Bunga Raya

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

BUNGA RAYA

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu  (Hibiscus


rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam
genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan  Malaysia. Selepas
mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan
bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada
tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih
sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga
Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga
Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan
sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu
bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia,
Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan
separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.
Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari
putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set
tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.
POKOK MERBAU

Pokok Merbau Ipil ialah pokok yang hidup di paya bakau Asia Tenggara serta


pulau-pulau di Lautan Pasifik. Pokok ini yang merupakan pokok rasmi Guam, sebuah
wilayah Amerika Syarikat, ialah anggota keluarga Caesalpiniaceae tropika. Nama
botaninya Intsia bijuga (Colebr.) O.K. [1]
Pokok Merbau Ipil tumbuh sehingga sekitar 50 meter (160 kaki) tingginya dan memiliki
banyak akar banir pada kaki batang pokoknya. Kayu merbau kekadangnya
mengandungi bintik "emas" di sepanjang ira kayu dan menyebabkannya kelihatan amat
menarik. Banyak kayu ini telah dibeli untuk persediaan Sukan
Olimpik 2008 di Beijing, China.
Disebabkan oleh pembalakan yang giat, Pokok Merbau Ipil merupakan spesies
terancam di banyak negara di Asia Tenggara, dan hampir pupus di banyak negara yang
lain. Kedua-dua pengilang, baik berlesen mahupun tidak, beroleh kayunya. 

Kegunaan[
Kayu merbau amat tahan lama serta tahan daripada serangan anai-anai dan oleh itu,
amat dihargai sebagai bahan lantai dan kegunaan-kegunaan yang lain. Ia dijual dalam
pasaran Amerika Syarikat dan Eropah di bawah nama-nama yang berbeza. Kayu
merbau juga boleh digunakan untuk mengekstrak pencelup, dengan kulit dan daunnya
juga dipergunakan sebagai ubat tradisional.
BUAH DURIAN

Durian ialah buah tropikal yang berasal dari Brunei, Filipina, Indonesia dan Malaysia,


tetapi telah dikenali di dunia Barat sekitar 600 tahun lepas. Ahli alamiah British abad ke-
19, Alfred Russel Wallace, masyhur memberikan isi buah ini sebagai "kastard kaya
dengan rasa badam". Buah ini boleh dimakan walaupun belum betul-betul masak, dan
digunakan sebagai perisa kepada pelbagai jenis makanan berperisa dan manis dalam
masakan Asia Tenggara. Bijinya juga boleh dimakan jika dimasak.
Isi buah ini mengeluarkan bau yang tersendiri, kuat dan tajam walaupun kulitnya belum
dibuka. Sesetengah orang menganggap bau durian sebagai semerbak; manakala yang
lain berasa aromanya amat kuat dan tidak dapat ditahan. Baunya menarik reaksi
daripada penikmatan mendalam kepada amat jijik, dan telah diperikan serupa dengan
bau badam, bawang busuk, turpentin dan stoking gim. Bau ini telah menyebabkan
adanya larangan buah ini dalam sesetengah hotel dan pengangkutan awam di Asia
Tenggara.
BENDERA MALAYSIA

Bendera Malaysia; (tulisan Jawi: ‫ )بنديرا مليسيا‬atau dikenali sebagai Jalur Gemilang,


[1]
 mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan
jalur merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingnya
terhadap negara ini, di sebelah atas bermula dari jalur putih kedua bersilang sehingga
jalur putih yang terakhir melambangkan kesucian negara, tanda keanggotaan yang
sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan dan ianya menjadi
simbol untuk 14 jalur pada Jalur Gemilang.
Bagi bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri menegak dari atas hingga ke
bawah jalur merah yang kelima itu melambangkan perpaduan rakyat Malaysia,
bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan yang melambangkan Agama Islam -
sebagai agama rasmi bagi Persekutuan dan negara (Malaysia seperti yang telah
tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia). [2]
Bintang pecah 14 itu melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan
Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang melambangkan warna Diraja
bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Empat warna ini yang melambangkan keberanian, kesucian, perpaduan
rakyat Malaysia, dan kemuliaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja sebagai Ketua
Agama dan Ketua Negeri bagi seluruh negeri di Malaysia. [3]

Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997,
namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan
Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak
tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A,
Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.
Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk
Hashim Mat Dris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada Perdana Menteri ketika
itu, Datuk Seri Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, Urus setia
menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga
nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia
Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika sebuah mesyuarat
pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama
dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar
Gemilang.
Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana
Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40.
Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala
Lumpur.
JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan
putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan
yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini
dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.
GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang
demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau
bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam
mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara.
Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara,
sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.
NASI LEMAK

You might also like