimpulannya, budaya yang masih diamalkan oleh semua kaum yang terdapat
di Malaysia perlulah dihargai dan diwarisi kerana ia merupakan sebuah tradisi
yang unik yang tidak terdapat dalam kaum-kaum yang lain. Kesemua budaya
yang terdapat dalam masyarakat Malaysia sama ada dari segi kesenian, muzik,
adat resam, kepercayaan, bahasa dan sebagainya haruslah dikekalkan untuk
generasi yang akan datang supaya generasi baru juga turut mengetahui budaya
yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka. Oleh hal yang demikian,
peranan semua pihak amatlah diperlukan supaya segala usaha yang akan
dilakukan akan membuahkan hasil yang lumayan dan menguntungkan semua
pihak.

Posted by Khadijah Razaki at 9:17 AM 

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:
Post a Comment
Pidato : Kepentingan Budaya Atau
Adat Resam Kepada
October 19, 2016 – by admin0 

 Kepentingan budaya atau adat resam kepada masyarakat dan


negara kita.

Salah satu kelebihan negara kita ialah masyarakatnya yang berbilang


kaum. Kita mempunyai kaum Melayu, Cina, India, dan berdozen-dozen
kaum minoriti yang lain terutama di Sabah serta Sarawak. Situasi ini
menyebabkan negara kita mempunyai pelbagai adat atau budaya yang
menarik untuk diperhatikan. Malah, adat atau budaya yang unik ini
mempunyai banyak kepentingan jika dihargai dengan sewajarnya.

Sebenarnya, budaya yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya
inilah yang menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa budaya ini sesuatu
kaum itu akan kehilangan identitinya buat selama-lama. Budaya yang
diamalkan itu seperti memakai pakaian tradisional, makan menggunakan
tangan, pergi ke kubur ketika hari raya dan sebagainya turut
menimbulkan rasa bangga kepada pengamal budaya kaum itu. Individu
yang terbabit akan berasa mereka telah berjaya mengekalkan budaya
turun-temurun nenek moyang mereka selama ini.

Selain itu, tindakan individu tertentu menghargai budaya ini menjadi satu
cara yang paling mudah untuk mempamerkan rasa mengormati generasi
tua daripada generasi muda. Budaya memakai pakaian tradisional
menjadi satu kaedah yang mudah untuk diamalkan oleh remaja dalam
usaha mereka mengekalkan budaya tradisional ini. Remaja bukan sahaja
mamu membuktikan rasa hormat mereka tetapi turut menerima
penghargaan generasi tua lantaran sanggup mengekalkan budaya.

Salah satu kepentingan mengekalkan budaya ialah budaya mempunyai


nilai-nilai murni dan sikap menghormati. Kedua-dua sikap ini sudah
hampir terkikis daripada diri remaja negara ini. Remaja sudah mula
memanggil ibu bapa mereka dengan nada yang kasar, lari dari rumah,
dan suka memarahi orang tua. Jadi, pengekalan dan pengamalan budaya
ini sudah pasti akan menonjolkan rasa hormat dan sikap atau jati diri
remaja yang murni. Remaja akan menjadi individu yang terbilang. 
Malah, sikap menghargai budaya memastikan sesuatu budaya kaum itu
tidak akan luput ditelan zaman. Lihat sahaja budaya bekerjasama
menjalankan kenduri sudah mula hilang sedikit demi sedikit lantaran
masyarakat kita lebih suka menggunakan perkhidmatan katering. Atas
alasan mudah, kita sudah melupakan budaya bekerjasama ketika
mengadakan kenduri yang mempunyai banyak impak positif tetapi penat
itu. Usaha mengekalkan budaya kaum sudah pasti akan mengembalikan
nostalgia majlis kenduri yang dijalankan secara meriah.

Tambahan pula, pengamalan budaya ini memastikan peraturan dan


saling bergantung anggota masyarakat diamalkan. Untuk mencapai
perpaduan, semua kaum harus mengekalkan budayanya kerana melalui
budayalah kita bersatu. Sikap hormat antara satu sama lain menyebabkan
kita tidak akan cuba menyakiti kaum lain atas perkara-perkara yang
remeh. Sebaliknya, penghargaan terhadap budaya menguatkan semangat
perpaduan kita.

