Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

TERMA RUJUKAN

JAWATANKUASA PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Terma Rujukan (Terms of Reference (ToR)) ini adalah bertujuan untuk


menjelaskan fungsi Jawatankuasa Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia atau selepas ini diringkaskan sebagai
JPPSS KPM.

2.0 OBJEKTIF

Objektif penubuhan JPPSS KPM adalah untuk memastikan pembukaan semula


sekolah:

2.1 Tiada isu berkaitan pembukaan semula sekolah;


2.2 100% sekolah bersedia untuk beroperasi; dan
2.3 Murid, guru dan warga sekolah berada dalam keadaan selamat
semasa di sekolah.

3.0 TAFSIRAN

3.1 ‘JPPSS KPM’ bermaksud Jawatankuasa Pengurusan Pembukaan


Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.2 ‘TKPPM’ bermaksud Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
3.3 ‘Kluster’ bermaksud Jawatankuasa Kerja Teknikal.
3.4 ‘GP’ bermaksud Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula
Sekolah.
3.5 ‘PKPP’ bermaksud Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

TERMA RUJUKAN JPPSS KPM 1


4.0 FUNGSI DAN BIDANG KUASA

Fungsi dan bidang kuasa JPPSS KPM adalah seperti berikut :

4.1 Menyediakan dua (2) struktur tadbir urus yang menerangkan fungsi struktur
induk daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hingga ke
Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (JPN/PPD) dan
sekolah.
4.2 Menyediakan struktur tadbir urus peringkat teknikal dan kepegawaian.
4.3 Memantau pengoperasian dan pelaporan di setiap peringkat tadbir urus.

5.0 KEAHLIAN JAWATANKUASA

5.1 Keahlian struktur tadbir urus bagi JPPSS KPM adalah seperti berikut:

Bil. Jenis Keanggotaan Kakitangan Dilantik

i. Pengerusi TKPPM Sektor Operasi Sekolah


ii. Timbalan Pengerusi Pengarah BPLTV

iii. Setiausaha Induk Timbalan Pengarah Kanan BPLTV


i. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
(BPSH)
ii. Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan
Teknikal Vokasional (BPLTV)
iii. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah
Berasrama Penuh (BPSBP)
iv. Pengarah Bahagian Pendidikan Islam (BPI)
iv. Ahli-Ahli Tetap v. Pengarah Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas)
vi. Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta (BP
Swasta)
vii. Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan
Kesenian (BSKK)
viii. Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan (BPPDP)

v. Urus setia Induk BPLTV

vi. Tempoh Keahlian Sehingga tamat tempoh PKPP


Pengerusi JPPSS
vii. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Peringkat Negeri
Pengerusi JPPSS
viii. Peringkat Pejabat Pegawai Pendidikan Daerah (PPD)
Pendidikan Daerah
Pengerusi JPPSS
ix. Pengetua atau Guru Besar
Peringkat Sekolah

TERMA RUJUKAN JPPSS KPM 2


5.2 Keahlian struktur peringkat teknikal dan kepegawaian dikenali sebagai
Jawatankuasa Teknikal JPPSS KPM adalah seperti berikut:

Bil Jenis Keanggotaan Kakitangan Dilantik

i. Pengerusi Timbalan Pengarah Kanan BPLTV


ii. Timbalan Pengerusi Timbalan Pengarah Kanan BPSH

iii. Urus setia BPLTV

iv. Ketua Kluster

• Kluster Pelaporan Dashboard • Timbalan Pengarah BPLTV


• Kluster Kesiapsiagaan • Timbalan Pengarah BPSH (Ketua)
Sekolah • Timbalan Pengarah BP Swasta
• Kluster Pergerakan Guru dan • Timbalan Pengarah BPSBP (Ketua)
Murid • Timbalan Pengarah BPLTV
• Kluster Keselamatan dan • Timbalan Pengarah Kanan BPI (Ketua)
Kesihatan • Timbalan Pengarah BPSBP
• Timbalan Pengarah BPSH (Pusat
Panggilan COVID-19)
• Kluster Bilik Gerakan
• Timbalan Pengarah BPLTV (JPPSS
KPM)
• Kluster Garis Panduan dan • Timbalan Pengarah BPSH (Ketua)
FAQ • Timbalan Pengarah BPKhas
• Kluster Lawatan Pemantauan • Timbalan Pengarah BSKK (Ketua)
Sekolah • Timbalan Pengarah BPPDP

