Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK PEDAS Kod Sekolah: NEA3038

1. Nama Guru NOR AINI BINTI ISMAIL


EDUCATIONAL ADMINISTRATION: AN 3. Bidang:
2. Judul
ISLAMIC PERSPECTIVE PENTADBIRAN PENDIDIKAN
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku yang berjudul Educational Administration: An Islamic Perspective merupakan hasil penulis Ali Mohammad
Jubran Saleh. Buku yang pertama kali dicetak pada tahun 2002 ini telah diterbitkan syarikat A.S Nordeen dan
mempunyai 156 muka surat. Bahasa pengantar bagi buku ini ialah Bahasa Inggeris.
Penulis buku ini iaitu Ali Mohammad Jubran Saleh merupakan lulusan sarjana muda Syariah Pengajian Islam dan
Sosiologi dari University of Jordan, Amman. Beliau kemudian mendapat ijazah sarjana dalam bidang Pentadbiran
Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kemudian menyambung pengajian di peringkat doktor
falsafah dalam bidang Kepimpinan Pendidikan di Universiti Malaya.
Buku ini mengandungi enam bab utama yang akan membawa pembaca untuk memahami dengan lebih dalam
lagi tentang pentadbiran pendidikan dari sudut pandangan Islam. Antara bab atau subtopik di dalam buku ini; Bab
1: Introduction, Bab 2: A Western perspective, Bab 3: Philosophy of Islamic Educational Administration, Bab 4:
Principles of Islamic Educational Administration, Bab 5: Implications of the Principles of Islamic Educational
Administration, dan Bab 6: Conclusion.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Institusi sekolah memainkan peranan utama dalam mendidik masyarakat bagi memelihara budaya, nilai, dan juga
menerajui traansformasi sesebuah negara. Tunjang utama dalam kejayaan sebuah institusi pendidikan ialah
pentadbir yang berkesan dan cekap (effective and affective).
Agak malang bagi sesetengah institusi pendidikan islam yang tidak berkesan dan cekap dalam pentadbiran.
Analisis yang mendalam mendedahkan kepincangan dalam pentadbiran sesebuah institusi pendidikan. Pentadbir
institusi tersebut mungkin tidak mempunyai ilmu dan latihan yang cukup dalam bidang pentadbiran dan
pengurusan pendidikan.
Terdapat dua aspek pentadbiran pendidikan iaitu pengurusan dan pengajaran. Aspek pengurusan merangkumi
perancangan belanjawan yang betul, pembahagian tugas pada staf dengan betul, membuat keputusan dan
merancang strategi jangka panjang untuk peningkatan institusi pentadbiran . Aspek pengajaran dalam
pentadbiran Pendidikan Islam merangkumi memudahkan pencapaian matlamat pengajaran sama ada dalam
bentuk menyediakan kakitangan pengajar yang mencukupi dan berkelayakan dalam Pendidikan islam itu sendiri,
bahan pengajaran dan teknologi atau mempromosikan pertumbuhan kakitangan profesional.
Buku ini adalah sangat bertepatan dengan tujuan utamanya untuk menjadi satu wasilah dalam memberi satu
panduan yang praktikal dalam bidang pentadbiran pendidikan dalam kerangka pandangan islam. Sesebuah
sekolah tidak boleh dikategorikan sebagai sebuah sekolah yang berkesan dan cekap sekiranya ia tidak mampu
memanifestasikan sebuah etos islam dan persekitaran sekolah.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Mengamalkan dan mengukuhkan prinsip-prinsip pentadbiran pendidikan islam yang boleh dibahagikan kepada
empat bahagian utama;
a) Keperibadian (personal trustworthiness)
b) Interpersonal (interpersonal relations)
c) Pengurusan (managerial)
d) Organisasi (organizational)

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................... ........................................................
( NOR AINI BINTI ISMAIL ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK PEDAS Kod Sekolah: NEA3038