Kesimpulannya, budaya atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu


khazanah yang arus dipertahankan oleh rakyat negara ini. Usahlah kita
terlalu memandang ke arah kemodenan sehingga menganggap budaya
sendiri sudah lapuk atau tidak sesuai lagi. Kita harus melihat budaya
sebagai satu alat yang mampu membentuk kita ke arah kemodenan yang
lebih baik lagi iaitu kemodenan rohaniah dan kebendaan. Mungkin
selepas menguasai budaya barulah kita boleh menganggap diri kita sudah
mencapai kemodenan hidup.

Posted in: Contoh

ASAL USUL ADAT PERPATIH


Menurut sejarahnya, Adat Perpatih berasal dari Pagar Ruyung Minangkabau, Sumatera
Barat, Indonesia. Di namakan Adat Perpatih sempena nama orang yang menyusun dan
membuat peraturan adat tersebut. Adat Perpatih di bawa ke Negeri Sembilan oleh orang-
orang Minangkabau yang merantau ke Tanah Melayu.

Menurut ceritanya, beratus tahun dahulu di Negeri Padang Luas, Pagar Ruyung
Minangkabau ada dua orang adik beradik yang seibu tetapi berlainan bapa. Yang tua
bernama Temenggong atau Datok Temenggong dan adiknya bernama Perpatih atau Datok
Perpatih. Apabila keduanya sudah dewasa maka mereka pun merwarisi pemerintahan
negeri Padang Luas.

Walaupun mereka adik beradik tetapi berbeza pendapat terutama dalam cara pemerintahan.
Kerana perbezaan pendapat itu menyebabkan selalu terjadi perbalahan antara Datok
Temenggong dengan adiknya Datok Perpatih. Untuk mengelak terjadinya pergaduhan maka
negeri Padang Luas terpaksa di bahagi kepada dua pemerintahan. Datok Temengong
memerintah di bahagian pesisir pantai manakala Datok Perpatih berkuasa di bahagian
daratan. Dengan itu kawasan pemerintahan Datok Temenggong memakai adat yang
disusun oleh Datok Temenggong (Adat Temenggong) manakala kawasan Datok Perpatih
memakai adat yang di susun oleh Datok Perpatih ( Adat Perpatih.)

Antara Adat Temenggong dengan Adat Perpatih terdapat perbezaan terutama dalam soal
pembahagian harta pusaka. Bagi Adat Temenggong, lelaki lebih banyak mendapat bahagia
harta pusaka daripada perempuan manakala Adat Perpatih pula menyerahkan segala harta
pusaka kepada anak perempuan.

Pada suatu hari anjing Datok Perpatih telah menggigit kaki Datok Temenggong. Akibatnya
anjing itu telah dipukul oleh Datuk Temenggong sehingga mati. Ini menimbulkan
kemarahan Datok Perpatih. Dia segera berjumpa Datok Temenggong.

"Bukankah peraturan dalam adat temenggong mengatakan , siapa menggigit dia kena
gigit?" tanya Datok Perpatih kepada Datok Temenggong. Dia sebenarnya merujuk kepada
adat Temenggong yang mengatakan sesiapa yang menggigit mesti dibalas dengan gigit
juga.

"Memang benar!" jawab Datok Temenggong.

" Kenapa bila anjing menggigit kaki awak pukul sampai mati?. Sepatutnya bila anjing itu
menggigit kaki awak maka awak gigit pula kaki anjing itu," balas Datok Perpatih.

Mendengar kata-kata itu, Datok Temenggong merasa marah lalu berlakulah cabar mencabar
antara kedua-duanya. Untuk mengelakkan sengketa itu berpanjangan maka keduanya
bersetuju meninggalkan negeri Padang Luas untuk membuka negeri baru.

