Professional Documents
Culture Documents
Unit6 - Teknologi Worksyop 1
Unit6 - Teknologi Worksyop 1
Unit 6-1
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 2
INPUT
6.0 PENGENALAN
Mesin larik ialah satu-satunya mesin yang paling versatil dalam bengkel
kejuruteraan. Walaupun pelbagai betuk mesin pelarik telah digunakan sebelum
kurun ke-18, nanun mesin pelarik pertama yang boleh memotong ulir hanya
dicipta pada tahun 1797 oleh seorang mekanik Inggeris bernama Henry
Maudslay. Mesin ciptaan beliau telah banyak digunakan dalam pembinaan enjin
stim kereta api rekaan James Watt pada awal kurun ke-19 iaitu pada zaman
revolusi industri England.sejak dari masa itu mesin ini telah diperbaiki dan
ditambah dengan beberapa alatan tambahan supaya dapat mengeluarkan
komponen-komponen dengan tepat dan persis. Di Malaysia mesin ini amat
popular sehingga setiap bengkel kejuruteraan mempunyai sekurang-kurangnya
sebuah mesin.
Mesin pelarik boleh dijumpai dalam beberapa bentuk dan saiz. Jenis yang terkecil
digunakan dalam pengeluaran komponen kecil jam tangan sementara yang besar
sekali digunakan untuk memesin syaf berat. Mesin pelarik boleh dikelaskan
kepada dua kategori :
Unit 6-2
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 3
Mesin ini kecil dan boleh dipasang diatas bangku atau kabinet besi. Ia
digunakan untuk menghasilkan kerja yang ringan dan halus.
6.1.2 Mesin pelarik piawai (mesin larik tetengah)
Mesin ini lebih besar dan berat daripada jenis bangku. Panjang landasan
mesin adalah 1.5 meter hingga 6 meter. Lazimnya mesin ini digunakan
untuk kerja-kerja penyelenggaraan sederhana dan juga dalam institusi
latihan kemahiran.
Unit 6-3
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 4
Unit 6-4
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 5
*pelarik menegak
(e) Pelarik N.C dan C.N.C
Mesin pelarik terbaru ini berfungsi dibawah kawalan komputer. Mesin ini
lebih produktif dan hasil pengeluarannya lebih persis jika dibandingkan
dengan mesin lain. Terdapat dua jenis mesin iaitu :
*Jenis yang mempunyai turret dipasang pada landasan mesin sahaja.
*Jenis yang mempunkyai dua turret dimana satu turret dipasang pada
landasan dan satu lagi pada kekesot lintang.
6.2.1 Landasan
(a) Landasan adalah tulang belakang sebuah mesin pelarik. Kejituan mesin
pelarik bergantung pada ketegaran, penjajaran dan ketepatan pada
landasannya.
(b) Bahagian atas landasan boleh berbentuk ‘V’ atau rata dan diatasnya terletak
peralatan lain seperti alatan hadapan, kereta dan alatan hadapan.
Unit 6-5
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 6
(c) Landasan diperbuat daripada besi tuangan yang bermutu tinggi. Rawatan haba
kekerasan dilakukan keatasnya supaya boleh tahan haus.
Unit 6-6
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 7
(b) Pada badan terdapat satu spindal yang mempunyai penirusan piawaian Morse.
Alat pemotong bertangkai tirus Morse, seperti gerudi dan pelulas boleh
dipasang pada spindal tersebut.
(c) Tapak alatan belakang dimesin dengan jitu supaya boleh didudukan diatas
landasan dengan tepat. Pada tapak terdapat dua skru penyelaras yang diguna
untuk menjajarkan keselarian diantara tetengah mati dan tetengah hidup atau
mengofsetkan alatan belakang supaya dapat melarik tuirus dengan kaedh ini.
Unit 6-7
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 8
6.2.5 Kereta
(a) Sela
Bahagian ini ialah tuangan berbentuk huruf H dan boleh bergerak diatas
landasan. Apron dan kekesot lintang dipasang pada sela.
