Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MADRASAH TAHFIZ AL FURQAN

TAMAN BUNGA NEGARA, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR

MINIT MESYUARAT PENATARAN GURU BIL. 6/2020

Tarikh : 3 September 2020


Hari : Khamis
Masa : 12.30 tengahari
Tempat : Tahfiz 4
Kehadiran: Rujuk Lampiran 1
Agenda: .
- Perutusan Pengerusi
- Semak minit penataran lepas dan kehadiran guru
- Perkara berbangkit
- Peringatan dan teguran
- Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Hal-hal lain

1.0 Ucapan Pengerusi (Muallim Hafizuddin)


Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru – guru yang hadir
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah dan tazkirah
ringkas mengenai tangungjawab sebagai seorang guru.
1.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa pihak sekolah baru sahaja
kehilangan seorang kakitangan Al Furqan Intergrated Sdn Bhd iaitu
Allahyarham Tn. Haji Abdul Samat bin Mad Isa.
1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa sesi membentangkan Minit
Mesyuarat Penataran Guru Bil.5/2020 yang diadakan pada 26 Ogos
2020 akan dilaksanakan dalam mesyuarat kali ini.
1.4 Pengerusi juga memaklumkan yang Minit Penataran terdahulu akan
dikemaskini semula berikutan terdapat perbincangan semula mengenai
beberapa perkara berbangkit daripada Minit Mesyuarat Penataran
Guru Bil.5/2020.
Tindakan : Makluman
2.0 Pengesahan Minit
2.1 Muallim Hafizuddin mencadangkan Minit Penataran Guru Bil.5/2020
disahkan dan Muallimah Shamila telah menyokong minit penataran
tersebut dan telah disahkan.
3.0 Perkara berbangkit
3.1 Pengerusi memaklumkan Program kelas Al Quran pada waktu pagi
yang melibatkan guru akademik akan dilaksanakan secara santai dan
tidak diwajibkan pada setiap hari. Perbincangan mengenai kelas ini
dan jadual kemasukkan guru-guru akademik dalam kelas berkenaan
akan dibincangkan semula.
Tindakan : Guru akademik
3.2 Pengerusi juga memaklumkan yang perbincangan beliau dengan
Jabatan Pengurusan Sekolah (JPS) memutuskan bahawa aktiviti
kokurikulum untuk Tahfiz 6 telah ditetapkan untuk dikecualikan
berikutan peperiksaan SPM yang semakin hampir.
Tindakan : Makluman
3.3 Beliau juga memaklumkan kepada guru-guru Al Quran supaya meneliti
dan mempelajari sistem ASIS untuk digunakan sebagai platform
mengemas kini laporan mingguan hafazan Al Quran.
Tindakan : Guru Al Quran
3.4 Pengerusi juga mengingatkan unit Penyelaras Peperiksaan Dalaman
untuk menyediakan satu aplikasi google drive bagi menyimpan bank
soalan - soalan peperiksaan sekolah. Muallimah Syahira
memaklumkan bahawa aplikasi tersebut masih lagi dalam proses
memandangkan kekangan dari segi masa untuk melaksanakan
aplikasi tersebut.
Tindakan : Penyelaras Peperiksaan Dalaman
4.0 Peringatan dan teguran
4.1 Pengerusi mengingatkan guru-guru berkenaan dengan etika perguruan
ketika berinteraksi sesama sendiri dengan cara menghormati antara
satu sama lain dan tidak berlebihan.
4.2 Pengerusi juga memaklumkan yang tahap kebersihan surau di atas
blok Umar selepas digunakan dalam keadaan yang tidak memuaskan.
Terdapat sampah yang masih belum dibuang selepas beberapa hari.
Muallimah Hanan memaklumkan bahawa setiap hari terdapat pelajar
yang bertugas untuk membuang sampah di MTAF dan perkara ini akan
dipantau semula oleh beliau.
4.3 Muallim Hafizuddin memaklumkan mengenai cuti pada bulan
September adalah:
a. Hari: Jumaat – Ahad
b. Tarikh: 25/09/2020 – 27/09/2020
4.4 Beliau juga memaklumkan perubahan program pada tarikh 26/09/2020
akan dipinda pada 10/10/2020 seperti yang dimaklumkan oleh Guru
Kanan Akademik dalam Memo Dalaman yang diberikan dalam group
Whatsapp Warga Pendidik MTAF bertarikh 1/09/2020.
4.5 Beliau mengingatkan kepada semua guru mengenai Kursus
Pembangunan Guru (KPG) modul 6 yang akan diadakan pada:
a. Hari:Sabtu
b. Tarikh:12/09/2020
c. Masa:8.30 pagi – 4.30 petang
d. Tempat: Dewan SRIAF
Tindakan : Makluman
5.0 Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT)
5.1 Muallimah Syahira memaklumkan yang PPT telah dijalankan bermula
pada 1/09/2020. Beliau mengingatkan kepada semua guru untuk
mengambil cakna mengenai sebarang pindaan, makluman dan
peraturan PPT yang diberikan dalam group Whatsapp Warga Pendidik
MTAF.
Tindakan: Semua guru
5.2 Muallimah Syahira juga memaklumkan mengenai pengurusan masa
peperiksaan subjek Syafawi dan Tahriri yang agak kelam-kabut
menyebabkan timbul banyak masalah semasa peperiksaan dijalankan.
Beliau mengingatkan kepada Guru Kanan Tahfiz untuk lebih efektif
dalam menguruskan perjalanan peperiksaan Syafawi dan Tahriri pada
masa akan datang.
5.3 Muallim Hafizuddin menjelaskan bahawa situasi ini berlaku disebabkan
oleh perlaksanaan peperiksaan yang kurang efektif. Beliau berharap
untuk peperiksaan akan datang perkara ini tidak akan berulang lagi.
Tindakan: Guru Kanan Tahfiz
6.0 Hal- hal Lain
6.1 Muallimah Masrijah mencadangkan supata masa pembelajaran untuk
pelajar Tahfiz 6 dipanjangkan daripada jam 3.45 ke 4.30 petang.
Muallim Hafizuddin memaklumkan bahawa perkara ini akan
dibincangkan ke pihak pengurusan.
Tindakan:Makluman
7.0 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.20 petang

URUS SETIA
NUR SYAHIRA BINTI MUJIB
3 SEPTEMBER 2020
Lampiran 1

Kehadiran

1. En. Muhammad Hafizuddin bin Ab. Halim


2. Cik Nurul Hanisah binti M. Yunus
3. En Muhd Najhan bin Rani
4. En. Sulaiman bin Jamaludin
5. Cik Nur Syahira binti Mujib
6. Pn Filzatuhanani binti Mohamad Faudzi
7. Cik Nurul Shamila binti Mansor
8. Pn. Jamilah binti Samat
9. En. Muhammad Qayyum bin Abdul Halim
10. Cik Nur Aqidah binti Abu Kassim
11. Cik Nur Syamira binti Hussain
12. Cik Wan Nazuha binti Wan Yusoff
13. Pn. NurShafiqah binti Mohd Saufi
14. Pn. Masrijah binti Tawil
15. En. Hakimi Althof bin Sharani

Tak hadir

1. En. Muhammad Afiq Syafiq bin Ramin


2. En Ameerul Ashraff bin Mohd Asri

You might also like