Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 20

ELTER (Electronic Duster)

1. Pengenalan Projek
a. Tajuk
Projek ini diberi nama “Elter”, merupakan sambungan singkatan
perkataan “Electronic Duster”. Mengikut kamus “Advanced
English Dictionary”, “Electronic” bermaksud “invoving the use of
such equipme”t’ atau berkenaan elektronik. Selain itu ia juga
bermaksud secara elektrik. Manakala “Duster”, mengikut kamus
yang sama ialah “small soft cloth for removing dust from furniture
and surface” atau kain pengesat. Daripada pernyataan ini “Elter”,
dapatlah di kenali sebagai kain pengesat yang menggunakan
elektronik.

b. Latar Belakang
Projek ini adalah hasil usaha kreatif semasa Kelab Sains dan
Matematik di sekolah. Semasa kelab kokurikulum diadakan di
sekolah, kami telah disarankan oleh guru untuk memikirkan
masalah yang terdapat di dalam kelas dan cuba menyelesaikan
masalah tersebut dengan menggunakan elektronik. Pada asalnya
kami cuba menghasilkan produk pembersih tingkap cermin, namun
setelah mendapat bimbingan guru, kami mendapati pembersih
papan tulis adalah lebih sesuai.
Projek ini telah dihasilkan oleh Kumpulan Mullock Junior, yang
terdiri daripada Darren Samuel ak Brendan Yeyen, Muhammad Afif
Hilman, Dayini bt Djohan dan Ervina Marylyn Wong.

Gambar Ahli
Logo Kumpulan

1
ELTER (Electronic Duster)

Kumpulan ini diberi nama Mullock Junior kerana kumpulan ini ditaja
dan dibimbing sepenuhnya oleh Kumpulan Mullock.
c. Objektif

Objektif Khas projek ini adalah:


i. Menarik minat murid untuk membersihkan papan tulis.
ii. Membersihkan papan tulis dengan seronok.
iii. Membina bahan kegunaan kelas yang mengikut peredaran
masa.
iv. Membersihkan kotoran papan tulis di tempat yang tinggi.

Objektif Am projek ini adalah:


i. Membersihkan debu-debu di dalam kelas (cermin,
dinding kelas, meja guru, meja murid, atau mana-mana
permukaan di dalam kelas)
ii. Membersihkan papan kekunci computer.

d. Kos Projek

Bil Bahan Kos


1 Dinamo Bahan terbuang
2 Wayar Bahan terbuang
3 Bateri RM7.30
4 Glue Stick RM3.00
5 Pemadam Papan Tulis Bahan Terbuang
6 Glue Gun RM12.00
7 Electrical Tape RM1.00
8 Double Tape RM2.30
9 Mono Pod (rosak) Bahan Terbuang
10 Penahan Talipon Bimbit Bahan Terbuang
JUMLAH RM25.60

2. Pernyataan masalah
2
ELTER (Electronic Duster)

a. Permasalahan

Semasa aktiviti kelab Matematik pada 5 Februari 2018, guru kelab


iaitu cikgu Mohd Hafiz bin Ramli telah menyuruh kami
menyenaraikan beberapa masalah yang terdapat dalam bilik darjah.
Antara masalah yang kami dapati ialah:

i. Masalah kasut murid tidak disusun kemas.


ii. Bekalan murid tidak di susun dengan kemas.
iii. Kesukaran menyimpan barang di tempat duduk.
iv. Papan tulis sentiasa kotor.
v. Murid turun ke tandas menggunakan kaki ayam.

3
ELTER (Electronic Duster)

b. Analisis Permasalahan

Kumpulan kami juga telah membuat beberapa cara untuk


menganalisis masalah. Antara cara yang kami gunakan ialah
membuat perbincangan bersama ahli kumpulan dengan bimbingan
guru-guru dari kumpulan Mullock yang merupakan guru penasihat
kelab Sains dan Matematik. Selain itu kami juga membuat temubual
dengan rakan-rakan dan guru-guru yang berada di S.K. St
Bernatd(M), Dalat. Untuk membuat kepastian kami telah membuat
brainstorming sesame ahli kumpulan dan beberapa rakan sekelas.
4
ELTER (Electronic Duster)

c. Kaedah dan Teknik pemilihan masalah


Kumpulan kami telah menggunakan jadual kekerapan pemilihan
masalah untuk mengenalpasti masalah yang dipilih.