5.3 Pengerusi boleh dari semasa ke semasa, menjemput mana-mana pihak


untuk menjadi ahli bagi mendapatkan idea dan pandangan.
5.4 Ahli JPPSS KPM dilantik oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
5.5 Ahli JPPSS KPM boleh menamakan Timbalan Pengarah Bahagian masing-
masing yang akan dilantik sebagai wakil ganti tetap sekiranya tidak dapat
hadir dalam mesyuarat JPPSS KPM.
5.6 Ketua Kluster bagi Jawatankuasa Teknikal boleh menamakan Ketua
Penolong Pengarah dilantik sebagai wakil ganti tetap sekiranya tidak dapat
hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal.

TERMA RUJUKAN JPPSS KPM 3


6.0 JAWATANKUASA KERJA KLUSTER TEKNIKAL JPPSS KPM

6.1 Bagi memastikan fungsi JPPSS KPM dapat dilaksanakan dengan baik dan
sistematik, Jawatankuasa Kerja Kluster Teknikal seperti berikut
ditubuhkan:

i. Kluster Pelaporan Dashboard


ii. Kluster Kesiapsiagaan Sekolah
iii. Kluster Pergerakan Guru dan Murid
iv. Kluster Keselamatan Dan Kesihatan
v. Kluster Bilik Gerakan
vi. Kluster Garis Panduan dan FAQ
vii. Kluster Lawatan Pemantauan Sekolah

6.2 Fungsi dan Peranan:

KLUSTER PERANAN BAHAGIAN

Kluster Pelaporan Menerima data semua sekolah BPLTV


Dashboard daripada JPN (Pusat Data
Sehenti)* dan menyedia serta
menyelaras:

i. Pangkalan data bagi isu-isu


berkaitan operasi pembukaan
sekolah.
ii. Data kapasiti murid dan
prasarana bagi sekolah dan
asrama.
iii. Data kesediaan sekolah
beroperasi.
iv. Guru kembali bertugas.
v. Data kehadiran murid.
vi. Sistem pemprosesan data dan
pelaporan (Power BI)

Kluster i. Pengurusan sekolah: BPSH &


Kesiapsiagaan a. melaksanakan kepatuhan BP Swasta
Sekolah penjarakan sosial di sekolah:
• bilik darjah
• bilik guru
• kantin;
• tandas dan lain-lain
b. melaksanakan kepatuhan
penjarakan sosial di asrama.

TERMA RUJUKAN JPPSS KPM 4


KLUSTER PERANAN BAHAGIAN

c. menyediakan pelan laluan


pergerakan terarah atau
sehala.
d. menyediakan tanda
penjarakan sosial.
e. mempamerkan bahan
bercetak/ peringatan
mengenai langkah
kebersihan.
f. menyediakan satu (1) bilik
isolasi.

ii. Pengurusan sumber manusia


mengikut Garis Panduan
Pengurusan Pembukaan
Semula Sekolah (GPPSS):
a. menyediakan jadual
mengajar pelbagai mod.
b. menyediakan jadual guru
bertugas harian.
c. memiliki GPPSS bercetak.

