Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

MINIT MESYUARAT AJK PERSATUAN IBUABAPA DAN GURU (PIBG) SESI 2011/2013

SEK.KEB. LKTP JENGKA 22

TARIKH : 8 MAC 2012


HARI : KHAMIS
TEMPAT : BILIK GERAKAN
MASA : 3.00 – 5.30 PTG
KEHADIRAN : 16/22

Kehadiran :
Penaung : Pn. Hjh Norkamsiah bt Abdul Wahab
Yang DiPertua : En. Suhaini b. Samat
Naib Yang DiPertua : En. Nor Ahmad Shah b. Abul Jalil
Setiausaha : Pn Salmi Suhana bt Abdullah Sani
Bendahari : En. Mohd Junal b. Seman
Ahli Jawatankuasa :-
En. Azemi b. Sagir
En. Mohd Taheh b. Omar
En. Hairunizam b. Othman
En. Joha b. Idris
En. Kandar b. Wagiman
En. Razali b. Dollah
En. Zainol b. Bahari
En. Md Nor b. Jantan
Pn. Hjh Jamaiah bt Shamsuddin
Pn. Nor Hashimah bt Omar
Pn. Saadiah bt Said

Tidak Hadir bersebab :-


En. Nor Azman b. Mohd Nor
En. Ismail b. Musalmi
En. Saharuddin b. Zainol
Pn. Syamsiah bt Yahya
Pn. Zalifah bt Nayan
Pn. Nur Nazirah bt Jamaluddin

1
AGENDA PERKARA

1 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG

1.1 Mengalu-alukan kedatangan Guru Besar, guru-guru dan ahli jawatankuasa PIBG ke
mesyuarat pada hari ini.

1.2 Beliau memaklumkan tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menetapkan tarikh
mesyuarat Agung.

1.3 Walaupun beliau mengatakan bahawa mesyuarat ini agak terlewat dijalankan tetapi beliau
tetap berterima kasih kepada pihak sekolah kerana dapat juga mengadakan mesyuarat ini.

1.4 Beliau turut menegaskan kepada ahli mesyuarat yang hadir walaupun mesyuarat tidak dapat
diadakan tetapi aktiviti-aktiviti dan kerjasama antara PIBG dan sekolah tetap dapat dijalankan.

UCAPAN PENASIHAT (PN. NORKAMSIAH BT ABD. WAHAB)

2 2.1 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang DiPertua PIBG dan mengalu-alukan
kedatangan semua ahli jawatankuasa.

2.2 Beliau mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli jawatankuasa PIBG sesi 2011/2013
ke mesyuarat AJK kali pertama tahun 2012.

2.3 Beliau ingin menyampaikan beberapa makluman kepada ajk yang hadir.

 Pengurusan PIBG – Beliau memaklumkan bahawa sebelum ini pihak PIBG menjalankan
pengurusan PIBG secara tidak sistematik. Banyak kelemahan dalam pengurusan PIBG
kerana banyak perkara yang belum diketahui secara terperinci. Sehinggalah baru-baru
ini pihak sekolah telah menerima buku panduan berkaitan dengan PIBG.

 Selain itu, sekolah kita juga telah didatangi oleh pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah
bagi memantau kegiatan yang dijalankan oleh PIBG.

 Ini berkaitan dengan pertandingan PIBG peringkat Kebangsaan.

 Oleh itu, sangat berharap agar dapat mengambil langkah-langkah yang betul dalam
menguruskan PIBG.

 Memaklumkan tentang pemberian satu fail kepada setiap seorang ahli jawatankuasa
PIBG. Bertujuan untuk meletakkan segala hand out yang diberikan dan fail tersebut akan
ditinggalkan di sekolah.

 Kewangan PIBG juga akan dikemaskini mengikut spesifikiasi yang dikehendaki oleh
buku panduan dengan cara yang betul.

 Laporan kewangan juga diharap dapat dibuat dengan lengkap seperti mana yang biasa
dibuat oleh sekolah untuk di audit.

 Kewangan ini akan dibuat dan ditutup serta disemak dan ditandatangani.

