Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

1.

0 PENGENALAN
Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) merupakan satu program bagi pelajar Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini memberi peluang
kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di
dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan
guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS guru pelatih dapat memahami tingkah laku murid,
pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan
dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Ringkasnya, melalui program PBS, pelajar
akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana
pengurus sekolah mentadbir sekolah.

1
2.0 LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
2.1.1 Pengenalan
Saya Shaarmini A/P Arumugam, dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik,
telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) bagi Semester 2 PISMP di SK
Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan dari 17/32/2020 hingga 21/2/2020. PBS ini
merupakan perkara yang wajib perlu dilakukan oleh semua guru pelatih dari IPG. Ini
bertujuan memberi peluang kepada mereka untuk merasai pengalaman dan pendedahan
yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di sekolah untuk praktikum.

Saya telah menjalankan PBS selama lima hari di sekolah tersebut. Saya telah diberi
tugasan untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan sekelas murid, guru serta
maklumat untuk subjek murid dan pembelajaran. Objektif PBS ini dijalankan ialah untuk
mengetahui sejauh mana saya dapat mengenal pasti perbezaan individu antara sekelas
murid dari segi aspek kecerdasan pelbagai berdasrlan Teori Kecerdasan Pelbagai Howard
Gardner.

2
3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL

PERANCANGAN SEBELUM PBS

Sebelum menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel saya telah
meneliti dan merancang perkara – perkara yang perlu dilakukan semasa menjalankan PBS
supaya saya dapat mencapai objektif PBS dengan jayanya.

Berikut adalah perancangan saya :

1) FOKUS UTAMA

Berdasarkan tugasan yang diberi, saya dikehendaki untuk menjalankan PBS selama
seminggu di SK DESA CEMPAKA. Skop tugasan yang perlu saya penuhi iaitu saya perlu ke
sekolah untuk melihat persekitaran sekolah dan iklim bilik darjah. Saya akan menggunakan
kaedah pemerhatian temu bual dan soal selidik berkenaan kecerdasan pelbagai Howard
Garner yang mengandungi 27 item bagi mendapatkan data berkenaan dengan persekitaran
sekolah dan iklim bilik darjah di SK Desa Cempaka. Bagi mencapai objektif PBS, saya akan
berkolaborasi dengan warga SK Desa Cempaka selama seminggu berada di sana.

Di samping itu juga, saya akan memohon kebenaran daripada guru besar untuk
masuk ke kelas semasa sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P) bagi melihat situasi P&P
dengan melihat susunan bilik darjah,kawalan bilik darjah,penglibatan pelajar semasa
P&P,iklim bilik darjah,penggunaan alat bantu mengajar dan hal – hal yang berkaitan dengan
bilik darjah.

2) STRATEGI PERLAKSANAAN

Saya telah merancang beberapa strategi dengan membuat takwim aktiviti untuk
setiap hari bagi melicinkan proses pencarian dan pengumpulan maklumat seperti yang
terkandung dalam tugasan PBS yang saya terima. Strategi yang dibuat ini dapat membantu
saya menggunakan masa seminggu yang ada dengan sebaik – baiknya.

3
Hari pertama.

 Melapor diri melalui Guru Pnolong Kanan 1

 Berjumpa dengan guru – guru penolong kanan

 Berkenalan dan beramah mesra dengan guru

 Menyertai perhimpunan rasmi yang diadakan pada setiap hari Isnin

 Meninjau persekitaran sekolah dengan mengambil gambar

Hari kedua

 Mencari maklumat berkenaan tugasan


 Menemubual staf – staf sekolah
 Melihat sesi P&P serta iklim bilik darjah
 Mengumpul maklumat sekolah

 Mengambil gambar perjalanan sekolah

Hari ketiga
 Menemu bual guru – guru
 Meneruskan pencarian maklumat
 Masuk ke kelas relief dan kelas 4 dahlia memerhati murid-murid sewaktu subjek RBT
 Memerhati dan mengambil gambar murid-murid sewaktu kokorikulum dijalankan