Data yang diambil berdasarkan respon 21 orang murid Tahun 5.

d. Rasional Pemilihan Projek


Proses pemilihan projek yang dilaksanakan menggunakan dua
kaedah iaitu Kaedah SMART dan Force Ranking.

Pemiliha
n Projek

5
ELTER (Electronic Duster)

Dua kaedah ini digunakan kerana ia amat bersesuaian dalam


urusan pemilihan.

Berdasarkan Force Ranking, dua masalah yang didapati penting


ialah sukar menyimpan barang ditempat duduk dan papan tukis
sentiasa kotor. Dua masalah ini penting kerana, berkaitan dengan
iklim bilik darjah.

6
ELTER (Electronic Duster)

Berdasarkan SMART, Papan Tulis Sentias Kotor menjadi pilihan


kami.

7
ELTER (Electronic Duster)

Mengenalpasti cirri-ciri bahan melalui kaedah SCAMPER.

e. Pernyataan Masalah

Berdasrkan Force Ranking dan Smart, masalah yang kami pilih ilah
‘Papan Tulis Sentiasa Kotor’.

8
ELTER (Electronic Duster)

Menurut Kamus Istilah Bahasa Melayu, Papan Tulis Sentiasa Kotor


bolehlah dihuraikan sebagai papan putih tempat menulis yang
selalu atau setiap masa tidak bersih atau cemar.

3. Proses Pelaksanaan Projek


a. Jawatankuasa Pelaksanaan

9
ELTER (Electronic Duster)

Kumpulan ini dibawah teraju guru penolong kanan Kokurikulum iaitu


Cikgu Gemma atta Lawrence. Kumpulan ini juga dibawah bimbingan
kumpulan Mullock iaitu cikgu Mohd Hafiz, cikgu Norsyazwani, Cikgu
Abdul Mutalib dan Cikgu Wong Tze. Ahli-ahli terdiri daripada tiga orang
murid Tahun 5, iatu Darren Samuel selaku ketua kumpulan, Ervina
Marylyn Wong selaku setiausaha dan Muhammad Afif Hilman serta
Dayini bt Djohan sebagai ahli kumpulan.

b. Sumber Dana
Kumpulan ini juga mendapat sumber dana daripada unit
Kokurikulum Sekolah, PIBG dan kumpulan Mullock.

Dana Kumpulan

Bil Sumber Dana Jumlah


1 Daripada Kumpulan Mullock RM100.00
2 Sekolah Dalam proses
3 PIBG Dalam Proses
Jumlah Keseluruhan RM100.00

Dana kumpulan dibawah jagaan Lumpulan Mullock.

c. Jalinan Kerjasama
Kumpulan kami membuat
jalinan dengan kumpulan
KIK guru di sekolah kami
iaitu kumpulan Mullock
yang juga merupakan
mentor kepada kumpulan
kami. Kerana itu kumpulan
kami diberi nama Mullock
Junior.

10
ELTER (Electronic Duster)

d. Proses Kerja

11
ELTER (Electronic Duster)

1.

PENGUMPULAN BAHAN

 mengumpul pelbagai alat elektronik daripada kereta mainan


dan kipas terpakai.
2. MENGENALPASTI BAHAN YANG BOLEH DIGUNAKAN
 Dinamo
 Wayar
 Bekas bateri
 Bateri
 Alat on-off
 Penyambung recharge
 Pemadam papan tulis
 Kain pemadam papan tulis

3. PENYAMBUNGAN ALAT ELEKTRONIK

Membuat penyambungan alat elektronik untuk menguji


keberkesanan fungsi alat yang dipilih.

12
ELTER (Electronic Duster)

4. PEMASANGAN ALAT ELEKTRONIK PADA RANGKA PRODUK

Pemasangan alat elektronik pada rangka


pemadam papan tulis.
5. PENAMBAHBAIKAN UNTUK
KEPELBAGAIAN FUNGSI LAIN DAN

MENGEMAS
PRODUK (PRODUK
1)

Penambahbaikan fungsi produk dengan alat tambahan bagi


kefungsian di tempat yang tinggi.
6. UJICUBA PRODUK 1

Uji cuba produk di dalam kelas Tahun 5.