Maka Datok Perpatih dan Datok Temenggong pun menyediakan bahtera masing-masing
untuk belayar meninggalkan negeri Padang Luas. Konon ceritanya, bahtera Datok
Temenggong selamat dilancarkan ke laut dan terus belayar. Manakala bahtera Datok
Perpatih tidak mahu dilancarkan ke laut. Walupun rakyat jelata di suruh beramai-ramai
menolak bahtera itu namun tidak juga dapat bergerak.

Pada malamnya Datok Perpatih bermimpi bahtera yang bernama "Geliong Panjang " itu
tidak dapat dilancarkan kerana telah diduduki oleh "Jin Sakti Muno". Untuk
melancarkannya maka terpaksalah digalangkan di bawah bahtera itu seorang perempuan
yang mengandung sulung (bunting sulung).

Maka pada keesokan harinya Datuk Perpatih menyuruh orang-orangnya mencari


perempuan yang bunting sulung. Setelah puas mencari diserata negeri Padang Luas itu
maka akhirnya didapati hanya ada dua orang sahaja yang sedang bunting sulung iaitu anak
Datok Perpatih sendiri dan anak saudaranya yaang bernama Puteri Seri Banun. Adapun
Puteri Seri Banun seorang yang baik hati dan sanggup berkorban dengan menawarkan
dirinya menjadi penggalang kepada bahtera bapa saudaranya.

Mengikut cerita selanjutnya, Puteri Seri Banun yang sedang bunting sulung itu pun di
baringkan di bawah bahtera itu sebagai penggalangnya. Kemudian orang ramai menolak
bahtera itu ke air. Tetapi dengan takdir Tuhan, ketika bahtera itu ditolak oleh orang ramai
maka satu keajaipan berlaku dimana bahtera itu terangkat sendiri lalu masuk ke dalam laut.
Ada yang percaya Jin Sakti Muno yang mengangkat dan menolak bahtera itu ke laut kerana
syarat telah dipenuhi.. Dengan ini terselamatlah Puteri Seri Banun dari menjadi korban
bahtera tersebut. Dan sebaik sahaja bahtera itu berjaya dilancarkan maka Seri banun pun
melahirkan seorang anak lelaki lalu di beri nama Batin menggalang.

Setelah lama belayar akhirnya Datok Perpatih sampai ke Negeri Sembilan lalu mereka pun
mencari kawasan yang sesuai untuk membuka negeri. Setelah perkampungan baru berjaya
diwujudkan maka Datok Perpatih telah menyusun semula adat perpatih untuk disesuaikan
dengan keadaan setempat. Antara peraturan baru yang diguna pakai oleh Adat Perpatih
ialah segala harta pesaka hendaklah diserahkan kepada anak perempuan. Ini sebagai
mengenang jasa Seri Banun yang sanggup menjadi penggalang bahtera Datok Perpatih.
berkorban untuk bapa saudaranya Datok Perpatih.

Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku-suku atau keluarga.

Suku-suku tersebut seperti berikut:

Suku Biduanda (dondo)


Batu Hampar (Tompar)
Paya Kumbuh (Payo Kumboh)
Mungkal
Tiga Nenek
Seri Melenggang (Somolenggang)
Seri Lemak (Solomak)
Batu Belang
Tanah Datar
Anak Acheh
Anak Melaka
Tiga Batu

Ini dinyatakan dalam sebuah gurindam yang berbunyi:

) Adat Perpatih

Diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera. Adat
ini telah dibawa masuk ke Tanah Melayu dan disebarkan oleh orang-orang Minangkabau dan
berkembang di Negeri Sembilan serta Naning di Utara Melaka pada abad ke-17. Terdapat
perbezaan antara Adat Temenggung dengan Adat Perpatih.

Adat Perpatih bersifat matriarchal iaitu lebih mengutamakan kaum wanita kerana wanita dianggap
sebagai pengasas suku.

Harta pusaka turun-temurun ialah kepunyaan suku. Pewarisan harta pusaka diberatkan sebelah
ibu, anak perempuan menjadi asas wujudnya suku.

