Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SJK(T) LADANG BOH 1

39200 RINGLET
CAMERON HIGHLANDS
MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI KETIGA
TAHUN 2018

TARIKH : 27.06.2018
MASA : 2.45 p.m.
TEMPAT : Pusat Sumber Sekolah
KEHADIRAN : Pn. Malathi (Guru Besar)
Pn. Prema (Ketua Panitia)
En. Kesavan
En. M.Paalenthiran
Pn. Vickneshwari
Pn. Tamil Selvi
En. Thamilarasan
Pn. S.Thogai Maill
Cik. S. Vishaalani

AGENDA MESYUARAT : 1. Ucapan Pengerusi Majlis


2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
3. Perkara-Perkara Berbangkit
4. Pelaporan Isu
5. Hal-Hal Lain
6. Ucapan penutup

1.0 Ucapan Pengerusi Majlis

1.1 Ketua panitia mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat Panitia


Matematik kali ketiga bagi tahun 2018.
Tindakan: Pn.Prema

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.1 Minit mesyuarat Panita Matematik kali kedua bagi tahun 2018 telah
dibentangkan untuk disahkan. Ketua panitia meminta para hadirin untuk
merujuk edaran yang diberikan.

Tindakan: Semua guru yang mengajar


Matematik
3.0 Perkara-Perkara Berbangkit

3.1 Markah PKSR 2 tahun 2018

3.1.1 Ketua panitia telah memaparkan gred dan analisis markah yang
diperolehi oleh pelajar dalam ujian PKSR 2 bagi tahun 2018 dalam
bentuk Excel berserta dengan graf analisis markah. (Lampiran 1)
3.1.2 Ketua panitia menyatakan bahawa markah PKSR 2 menunjukkan
semua murid telah lulus matapelajaran matematik. Sebanyak 4/8
murid mendapat A, 1/8 murid mendapat B manakala 3/8 murid
mendapat C.
3.1.3 Ketua panitia juga menjelaskan bahawa pencapaian tahap 1 semakin
meningkat manakala pencapaian tahap 2 telah merosot dari segi
markah.
3.1.4 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua guru atas prestasi
PKSR 2 yang semakin baik bagi tahap 1. Beliau juga meminta
kerjasama semua guru untuk meningkatkan prestasi pencapaian
tahap 2 dengan mampelbagai kaedah PdPc. Beliau juga meminta
guru-guru membiasakan murid dengan soalan yang berbentuk KBAT.
3.1.5 Ketua panitia bersama guru-guru juga turut menetapkan Target
markah untuk murid dalam peperiksaan PKSR 3. Guru-guru diminta
untuk mencatatkan markah tersebut dalam borang pemarkahan dan
disimpan dalam fail RPH sebagai rujukan.

Tindakan: Semua guru yang mengajar


Matematik
4.0 Pelaporan isu

4.1 Rancangan Tahunan Panitia 2018

4.1.1 Ketua panitia menyatakan program panitia pada waktu rehat


dijalankan dengan lancar dan murid dapat menjawab dengan mudah
dengan bimbingan guru mentor.
4.1.2 Guru besar mengingatkan ketua panitia untuk menyediakan aktiviti
waktu rehat yang menggalakkan murid menjawab dengan cepat dan
aktiviti kumpulan digalakkan untuk dibimbing oleh rakan sebaya.
4.1.3 Guru besar juga meminta guru-guru mengendalikan aktiviti tahunan
tepat pada masa merangkumi guru-guru dan murid-murid.
Tindakan: Semua guru yang mengajar
Matematik

4.2 LINUS NUMERASI

4.2.1 Ketua panitia menyatakan mirud tahun 3 telah melepasi Ujian


Saringan 1 Linus Numerasi.
4.2.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada guru mata pelajaran dan mired
tahun 3.
4.2.2 Guru Besar meminta guru-guru berusaha untuk memastikan semua
murid lulus Ujian Saringan 2 Numerasi pada tahun ini.

4.3 Kelas bercantum

4.3.1 Guru besar menyatakan laporan pemantauan kelas bercantum.


4.3.2 Pemantau dari Jemaah Nazir mengucapkan tahniah kepada pihak
sekolah kerana berjaya menjalankan tanggungjawab mengikut
pekeliling KPM.
4.3.3 Guru besar juga menyatakan guru-guru untuk membawa isu yang
berkaitan dengan kelas bercantum untuk dibincangkan dan bersama-
sama mencari penyelesaian dalam mesyuarat.

5.0 Hal-hal Lain

5.1 Ketua panitia menyatakan program yang telah dilaksanakan dan yang akan
dilaksanakan. (Lampiran 2)
5.2 Guru besar meminta guru-guru memastikan laporan disediakan dalam masa
satu minggu setelah program dilaksanakan.
5.3 Selain itu, beliau juga mengingatkan ketua panitia melengkapkan fail panitia
dan membimbing guru-guru matapelajaran dari masa ke semasa.

Tindakan: Semua guru yang mengajar


Matematik

6.0 Penutup

6.1 Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru
Matematik yang hadir ke mesyuarat panitia Matematik kali ketiga bagi
tahun 2018.
Tindakan: Pn. Prema
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:15 petang

Disediakan oleh Disahkan oleh,

PN. PREMA A/P VELLU PN. MALATHI A/P V. NADARAJAH


Ketua Panitia Guru Besar
SJK(T) Ladang Boh 1 SJK(T) Ladang Boh 1

Lampiran 1
Keputusan PKSR 2 murid tahun 2018

Bil Nama Murid Markah PKSR 1


2 SARVINI A/P SUGAN 87 A
3 ANUSHKA A/P KALISWARAN 98 A
4 YOUGEETHA A/P VIJAY KRISHNA 99 A
5 NEROSHAN A/L SARAVANAN 74 B
6 REEVAN RAJ A/L MURALI 82 A
7 LUKKESH RAAO A/L VIJAY KRISHNA 53 C
8 RASWIYN A/L PALANISAMY 60 C
9 HARSHINI DEVI A/P SUGAN 63 C
4 A, 1 B & 3 C
Peratus lulus 100 %
Peratus A 50 %
Peratus B 13 %
Peratus C 37 %

Bil Rancangan Tahunan Sasaran Status


Tarikh pelaksanaa
n
sudoku Murid-murid
15 Februari 2018
& guru-guru
’Fix the Murid-murid
29 March 2018
puzzle’
Mental Murid-murid
08 Mei 2018
1 Program waktu rehat calculation & guru-guru
Anggaran Murid-murid
September
& guru-guru
Warnakan Murid-murid
Oktober
saya
timbang Julai Murid-murid
2 Bengkel UPSR bersama -peringkat Murid-murid
7 Julai 2018
pemeriksa kertas daerah & guru-guru
3 Kangaroo Matematik -peringkat Murid-murid
15 March 2018
kebangsaan
4 Pertandingan sudoku -peringkat Murid-murid
24 April 2018
sekolah dan guru-guru
5 Teka bilangan -peringkat Murid-murid
July
sekolah dan guru-guru
6 ’Build Me’ 3D Shape -peringkat Murid-murid
Ogos
sekolah dan guru-guru
Rancangan Tahunan Panita Matematik tahun 2018

You might also like