 Memaklumkan bahawa mesyuarat Ajk perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga kali


setahun. Perancangannya adalah pada bulan mac, Jun dan Oktober.

2
 Maklumat lain seperti dokumen PIBG akan diuruskan oleh setiausaha PIBG. Walaupun
terdapat beberapa kekangan tetapi berharap agar beliau dapat menjalankan tugas
dengan sebaik mungkin.

 Beliau berharap agar kita tidak ketinggalan dan akan terus perbaiki diri dari semasa ke
semasa.

2.4 Maklumat sekolah:-

 Dalam mesyuarat JKK baru-baru ini telah memaklumkan bahawa bilangan guru ialah
seramai 24 orang. Pecahan 9 lelaki 15 perempuan. Walau bagaimanapun, seorang guru
akan bertukar iaitu En. Mohd Nassir b. Jaafar. Beliau akan bertukar ke Sekolah
Kebangsaan Pesagi, Chenor. Ini merupakan pertukaran sendiri kerana beliau ingin
menjaga ibunya yang sakit. Walau bagaimanapun sekolah belum mendapat sebarang
pengganti buat masa ini.

2.5 Bangunan Baru

 Memaklumkan bahawa bangunan baru telah pun digunakan pada awal tahun sesi
persekolahan 2012. Bangunan baru ini menempatkan tahun 3 Bijak, 3 Bstrai, 4 Bestari,
5 Bestari, 6 Bijak dan 6 Bestari. Dan di bawah sekali ditempatkan kelas J-Qaf. Manakala
tahun 1 dan 2 ditempatkan di kelas belakang.

2.6 Kurikulum Standard sekolah Rendah (KSSR)

 Masih ada lagi ibubapa yang bertanya tentang peperiksaan bagi anak-anak tahun 1 dan
2. Memaklumkan bahawa murid tahun 1 dan 2 tidak terlibat dengan peperiksaan tetapi
terlibat dengan pentaksiran. Mereka akan terlibat dengan peperiksaan ketika berada di
tahun 6 kelak. Kini mereka hanya akan ditaksir oleh guru masing-masing.

2.7 Buku teks

 Memaklumkan bahawa bilangan buku teks telah pun mencukupi dan telah pun
diserahkan kepada murid.

2.8 Program sekolah yang telah pun berlangsung:-

 Hoki - berlangsung di Padang sek. Keb. Jengka 22 pada 9 dan 10 Mac 2012.
Keputusan – mendapat johan bagi kategori lelaki.

 Sambutan Maulidur Rasul – Pada 9 Feb. 2012 peringkat sekolah.

 Olahraga – di Mini Satdium Bandar Jengka. Keputusan 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa

 Bola sepak – Di SK Jengka 20. Mendapat tempat ketiga.

 Program Guru Penyayang – telah dijalankan pada 11 Mac 2012. Ucapan terima kasih
kepada semua yang terlibat.

 Karnival Bahasa melayu – akan diadakan di Sek. Keb. Jengka 15 pada 20 Mac 2012.

 MTAQ – akan diadakan di Sek. Keb. Jengka 14 pada 22 Mac 2012.

3
 Program Anti Dadah

 Mesyuarat Agung PIBG Sek. Keb. Jengka 22

2.9 Program Tasmik

 Pada tahun 2012 ini program tasmik melibatkan murid dari tahun 1 hingga tahun 5.

2.10 Bantuan Murid 2012

 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) – 10 orang

 KWAPM – 22 orang

 Yayasan Pahang (fasa I) – 20 orang


Fasa II – 51 orang – terima sewaktu pilihanraya tetapi belum menerima apa-apa
maklumat daripada Yayasan Pahang berjumlah RM300.00

 Zakat Bank Rakyat berjumlah RM100.00

 Bantuan beg dan pakaian – 10 orang. Berlangsung di SMK Teluk sentang pada 9 Mac
2012.

 Bantuan RM100.00 kepada semua murid kecuali tahun 1

2.11 Memaklumkan penilaian 1 telah pun selesai. Hari ini merupakan hari terakhir penilaian.

2.12 Pendaftaran bagi tahun 1 2013 bagi anak-anak yang lahir pada 2006/2007 telah dibuka
bermula 1 Mac hingga akhir Mac pada waktu pejabat.