Sistem pemerintahan Adat Perpatih bercorak demikrasi dan permuafakatan. Ini bermakna kuasa
pemerintah tidak terletak di tangan seorang sahaja. Terdapat empat orang Undang memilih
seorang kerabat diraja untuk menjadi Yam Tuan Besar Negeri Sembilan. Di bawah Undang dan
Penghulu ialah Lembaga, di bawah Lembaga terdapat Buapak. Buapak menjadi ketua bagi Perut.

Hukuman Adat Perpatih bersifat pemulihan. Tidak bertujuan untuk menghukum pesalah,
sebaliknya bertujuan untuk mendidik dan membaiki keadaan. Ia lebih bersifat kemanusiaan dan
bertimbang rasa serta memberi peluang kepada pesalah insaf. Oleh itu, pesalah akan didenda
dengan membayar ganti rugi seperti si pembunuh mesti menanggung kehidupan keluarga si mati.

Perkahwinan sesama suku dilarang kerana ahli dalam sesuatu suku mempunyai hubungan yang
sangat erat dan dianggap bersaudara. Setelah berkahwin suami dikehendaki menetap bersama
keluarga perempuan.

1. PENGENALAN

Adat Perpatih adalah merupakan adat warisan dari turun-temurun yang telah diamalkan oleh warga asal
Negeri Sembilan. Pembahagian adat di Negeri Sembilan secara dasarnya bergantung kepada lokasi.
Daerah yang jauh dari laut seperti daerah Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Tampin, Rembau dan Seremban
adalah wilayah Adat Perpatih. Masyarakat Melayu yang tinggal di persisiran pantai seperti Port
Dickson adalah pengamal Adat Temenggung.. Adat Perpatih di Negeri Sembilan Malaysia mempunyai
beberapa persamaan dengan Adat Perpatih yang diamalkan oleh bangsa Minangkabau di daerah
Sumatera Barat Indonesia yang mengandungi hukum-hukum yang meliputi hubungan masyarakat yang
berprinsipkan adat basandi syarak, syarak basandi kitabullah. Menurut hukum Adat
Perpatih(Minang), harta pusaka mesti diwariskan kepada perempuan (Azima,2009). Senario yang sama
juga wujud di daerah Kuala Pilah di mana tanah adat adalah diwarisi oleh perempuan.

PERATURAN PERKAHWINAN
 

 Merisik

 Risik Duai

 Tujuan Merisik

 Cincin Tanya

 Adat Istiadat Menghantar Cincin


Tanya

 Penerimaan Cincin Tanya


 
 Fungsi Cincin Tanya

   

       

        Adat pepatih telah menggariskan beberapa konsep dalam aturcara adat


istiadatnya ke arah pembentukan hidup berumahtangga. Dalam struktur ini
adat telah menetapkan suatu rangka penyusunan bertingkat-tingkat dengan
aturcara tersendiri mewarnai setiap tahap yang dilalui. Institusi perkahwinan
biasa akan bermula daripada adat merisik atau disebutkan risik nan
duai atau risik andai. Ini akan diikuti dengan adat menghantar cincin tanya
dan kemudian adat pinang-meminang atau adat menghantar tanda (pihak
lelaki) atau adat menghantar tanda (pihak perempuan). Selepas itu diadakan
pula hari langsung atauhari olek. Ini termasuklah upacara akad nikah,
bertandang atau menyalang dan menikam jejak atau tempuh jejak. Adat
perkahwinan ini diakhiri dengan adat menyalang rumah saudara mara
kedua-dua belah pihak. Upacara hari olek dan seterusnya akan dibincangkan
di lembaran yang lain..

Merisik

    Sudah menjadi kelaziman yang dipusakai turun-temurun ibu bapa


masyarakat adat pepatih berusaha sedaya upaya dan penuh teliti mencari
seorang calon yang sesuai untuk dijadikan menantu. Usaha ‘mencari’
menantu inilah yang dikatakan sebagai merisik. Jadi merisik adalah satu
proses yang dijalankan sebelum adat istiadat meminang. Acara merisik ini
bermula apabila anak lelaki telah melahirkan hasrat ingin berumah tangga,
atau ibu bapa lelaki berasa sudah sampai ketikanya anak lelaki mereka
berkahwin.