Hari keempat

 Menemu bual guru koko berkenaan pengurusan kokorikulum

 Berinteraksi dengan murid – murid

 Menyusun maklumat – maklumat

 Berjumpa dengan pengurus kantyin untuk mendapatkan maklumat lanjut

Hari kelima

 Mencari maklumat tambahan

4
 Menebual guru penolong kanan HEM tentang murid-murid

 Bermesra dengan guru – guru

PERANCANGAN SEMASA PBS

Semasa menjalankan PBS, saya telah merujuk kepada perancangan awal yang telah
saya rancang. Saya melaksanakan PBS di Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka dengan
berpandukan perancangan yang telah dibuat bagi memastikan segala maklumat dan
dapatan yang diperlukan dapat dikumpulkan dengan baik.

Pada hari pertama PBS, saya dan rakan – rakan telah bertolak seawal 7.00 pagi
dari institut untuk ke SKPK.Jalan Peel.Kami telah sampai di sana pada pukul 7.15 pagi.
Sesampainya di sekolah saya dan rakan – rakan terus ke pejabat Guru Penolong Kanan 1
melaporkan diri. Saya dan rakan saya bersama – sama menyertai sesi perhimpunan rasmi
bersama – sama guru dan murid – murid.

Selepas tamat sesi perhimpunan, saya dan rakan – rakan bersama – sama berjumpa
dengan Guru Besar. Guru Besar meminta kami berjumpanya di hadapan pusat sumber.
Saya dan rakan – rakan memperkenalkan diri masing – masing kepada Guru Besar dan
memberitahu tujuan kami datang untuk PBS selama seminggu. Guru Besar memberikan
taklimat berkenaan dengan kehadiran kami selama seminggu ke sekolah serta memberikan
serba sedikit maklumat berkenaan dengan sekolah. Pada masa yang sama, guru besar
memperkenalkan Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru penolong kanan HEM.

Apabila sesi bersama Guru Besar tamat, saya dan rakan – rakan bersama – sama
meninjau kawasan sekolah bagi melihat persekitaran dan iklim sekolah. Saya mengambil
gambar – gambar persekitaran sekolah untuk dimuatkan ke dalam folio PBS. Gambar –
gambar yang diambil adalah berkenaan dengan kemudahan sekolah, budaya sekolah, sesi
pembelajaran dan pengajaran bilik darjah, susun atur bilik darjah dan yang berkaitan dengan
Objektif PBS yang hendak dicapai.

Pada hari kedua PBS, saya menemu bual staf – staf sekolah seperti yang telah
dirancang. Saya telah menemu bual seorang pengawal keselamatan yang telah berkhidmat
selama dua tahun di SK Desa Cempaka iaitu Thilagavathi yang mengenai aspek kawalan
keselamatan sekolah serta bidang tanggungjawab seorang pengawal keselamatan. Saya
turut menanyakan mengenai budaya warga sekolah ini. Selain itu, saya juga telah menemu
bual seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) iaitu Cik Fazrina bt.Idris yang telah
berkhidmat selama tiga tahun mengenai penggunaan ICT dalam P&P,penglibatan murid
dalam kelas,bahan bantu mengajar yang digunakan serta cara murid dibahagikan ketika
menjalankan sesuatu aktiviti.

5
Saya turut pergi ke kelas – kelas untuk melihat sesi pengajaran dan pembelajaran.
Saya ingin melihat sendiri bagaimana guru mengendalikan kelas dan menjalankan P&P
dengan berkesan dan dalam pada masa yang sama saya ingin mengumpulkan maklumat
berkenaan tugasan dengan menggunakan kaedah pemerhatian. Tambahan pula, sebagai
bakal guru saya ingin menimba sebanyak mungkin ilmu untuk digunakan semasa menjadi
guru kelak.

Pada hari ketiga PBS, saya meneruskan perjuangan untuk mencari maklumat
dengan berkolaborasi dengan guru – guru dengan menemu bual seramai mungkin guru
untuk mendapatkan maklumat mengenai sekolah dan dapatan – dapatan lain mengenai
tugasan Kecerdasan Plebagai murid-murid menjadi salah satu tugasan yang perlu disiapkan
semasa PBS. Kemudian pada waktu pagi saya telah mendapat kebennaran daripada cikgu
RBT yang bernama puan Nur Farhana bagi mentadbirkan soal selidik yang telah saya
sediakan kepada murid-murid 4 Dahlia.