2.13 Aktiviti Kokurikulum berjalan setiap hari Rabu untuk tahun 4 hingga 6.

2.14 Kecemerlangan Tahun 6

 Bermula 19 Mac – kelas tahun 6 akan dibuka kepada dua kelas

 Makluman – Guru Bahasa Inggeris iaitu Cik Nur Dalila Razali tidak sihat denga keadaan
penyakit yang agak kritikal. Jadi sekolah terpaksa mencari alternatif dan inisiatif dengan
membuka dua kelas. Terpaksa juga menyusun semula jadual waktu bagi membantu
murid untuk lebih fokus dan dapat membimbing dengan lebih mudah.

 Tahun 6 pada tahun ini sangat lemah berbanding tahun sebelumnya. Jadi terpaksa
asingkan mereka agar guru-guru dapat membimbing malah guru akan ditambah masa p
& p.

 Selain itu kelas tambahan juga akan mula dijalankan.

 Pada awal tahun ini iatu sebulan dua ini murid sangat sibuk dengan aktiviti kokurikulum.
Ini termasuklah murid tahun 6. Aktiviti kokurikulum ini bermula pada awal Februari dan
sekolah tidak dapat menghalang dan terpaksa melepaskan mereka menyertainya.

2.15 Vitamin 1 Malaysia

 Rancangan ini dikatakan untuk semua murid tetapi hanya diberikan kepada murid yang

4
menerima RMT seramai 10 orang.

 Walau bagaimanapun untuk permulaan ini hanya diberikan kepada 5 orang sahaja.

 Pemberian Vitamin 1 Malaysia ini perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan iaitu
memerlukan persetujuan daripada penjaga terlebih dahulu untuk memberi kebenaran
anak jagaan mereka menerima bantuan vitamin 1 Malaysia ini.

2.16 Larangan Masuk Sekolah

 Dikuatkuasan kepada urusan yang tiada kepentingan sama ada kepada sekolah
mahuan murid.

 Sangat mengalu-alukan kehadiran ke sekolah sekiranya ada hal yang berkaitan. Walau
bagaimanapun sekiranya untuk satu-satu niat yang tidak baik sama ada kepada guru
atau kepada murid adalah tidak dibenarkan sama sekali menyentuh mereka di sekolah
ini.

 Hal ini akan memberikan gambaran yang tidak elok kepada murid seterusnya
mewujudkan perasaan takut dalam diri murid sekolah.

 Walaupun polis datang untuk menangkap orang yang bersalah, mereka tidak dibenarkan
menggari pesalah di dalam kawasan sekolah.

 Kanak- kanak sememangnya nakal tetapi mereka perlu dibimbing dan diasuh untuk
menjadi lebih baik.

2.17 Kewangan – Memohon kelulusan AJK PIBG.

 Memerlukan sumbangan PIBG bagi program PIPKP iaitu sebanyak RM200 dari PIBG
dan RM200 dari sekolah. Merupakan program yang dijalankan di 13 buah sekolah
kelompok Jengka.

 Program Tilawah Al-Quran – Juga memerlukan sumbangan daripada PIBG sebanyak


RM100.

 AJK PIBG sebulat suara meluluskan permohon ini.

2.18 Ulasan Yang Dipertua

 Memohon kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat bilik kosong diminta untuk
dijadikan bilik PIBG.

 Mengulas tentang kedatangan ibubapa berhubung masalah anak-anak adalah satu


tindakan yang kurang bijak. Sangat berharap agar pengawal keselamatan mengambil
langkah berjaga-jaga.

 Berharapa kecemerlangan sekolah ini akan semakin meningkat dan berterusan malah
berharap agar tahun ini mendapat keputusan 100% lulus.

3 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT

3.1 Puan Salmi Suhana bt Abdullah Sani selaku Setiausaha PIBG sesi 2011/2013

5
membentangkan minit mesyuarat untuk diterima dan disahkan.

