Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Inisiatif bantu peruncit, lonjak kuasa

beli rakyat
Oleh Mohd Zaky Zainuddin - Jun 19, 2020 @ 11:19am

zaky@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Inisiatif kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
(PENJANA) bernilai RM45 bilion akan menjadi titik tolak pemulihan perniagaan di
Malaysia.

Presiden Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Datuk Seri Garry Chua
Kah Seng, berkata pengenalan inisiatif Shop Malaysia Online, ePENJANA dan Beli
Barangan Buatan Malaysia membuktikan kerajaan serius untuk memacu semula
kegiatan runcit dalam negara.

"Inisiatif ini memberi peluang kepada rakyat berbelanja. Ia akan merancakkan


semula industri runcit yang terjejas teruk, susulan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) yang dicetuskan COVID-19," katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Di bawah inisiatif Shop Malaysia Online, kerajaan memperuntukkan RM70 juta untuk
dimanfaatkan oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan mikro
sedia ada yang beroperasi dalam talian.

Objektif inisiatif itu untuk menggalakkan perbelanjaan rakyat secara dalam talian
menerusi penggunaan e-baucar.

Sehubungan itu, kerajaan akan bekerjasama dengan penyedia platform e-dagang


untuk membiayai bersama diskaun e-baucar bagi menggalakkan pembelian dalam
talian produk peruncit tempatan.

Kah Seng berkata, inisiatif ePENJANA yang menawarkan kredit e-dompet bernilai
RM50 tepat pada masanya untuk menggalakkan rakyat membeli pelbagai produk di
kedai fizikal, tetapi membuat pembayaran tanpa tunai.

Katanya, golongan B40 dan M40 pastinya memanfaatkan insentif RM50 dari
kerajaan dan tambahan RM50 melalui baucar diskaun oleh pembekal e-dompet.

"Saya percaya usaha kerajaan ini untuk membantu rakyat dan industri runcit yang
kini sudah menunjukkan tanda pemulihan awal. Saya jangka industri semakin baik
menjelang akhir tahun ini. Paling awal November," katanya.

Menerusi inisiatif ePENJANA, kerajaan memperuntukkan RM750 juta untuk


dimanfaat 15 juta rakyat yang berusia 18 tahun ke atas yang berpendapatan kurang
RM100,000 setahun.
Bagi Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia, inisiatif yang akan dimanfaatkan oleh
peniaga tempatan dapat menggalakkan penggunaan barang dan perkhidmatan
buatan Malaysia.

Menerusi kempen ini, kerajaan mewajibkan penandaan barang buatan tempatan


bagi rangkaian pasar raya, selain mewujudkan saluran khusus produk Malaysia di
platform e-dagang utama.

"Saya melihat kerajaan mahu membantu semua, termasuk ahli kami yang masih
belum pulih daripada kesan COVID-19.

"Selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), jualan ahli


kami mulai pulih, tetapi masih rendah sekitar 20 hingga 30 peratus.

"Mungkin selepas ini, kerajaan boleh membuka sempadan dengan memberi


kebenaran rakyat negara luar yang berstatus Zon Hijau (bebas COVID-19)
bertandang ke Malaysia. Ia pasti merancakkan semula industri peruncitan," katanya.

You might also like