Pada waktu petang saya Bersama rakan saya mendapat peluang untuk memerhati
kanak-kanak sewaktu kokorikulum terutamanya kelab dan permainan yang dianjurkan oleh
pihak sekolah. Pada masa tersebut saya dapat memerhati murid-murid yang menjalankan
aktiviti dengan bersungguh-sungguh. Saya juga telah berinteraksi dengan seorang murid
tahun Empat Wira iaitu Divya Dharshini berkenaan dengan bahan bantu mengajar yang
paling disukai dan mengenai suasana pembelajaran di sekolah. Kemudian saya juga
mengedarkan soal selidik tentang kecerdasan pelbagai kepada murid-murid 4 dahlia. Pada
masa tersebut guru pebimbing saya membantu dan memberi tunjuk ajar tentang soal selidik
kepada murid-murid.

Pada hari keempat ini juga saya menyusun kesemua maklumat yang ada bagi
memastikan saya tidak tercicir mana – mana maklumat yang penting dalam tugasan PBS
ini. Saya juga melihat senarai semak yang ada untuk dijadikan panduan untuk menyusun
maklumat yang telah dikumpul.

Pada hari terakhir PBS, saya masuk ke kelas sebagai guru relief. Hal ini demikian
kerana, ramai guru – guru tidak ada di sekolah atas tugas yang lain. Saya telah masuk ke
kelas dan telah berkerjasama dengan pembantu pengurusan murid bagi menyediakan
lembaran kerja untuk dibuat oleh murid – murid di sepanjang tempoh P&P tersebut. Pada
masa yang sama saya juga mencuba untuk mencari maklumat tambahan untuk tugasan
PBS ini sementara ada waktu.

Sebelum pulang, saya dan rakan – rakan mengucapkan terima kasih kepada semua
warga sekolah terutamanya Guru Besar kerana membenarkan saya untuk menjalankan PBS

6
di sekolah ini. Saya juga berterima kasih krpada guru – guru dan staf – staf sekolah atas
kerjasama yang telah diberikan.

SELEPAS PBS

Selepas menjalani Pengalaman berasakan sekolah, saya telah mengumpul dan


mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah saya berjaya kumpulkan semasa
menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya turut menjumpai bebrapa ilmu
pengetahuan yang berguna dan boleh saya gunakaanya pada masa depan. Saya telah
mempelajari mengenai teknik bertanya yang betul dan berkesan yang boleh digunakan
apabila inginmendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak.

Selain itu saya juga mendapat input yang sangat berguna semasa berjumpa dengan
Guru Besar, banyak nasihat yang diberikan kepada saya bagi menjadi seorang guru yang
dapat membentuk dan membantu anak didik yang bakal menerajui negara kela. Tambahan
lagi, beliau turut mengingatkan saya agar sentiasa berkongsi ilmu yang berguna agar ilmu
yang berada di dada kita sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

Tamabahan pula, saya juga dapat membuat analisis bahawa persekitaran sekolah serta
pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam membina perkembangan
murid-murid sama ada dari segi Jasmani, Intelek, Rohani, emosi mahupun Sosial.
Persekitaran sekolah dan pengurusan bilik darjah yang menarik dapat mendorong perasaan
ingin belajar kepada murid-murid. Kemudahan yang mencukupi juga adalah perlu bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancer dan
berkesan.

7
4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

I. Pemerhatian

Dalam menjalani tugasan PBS INI, saya telah menggunakan beberapa kaedah yang
salah satunya adalah pemerhatian terhadap beberapa aspek. Apa yang saya dapat melalui
pemerhatian saya adalah mengenai cara guru mengajar di dalam kelas. Secara
keseluruhannya, guru menerapakan elemen seni seperti muzik, visual dan pergerakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya pada waktu subjek Muzik
guru memasang radio dan menyanyi lagu bersama irama yang sesuai dengan murid.
Dengan ini proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan elemn seni dapat
menjadiakn murid lebih aktif malah mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik
terhadap murid-murid di sini.