Cadangan : En. Razali bin

Sokongan : Pn. Saadiah bt

3.2 Hal berbangkit

 En. Razali bin Dolah meminta senarai kehadiran ajk ke mesyuarat dilampirkan sekali
dalam minit mesyuarat.

 Beliau turut menegur berkaitan dengan masalah keselamatan yang mana pengawal
keselamatan sering meninggalkan pos sewaktu bekerja. Beliau menegaskan bahawa
pengawal perlu ada pada waktu bertugas supaya apa-apa yang tidak baik tidak berlaku
di kawasan sekolah.

 Sekiranya ada pelawat atau sesiapa sahaja, pengawal perlu bertanya akan tujuan
kedatangan mereka

 En. Razali juga minta maklumat lanjut tentang projek sawit sekolah.

3.3 En. Zainol b. Bahari ingin mengetahui perkembangan tentang tukang kebun yang dahulu tidak
menepati waktu kerja.

3.4 Ulasan Guru Besar

 Berkaitan sawit – sawit merupakan sumber dan harapan kewangan PIBG sekolah. Pada
mesyuarat hari ini, kita turut memanggil En. Mohd Nor b. Yusuf untuk mengetahui
perkembangan sawit selaku pengusaha tetapi disebabkan hal yang tidak dapat
dielakkan beliau tidak dapat bersama kita.

 Pengusaha ada memaklumkan bahawa pokok sawit banyak yang rosak dan perlu dibaik
pulih. Jadi kami pihak pentadbir amat berharap agar pengusaha ini dapat membaik pulih
pokok sawit ini dalam tempoh lima tahun.

 Berkaitan tukang kebun – pada mulanya pekerja ini memang rajin. Tetapi masih perlu
dibimbing dan disuruh kerana kelihatan seperti tidak biasa bekerja. Selain itu perlu
sentiasa diberitahu kerja yang perlu dilakukan.

 Pekerja ini juga banyak rehat dan melakukan kerja dengan agak lambat. Walau
bagaimanapun secara keseluruhannya dia mampu untuk membuat kerja.

 Manakala Razi pula kerja yang dilakakan tidak begitu lancar. Malah ada ketika
mengganggu tugas guru untuk mengajar pendidikan jasmani kerana jarang memotong
rumput di padang yang telah panjang.

3.5 Ulasan Yang Dipertua

 Berkaitan sawit – Mohon En. Mohd Nor membersihkan sawit dan telah dimaklumkan

6
bahawa beliau telah pun membersihkan kawasan sawit tersebut.

 Pengurusan tersebut memang ada dan telah pun dijalankan.

 Berkaitan pekerja – Memahon agar pemantauan terhadap pekerja selalu dijalankan.


Malah beliau juga sering menasihati pekerja tersebut.

4 LAPORAN KEWANGAN

4.1 En. Junal b. Seman selaku bendahari PIBG sesi 2011/2013 membentangkan penyata
kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2011 untuk diterima dan disahkan.

Cadangan : En. Razali b. Dollah

Sokongan : En. Zainol b. Bahari

4.2 Memaklumkan pertukaran tandatangan bagi akaun PIBG kerana pertukaran guru.

5. MENENTUKAN TARIKH MESYUARAT AGUNG PIBG

Tarikh : 30 Mac 2012 (Jumaat)

Masa : 3.00 petang

Tempat: Dewan Sek Keb. Jengka 22

Perasmi: Yang Berhormat Datuk Haji Ismail b. Mohamed said

Ahli Parlimen Kuala Krau

5.1 Permohonan yang disuarakan ahli mesyuarat

 Mohon surau – pentadbir merancang untuk memindahkan perpustakaan ke surau J-Qaf.


Ini kerana bangunan yang menempatkan perpustakaan ini ingain dibuka dan dibuat
bangunan pentadbiran.

 Tapak yang dicadangkan bagi surau ini adalah bersebelahan dengan Pra sekolah.

 Mohon kanopi – memudahkan aktiviti sekolah dijalankan tanpa perlu meminjam kepada
pihak tertentu.