(b) Apron
Bahagian apron dipasang dihadapan sela dengan bolt. Apron mempunyai
beberapa gear dan peralatan yang digunakan untuk mengawal pergerakan
sela dan kekesot lintang. Satu tuas tangan yang dipasang dengan pinan
jejaring dengan rak terletak dibawah landasan. Tuas tangan ini diputarkan
apabila hendak menggerakkan kereta secara insani ( manual ).
Keseluruhan bahagian kereta dan kekesott lintan boleh digerakkan secara
otomatik atau insani
Unit 6-8
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 9
Unit 6-9
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 10
AKTIVITI 6 A
6.2 Nyatakan fungsi kotak gear cepat yang ada pada sesebuah mesin larik.
6.4 Nyatakan dua kelebihan mesin pelarik N.C dan C.N.C. berbanding dengan
mesin pelarik biasa.
a. ________________________________________________
b. ________________________________________________
Unit 6-10
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 11
MAKLUM BALAS 6A
6.2 Fungsi kotak gear cepat tukar ialah untuk membuat pertukaran kelajuan PPM,
menukar gerakan semasa memotong ulir skru dan membuat kadar
penghantaran tertentu secara automatik.
Unit 6-11
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 12
Unit 6-12
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 13
Unit 6-13
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 14
Unit 6-14
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 15
Unit 6-15
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 16
6.3.7 Lelabah
Rjah dibawah menunjukka sebuah lelabah (spider) dan penggunaannya. Lelabah
biasanya digunakan untuk menyokong paip atau tiub yang panjang. Satu hujung
dipegang pada cuk tiga rahang dan satu lagi dipasang dengan lelabah. Pada pusat
lelabah terdapat lubang tetengah dimana tetengah dipasangkan.
Faktor yang menentukan kecekapan sebuah mesin larik ialah bentuk dan jenis
mata alat yang digunakan. Bahan mata alat yang digunakan haruslah memepunyai
sifat-sifat berikut:
(a) Bahan mestilah keras
Unit 6-16
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 17
Unit 6-17
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 18
melemahkan sudut pemotongan. Sudut sadak tepi yang kecil dan negetif akan
memperkuatkan sudut pemotongan tetapi ini akan menjejaskan pengeluaran tatal
dan akan menambahkan bebanan keatas mata alat.
Unit 6-18
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 19
dikurangkan jika berlaku gelatuk (chatter). Sebaliknya sudut ini ditambah jika
berlaku getaran.
Unit 6-19
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 20
AKTIVITI 6 B
6.5 Nyatakan tiga jenis muncung spindal yang bisa terdapat pada mesin
pelarik.
6.7 Senaraikan empat ciri-ciri yang harus ada pada mata alat.
6.8 Nyatakan empat jenis mata alat yang biasa digunakan bagi kerja-kerja
melarik biasa.
6.9 Nyatakan tiga sudut yang penting bagi sebuah mata alat biasa.
Unit 6-20
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 21
MAKLUM BALAS 6 B
6.5 Tiga jenis muncung spindal yang bisa terdapat pada mesin pelarik ialah :
(a) Jenis Berulir
(b) Jenis Tirus Amerika
(c) Jenis Kam-Lock
6.6 Tiga kelebihan menggunakan cuk empat rahang berbanding dengan cuk
tiga rahang ialah :
(a) Boleh memegang bahan kerja dengan lebih persis
(b) Memegang bahan kerja dengan lebih kukuh
(c) Boleh memegang bahan kerja untuk melarik sipi
6.7 Empat ciri-ciri yang harus ada pada mata alat ialah :
(a) Bahan yang keras
(b) Mempunyai rintangan kehausan
(c) Menahan sifat kekerasan pada suhu yang tinggi semasa memotong
(d) Menyerap kejutan semasa melakukan operasi seperti melarik
eksentri dan larikan kasar.
6.8 Empat jenis mata alat yang biasa digunakan bagi kerja-kerja melarik biasa
ialah :
(a) Mata alat melurah
(b) Mata alat membenang
(c) Mata alat menggerek dan
(d) Mata alat memotong biasa.
6.9 Tiga sudut yang penting bagi sebuah mata alat biasa ialah :
(a) Sudut sadak atas
(b) Sudut telusan hadapan dan
(c) Sudut telusan tepi.
