Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Dekolonisasi di India

Pengenalan

Penentangan Mahatma Gandhi


Pada tahun 1920-an, muncul seorang tokoh berwibawa di India iaitu Mahatma
Gandhi. Bermula tahun 1920 hingga 1939, Mahatma Gandhi memimpin
Kongres Kebangsaan India (INC). Beliau menekankan prinsip swadesi,
satyagraha dan ahimsa.

INC mendapat sokongan dari segenap lapisan masyarakat India sehingga


menjadi sebuah parti yang kuat. Atasan desakkan orang India, kerajaan British
telah menggubal Akta Majlis India dan Akta Montague-Chelmsford bagi
mempersiapkan orang India ke arah berkerajaan sendiri. Walau bagaimanapun
usaha ini gagal memenangi hati orang India.

Tindakan British memonopoli pengeluaran garam sehingga menyebabkan harga


garam melambung tinggi menambahkan kemarahan orang India. Sebagai tanda
protes, Mahatma Gandhi telah memimpin Perarakan Garam @ Perarakan
Dandi.

British bertindak balas dengan mengharamkan INC dan pemimpin utama INC
termasuk Mahatma Gandhi dipenjarakan. Mahatma Gandhi melancarkan mogok
lapar di penjara ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan British iaitu;

British akhirnya mengalah kepada Mahatma Gandhi dengan membentuk Pakatan


Poona iaitu mengagihkan 148 kerusi kepada kelas bawahan. Pada tahun 1935,
British memperkenalkan Akta Kerajaan India yang antara lainnya memberikan
peluang pilihan raya kepada penduduk India. Walau bagaimanapun, orang India
masih tidak berpuas hati kerana Gabenor Jeneral dan Gabenor Wilayah [pegawai
British] masih berkuasa penuh.
Pada tahun 1937, INC menang besar dalam Pilihan Raya Umum India. Kekalahan
Liga Islam menyebabkan pemimpinanya iaitu Muhamad Ali Jinnah menuduh
INC hanya memperjuangkan kepentingan orang Hindu dan meminggirkan orang
Islam. Muhamad Ali Jinnah kemudian bertindak menyeru penduduk Islam di Sind,
Bengal dan Punjab bersatu di bawah Liga Islam. Tindakan ini merupakan titik
tolak bermulanya idea penubuhan negara Pakistan.

Pergeseran antara orang Hindu dengan orang Muslim menyebabkan Gabenor


Jeneral India iaitu Lord Louis Mountbatten mengajak pemimpin INC dan Liga
Islam berunding. Hasil rundingan memutuskan bahawa India mesti dibahagikan
kepada 2 [India dan pembentukan negara baru iaitu Pakistan] bagi mengelakkan
pertelingkahan berterusan.  Usaha pemisahan ini telah mengorbankan ribuan
nyawa.

Pada bulan Ogos 1947, British memberikan kemerdekaan kepada kedua-dua


negara. Muhamad Ali Jinnah kemudiannya dilantik sebagai Gabenor Jeneral 
Pakistan yang pertama. Jawaharlal Nehru pula dilantik sebagai Perdana Menteri
India yang pertama.
Kesimpulan
Peranan besar yang disumbangkan oleh Mahatma Gandhi melalui INC telah
membuka jalan kepada kemerdekaan India. Dasar anti-kekerasan yang
diamalkan oleh Mahatma Gandhi menjadikan British tidak mempunyai alasan
kukuh untuk menolak perjuangan kemerdekaan orang India. Usaha dekolonisasi
di India juga menyaksikan berlakunya perpecahan dalam kalangan pejuang
kemerdekaan sehingga membawa kepada terbentuknya negara Pakistan.

Dekolonisasi Di China

Pengenalan
 Dekolonisasi merupakan usaha @ proses membebas atau memberi kebebasan
kepada tanah jajahan dengan cara memberikan kemerdekaan. Dekolonisasi mula
berkembang selepas Perang Dunia Pertama dan bertambah rancak selepas
Perang Dunia Kedua.
Dekolonisasi di China
Kedatangan kuasa Barat pada abad ke-19 menyebabkan China banyak menerima
pengaruh Barat. Selain kuasa Barat, Jepun juga turut menduduki China. Oleh
yang demikian, pemimpin-pemimpin China berusaha membebaskan negara
mereka dari cengkaman penjajah.