    Proses ini selalunya melalui dua peringkat, iaitu merisik dan risik duai.
Walaupun pada kelazimannya kedua proses ini dimulakan oleh pihak lelaki
berasaskan perbilangan di atas, tetapi tidaklah pula menjadi kesalahan jika
pihak perempuan yang mengambil langkah pertama. Adat sendiri
membayangkan tentang kemungkinan ini apabila diperbilangkan: yang
perempuan diiras-iraskan. Perbilangan ini antara lain bermaksud keluarga
perempuan berhak untuk menonjol-nonjolkan perbuatan ini agak
relatif maksudnya anak gadisnya agar dipinang orang.

    Pada kebiasaannya, wakil yang dipilih untuk menjalankan proses ini


adalah daripada kaum perempuan yang sudah berumur dan petah berkata-
kata. Sebagaimana yang dinyatakan tujuan utama peringkat ini adalah
mencari jodoh yang paling sesuai. Pada zaman tradisi proses ini telah mula
dijalankan sejak anak mulai remaja.

    Dalam proses memilih jodoh ini keturunan bakal menanti diperhatikan.


Ada dua sebab utama dalam soal ini. Pertama, bagi menentukan yang bakal
menantu itu bukannya daripada suku sakat yang boleh membatalkan
pernikahan itu dari segi agama dan adat. Kedua, untuk memastikan bahawa
bakal menantu itu bukan berasal daripada keturunan bangsa kurang atau
suku lereng.

    Orang tua biasanya akan menolak orang yang berasal daripada lapisan
bangsa kurang sebagai menantu kerana perkahwinan yang demikian akan
dikenakan isbat adat yang dianggap berat bagi keturunan anak
perempuannya. Keturunan mereka tidak mungkin menyandang pusaka, baik
berupa gelaran adat mahupun harta pusaka.

    Penelitian juga harus ditumpukan pada paras rupa dan budi pekerti gadis.
Secara tidak langsung wakil tadi akan menimbulkan pertanyaan-pertanyaan
untuk mencungkil hal-ehwal si gadis terutama yang berkaitan dengan
peribadi dan personaliti. Daripada persoalan seperti inilah akan diketahui
sama ada gadis itu sudah dilamar orang ataupun belum, masih gadis atau
telah janda, serta suku dan susur galur keturunannya.

    Merisik ini kalau diamati adalah suatu proses penyelidikan atau


penyiasatan secara sembunyi tetapi amat terperinci. Keseluruhan proses ini
adalah mengikut peraturan adat. Apabila telah bertemu dengan calon yang
sesuai, maka yang merisik akan membayang-bayangkan kepada yang
berkenaan: ‘yang perempuan diiras-iraskan, yang lelaki digurau-sendakan’. -
atas-

Risik Duai       

    Apabila telah dikenalpasti siapa yang hendak dijadikan menantu, barulah


dijalankan peringkat kedua proses merisik. Pada peringkat ini prosesnya
agak lebih formal daripada peringkat awal, dengan kata lain wakil pihak
lelaki yang disebut duai akan berhadapan dengan keluarga pihak
perempuan.

    Duai atau wakil pihak lelaki pada peringkat ini adalah orang yang
dipercayai oleh ibu bapa atau keluarga pihak lelaki. Ia boleh jadi wakil pada
peringkat awal ataupun mungkin orang lain. Duai tidak semestinya
mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pihak lelaki; tetapi lazimnya
wakil itu dipilih daripada kalangan kerabat yang dekat seperti emak saudara
pihak lelaki seperti isteri bapa saudara kadim. Pemilihan duai ini terpulang
kepada kesesuaian keadaan.