Unit 6-21
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 22
Keluli ini mengandungi diantara 0.9% hingga 1.2% karbon. Bahan ini murah dan
mudah dibentuk menjadi mata alat seperti jenis mata alat menggerek.
Kelemahannya ialah mudah terbakar dan hilang kekerasannya apabila melakukan
larikan pantas atau cepat. Sesuai digunakan untuk memesin bahan lembut seperti
loyang.
Jenis mata ini juga dikenali sebagai stelit dan menggandungi 25% hingga 35%
kromium, 4% hingga 25% tungsten, 1% hingga 3% karbon dan bakinya kobalt.
Sesuai digunakan pada ppm yang tinggi dan tidak mudah haus. Bagaimanapun ia
tidak sekuat Dan Mudah retak jika dibandingkan dengan keluli tahan lasak.
Kelajuan pemotongan adalah dua kali ganda keluli tahan lasak.
6.6.4 Karbida
Unit 6-22
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 23
6.6.5 Seramik
kebanyakkan dihasilkan daripada aluminium oksida. Bahan mata yang terbaru ini
adalah campuran aluminium oksida dan zirkorminium oksida. Oleh kerana bahan
ini sangat keras ia digunakan sebagai bahan mata alat tumpangyang digunakan
untuk memesin keluli keras dan logam yang sukar di mesin oleh mata lain. Tidak
memerlukan bahan penyejuk ketika melarik. Kelajuan pemotongan adalah dua
kaliganda kardiba.
6.6.6 Intan.
6.7.1 MENGGEREK
Operasi menggerek adalah satu proses membesarkan lubang yang telah digerudi.
Lubang yang telah digerudi biasanya tidak sepusat dan saiz lubang luga tidak
begitu tepat. Ini berlaku kerana semasa menggerudi, mata gerudi kadangkala
menyeleweng apabila menemui bintik-bintik keras (hard spots) dan lubang-lubang
pasir (sand holes). Untuk menghasilkan satu lubang yang lebih persis, berlokasi
sepusat dengan bahan kerja dan mempunyai penyudahan yang licin, lubang
tersebut perlu digerek dan kemudian diulas kesaiz yang tepat. Berikut adalah
langkah pengendalian operasi menggerek :
a. Mata alat menggerek disetkan lebih tinggi sedikit dari paksi mesin ( 1mm
hingga 2mm.
b. Batang penggerek disetkan selari dengan arah hantaran yang diberikan.
c. Pemilihan dan kadar hantaran bergantung pada saiz lubang, bahan yang
hendak digerek, jenis bahan mata alat dan ketegaran persediaan operasi
tersebut.
d. Teknik dan kaedah menggerek secara konvensional akan mengalami
tekanan keatas mata alat menggerek yang boleh menyebabkan bahan kerja
terangkat, oleh yang demikian laraskan panjang batang mata penggerek
sependek mungkin.
Unit 6-23
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 24
Bahan kerja yang dipegang pada cuk atau yang telah dipasang pada plat
permukaan boleh digerudi dengan cepat dan tepat. Mata gerudi yang bertangkai
turus boleh dipegang pada cuk gerudi dan dipasang pada tirusan dalam spindal
alatan belakang. Berikut adalah langkah-langkah kerja menggerudi dimesin
pelarik :
Unit 6-24
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 25
6.7.3 MELOREK
Melorek atau dalm perkataan lain adalah membunga merupakan satu proses
pembentukan corak pada sebatang silinder. Terdapat dua corak bunga, iaitu
bentuk intan dan bentuk lurus. Bunga bentuk intan dibentuk pada bahagian-
bahagian yang memerlukan pegangan yang tetap (tidak licin). Contohnya
pemegang alat-alat pengukur. Bentuk lurus biasanya digunakan untuk
menambahkan diameter silinder, dimana satu gegasan tekan diperlukan. Berikut
adalah prosedur membunga/melorek dimesin pelarik :
a. Bahan kerja dipegang dengan kukuh pada cuk. Jika bahan kerja
panjang, sokongkannya dengan tetengah mati. Jika lebih panjang
lagi sokongkannya dengan sangga tetap ditengah.
