Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KEDUDUKAN WARIS ASHAB AL-FURUD DALAM UNDANG-UNDANG PUSAKA

ISLAM

1- SUAMI
Mempunyai dua keadaan iaitu
i) Memdapat 1/ 2 jika si mati tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu ke
bawah
ii) Mendapat 1/ 4 jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu ke
bawah,sama ada anak dengan sumai itu atau suami lain

2- ISTERI

i) Mendapat 1/ 4 jika si mati tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu
ke bawah
ii) Mendapat 1 / 8 jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu ke
bawah sama ada dengan isteri itu atau isteri-isteri lain

3- BAPA

i) Mendapat 1 /6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau anak lelaki kepada anak lelaki
atau ke bawah.
ii) Mendapat 1 / 6 dan asabah baki jika si mati mempunyai anak perempuan atau anak
perempuan kepada anak lelaki (cucu) atau ke bawah.
iii) Mendapat asabah jika si mati tidak mempunyai anak secara mutlak( lelaki atau
perempuan) atau tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan kepada anak lelaki
(cucu) atau ke bawah.

4- DATUK ( BAPA KEPADA BAPA)

Datuk mempunyai tiga keadaan sama seperti bapa tetapi datuk tidak akan mewarisi
harta selama mana ada bapa, kerana datuk didinding oleh bapa:

i) Mendapat 1 / 6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau anak lelaki kepada anak
lelaki kepada anak lelaki atau ke bawah.
ii) Mendapat 1/ 6 dan asabah ( baki) jika si mati mempunyai anak perempuan atau
anak perempuan kepada anak lelaki atau ke bawah.
iii) Mendapat asabah jika si mati tidak mempunyai anak secara mutlak( lelaki atau
perempuan) atau tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan kepada anak
lelaki (cucu) atau ke bawah.
iv) Didinding oleh bapa atau datuk yang lebih hampir
5- IBU

i) Mendapat 1/ 6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan atau anak
lelaki atau perempuan kepada anak lelaki ( cucu) atau ke bawah atau
mempunyai beberapa orang saudara lelaki atau perempuan.
ii) Mendapat 1 / 3 daripada keseluruhan harta pusaka jika si mati tidak
mempunyai anak keturunan secara mutlak ( lelaki atau Perempuan) atau si
mati tidak mempunyai beberapa orang saudara ( lelaki atau perempuan )
iii) Mendapat 1/ 3 baki jika si mati mempunyai suami atau isteri dan bapa tanpa
waris lain. Ibu dapat 1 / 3 baki dalam kes al- umariyyatayn.

6- NENEK

i) Mendapat 1/6 ( seorang atau lebih) jika si mati tidak mempunyai ibu.
ii) Didinding oleh ibu atau bapa ( bagi ibu kepada bapa).

7- ANAK PEREMPUAN

i) Mendapat 1/ 2 jika seorang dan si mati tidak mempunyai anak lelaki


ii) Mendapat 2/ 3 jika dua orang atau lebih dan si mati tidak mempunyai anak
lelaki.
iii) Mendapat asabah bi al-ghayr ketika bersama-sama dengan anak lelaki . Anak
lelaki mendapat dua kali ganda anak perempuan ( Nisbah 2:1)

8- ANAK PEREMPUAN KEPADA ANAK LELAKI

i) Mendapat 1/ 2 jika seorang dan tidak ada anak perempuan atau anak lelaki
atau anak lelaki kepada anak lelaki.
ii) Mendapat 2 / 3 jika dua orang atau lebih dan tidak ada anak perempuan atau
anak lelaki atau anak lelaki kepada anak lelaki.
iii) Mendapat 1/ 6 jika seorang atau lebih ketika bersama-sama dengan seorang
anak perempuan bagi melengkapkan bahagian 2/ 3
iv) Mendapat asabah bi al-ghayr ketika bersama-sama dengan anak lelaki
kepada anak lelaki dan pembahagian hendaklah mengikut nisbah 2:1
v) Terdinding oleh anak lelaki
vi) Terdinding oleh dua orang atau lebih anak perempuan, kecuali jika terdapat
anak lelaki kepada anak lelaki yang sama-sama menerima asabah bi al-ghayr.
9- SAUDARA PEREMPUAN SEIBU SEBAPA

I) Mendapat 1/ 2 jika seorang dan tidak ada saudara lelaki seibu sebapa
II) Mendapat 2 / 3 jika dua orang atau lebih dan tidak ada saudara lelaki seibu
sebapa.
III) Mendapat asabah bi al-ghayr ketika bersama-sama dengan saudara lelaki
seibu sebapa. Pembahagian mengikut nisbah 2:1
IV) Mendapat asabah ma’a al-ghayr ketika bersama-sama dengan anak
perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau bersama dengan
kedua-duanya.
V) Didinding atau digugur oleh bapa, anak lelaki atau anak lelaki kepada anak
lelaki atau kebawah.

10- SAUDARA PEREMPUAN SEBAPA

i) Mendapat 1 / 2 jika seorang dan tidak ada saudara lelaki sebapa atau tidak
ada saudara perempuan seibu sebapa.
ii) Mendapat 2 / 3 jika dua orang atau lebih dan tidak ada saudara lelaki sebapa
atau saudara perempuan seibu sebapa.
iii) Mendapat 1/ 6 ketika bersama- sama dengan seorang saudara perempuan
seibu sebapa, jika tidak ada saudara lelaki.
iv) Mendapat asabah bi al-ghayr jika bersama dengan saudara lelaki sebapa. 2:1.
v) Mendapat asabah ma’a al-ghayr ketika bersama-sama dengan anak
perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau bersama dengan
kedua-duanya.
vi) Didinding oleh bapa,anak lelaki anak lelaki kepada anak lelaki dan kebawah,
saudara lelaki seibu sebapa, dua orang atau lebih saudara perempuan seibu
sebapa ( kecuali jika ada saudara lelaki sebapa) dan seorang saudara
perempuan seibu sebapa ketika dia menerima asabah ma;a al-ghayr.

11 & 12-SAUDARA PEREMPUAN DAN LELAKI SEIBU.


i) Mendapat 1 / 6 jika seorang
ii) Mendapat 1/ 3 jika dua orang atau lebih sama ada lelaki atau perempuan atau
gabungan Antara kedua-duanya.
iii) Didinding oleh anak keturunan sama ada lelaki atau perempuan, bapa, datuk dan
seterusnya ke atas.
SOALAN SATU
Seorang mati meninggalkn waris
Isteri
Ibu
Bapa
Anak perempuan

SOALAN KEDUA
Seorang mati meninggalkn waris
Suami
Ibu
2 orang Anak lelaki
1 orang anak perempuan

SOLAN KETIGA
Seorang mati meninggalkan waris
Isteri
Seorang anak perempuan
Seorang saudara perempuan seibu sebapa

SOLAN KEEMPAT
Seorang mati meninggalkan waris
5 orang anak lelaki

You might also like