    Peringkat ini adalah peringkat kepastian. Ini bermakna risik duai


peringkat ini adalah menentukan yang pinangan pihak lelaki tidak ditolak.
Tanpa risik duai yang seinformal ini ada kemungkinan yang pinangan pihak
lelaki akan ditolak. Jika ditolak ini akan memalukan bukan sahaja keluarga
yang meminang tetapi juga wakil yang pergi. -atas-

Tujuan Merisik
Proses merisik ini mempunyai beberapa tujuan seperti berikut:

1. Untuk memastikan gadis yang dirisik itu bukan isteri atau tunangan orang.
2. Untuk mengetahui sama ada gadis itu masih anak dara atau telah janda.
3. Untuk mengetahui asal-usul keturunannya, Ini termasuk:

(a)    untuk memastikan gadis itu bukan keturunan suku lereng atau


orang toman (orang yang dipungut atau dijadikan orang
suruhan kepada suku tempat dia menumpang. Orang begini,
yang tidak diketahui asal-usulnya dianggap bertaraf lebih
rendah daripada anggota suku tempat dia menumpang itu. Dia
tidak mempunyai hak dari segi pembahagian pusaka dan harta,
mengambil bahagian dalam perundingan hal-ehwal adat, tidak
boleh berkadim atau dikadimkan untuk masuk suku, dan
sebagainya).

(b)   untuk mengetahui keturunan ibu, bapa, datuk, nenek dan


seterusnya.

(c)    untuk memastikan sukunya yang sebenar, bangsanya, waris-


warisnya dan sebagainya.

1.

Untuk mengetahui latarbelakang keadaan keluarga gadis berkenaan dari segi


pegangan agama, kawalan terhadap anak-anak termasuk ke atas gadis yang
dirisik, taraf ekonomi, perhubungan keluarga berkenaan dengan masyarakat
setempat dan sebagainya.

2.
3.

Untuk mengetahui sama ada gadis berkenaan atau keturunannya mempunyai


penyakit keturunan atau mempunyai kecacatan fizikal.

4.

    Proses merisik ini harus dijalankan walaupun kedua belah pihak telah
mengenal atau mengetahui antara satu sama lain. Jika ini tidak dilakukan,
maka proses peminangan dianggap sebagai tidak sempurna dari segi adat.  -
atas-     

Cincin Tanya
    Setelah persetujuan tercapai di antara kedua pihak (keluarga lelaki dan
keluarga pihak perempuan) atau dengan kata lain pihak perempuan telah
menyatakan kesediaannya menerima pihak lelaki sebagai menantunya, maka
pihak keluarga lelaki akan menghantar cincin tanya.-atas-

Adat Istiadat Menghantar Cincin Tanya

    Setelah persetujuan tercapai di antara kedua-dua pihak, tibalah masanya


untuk pihak lelaki menghantar cincin tanya. Istiadat menghantar cincin
tanya adalah langkah terakhir dalam peringkat merisik dalam masyarakat
adat pepatih.

    Istiadat ini memerlukan sebentuk cincin. Cincin yang biasa digunakan


ialah cincin belah rotan. Ada juga yang menggunakan cincin empat lekuk
atau cincin emas. Cincin permata, walaupun harganya lebih mahal tidak
digunakan kerana ia dianggap sebagai membawa maksud ‘putih mata’
(melambangkan kemungkinan berlakunya sesuatu yang tidak baik seperti

kecewa dalam mendapatkan sesuatu yang dihajati).

    Cincin tanya ini dihantar oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan
sebagai tanda merasmikan pertanyaan-pertanyaan semasa proses merisik
awal sama ada mahu atau tidak bermenantu. Ia bukan lagi bersifat
pertanyaan secara tidak formal tetapi suatu pengesahan. Kepada pihak
perempuan pula, cincin tanya ini adalah sebagai tanda atau bukti yang akan
ditunjukkan kepada semua waris dan sanak saudara si gadis apabila berita
itu dipanjangkan kepada mereka untuk mendapat persetujuan dan restu atau
sebaliknya.

