Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

2018

பிளமிங்டன் தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளி


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN LADANG FLEMINGTON
36300 SUNGAI SUMUN,
PERAK DARUL RIDZUAN.
KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN
KEMERDEKAAN KE-61
PERINGKAT SEKOLAH
TEMA:
“SAYANGI MALAYSIAKU”

TARIKH:
15 OGOS – 16 SEPTEMBER 2018

TEMPAT:
DEWAN SJKTLF

Anjuran :Panitia Sejarah SJKTLF


1.0 PENDAHULUAN

Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi
menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari Kebangsaan
merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran bagi memperingati detik
bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos ini, negara kita telah
menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke 61. Oleh itu, sambutan kemerdekaan
diadakan di peringkat sekolah untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar
sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan
yang telah kita capai pada hari ini.

2.0 MATLAMAT
Menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya menghargai dan
mempertahankan kedaulatannya serta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa.

3.0 OBJEKTIF
Antara objektif bagi program ini adalah untuk :-
i. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar-pelajar
sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
ii. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
iii. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan
perpaduan di semua peringkat.
iv. Menyediakan ruang agar pelajar-pelajar menggunakan kreativiti mereka semasa
menjalankan kempen ini.

4.0 ANJURAN
 Panitia Sejarah SJKT Ladang Flemington

5.0 SASARAN
 Warga Sekolah SJKT Ladang Flemington
6.0 TARIKH
Bulan Kemerdekaan dari 5 Ogos 2018 hingga Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan pada
16 September 2018.

7.0 AHLI JAWATANKUASA


Satu jawatankuasa program dilantik untuk menjayakan program ini. Jawatankuasa yang
ditubuhkan adalah seperti berikut :-

Pengerusi : Puan Susela Mariappan (Guru Besar)

NaibPengerusi 1 : Encik Manimekhan Govindaraju (Guru Kana Pentadbiran)

NaibPengerusi 2 : Cik RukmaniMurugan (Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar)

NaibPengerusi 3 : Cik GayathiriElamkhovan (Guru Kanan Kokurikulum)

Setiausaha : Cik Gayathiri Elamkhovan

Bendahari : Cik Jeyaprabha Kumaresan

Pengacara Majlis : En Manimekhan Govindaraju

Makanan : Cik Rukmani Murugan

Fotografi : Encik Kumaresan Kooronathan

Siaraya : Encik Rajeskumar Ganesan

Persembahan : Semua Guru Kelas

7.0 STRATEGI
Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan
murid secara menyeluruh. Justeru, satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan
semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama
guru-guru sekolah.
9.0 JADUAL PELAKSANAAN

Bil Aktiviti Perincian Cadangan Tarikh Guru yang


Bertanggungjawab
1 Pelancaran Bulan Kemerdekaan Warga sekolah SJKTLF 15 Ogos 2018 Cik Gayathiri
2 Pertandingan melukis logo Tahun 3, 4, 5 & 6 17 Ogos 2018 Pn Shanmugavalli
kemerdekaan
3 Pertandingan Mewarna Murid Tahun 1 & 2 17 Ogos 2018 Pn Shanmugavalli
4 Pertandingan Menghias Kelas Semua murid dan semua 15 Ogos- 28 Ogos Semua Guru Kelas
(mengikut tema Kemerdekaan) guru kelas. 2018
5 Pidato & Pengucapan Awam Semua murid Sepanjang Bulan Cik Jeyaprabha
(tokoh-tokoh kemerdekaan) Kemerdekaan
(Waktu rehat)
6 Pertandingan Basikal Berhias Semua Murid Sekolah 28 Ogos 2018 Pn Amutha

7 Kuiz Kemerdekaan Murid Tahun 3-6 27 Ogos 2018 Cik Kogilavaani

8 Mencipta Jalur Gemilang Warga Sekolah 29 Ogos 2018 En Kumaresan


menggunakan bahan terpakai
9 Tayangan video sempena bulan Semua Murid Setiap Rabu En Kumaresan
kemerdekaan (selepas waktu
persekolahan)
10 Perarakan Kemerdekaan Warga Sekolah SJKTLF 30 Ogos 2018 Cik Jeevitha
11 Sambutan Hari Kemerdekaan Ke- Warga Sekolah SJKTLF 30 Ogos 2018 Cik Gayathiri
61
12 Majlis Penutupan Hari Warga Sekolah SJKTLF 16 September 2018 Cik Gayathiri
Kemerdekaan

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


PERKARA HARGA SEUNIT JUMLAH
RM 2.00 x 31 RM 62.00
RM 3.00 x 31 RM 93.00
RM 2.00 x 31 RM 62.00

Jumlah Keseluruhan RM 274.00

11.0 PENUTUP
Diharap Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan yang diadakan di peringkat sekolah ini dapat
meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang erti kemerdekaan. Selain itu,
melalui aktiviti –aktiviti yang dijalankan juga dapat memupuk pelajar supaya berjiwa patriotik
yang sayangkan serta cinta akan negara, bangsa, sekolah dan diri.

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkanoleh

……….………………… ……….………………… ………………………………


(Cik Gayathiri Elamkhovan) (En Manimekhan Govindarajoo)
(Puan Susela A/P Mariappan)
Setiausaha, Guru Kanan Pentadbiran Guru Besar,
Sambutan Bulan Kemerdekaan SJKT Ladang Flemington, SJKT Ladang Flemington,
SJKT Ladang Flemington, Sungai Sumun, Perak. Sungai Sumun, Perak.
Sungai Sumun, Perak.

You might also like