Selsin itu saya juga memerhati guru yang mengendalikan elemen multimedia di dalam
kelas. Sebagai contohnya, pada waktu Sains guru membawa murid ke perpustakaan untuk
menujukkan video dan gambar-gambar dengan menggunakan Televisyen, Dengan ini
murid-murid menjadi gembira dan memberikan tumpuan yang sepenuhnya di dalam kelas.
Selain itu guru menjalankan aktiviti perbincangan secara berkumpulan di dalam kelas.
Semasa subjek RBT guru memberikan tugasan berkumpulan untuk mereka bentuk bahan
seperti kuih, kasut dan sebagainya. Dalam keadaan ini, murid-murid dapat mendengar
arahan guru dengan baik.

Bukan itu sahaja, saya juga memerhati Kawasan sekolah. Landsakap sekolah yang
hanya berada dalam keadaaan memuaskan, mungkin dipengarihi oleh struktur bangunan
yang lama. Namun begitu, pihak pentadbiran sedaya upaya untuk mewujudkan pelbagai
tumbuhan hiasan dan herba yang ditanam dalam persekitaran Kawasan sekolah. Melalui
pemerhatian ini, saya dapat lihat bahawa sekolah ini tidak mempunyai bengkel Rbt yang
banyak. Melalui pemerhatian juga, saya dapat memperoleh jawapan untuk beberapa soalan
yang berkait rapat dengan tugasan saya. Antaranya seperti

 Guru menggunakan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan


pembelajaran
 Guru menggunakan komputer riba di dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
 Guru berjaya melibatkan murid secara aktif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
 Guru memberi peluang kepada murid dalam mengemukakan idea.

8
 Guru mengendalikan elemen multimedia di dalam kelas. Jika ya. Apakah elemen
Multimedia yang digunakan?
 Guru tahu mengendalikan bilik darjah dengan menggunakan multimedia terutamanya
computer riba dan projektor
 Guru mengajar secara syarahan dan soal jawab di dalam bilik darjah.
 Guru menjalankan aktiviti perbincangan secara berkumpulan di dalam kelas.
 Guru menerapkan elemen seni seperti muzik, visual dan pergerakan dalam
pengajaran dan pembelajaran
 Guru menggunakan alat bantu mengajar yang konkrit di dalam kelas.

II. TEMU BUAL

Temubual yang dijalankan amat penting bagi mendapatkan ilmu dan pengetahauan baru
bagi menyiapakan tugasan yang hendak dibuat. Temubual dilaksanakan mengikut kehendak
soalan yang telah diberikan. Semasa saya menjalankan PBS saya telah menjalankan sesi
temu bual bersama Guru besar, guru dan murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat
dan benar. Saya juga telah melakukan sesi temu bual bersama dengan para guru bagai
mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci mengenai beberapa perkara yang berkaitan
dengan murid-murid dan keperluan mereka dalam menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

Di samping itu, saya juga bertanya mengenai Teknik pengajaran berkesan dan juga
tentang pandangan dan cara mengenalpasti kecerdasan pelbagai dalam diri murid semasa
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut subjek-subjek
tertentu. Tambahan pula saya juga menebual beberapa orang responden seperti guru
penolong kanan Hal ehwal murid, guru penolong kanan kokurikulum, guru panitia,dan guru-
guru lain . Dalam temu bual yang saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang
kebanyakannya mengenai perbezaan individu dalam bilik darjah. Kerjasama yang diberikan
oleh Merika sangat baik. Saya mendapati jawapan yang sanagat memuaskan berhubung
tugasan saya ini

9
III. SOAL SELIDIK

Selain ketiga-tiga kaedah di atas digunakan, saya juga telah menggunakan kaedah
soal selidik. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat tentang kecerdasan
pelbagai yang dimiliki oleh murid-murid. Saya telah mengedarkan borong soal selidik
kepada murid-murid tahun 4 dahlia. Selepas itu saya telah menerangkan tentang
kehendak soal selidik tersebut kepada murid-murid. Setelah selesai memebuat soal
selidik saya telah membuat rumusan tentang kecedasan pelbagai murid respon yang
diberikan oleh murid-murid kelas 4 dahlia.