5.2 Usul PIBG

 Mohon kebenaran daripada ibubapa untuk embuka akauan bagi murid yang menerima
duit bantuan seperti duit zakat, KWAPM dan lain-lain.

 Bertujuan untuk menggalakkan menabnung di kalangan murid. Malah ketika murid ini
masuk ke sekolah menengah mereka telah pun mempunyai tabungan sendiri. Malah
wang adalah sangat penting untuk mereka belajar.

6. PERSEDIAAN MESYUARAT AGUNG

6.1 Menyenaraikan bayaran seperti jamuan, banner, cenderahati, buku program, bunga rosset
dan cabutan bertuah.

7
6.2 Anggaran bajet sebanyak RM satu ribu sahaja.

6.3 Diminta setiausaha PIBG membuat surat permohonan sumbangan hamper kepada individu-
individu tertentu.

6.4 Cenderahati untuk perasmi dianggarkan sebanyak RM50 dan diserahkan kepada Ustazah
Jamaiah untuk diuruskan.

6.5 En. Zainol Bahari mencadangkan beberapa nama baru untuk memohon sumbangan hamper
seperti:-

 En. Saiful Bahari b. Rosli – Usahawan baru

 En. Roslan b. Yunus – Usahawan baru

 En. Fadzli b. Ismail – Ketua belia

 Syarikat Adeeza Int.

 En. Ismail blok 13

 Anak peneroka yang berjaya seperti ADO

 En. Ismail b. Lamin

7 GOTONG ROYONG

7.1 En. Zainol b. Bahari mencadangkan agar diadakan gotong royang pada:-

 28 Mac 2012

 Hari Rabu

 Beliau memohon pihak sekolah berbincangdan menyenaraikan bidang tugas dan


peralatan yang perlu dibawa.

7.2 Yang diPertua memohon setiausaha mngeluarkan satu surat kepada ibu/bapa penjaga bagi
program 1 pasu 1 bunga.

7.3 Naib Yang Dipertua secara sukarela akan datang mengambil bunga tersebut untuk dihantar
ke sekolah.

8 HAL-HAL LAIN

8.1 En. Zainol b. Bahari

 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Guru Besar kerana sudi menghadirkan
diri ke mesyuarat JKK.

 Beliau juga sangat berpuashati dengan penerangan yang diberikan oleh Puan guru
Besar tentang perkembangan sekolah malah tidak menyembunyikan apa-apa masalah
sekolah kepada JKK.

 Sekiranya kami dapat membantu, kami akan memberi bantuan sebaiknya dan turut akan

8
memberi pandangan terhadap sebarang kesulitan yang berlaku di sekolah.

 Amat berharap agar tidak berlaku kes yang melibatkan guru-guru sekolah ini.

 Akan cuba mengusahakan hamper untuk mesyuarat agung ini.

8.2 En. Mohd Nor b. Jantan

 Terima kasih atas jemputan mesyuarat. Merupakan mesyuarat pertama yang dapat
dihadiri kerana sebelum ini ada sedikit kesulitan.

 Memohon penjelasan tentang pengurusan PIBG. Sekiranya ada buku yang bersesuaian
perlu diedarkan kepada AJK untuk sama-sama mengetahui tugas masing-masing.

 Program memajukan sekolah – memohon sekolah membanci semula bekas pelajar dan
bakal pelajar sekolah ini. Bagi melihat kejayaan mereka.

 Program Gotong royong – sekiranya melibatkan ibubapa dan guru sahaja tidak ramai
yang datang tetapi beliau berharap agar dapat melibatkan semua komuniti Jengka 22.

 Vitamin 1 Malaysia – mencadangkan kepada semua murid. Sekiranya kos yang


diperlukan tinggi, tetapkan caj untuk setiap murid.

8.3 Puan Nor Hashimah bt Omar

 Mengucapkan terima kasih kepada pentadbir sek. Keb. Jengka 22 kerana keadaan
sekolah telah pun ceria dan ada banyak perubahan dan kemajuan.

 Telah banyak kerjasama antara ajk dan ibubapa serta guru. Diharapkan dapat
berterusan.

