Surat Makluman Homebased Learning

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Rujukan :

Tarikh : 17 Jun 2020


Kepada :
Ibu Bapa/Penjaga,
Pelajar Maahad Ar Rahmah,
Solok Gaung 74560 Melaka.

Tuan/Puan,

MAKLUMAN HOME BASED LEARNING AR RAHMAH 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Maahad Ar Rahmah akan menjalankan Home Based


Learning sepanjang tempoh PKPP ini, bermula 24 Jun 2020. Home Based Learning ini khasnya
untuk pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 4.

3. Disini juga dimaklumkan bahawa cara guru menguruskan PdP dan aplikasi yang digunakan
berbeza mengikut kesesuaian subjek. Antara aplikasi yang digunakan adalah Google Classroom,
Zoom, Google Meet , Telegram dan sebagainya.

4. Untuk makluman pelajar tingkatan 4, Pihak Yayasan Islam Kelantan juga telah
melaksanakan program PdP Online SMU dengan mengunakan medium Facebook di page PdP
SMU YIK. Program ini boleh diikuti oleh para guru serta pelajar yang terlibat. Pelajar juga boleh
mengikuti pembelajaran tersebut serta memuat turun bahan - bahan yang disediakan.

5. Pihak sekolah juga melampirkan jadual Home Based Learning sebagai panduan ibu bapa
dan pelajar. Diingatkan bahawa jadual tersebut bukan judual kelas atas talian (Online teaching).

6. Akhir sekali, pihak sekolah memohon ibu bapa/penjaga agar memberi kerjasama untuk
memastikan anak - anak tuan/puan tidak ketinggalan mengikuti pembelajaran ini. Pihak sekolah
akan terus menyambung silibus dan topik - topik yang telah ditetapkan mengikut takwim Maahad
Ar Rahmah.

7. Kerjasama ibu bapa/penjaga adalah amat kami harapkan.

Saya yang menjalankan tugas,

..................................................
(Tuan Haji Mad Lizah Bin Abdul)
Mudir Maahad Ar Rahmah
Solok Gaung, 75460 Melaka.

You might also like