5.0 KOLOBORASI
Bagi tujuan koloborasi, saya telah mencatatkan rekod koloborasi bersama bersama
orang kakitangan sekolah dan juga pelajar ke dalam boring koloborasi yang disediakan
berserta tandatangan pengesahan. Dalam rekod koloborasi saya telah perolehi banyak
ilmu melalui kaedah temu baual dalam PBS ini. Antara yang telah saya perolehi adalah
kepercayaan dan persepsi guru tentang cara murid belajar untuk menangani masalah
perbezaan individu dalam bilik darjah. Selain itu , saya juga dapat mendapat info-info
tentang kawalan keselamatan sekolah daripada pihak pengawal sekolah. Justeru itu
saya telah mengemukakan beberapa soalan kepada murid tentang cara guru
mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kebanyakkkan
pelajar memberitahu bahawa penggunaan elemen multimedia sangat berkesan malah
dapat mengelakkan kebosanan di dalam kelas. Saya berpendapat bahawa, koloborasi
adalah penting untuk mendapatkan maklumat yang kita perlukan di samping
meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan orang lain dan akhirnya dapat
meningkatkan keyakinan diri ketika berinteraksi.

(Rujuk Lampiran Rekod Koloborasi)

10
6.0 ILMU/ PEMGETAHUAN BARU MELALUI KAEDAH

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program wajib bagi pelajar
Institut Pendidikan Guru Malaysia. Program ini dilaksanakan bagi setisp semester
sehingga semester empat bagi pelajar-pelajar IPG. Pada pendapat saya program ini
memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah sebagai institute Pendidikan
dan peranan dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, reflesi dan
interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS pelatih dapat memhami
pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid untuk
menyatupadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran.
Ringkasnya dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih memahami bagaimana
guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurusa sekolah mentadbir
sesebuah sekolah tersebut.
Pernyataan professional / kontrak tugasan merujuk kepada harapan / tugasan yang
ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu
perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan tugsan tersebut bagi mencapai
objektif yang diharapkan. Setiap fokus tugasan hendaklah dapat diukur dan dinilai
sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.

Objektif PBS

 Memahami budaya sekolah


 Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah
 Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid
 Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim
pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah
 Membina sikap positif terhadap profesion guru
 Membuat reflesi mengenai tugas dan tanggungjawab guru

11
6.1 Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang ijalankan, saya mendapati pengetahuan baharu tentang


suasan dan budaya di SK DESA CEMPAKA. Saya dapat memerhatikan bahawa cara warga
sekolah ini menjalankan kerja dan tugas mereka dengan sempurna. Saya dapat eprhatikan
bahawa setiap sekolah ditekankan dengan pelaksanaan program NILAM dan mendorong
pihak sekolah menjalankan tugas dengan lebih komited. Dalam pada itu, dari segi disiplin
pula, secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan disiplin yang tinggi dalam
kalangan pelajar SK Desa Cempaka yang telah dibudayakan sejak beberapa tahun dahulu.
Pelajar-pelajar di sekolah tersebut menunjukkan kerjasama dan sikap hormat yang tinggi
kerana perkara ini amat ditekankan oleh pihak sekolah.

Dalam satu pross pengajaran dan pembelajaran yang telah saya perhatikan iaitu
kelas Dahliah, saya telah mendapat pengalaman baru bahawa seseorang guru mengawal
keadaan kelas dan murid-murid yang aktif dalam bilik darjah. Aspek perbezaan individu
dalam bilik darjah telah saya perhatikan. Guru tersebut sebenarnya ada menjaga perbezaan
individu dalam kelas iaitu memberi aktiviti dan tugasan yang berbeza kepada murid-murid di
dalam kelas.Murid-murid dapat menggunakan bakat mereka yang berbeza untuk melibatkan
diri dalam proses pdp.