Usaha Dekolonisasi di China


1. Peranan Kang Yu-wei
Kang Yu-wei merupakan tokoh terkenal di China. Pada tahun 1898, Kang Yu-wei
memimpin Reformasi Seratus Hari. Beliau berusaha mewujudkan monarki
berperlembagaan ala-Barat di China. Walaupun pada awalnya dihalang oleh
golongan konservatif tetapi usaha beliau akhirnya diterima berikutan rakyat
China sudah tidak dapat menerima dasar pemerintahan Dinasti Ching yang lebih
condong kepada tradisi orang Manchu.
 
2. Peranan Dr. Sun Yat Sen
Dr. Sun merupakan tokoh revolusi yang hebat. Beliau berperanan melancarkan
revolusi bagi menyatakan ketidakpuasan hati terhadap sikap kerajaan China yang
tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sistem pemerintahan
berperlembagaan.
Beliau mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat iaitu;

i. Rakyat mempunyai hak bersuara dan memilih pemimpin

ii. Rakyat China mesti menggulingkan kerajaan Ching dan mengembalikan


kedaulatan China

iii. Rakyat mempunyai hak sama rata dalam pemilikan tanah

Pada tahun 1905, Dr Sun Yat Sen menubuhkan Tung Meng Hui. Beliau
memimpin beberapa siri revolusi dalam usaha menggulingkan Kerajaan Ching
yang dikuasai oleh orang Manchu. Pada tahun 1911, revolusi pimpinan Dr Sun
Yat Sen berjaya menumbangkan kerajaan dan membentuk kerajaan Republik
China. Pada tahun 1912, Tung Meng Hui ditukar nama kepada Kuomintang
[KMT] ataupun Parti Kebangsaan.

Walau bagaimanapun, kerajaan Ching masih berusaha mengembalikan


kekuasaan mereka.
Kerajaan melantik Yuan Shih Kai mengetuai tentera bagi menghapuskan
golongan revolusi yang dipimpin oleh Dr. Sun. Golongan revolusi bertindak bijak
dengan mengadakan rundingan dengan Yuan Shih Kai dan melantik beliau
sebagai presiden sementara. 

Semasa pilihanraya diadakan, KMT telah menang besar. Walau


bagaimanapun, Yuan Shih Kai enggan meletak jawatan sebaliknya melantik
dirinya sebagai mahajara China. Beliau mengamalkan pemerintahan diktator.
Beliau telah mengharamkan KMT dan bertindak membunuh pemimpin KMT.

 Setelah Yuan Shih Kai meninggal dunia [1916], Dr. Sun Yat Sen yang berada di
Jepun telah kembali ke China dan mengukuhkan semula kedudukan Kuomintang
seterusnya menubuhkan kerajaan di Canton.   Beliau berusaha menyatukan
rakyat China.

Usaha Dr. Sun tidak disenangi  oleh kuasa Barat seperti Britain, Perancis dan AS.
Memandangkan kuasa Barat tidak menyokong usaha tersebut,  Dr Sun Yat Sen
telah meminta bantuan Rusia. Pada tahun 1923, Parti Komunis China [PKC]
telah bergabung dengan Kuomintang [KMT] dan membentuk Barisan Bersatu.

Pada tahun 1925, Dr. Sun meninggal dunia. Ketiadaan beliau telah menyebabkan


KMT berpecah kepada dua puak iaitu;

Chiang Kai-shek berjaya melemahkan kumpulan prokomunis sehinggalah


munculnya Mao Tze Tung. Mao Tze Tung berjaya memulihkan sokongan rakyat
kepada PKC dengan menekankan dasar mengusir penjajah dan hak sama rata ke
atas pemilikan tanah. KMT dan PKC terus berbalah dan terjebak dengan beberapa
siri perang saudara ekoran percanggahan dasar.