1. Nama Guru NOR AINI BINTI ISMAIL


Tarbiyatul Aulad Fil Islam (Pendidikan 3. Bidang:
2. Judul
Peribadi Anak Menurut Islam) PSIKOLOGI PENDIDIKAN
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku Tarbiyyatul Awlad Fil Islam (Pendidikan Anak-Anak Menurut Islam) merupakan buku terjemahan dari bahasa
arab ke bahasa melayu hasil karya Dr Abdullah Nasih Ulwan. Buku ini mempunyai dua jilid. Setiap jilid menpunyai
1230 muka surat. Secara umumnya buku ini memfokuskan bagaimana kaedah dan tatacara mendidikan anak-
anak.
Antara perbincangan yang dibawa dalam buku ini adalah :
- Asas Perkahwinan ( tujuan perkahwinan, kaedah memilih pasangan dsb)
- Psikologi ibu bapa terhadap anak-anak (hak anak-anak terhadap ibu bapa dsb)
- Hukum hakam berkenaan bayi dan anak-anak
- Isu keruntuhan akhlak anak-anak
- Tanggungjawab pendidikan iman
- Tanggungjawab pendidikan akhlak
- Tanggungjawab pendidikan jasmani
- Tanggungjawab pendidikan mental
- Tanggungjawab pendidikan psikologi
- Tanggungjawab pendidikan sosial
- Tanggungjawab pendidikan seks
- Kaedah pendidikan anak yang efektif
- Kaedah-kaedah asas pendidikan

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini memberikan pemahaman kepada pembaca bahawa pendidikan dalam Islam mempunyai konsep yang
luas dan bersifat syumul. Pendidikan anak-anak dalam Islam bermula dari peringkat awal penubuhan sesebuah
perkahwinan. Hak ibu bapa terhadap anak-anak dan hak anak-anak terhadap ibu bapa perlu dijalankan oleh
kedua-dua pihak.
Memberikan pendidikan kepada anak-anak bukan sahaja pendidikan dari sudut akademik sahaja malah
pendidikan merangkumi semua aspek kehidupan yang akan membentuk insan yang seimbang.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Mendidik murid mengikut pembahagian tanggungjawab-tanggungjawab pendidikan yang digariskan merupakan
satu metadologi yang baik dalam pendidikan.
Pendidikan hayat merupakan proses berterusan yang memerlukan pelaksanaan kaedah pendidikan yang
sistematik dan efektif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................... ........................................................
( NOR AINI BINTI ISMAIL ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK PEDAS Kod Sekolah: NEA3038

1. Nama Guru NOR AINI BINTI ISMAIL


al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al- 3. Bidang:
2. Judul
Syafi’i (‫)الفقه المنهجي على مذهب اإلمام الشافعي‬ FEQAH
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i (‫ )الفقه المنهجي على مذهب اإلمام الشافعي‬merupakan sebuah karya
fiqh aliran mazhab al-Syafi’i yang kontemporeri, yang disusun oleh tiga tokoh ulama terkenal dari Syiria, iaitu
al-‘Allamah Dr. Mustafa al-Khin, Syaikh Dr. Mustafa Dib al-Bugha dan Dr. Ali al-Syarbaji. Kandungan kitab ini
berdasarkan buku terjemahan yang diterbitkan oleh Darul Syakir Enterprise, iaitu buku yang diterjemahkan oleh
panel yang diketuai oleh Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri. Buku ini terdiri dari 7 buah buku termasuk
muqaddimahnya;
- Muqaddimah: Menceritakan tentang Kitab al-Fiqh al-Manhaji, keistimewaannya, metodologi terjemahan,
bibliografi ringkas pengarang, tokoh hadith dan Imam Al-Syafi'i serta fiqhnya, Mabadi' al-‘Ulum, Istilah
Fiqh al Syafi', Pendapat Tokoh dan Ulama' Berkenaan Kitab al-Fiqh al-Manhaji.
- Jilid 1: Hukum Bersuci, Solat, Azan & Iqamah,Zakat Fitrah, Qurban dan Jenazah.
- Jilid 2::Zakat, Puasa, Haji & Umrah, Bersumpah, Nazar, Perburuan, Penyembelihan, Aqiqah, Makanan &
Minuman, Permasalahan Dadah, Pakaian & Perhiasan dan Kaffarah.
- Jilid 3 :Bab Nikah dan Perkara Berkaitan, Poligami, Rukun Mut'ah, Nusyuz, Fasakh, Talaq, Iddah,
Nafaqah, Penjagaan Anak, Penyusuan, Keturunan, Anak Pungut, Wakaf, Wasiat dan Pemegang Amanah.
- Jilid 4 :Ilmu Faraid, Jual Beli, Khiar, al-Iqalah, Salam, Kontrak Jual Beli Tempahan, Riba', Sarf, Hutang
dan Anugerah.
- Jilid 5 :Hiwalah, Syuf'ah, Musaqah, Muzara'ah, Pinjaman, Syarikat dan Pelaburan.
- Jilid 6 :Jenayah, Qisas, Diyat, Hudud, Zina, Minum Arak, Mencuri, Hirabah, Murtad, Jihad, Perlumbaan,
Hiburan, Kehakiman, Dakwaan & Bukti, Sumpah, Pengakuan, Halangan dan Pemimpin.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini memberikan kefahaman tentang ibadah harian yang diamalkan oleh masyarakat mengikut aliran mazhab
syafie yang digunakan oleh majoriti muslim Malaysia. Terdapat beberapa isu yang mungkin menjadi kemusykilan
dalam menjalankan ibadat harian yang dirungkaikan dalam kitab ini.
Kitab ini menghuraikan hukum hakam berkenaan ibadat secara menyeluruh dan menggunakan bahasa yang
mudah.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Isi kandungan kitab ini membantu menambahkan ilmu berkenaan fiqh ibadat selari dengan silibus Pendidikan
Islam disekolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................... ........................................................
( NOR AINI BINTI ISMAIL ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK PEDAS Kod Sekolah: NEA3038