Tambahan pula, pelajar juga giat menujukkan semangat dalam aktiviti koko. Sebagai
contonya setiap pelajar di sekolah tersebut menepati masa apabila masa kokurikulum dan
diumumkan oleh pihak sekolah. Saya amat tertarik dengan kelab alam sekitar yang
menjalankan aktiviti mengutip sampah dan membuat dalam bakul sampah berdasarkan
katogari yang disediakan oleh guru kelab. Dalam keadaan ini murid-murid tidak berasa
segan lalu menjalankan aktiviti mengutip sampah dengan penug bersemangat. Pada masa
yang sama, guru kelab seni juga membawa murid-murid mereka di laur bilik darjah bagi
memberikan satu suasana yang baru kepada murid-murid.

12
6.2 TEMU BUAL

Melalui temu bual yang saya jalankan, banyak ilmu yang telah saya peroleho. Dalam
temu bual uang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang
kebanyakkannya berkisar mengenai ilmu Pendidikan dan sekolah itu sendiri. Kaedah temu
bual telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh dan terperinci
mengenai sesuatu perkara. Sebagai contohnya, temu bual telah dijalankan kepada guru –
guru mata pelajaran untuk mengetahui cara guru menguruskan murid pandai, sederhana
dan kurang pandai. Temu bual juga dijalankan kepada pihak pentadbir iaitu Guru Besar,
guru – guru penolong kanan untuk mengetahui maklumat – maklumat am berkenaan
sekolah seperti bilangan murid, bilangan guru, gred sekolah dan laman web sekolah.

Tamabahan pula, saya jugaa telah perolehi banyak ilmu sepanjang menjalankan
tugasan PBS ini. Antara yang telah saya perolehi adalah peranan pihak pengurusan dalam
memperkembangkan aspek Jasmani, emosi, rohani, intelek, dan social (JERIS) dalam
kalangan pelajar serta bagaimana proses perkembangan kanak-kanak di sekolah tersebut di
ukur sama ada melalui ujian khas atau ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri.
Selain itu, soalan-soalan yang ditanyakan telah dirangka sebelum saya berjumpa dengan
pihak tersebut.

Antara soalan yang ditanyakan ialah:-

 Apakah pendapat guru tentang kecerdasan pelbagai murid di dalam kelas?


 Bagaimanakah penglibatanmurid dalam kokurikulum?
 Apakah Teknik-teknik pengajaran yang diaplikasikan semasan pdpc?
 Adakah keselamatan sekolah terjamin?
 Apakah aktiviti yang diperkenalkan oelh pihak sekolah dalam memantapkan
akademik murid?

13
6.3 SOAL SELIDIK

Soal selidik ini dilaksanakan kerana untuk melihat dapatan kajian pelbagai dari setiap
guru. Hal ini demikian kerana setiap guru mempunyai pandangan tersendiri terhadap
sesuatu isu. Sebagai contohnya, setiap guru mempunyai cara tersendiri untuk mengajar
murid. Setiap guru juga menggunakan alat bantu mengajar yang berbeza – beza mengikut
murid masing – masing. Saya juga dapat menegtahui peranan dan tanggungjawab masing-
masing selepas menjalankan soal selidik. Selain daripada itu, saya juga mengetahui nilai-
nilai murni di kalangan murid-murid. Antara nilai-nilai murni adalah seperti keadilan,
kejujuran, hormat-menghormati, keberanian, rasional, kasig saying dan sevagainya. Bukan
itu sahaja, saya juga dapat maklumat tambahan mengenai pembelajaran yang dialami oleh
murid melalui bebrapa orang responden. Akhirnya saya juga dapat maklumat ini pada masa
kelas ganti.

14
7.0 LAPORAN AKHIR

Saya Shaarmini A/P Arumugam dari kelas RBT 1 telah berjaya menamatkan
program pengalaman berasaskan sekolah (PBS) yang merupakan perkara wajib kepada
semua penuntut IPGM di Malaysia. Program ini mengkehendaki saya memilih sebuah
sekolah sebagai tempat utama untuk saya menjalankan tugasan ini. Sekolah Kebangsaan
Desa Cempaka telah menjadi teratak ilmu pilihan hati saya dalam melengkapkan tugasan
ini dimana sekolah ini merupakan bekas sekolah saya ketika saya bersekolah rendah
dahulu.