    Pada hari yang ditetapkan, kedua-dua belah pihak akan mengadakan


kenduri kecil yang akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat. Pada sebelah
pagi hari berkenaan, pihak lelaki akan menyediakan peralatan yang perlu
termasuk bunga rampai. Cincin belah rotan yang akan dihantar diikat
dengan benang tiga warna iaitu hitam, putih dan merah. Cincin itu
diletakkan di dalam bekas, selalunya cembul yang ditaburi dengan bunga
rampai. Bekas berisi cincin itu akan dibungkus dengan sapu tangan istimewa
yang juga ditaburi dengan bunga rampai. Di sesetengah tempat, sapu tangan
pembungkus itu berwarna kuning, sedangkan di tempat lain pula dibuat
daripada perca-perca kain yang beraneka warna.
    Istiadat ini selalunya dilakukan pada waktu petang, selepas waktu zohor.
Ada juga yang membuatnya pada waktu pagi. Masa menjalankan istiadat ini
terpulang kepada rundingan dan keadaan pihak lelaki yang berkenaan.
Peralatan yang dibawa oleh pihak lelaki semasa menghantar cincin tanya itu
adalah tepak sirih atau bujam epok dan bungkusan cincin. -atas-

Penerimaan Cincin Tanya

    Wakil pihak perempuan akan memberitahu pihak lelaki yang dia akan
menemuinya berkenaan cincin tanya yang dihantar. Pihak lelaki akan
mengadakan jamuan kecil untuk menanti ketibaan mereka. Ketibaan mereka
itu selalunya disambut oleh beberapa orang keluarga rapat sahaja.

    Pada ketika itu dirundingkan juga tentang perkara-perkara yang berkaitan
dengan proses yang berikutnya. Antara perkara yang dibicarakan ialah masa
mengadakan hari pertunangan, hantaran belanja, bayaran mas kahwin dan
adat-adat lain yang berkaitan.-atas-

Fungsi Cincin Tanya

    Secara umum cincin tanya mempunyai tiga fungsi utama:

1. Ia adalah sebagai tanda yang menunjukkan bahawa anak gadis itu sudah
ditanya orang.

2. Ia adalah sebagai tanda atau bukti untuk memberitahu sanak saudara


pihak perempuan tentang anak gadis yang berkenaan telah dirisik orang.

3. Ia adalah bukti kepada ketua-ketua adat dalam perut (Besar dan Buapak)
perempuan tersebut bahawa gadis yang berkenaan telah dipinta orang,
tetapi belum rasmi.

    Dengan menggunakan cincin tanya ini sebagai bukti, ketua keluarga yang
berkenaan akan memberitahu ketua-ketua adat-Besar dan Buapak-dalam
perutnya, di samping keluarga yang kadim tentang risikan terhadap gadis
tersebut. Upacara membuktikan risikan ini dikatakan mengembangkan
cincin. Pemberitahuan ini penting terutama sekali untuk pengetahuan ketua
adat jika mereka tidak hadir semasa cincin tanya itu diterima. Jika ketua adat
tidak dimaklumi tentang cincin tanya ini, terutamanya Buapak, keluarga
perempuan akan dikenakan denda yang dikenali sebagai timbang
salah kerana dalam proses-proses berikutnya sehingga langsungnya upacara
perkahwinan Buapak akan memainkan perana. Tanpa Buapak majlis
berikutnya tidak dapat dijalankan secara adat.-atas-