b. Setkan alat membunga ditiang mata alat dengan pusat alat
membunga sama tinggi dengan poin tetengah mati.
c. Laraskan kedudukan mata alat membunga bersudut tepat dengan
paksi benda kerja.
d. Tankdakan bahagian yang hendak dibunga pada bahan kerja.
e. Setkan kelajuan mesin ¼ dari PPM yang biasa digunakan dan pilih
kadar hantaran yang perlahan.
f. Laraskan kereta kehujung bahan kerja sehingga hanya setengah
dari muka roda bunga sahaja terkena pada bahan kerja.
g. Gerakkan kekesot lintang dan kenakan roda bunga pada
permukaan bahan kerja.
h. Hidupkan mesin dan beri kedalaman pemotongan 0.5 mm kepada
bahan kerja atau sebelum menghidupkan mesin.
i. Hentikan mesin dan lihat keadaan corak yang dibentuk.
j. Gunakan pelincir pemotong untuk mengurangkan geseran dan
membolehkan tatal keluar dengan mudah.
k. Gunakan hantaran automatik untuk menyiapkan proses membunga.
Unit 6-25
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 26
Tirusan boleh dikatakan sebagai perubahan seragam diameter bahan kerja diukur
selari dengan paksinya. Gegasa tiorusan adalah satu amalan pasangan yang
popular kerana dengan kaedah ini komponen-komponen yang tirus boleh
dipasang dan diceraikan dengan cepat dan tepat. Kaedah tirusan ini boleh dilihat
pada pemasangan alat-alat seperti gerudi, tetengah, pelulas dan lain-lain. Terdapat
empat kaedah membuat penirusaan iaitu menggunakan mata alat yang dibentuk
tirus, me ggunakan kekesot bergabung, mengofset alatan belakang dan
menggunakan pesawat pelarik tirus. Berikut adalah salah satu prosedur membuat
larikan tirusan dengan menggunakan kekesot bergabung :
Unit 6-26
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 27
Mesin –mesin yang baru sekarang tidak perlu lgi dikira dan dipasang dengan
rangkaian-rangkaian gear. Walau bagaimanapun tiga lagi bahagian mesin perlu
dipelajari sebelum boleh memotong ulir skru dimesin pelarik. Tiga bahagian itu
adalah :
i. Kotak gear
Fungsi utama kotak gear adalah untuk membolehkan
pemilihan pc-pic yang perlu dipotong dengan cepat.
ii. Pedoman ulir skru
Unit ini dipasang disebelah kereta dan mempunyai gear
belitan yang dipasang pada skru pemandu.
iii. Nat belah
Ia boleh dibuka dan dipasang pada skru pemandu melalui
mekanisma alur sesondol. Apabila dicantumkan gerakan
berputar skru pemandu ditukarkan kepada gerakan linear.
Berikut adalah tatacara mengulir dimesin pelarik bagi memotong benang kanan :
Unit 6-27
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 28
c. Pilih PPM yang tepat untuk mengulir. Biasanya pada PPM 1/3 dari yang
biasa digunakan untuk kerja melarik.
d. Hidupkan mesin dan kenakan mata alat pada bahan kerja.
e. Hetikan mesin. Setkan dial senggatan kekesot lintang dan kekesot
bergabung kepada 0.
f. Undurkan mata alat dan kembalikannya kepermulaan seperti dalam
langkah (b). berikan suapan 0.2 mm.
g. Lihat dial pada pedoman dan pasang nat belah pada kedudukan yang tepat
sebelum mula memotong.
h. Hentikan mesin dan periksa pic yang dipotong dengan tolok pic.
i. Undurkan mata alat dan bawa mata alat kepermulaan ulir (langkah (d) dan
(e) ).
j. Ulang operasi pemotongan sehingga ulir skru itu cukup dalam dan licin.
Periksa pemasangan dan gegasan dengan tolok atau nat jodohnya.