8.4 En. Razali b. Dollah

 Menyokong usul yang diutarakan oleh En. Md Nor b. Jantan

 Mengucapkan ribuan teerima kasih kepada Guru besar dan juga guru-guru yang telah
mengajar cucunya pada tahun lepas.

 Berharap agar PIBG sentiasa berganding bahu supaya dapat memajukan sekolah.

 Mengharapkan agar keputusan UPSR tahun ini lebih cemerlang berbanding tahun lepas.

8.5 En. Hairunizam b. Othman

 Memperkenalkan diri sebagai guru penolong kanan kokurikulum yang baru


menggantikan Cikgu Dzahaimi b. Mamut.

 Sangat seronok melihat keakraban guru dan ibubapa dalam mesyuarat ini.

 Mengutarakan satu pandangan untuk membaikpulih gelanggang baru. Sekiranya siap


dapat menempatkan gelanggang bola tampar, badminton dan sepak takraw sekaligus.

8.6 En. Kandar bin Wagiman

9
 Selaku pengawal keselamatan sekolah berjanji akan membuat perubahan.

 Telah pun bermula dari sekarang pada waktu pengajaran dan pembelajaran, pagar
sekolah akan ditutup.

8.7 En. Azemi b. Sagir

 Kurikulum – hari ini telah selesai penilaian I bagi tahun 3 hingga tahun 6. Manakala
tahun 1 dan tahun 2 menjalani pentaksiran di kelas bersama guru mata pelajaran.

 Fokus pada murid tahun 6 – nilai mula bagi murid tahun 6 hanyalah 20% (tov) terlalu
jauh untuk menyamai rekod tahun lepas dengan seorang yang gagal.

 Makluman semua hanya 10 orang sahaja yang lulus baru-baru ini.

 Terdapat kekangan dengan penglibatan murid terhadap aktiviti kokurikulum. Walau


bagaimanapun, pihak sekolah terpaksa membenarkannya.

 Pihak sekolah akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa/penjaga tahun 6. Sangat
berharap agar 29 orang ibubapa akan hadir bersama.

 Makluman semua pada tahun lepas hanya 12 orang ibubapa sahaja yang hadir. Di sini
dapat kita lihat komitmen ibubapa terhadap pelajaran anak-anak.

 Jadi pada tahun ini diharap perjumpaan ibubapa ini akan lebih baik dan cemerlang.

 Selain itu, saya juga memohon kepada Biro Pendidikan untuk mengadakan motivasi
keibubapaan di bawah kelolaan PIBG.

 Bertujuan untuk menyedarkan ibubapa tentang kepentingan ilmu. Diharap agar PIBG
dapat berbincang dan kos ini akan ditanggung oleh PIBG.

 Bagi pihak sekolah, kami telah mengadakan kelas tambahan bermula pada hujung tahun
2011.

 Manakala cuti sekolah ini kami turut mengadakan kelas tambahan bermula 8.00 pagi
sehingga 12.30 tengah hari.

 Walau bagaimanapun, kelas tambahan ini tidak melibatkan banyak guru kerana guru
ramai yang menyambung belajar.

 Dimaklumkan juga bahawa pihak sekolah ingin memohon tenaga pengajar daripada luar
bagi menampung kekurangan guru di sini. Walau bagaimanapun kos akan bertambah.
Diharap pihak PIBG akan dapat menampung program ini bagi menjayakan program
yang dirancang.

 Berharap agar perjumpaan kali kedua nanti semua 29 orang ibubapa/ penjaga tahun 6
akan dapat hadir.

8.8 Ustaz Taheh b. Omar

 Keselamatan – mengakui keadaan sekolah kurang selamat berikutan ketiadaan pagar di

10
bahagian belakang kawasan sekolah.

 Kesihatan – ramai murid sekolah ini yang obesiti. Mohon disampaikan kepada ibubapa
agar membawa anak-anak mereka membuat pemeriksaan di poliklinik. Sekolah juga
membuat beberapa tindakan seperti menimbang murid dua kali setahun bagi mengesan
murid yang obesiti.