Keunikan Adat Perpatih

UNDANG Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman,
menyerahkan keris kepada Tok Menti Nor Ehzan Maah, Buapak Suku
Biduanda Sedia Raja Kampung Bukit, pada majlis Istiadat Menyalang
Datuk- Datuk Lembaga dan Buapak Suku Biduanda Waris Nan Dua Carak
Luak Rembau yang diadakan pada 2006 di Kediaman Rasmi Undang Luak
Rembau, Rembau, Negeri Sembilan.
28 November 2015 6:10 PM
UMUM mengetahui keunikan masyarakat Negeri Sembilan terletak pada Adat
Perpatih yang diamalkan sejak zaman-berzaman dan diturunkan dari satu generasi ke
satu generasi secara lisan.
Adat yang berasal dari tanah Minangkabau di Sumatera, Indonesia itu dicipta oleh
masyarakat Minangkabau yang diasaskan oleh seorang putera raja di Padang, Pagar
Ruyung yang bergelar Dato’ Perpatih Nan Sebatang.
Mengikut perbilangan Adat Perpatih ‘Adat menimbulkan yang baik,menghilangkan
yang buruk’ Demikian antara nilai-nilai yang ingin ditonjolkan di dalam Adat
Perpatih yang berperanan sebagai satu peraturan sistematik dan berteraskan
keharmonian masyarakat.
Adat perpatih yang mula diamalkan pada kurun ke-13 itu bertujuan untuk
mengurangkan konflik dan membentuk kehidupan masyarakat yang harmoni,
berintegrasi dan membangun.
Adat bukan sekadar cara bersanding, cara menyantap hidangan, cara pertabalan Luak
dan sebagainya, tetapi adat merupakan satu peraturan hidup yang perlu dipegang kuat
dan dipertahankan sehingga hari ini.
Di dalam kertas kajian bertajuk Adat dan Undang-undang, Pensyarah Kanan di
Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof. Madya
Datuk Dr. Mohd. Rosli Saludin menyatakan terdapat empat jenis adat yang telah
dipakai oleh masyarakat dalam Adat Perpatih iaitu ‘adat nan sebenar adat’, ‘adat nan
diadatkan’, ‘adat nan teradat’ dan ‘adat istiadat’.
Adat nan sebenar adat ialah sesuatu yang harus menurut alur dan patut, menurut
agama, menurut kemanusiaan, menurut empat dan menurut masa. Adat ini juga
dikatakan yang diterima daripada hukum syarak. Berdasarkan hukum itulah diambil
sah dan batal, halal dan haram, sunat dan fardhu, dakwa dan jawab, serta saksi dan
bainah.
Adat nan diadatkan pula merupakan adat yang berlaku secara umum dalam Adat
Perpatih dan adat yang di Minangkabau itu sendiri. Umpamanya harta pusaka kaum
diturunkan mengikut nasab ibu, sedangkan harta pencarian diwariskan kepada anak-
anak daripada orang tua mereka.
Anak-anak dari alam adat Perpatih ini secara automatik akan menjadi suku ibunya dan
bukan suku bapanya. Sebagai contoh sekiranya si ibu bersuku Caniago, maka
kesemua anaknya akan menjadi suku Caniago.
Adat nan teradat (adat yang teradat) pula merujuk kepada adat yang tumbuh dan
terjadi kerana kebiasaan masyarakat yang bukan hasil daripada musyarawarah para
pemangku adat.
Misalnya jika bertandang ke rumah orang, lazim mengucapkan salam terlebih dahulu.
Jika dalam sesuatu jamuan, apabila selesai makan sebelum orang lain siap, kita tidak
boleh terus mencuci tangan tetapi menunggu orang lain selesai makan.
Kesimpulannya, semua kebiasaan yang berkembang kerana tiru-meniru dan perkara
yang tidak diharuskan oleh adat dan agama tergolong dalam kategori adat nan teradat.
Akhir sekali, adat istiadat disebut merupakan adat yang dilakukan secara naluri.
Sebagai contoh, orang tua lebih menyayangi cucu-cucunya berbanding anak-anaknya.
Secara naluri kita menghormati orang-orang yang lebih tua daripada kita.
Ada pandangan lain menyatakan adat yang ada sebelum Islam diterima oleh
masyarakat, bukan hukum alam termasuk juga dalam kategori adat istiadat. Misalnya,
sebuah negeri harus adanya masyarakat, mempunyai tempat mandi, memiliki jalan
yang lebar, gelanggang untuk keterampilan kesenian negeri dan balai adat sebagai
tempat untuk bermusyawarah.

Popular

Vanidah - Rashidi tidak lagi bersama?



Vanidah - Rashidi tidak lagi bersama?


Azreen Manan dijemput Ilahi

Azreen Manan dijemput Ilahi

Henti beri bonus, duit raya kepada penjawat awam



Henti beri bonus, duit raya kepada penjawat awam

Hantu Kak Limah catat rekod berganda



Hantu Kak Limah catat rekod berganda

LGBT: Surat terbuka seorang doktor kepada


Marina Mahathir

LGBT: Surat terbuka seorang doktor kepada Marina Mahathir

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/keunikan-
adat-perpatih-1.163015#ixzz5PwQJfNso 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

You might also like