Unit 6-28
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 29
n. Pegang mata alat yang sesuai dan laraskannya pada ketinggian paksi
mesin.
o. Pilih PPM yang sesuai, biasanya 1/3 dari PPM biasa. Kelajuan PPM
boleh ditambah bila larikan sipi hampir siap.
p. Larik sipi secara kasar dengan meninggalkan 0.75 mm untuk larikan
penyudahan.
q. Tukar mata alat untuk lakukan larikan penyudahan. Pastikan panjang
sipi itu berukuran tepat dengan melarik penampang.
r. Keluarkan bahan kerja dan lakukan penyudahan.
Unit 6-29
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 30
AKTIVITI 6 C
6.10 Senaraikan empat jenis mata alat yang biasa digunakan dimesin pelarik.
6.11 Senaraikan lima jenis bahan campuran yamg ada pada sebatang mata alat
keluli tahan lasak.
6.12 Senaraikan lima kerja-kerja yang boleh dijalankan dimesin pelari tetengah
selain daripada melarik penampang dan melarik selari.
6.14 Mengapakah mata alat menggerek disetkan lebih tinggi sedikit dari paksi
mesin (1 mm hingga 2 mm).
Unit 6-30
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 31
MAKLUM BALAS 6 C
6.10 Empat jenis mata alat yang biasa digunakan dimesin pelarik ialah :
(a) Keluli karbon tinggi
(b) Keluli tahan lasak
(c) Karbida
(d) Intan
(e) Seramik
6.11 Lima jenis bahan campuran yamg ada pada sebatang mata alat keluli tahan
lasak ialah :
(a) Tungsten
(b) Kromiun
(c) Vanadium
(d) Molibdenum
(e) Kobalt
6.12 Lima kerja-kerja yang boleh dijalankan dimesin pelari tetengah selain
daripada melarik penampang dan melarik selari ialah :
(a) Menggerudi
(b) Menggerek
(c) Melorek
(d) Memotong ulir skru
(e) Melarik tirus
Unit 6-31
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 32
6.14 Mata alat menggerek disetkan lebih tinggi sedikit dari paksi mesin (1 mm
hingga 2 mm) bertujuan untuk memberikan dua kelebihan iaitu :
i. Tekanan ke bawah mengurangkan kedalaman pemotongan dan
dengan itu mengelakan mata alat dari termasuk kedalam bahan
kerja.
ii. Memberikan ruang yang lebih di bawah mata alat penggerek
dan ini mengurangkan kesesakan tatal di bawah batang
penggerek.
Unit 6-32
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 33
PENILAIAN KENDIRI
Unit 6-33
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 34
MAKLUM BALAS
1. Lima bahagian utama pada mesin pelarik ialah :
(a) Landasan (d) Kereta
(b) Alatan Hadapan (e) kotak Gear Cepat Tukar
(c) Alatan Belakang
2. Kelajuan PPM untuk membuat proses melorek ialah ¼ daripada kelajuan yang
biasa digunakan dengan kadar hantaran yang perlahan.
3. Dua corak bunga untuk proses melorek yamg biasa digunakan ialah mata bentuk
intan dan mata bentuk lurus.
4. Tiga peralatan mesin yang mempunyai tirus ialah
(a) Spindal
(b) Alatan Belakang
(c) Tetengah
5. Tiga kaedah melarik tirus dimesin pelarik ialah :
(a) Ofset Alatan Belakang
(b) Kilaskan Kekesot Bergabung
(c) Pesawat Pelarik Tirus
6. Empat jenis mata alat membenang ialah :
(a) Jenis ‘V’
(b) Acme
(c) Buttres
(d) Bersegi
7. Tiga kaedah memegang benda kerja di mesin pelarik ialah :
(a) Menggunakan Cuk Kolet
(b) Menggunakan Cuk Empat Rahang
(c) Menggunakan Cuk Tiga Rahang
Unit 6-34
MESIN LARIK J 1003 / 6/ 35
8. Lakar dan lebelkan sudut-sudut yang ada pada mata alat biasa.
10. Empat jenis mata alat yang biasa digunakan dimesin pelarik ialah :
(a) Mata Alat Melurah
(b) Mata Alat Membenang
(c) Mata Alat Menggerek
(d) Mata Alat Jenis Sisip (Throwaway)
Unit 6-35