1. Nama Guru NOR AINI BINTI ISMAIL


3. Bidang:
2. Judul Fiqh Hiburan dan Rekreasi
FEQAH
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Fiqh Hiburan dan Rekreasi adalah satu lagi buku siri pemikiran karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Buku ini
membincangkan dengan lebih terperinci perkara berkaitan hiburan dan rekreasi seperti:

- Batasan syarak berkenaan ketawa dan jenaka


- Hukum berhibur dengan tarian dan tepukan
- Hukum berhibur dengan drama dan filem
- Jenis sukan yang dilarang dalam Islam
- Pendirian Islam berkenaan aktiviti bersukan
- Hukum senaman yoga
- Hukum sukan berisiko tinggi seperti mendaki gunung, perlumbaan kereta, pertunjukan sarkas, gusti, dan
tinju.
- Hukum permainan minda seperti daun terup
- Hukum pertandingan melalui telefon, kupon, dan tiket peraduan
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Kitab ini dikayakan dengan perbahasan tentang hiburan, terutamanya semasa zaman Rasulullah S.A.W dan
dikukuhkan lagi dengan dalil dari nas al-Quran. Ia juga menjawab persoalan masa kini mengenai hiburan
kontemporari seperti permainan domino, pertandingan secara khidmat pesanan ringkas (SMS), sukan renang,
yoga dan sebagainya. Ijtihad yang dilakukan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi melihat kepada realiti kehidupan masa
kini dan dihuraikan terperinci berdasarkan pengukuhan ilmu, pengalaman dan pengamatan beliau terhadap umat
Islam masa kini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Di Malaysia, bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan, terlalu banyak rancangan realiti televisyen yang
membangkitkan keseronokan manusia. Antaranya, rancangan Maharaja Lawak yang mengutip berjuta-juta ringgit
setiap kali siarannya, rancangan Fear Factor, Akademi Fantasia dan sebagainya. Setiap stesen televisyen
berlumba-lumba untuk mereka rancangan realiti sendiri dan ada yang mereplikakan rancangan realiti televisyen di
Barat dan mengimplementasikannya di Malaysia.

Hiburan dibenarkan dalam Islam andai masih menjaga syarat-syarat dalam berhibur. Rasulullah S.A.W. tidak
menghalang isteri-isteri Baginda untuk berhibur. Namun, akhir zaman ini, terlalu banyak hiburan dan ada yang
telah menyimpang dari syariat Islam. Melihat keadaan ini, Dr. Yusuf al-Qaradhawi berijtihad dan mengeluarkan
fatwa hukum bagi hiburan dan aktiviti sukan, seperti yang dijelaskan dalam kitab “Fiqh Hiburan dan Rekreasi.”

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................... ........................................................
( NOR AINI BINTI ISMAIL ) ( )

You might also like