7. PENAMBAHBAIKAN PRODUK
Menukar dinamo kepada dinamo yang
13
ELTER (Electronic Duster)

lebih kuat.

8. PENGHASILAN PRODUK 2

Menghasilkan produk 2
yang lebih selamat dan
mesra pengguna..

e. Buku Log

Buku log catat sebanyak seminggu sekali dimana perjumpaan


dibuat seminggu sekali. Semakan oleh guru penasihat dibuat
seminggu sekali manakala semakan guru besar sebanyak sebulan
sekali.

4. Penilaian Projek (Kemenjadian Projek)

a. Tinjauan/ Kajian Literature

Menggunakan
Kepentingan Menggosok bahan cecair
Papan Tulis secara bulatan untuk
Dalam untuk membersihkan
Pembelajaran membersih papan tulis

Kajian melalui internet dibuat mengenai maklumat yabg berkaitan

14
ELTER (Electronic Duster)

dengan pemadam papan tulis.

b. Penambahbaikan yang Dilakukan

Sepanjang penghasilan produk, telah terhasil 2 produk.

Selepas produk pertama dibuat uji cuba, terdapat beberapa


kekurangan didapati. Antara kekurangannya ialah;
 Memerlukan bateri saiz AA, dan pengguna hendaklah kerap
membeli bateri.
 Terdapat bahagian yang agak bahaya untuk digunakan oleh
murid Tahap 1.

Hasilnya produk yang kedua telah diubah suai dari segi bateri. Produk
kedua tidak perlu dibeli bateri, kerana sudah terdapat bateri boleh dicaj
dalam produk dan tidak menggunakan kipas untuk bahagian yang
berputar.

c. Perubahan yang Dilakukan Selepas Projek Inovasi

15
ELTER (Electronic Duster)

16
ELTER (Electronic Duster)

Banyak perubahan yang berlaku selepas projek ini dilaksanakan.


Terdapat beberapa pihak yang mendapat manfaat seperti, murid,
sekolah, guru danm pekerja swasta.

d. Nilai Komersial

Kos inovasi hanya untuk pembelian bahan sampingan untuk


membina inovasi, kerana bahan asas pembinaan inovasi tidak
dibeli dan diambil daripada alat elektronik dan bahan lain yang tidak
digunakan lagi.

17
ELTER (Electronic Duster)

Berdasarkan kaedah penentuan nilai diatas, produk ini dapat dijual


dengan harga RM20.00dengan mendapat keuntungan setelah
ditolak kos pembinaan RM6.00. Produk ini telah dibeli oleh guru
prasekolah S.K. St. Bernard(M), Dalat untuk digunakan di bilik
prasekolah. Produk ini sangat bersesuaian dengan murid
prasekolah kerana ia tidak bahaya dan boleh digunakan untuk
memadam tempat yang tinggi. Produk ini dapat menarik minat
murid-murid untuk menggunakannya.
Selain itu, produk ini dalam proses untuk
permohonan hakcipta melaui MyIppo
cawangan Sarawak dalam masa terdekat.

e. Akuan Dan Kesahan

Produk ini telah dibawa ke Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah


untuk diuji jesahan dari segi
keselamatan, bahan kimia dan
kemudaratan. Pegawai
kesihatan yang telah menguji
produk ini iaitu Encik Malek bin
Spawi mengesahkan bahawa
produk ini selamat dan boleh
digunakan.
Selain itu produk ini juga turut
diakui boleh digunakan oleh
guru-guru dan murid-murid
disekolah.

18
ELTER (Electronic Duster)

5.  Kesimpulan Projek

Sepanjang pelaksanaan projek ini pelbagai halangan yang dihadapi .

19
ELTER (Electronic Duster)

Untuk menghadapi masalah kekangan masa, kami telah membuat


perjumpaan pada hujung minggu di rumah Darren. Manakala sumber
kewangan untuk membeli bahan kami mendapat peruntukan daripada
kumpulan pembimbing kami. Bahan-bahan asas kami perolehi
daripada pengumpuian bahan elektronik daripada rakan-rakan di
sekolah.
Secara keseluruhannya projek ini masih lagi berjalan. Kami merancang
untuk menambahbaik produk ini supaya lebih hebat dan berdaya
saing. Selepas ini kami akan membuat permohonan dengan Myippo
serta cuba membuat penyebaran di luar sekolah.

20

You might also like