 Keceriaan – Di baawah Pn. Syamsiah dan Pn. Saadiah ingin memaklumkan bahawa
tandas sekolah kita telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan “Tandas 1M”
kelompok Jengka.

 Bagi pertandingan keceriaan ini, Guru Besar SKJ22 merupakan pengerusi kelompok.

 Gotong-royong – masa dan peralatan yang diperlukan akan dimaklumkan melalui surat.

 Ingin memohon sumbangan untuk kegunaan surau J-Qaf iaitu:-


# Sejadah
# Al-Quran
# Rehal

 Program Susu 1M – Dimaklumkan mengenai program ini tetapi masih belum


dilaksanakan bagi peringkat sekolah.
 Sekiranya dilaksanakan di peringkat sekolah, kebenaran daripada ibubapa akan diminta
terlebih dahulu.

 Aedes – bagi menangani masalah ini kebersihan kawasan sekolah amat perlu
ditikberatkan. Sekiranya terdapat kawasan pembiakan nyamuk aedes, maka sekolah
akan dikenakan kompaun. Justeru sangat bersesuaian dengan niat PIBG untuk
mengadakan gotong royong selepas ini.

8.9 En. Nor Ahmad Shah b. Abdul Jalil

 Aedes – memberitahu bahawa tapak pembakaran sampah di hujung padang adalah


tidak sesuai dan mencacatkan pemandangan. Sekolah perlu menyediakan satu sudut
khas untuk pembakaran sampah.

 Papan kenyataan – Perlu disediakan di pondok menunggu bas supaya senang ibubapa
melihat apa-apa maklumata yang ingin disampaikan oleh pihak sekolah.

 Majalah sekolah – Mohon jasa baik pihak sekolah mengadakan majalah tahunan
sekolah.

8.10 Pn. Hjh Jamaiah

 Membawa usul daripada Bina Insan.

 1 Murid 1 Al-quran

- Ingin memberikan kesedaran kepada ibubapa tentang kepentingan Al-Quran


bertajwid di kalangan murid-murid

- Supaya akademik dan rohani dapat berjalan seiring. Ini kerana ramai di kalagan

11
murid tahun 6 yang tidak tahu mengaji langsung.

- Mohon persetujuan ibubapa agar Al-Quran dibawa dari tahun 1 hingga ke tahun 6.

 1bulan 1 Surah

- Mohon persetujuan ibubapa agar murid dapat menghafal surah seperti contoh tahun
3 bermula dari surah Al-fatihah sehingga Al-Quraisy.

8.11 Puan Hjh Nor kamsiah bt Abd Wahab

 Mohon agar semua pihak memahami dan membantu menjayakan kejayaan sekolah.

 Mengenai pengurusan PIBG – akan menyerahkan bahagian tugas masing-masing


mengikut buku panduan yang diterima.

 Bagi pelajar yang telah berjaya, pihak sekolah telah memohon SDA felda Pn. Norhayati
Abd Majid untuk menjalankannya.

 Sangat berterima kasih di atas setiap komen yang membina.

 Memohon kemaafan jika terdapat kelaemahan dalam mengendalikan mesyuarat ajk


PIBG pada kali ini.

 Semoga semua dapat mempertingkatkan usaha dari semasa ke semasa.

9 UCAPAN PENANGGUHAN

 Yang DiPertua PIBG mengucapkan ribuan teri ma kasih kepada guru-guru dan ahli
jawatankuasa yang hadir.

 Selaku YDP SK jengka 22 pada tahun yang ke-17 sangat berterima kasih kepada guru
besar kerana banyak membawa perubahan kepada sekolah ini.

 Sekolah telah semakin ceria dan kejayaan demi kejayaan telah datang ke sekolah ini.
Sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelum kedatangan guru besar ini.

 Akhir kata, memohon kerjasama erat antara guru dan ibubapa.

”Guru Berpisah Tiada Dengan Penjaga”

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.................................. ..................................
(SALMI SUHANA BT ABD. SANI) (SUHAINI B. SAMAT)
SETIAUSAHA YANG DIPERTUA

12
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SK LKTP JENGKA 22 SK LKTP JENGKA 22

13

You might also like