Buat hari pertama saya menjejakkan kaki ke sekolah ini, sambutan baik dari para
guru sekolah membuatkan saya lebih bersemangat untuk meneruskan tugasan. Pn Kala a/p
Rengasamy merupakan guru penolong kanan 1 sekolah tersebut telah menyambut baik
kedatangan saya dan menerangkan sedikit berkaitan sekolah ini. Saya telah diberi seorang
guru pembimbing yang sangat komited dan berdedikasi dalam membimbing saya sepanjang
saya berada disekolah ini iaitu Pn. Nur Farhana yang merupakan salah seorang guru di
sekolah tersebut.

Saya telah diberi kesempatan, ruang dan peluang oleh pihak sekolah untuk mendekatkan
diri dengan pelajar di sekolah apabila saya diminta masuk ke dalam kelas untuk
menggantikan guru yang tidak dapat hadir atas sebab tertentu. Satu lagi cabaran buat saya
untuk mengorak langkah dalam bidang pendidikan. Memahami jiwa pelajar, mengetahui
perkembangan tahap yang berlaku terhadap pelajar, minat dan tarikan yang ditekankan
ketika mengajar, mencurahkan ilmu dengan tepat dan berkesan merupakan antara aspek
yang perlu diutamakan sebagai seorang pendidik apabila berada dalam sesebuah kelas
ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Hal ini telah mencabar diri saya untuk
melaksanakan apa yang telah dipelajari di institut untuk diaplikasikan ketika berada di dalam
kelas.

Tidak cukup dengan itu, mengikuti guru pembimbing cemerlang masuk ke dalam
kelas untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan oleh seorang yang
sangat berpengalaman dan mahir dalam bidang pendidikan. Hal ini telah memberikan kesan
yang cukup besar kepada saya dalam mengetahui dan memahami teknik-teknik, kaedah-
kaedah dan pendekatan yang telah digunakan oleh guru berpengalaman terhadap pelajar
bagi memastikan setiap anak didiknya memahami dan mencapai objektif pengajaran yang
diinginkan. Antaranya menggunakan kaedah bercerita, memberikan aplikasi dalam

15
kehidupan seharian, menjana idea murid untuk berfikir dan memperkenalkan istilah-istilah
baru dalam pelajaran dengan berkesan. Hal ini telah menjadikan diri saya lebih yakin dan
memahami apabila berada di dalam kelas untuk mendidik dan membimbimg para pelajar
suatu hari kelak.

Selain itu, amalan dan budaya disekolah yang baik dan murni menjadikan diri
seseorang pelajar lebih berintegriti dan bersahsiah tinggi dalam membentuk jiwa dan jati diri
yang mantap. Antara amalan dan budaya sekolah yang dapat mencerminkan perwatakkan
yang murni diri pelajar adalah seperti budaya memberi salam dan menghormati oleh para
pelajar kepada seluruh pendidik di sekolah, menggunakan masa yang ada dengan
meminjam buku di perpustakaan, program nilam diutamakan, membaca doa sebelum
memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, beratur sebelum keluar balik dari sekolah
dan banyak lagi. Hal ini secara tidak langsung pihak sekolah telah berjaya menerapkan ciri-
ciri perkembangan kanak-kanak yang positif yang merangkumi aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial. Maka impaknya terlahirlah para pelajar yang sentiasa
membudayakan nilai murni yang baik sepanjang berada disekolah dan dapat diterapkan
apabila para pelajar keluar dari sekolah.

Tambahan pula, infrastruktur, prasarana dan mural-mural yang terdapat disekolah


adalah dari hasil usaha dan keringat warga pendidik. Antaranya kemudahan perpustakaan,
makmal komputer, lukisan-lukisan dan kata-kata yang terdapat pada dinding-dinding sekolah
meransang jiwa dan semangat pelajar dalam mewujudkan suasana dan persekitaran
sekolah yang kondusif dan penuh dengan simulasi-simulasi yang dapat menjana daya
intelek pelajar. Penggunaan kemudahan dan prasarana dengan sebaiknya sebagai satu
pelengkap yang memberikan satu lagi anjakan daya minat dan tarikan pelajar untuk terus
menimba ilmu disamping suasana teratak ilmu yang bersih dan ceria.

16

You might also like