Karangan 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

FAKTOR-FAKTOR PENINGKATAN MASALAH DISIPLIN DALAM KALANGAN PELAJAR

Dewasa ini kita sering dihambat dengan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan
remaja. Hal ini pastinya amat membimbangkan banyak pihak kerana remaja merupakan
tiang negara pada masa hadapan. Keruntuhan moral ini boleh menjejaskan matlamat
negara dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dalam memacu negara ke era negara
maju. Jika diperhalusi, pelbagai faktor yang mendorong kepada masalah disiplin dalam
kalangan remaja.

Faktor utama yang dikenal pasti ialah berpunca daripada ibu bapa yang tidak mendidik
anak-anak dengan didikan yang betul. Jika ibu atau bapa tidak boleh mendidik anak-anak
mereka dengan baik, pada siapakah lagi tanggungjawab itu harus dipikul? Sesetengah ibu
bapa belakangan ini juga bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan lurus.
Jelas, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dalam mencorak keperibadian remaja.

Di samping itu, faktor yang mendorong kepada permasalahan ini ialah berpunca daripada
ibu bapa yang sibuk mencari nafkah sehinggakan anak-anak terabai. Kesempitan hidup ini
memang tidak boleh dinafikan dalam mencari sesuap nasi untuk membesarkan anak-anak.
Namun demikian, sering kali anak-anak yang masih mentah ini mengambil peluang yang ada
untuk berseronok dengan rakan-rakan sehinggakan timbul masalah yang lain. Dalam hal ini
ibu bapa perlu bijak dalam membahagikan masa dengan anak-anak.
Seterusnya, pengaruh rakan sebaya turut menjadi penyumbang utama dalam peningkatan
masalah disiplin pelajar. Masakan tidak kerana golongan remaja kini banyak menghabiskan
masa bersama-sama rakan sebaya berbanding ahli keluarga. Didorong atas sifat ingin tahu,
mereka pasti akan mencuba sesuatu yang baharu dalam hidup mereka yang mungkin boleh
menggelapkan masa depan sendiri. Sudah terang lagi bersuluh, remaja atau pelajar perlu
bijak dalam memilih rakan jika tidak mahu terlibat dalam masalah ini.

Selain itu, pengaruh media massa turut menjadi faktor utama dalam meruncingkan lagi
permasalahan disiplin ini. Lihat sahaja di layar perak mahupun di kaca-kaca televisyen yang
banyak menyiarkan aksi keganasan dan masalah sosial. Contoh yang paling ketara seperti
filem Bohsia, Adnan Sempit dan KL Gengster yang memaparkan tema keganasan yang
mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Sedikit sebanyak remaja yang menebal sikap
ingin tahunya itu pasti akan mengikut aksi yang terpapar dalam filem yang berkenaan.

Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang mendorong kepada peningkatan masalah


sosial dalam kalangan remaja. Namun demikian, perkara ini boleh diatasi jika semua pihak
memainkan peranan masing-masing serta saling berganding bahu bagai aur dengan tebing.
Secara tidak langsung, hasrat kerajaan dalam melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi
pada tahun 2020 bakal terlaksana.

You might also like