Dengan sokongan padu penduduk luar bandar, PKC berjaya memenangi perang
saudara menentang KMT. Pada tahun 1949, PKC berjaya membentuk kerajaan
komunis yang dikenali sebagai Republik Rakyat China. Chiang Kai-shek dan
penyokongnya yang tewas telah melarikan diri ke Taiwan dan menubuhkan
kerajaan demokratik.

Kesimpulan
Usaha dekolonisasi di China menyaksikan berlakunya perpecahan dalam kalangan
rakyatnya. Perpecahan akibat percanggangan ideologi ini turut mencetuskan
perang saudara. Hal ini sedikit sebanyak telah memberi kesan ke atas usaha
mengusir penjajah dari China.  Walau bagaimanapun, kemunculan tokoh-tokoh
berwibawa telah berjaya menyatukan sebahagian besar penduduk China sehingga
akhirnya mampu mengusir penjajah Barat sekaligus mengembalikan kedaulatan
di China.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


Sejarah Penubuhan PBB
Perang Dunia Pertama meninggalkan kesan besar dalam sejarah dunia. Jumlah
korban dan kemusnahan harta benda yang besar mencetuskan kesedaran
masyarakat antarabangsa untuk membentuk sebuah pertubuhan bagi menjamin
keamanan dunia. Oleh itu, Liga Bangsa telah ditubuhkan. Walau bagaimanapun,
Liga Bangsa gagal menjalankan tanggungjawab yg diamanahkan. Kegagalan Liga
Bangsa terbukti apabila Perang Dunia Kedua meletus.

Pada bulan Ogos 1941, Winston Churchill dan Franklin D. Roosevelt


mengisytiharkan Piagam Atlantik yang kemudiannya menjadi asas kepada
penubuhan PBB.  Januari 1942, pemimpin utama dari AS, Britain, Rusia dan
China telah menandatangani dokumen yang dikenali sebagai Perisytiharan
Bangsa-Bangsa Bersatu [United Nations]. AS, Britain, Rusia, Perancis dan China
dilantik sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan dan diberikan kuasa veto.
Organisasi / Badan yang terdapat di dalam PBB

 
Kuasa veto merujuk kepada hak yang diberi kepada seseorang atau sesuatu
kumpulan untuk menolak sebarang keputusan undang-undang yang diluluskan
oleh beberapa ahli yang lain (Kuasa pembatal). Sumber: Wikipedia.org
 

Komanwel

Sejarah Penubuhan
Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 hasil idea Lord Rosebury. Pertubuhan
ini merupakan pertubuhan negara-negara yang pernah dijajah oleh Britain.
Sekitar tahun 1930-an, British masih lagi berkuasa ke atas bekas negara-negara
jajahannya yang sudah dibebaskan sehinggalah terbentuknya Statue of
Westminstern.

Menjelang tahun 1950-an, banyak negara jajahan British mencapai kemerdekaan


dan bersetuju menyertai Komanwel. Negara-negara yang menyertai Komanwel ini
menerima Perisytiharan Prinsip-Prinsip Komanwel sebagai asas hubungan
memandangkan Komanwel tidak mempunyai perlembagaan rasmi.

Kuasa tertinggi adalah berdasarkan keputusan yang ditetapkan di dalam


Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel [ CHOGM]. CHOGM diadakan
dua kali setahun dan dihadiri Perdana Menteri atau Presiden negara anggota.
Persidangan CHOGM ini bertujuan melaksanakan rancangan kerjasama
untuk kepentingan bersama dan menyelesaikan isu yang ditimbulkan.

Keanggotaan Komanwel
1. Keahlian mesti dipohon [bukan automatik walaupun negara terbabit
merupakan bekas jajahan British]
2. Negara2 anggota boleh menarik diri bila-bila masa.
 
3. Negara2 anggota perlu menerima Queen sebagai simbol perpaduan dan
Ketua Komanwel.
4.Negara-negara anggota mesti bersedia untuk berkerjasama antara satu
sama lain demi kepentingan bersama.

