Eksperimen 3 Peluh & Nadi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Eksperimen 3.

1 ( muka surat 76 )
Tajuk Homeostasis ( pengeluaran peluh)
Pernyataan Masalah Kita berpeluh dalam keadaan panas atau sejuk?
Hipotesis Kita berpeluh dalam keadaan panas.
Tujuan Mengkaji tindakan biologi yang memberikan gerak balas kepada perubahan
suhu.
Pembolehubah i) dimanipulasikan : suhu persekitaran
ii) bergerak balas : kehadiran peluh
iii) dimalarkan : masa yang diambil
Bahan dan radas Jam randik, satu murid dari setiap kumpulan.
Prosedur
1. Masuk ke dalam bilik makmal tanpa memasang kipas selama 10 minit.
2. Keadaan sama ada berpeluh atau tidak direkodkan.
3. Kemudian, kipas dipasang selama 10 minit.
4. Keadaan sama ada berpeluh atau tidak direkodkan.

Pemerhatian Suhu persekitaran Kehadiran peluh


Panas (tanpa pasang kipas) ada
Sejuk (pasang kipas) tiada

Perbincangan Badan akan keluarkan peluh pada persekitaran yang panas. Perpeluhan
menyejukkan badan kerana apabila peluh tersejat, haba disingkirkan daripada
badan
Kesimpulan Hipotesis diterima. Kita berpeluh dalam keadaan panas.

Eksperimen 3.2 ( muka surat 77 )


Tajuk Homeostasis ( Nadi)

Pernyataan Masalah Adakah kiraan nadi semakin meningkat apabila melaksanakan tugas yang berat?

Hipotesis Kiraan nadi semakin meningkat apabila melaksanakan tugas yang berat.
Tujuan Mengkaji tindakan biologi yang memberikan gerak balas kepada kiraan nadi.
Pembolehubah i) dimanipulasikan : jenis aktiviti
ii) bergerak balas : kiraan nadi
iii) dimalarkan : masa yang diambil
Bahan dan radas Jam randik, satu murid dari setiap kumpulan.
Prosedur
1. Seorang murid daripada setiap kumpulan dipilih untuk menjalankan
aktiviti yang dirancangkan iaitu keadaan rehat, berjalan dan berjoging.
Aktiviti berjalan dan berjoging dilakukan selama 10 minit.
2. Kemudian, kiraan nadi bagi setiap murid diambil selama 1 minit dengan
meletakkan dua jari pada pergelangan tangan mereka dan bacaan
direkodkan.
3. Semua keputusan direkodkan dlaam jadual.

Pemerhatian
No. Nama Kiraan nadi
Kumpulan murid Keadaan rehat Berjalan Berjoging
1 Ahmad 80 89 92
2 Muhammad 81 90 93
3 Siti 78 86 89
4 Nurul 79 87 90

Perbincangan 1. Kiraan nadi meningkat selepas melakukan aktiviti cergas.


2. Apabila kiraan nadi meningkat, kadar denyutan jantung juga meningkat.
3. Kadar denyutan jantung yang meningkat dapat mengangkut lebih banyak
oksigen dan glukosa ke tisu otot dengan cepat untuk respirasi sel bagi
menghasilkan tenaga serta menyingkirkan karbon dioksida keluar dari
peparu denga cepat.

Kesimpulan Hipotesis diterima. Kiraan nadi semakin meningkat apabila melaksanakan tugas
yang berat.

You might also like