Faedah menyertai Komanwel

1. Pemindahan teknologi antara negara anggota terutama dari negara maju


seperti Britain.
2. Meningkatkan perkembangan ekonomi melalui kerjasama antara negara
anggota: contoh, Rancangan Colombo yang dianjurkan oleh UK.
3. Membantu menaikan taraf pendidikan melalui Jawatankuasa
Perhubungan
Pelajaran Komanwel.

Sukan Komanwel yang diadakan sekali dalam 4 tahun merupakan lambang


perpaduan negara-negara anggota Komanwel.

CHOGM

 CHOGM adalah sidang kemuncak dwitahunan yang disertai semua ketua-ketua


kerajaan dari negara-negara Komanwel. Biasanya Ratu Elizabeth II yang menjadi
Ketua Kerajaan Komanwel akan merasmikan mesyuarat tersebut.  CHOGM yang
pertama diadakan pada 1971.

Mesyuarat CHOGM biasanya membincangkan perkara-perkara  berkaitan isu


semasa atau yang sedang berlangsung yang melibatkan negara ahli. Antaranya
CHOGM membincangkan isu dasar aparteid di Afrika Selatan.
Sumber: Wikipedia.org

 
Faedah Malaysia Menyertai Komanwel
·    i. Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain yang juga
melibatkan Australia dan New Zealand. Ketiga-tiga negara (Britain, Australia,
New Zealand) membantu Malaysia semasa konfrantasi Indonesia.
·        ii. Malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Melalui perjanjian
ini Britain secara automatik akan membantu Malaysia jika diserang musuh.
·        iii. Negara Britain banyak menanam modal di Malaysia dalam sektor ekonomi
perlombongan dan perladangan.
·         iv. Melalui Rancangan Colombo pelajar Malaysia mendapat biasiswa untuk
melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand.
Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my

·      
          ***Walaupun British telah memberi kemerdekaan kepada sesetengah negara
jajahannya tetapi Parlimen Britain masih berkuasa ke atas hal-ehwal negara
berkenaan. Statute of Westminster yang diluluskan pada tahun 1931 adalah
simbol berakhirnya penguasaan Parlimen British di negara-negara yang sudah
diberi kebebasan.

NATO

Pengenalan
NATO merujuk kepada North Atlantic Treaty Organization [Pertubuhan
Perjanjian Atlantik Utara]. NATO merupakan sebuah pakatan bercorak
ketenteraan yang menekankan sistem pertahanan bersama antara negara
anggota.
Objektif Penubuhan NATO
AS, UK dan NATO
United Kingdom [UK] berpendapat kuasa besar seperti Amerika Syarikat [AS]
perlu dilibatkan dalam sesebuah pertubuhan. Britain percaya bahawa
pengelibatan AS penting bagi memastikan NATO muncul sebagai pertubuhan
yang kuat. AS akhirnya menjadi tunjang kekuatan  dan kestabilan NATO.

Kesungguhan UK menjadikan hubungan antara Britain dan AS semakin rapat


sehingga terjalinnya pelbagai kerjasama seperti;
i. Perundingan diplomatik

ii. Kerjasama dalam bidang ketenteraan

iii. Kerjasama dalam bidang perisikan [FBI, CIA dan SIS]

 Walau bagaimanapun, hubungan AS-UK sedikit renggang apabila AS


memperkenalkan Atomic Energy Act of 1946. Akta ini menghalang sebarang
bentuk kerjasama pembangunan nuklear antara AS dengan mana-mana negara
bagi mengekang perlumbaan pembangunan senjata nuklear oleh negar-negara
lain. UK kecewa dengan pendirian AS lantas membangunkan senjata nuklearnya
sendiri.

Kesimpulan
 Peranan AS dalam NATO tidak dapat dinafikan sehingga Rusia menganggap AS
adalah NATO dan NATO adalah AS. NATO muncul sebagai pertubuhan yang kuat
dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan sejagat. Tentera NATO
ditempatkan di beberapa buah negara bergolak seperti di Afghanistan dengan
tujuan mengekang peperangan berlarutan.

You might also like