Kluster Pergerakan i. Memastikan semua bahagian yang BPSBP &


Guru dan Murid ke terlibat menyediakan mekanisme BPLTV
Sekolah untuk mengesan mod
pengangkutan yang digunakan
oleh murid pulang ke
sekolah/asrama atau tempat
penginapan.

ii. Menyelaraskan modus operandi


bagi pergerakan guru pulang ke
tempat bertugas dan murid pulang
ke sekolah/asrama atau tempat
penginapan.

iii. Menyelaraskan sistem pelaporan


status pergerakan guru pulang ke
tempat bertugas dan murid pulang
ke sekolah/asrama atau tempat
penginapan.

iv. Menyediakan sistem sokongan


yang diperlukan bagi mengatasi
isu, masalah dan kekangan murid
dan guru untuk pulang ke sekolah.

v. Menyediakan pelaporan
pergerakan murid ke sekolah.

TERMA RUJUKAN JPPSS KPM 5


KLUSTER PERANAN BAHAGIAN

Kluster Keselamatan i. Menyediakan alat pengimbas BPI & BPSBP


dan Kesihatan suhu badan dengan nisbah 1 alat
kepada 50 murid (1:50).

ii. Menyediakan kemudahan mencuci


tangan di laluan-laluan utama
dengan kadar minima 1
kemudahan kepada 70 murid
(1:70).

iii. Menyediakan mekanisme yang


bersesuaian untuk merekod
kemasukan guru/warga
sekolah/pelawat dan lain-lain ke
kawasan sekolah.

Kluster Bilik Gerakan i. Pusat Panggilan COVID-19 BPSH & BPLTV


• merekodkan kes-kes COVID-
19 yang melibatkan guru dan
murid.
• menyerahkan data kes COVID-
19, aduan atau permasalahan
berkaitan operasi pembukaan
semula sekolah kepada Bilik
Gerakan JPPSS KPM

ii. Bilik Gerakan JPPSS KPM


• Menyelaras semua keperluan
dalam bilik gerakan bagi
keperluan petugas-petugas.
• Menyediakan jadual bertugas.
• Menyediakan makan minum
petugas-petugas.
• Menjawab semua panggilan,
aduan, dan sebagainya serta
menghantar kepada Kluster
Garis Panduan dan FAQ
• Menyediakan laporan harian
bilik gerakan termasuk
berbentuk infografik bagi JK
Teknikal.

Kluster Garis Panduan i. Memastikan semua garis panduan BPSH &


dan FAQ termasuk annex yang dikeluarkan BPKhas
oleh KPM disebar luas ke semua
bahagian KPM dan JPN.

ii. Memastikan JPN melaksanakan


penataran di peringkat PPD dan
sekolah.

TERMA RUJUKAN JPPSS KPM 6


KLUSTER PERANAN BAHAGIAN

iii. Menyediakan FAQ berdasarkan


garis panduan yang telah
disediakan, soalan-soalan yang
diterima semasa penataran dan
soalan yang diajukan kepada
pegawai bertugas di bilik gerakan.

iv. Menyediakan infografik


berdasarkan garis panduan yang
disediakan.

Kluster Lawatan i. Memastikan tiada pertindihan BSKK dan


Pemantauan Sekolah sekolah yang dilawati. BPPDP

ii. Menghubungi Pegawai Khas /


Pejabat YB Menteri Kanan
Pendidikan, Timbalan Menteri
Pendidikan dan Pengurusan
Tertinggi KPM bagi mendapatkan
jadual lawatan pemantauan ke
sekolah.

iii. Menyelaras jadual lawatan


pemantauan yang melibatkan
Pengarah-Pengarah Bahagian,
Pengurusan Tertinggi KPM,
termasuk YB Timbalan Menteri
Pendidikan, YB Menteri Kanan
Pendidikan serta DYMM Yang
Dipertuan Agong (sekiranya ada).

iv. Melantik dan menyelaras pegawai


bertugas yang akan mengiringi
lawatan pemantauan Pengurusan
Tertinggi KPM, termasuk YB
Timbalan Menteri Pendidikan, YB
Menteri Kanan Pendidikan serta
DYMM Yang Dipertuan Agong
(sekiranya ada).

v. Menyelaras jadual lawatan


pemantauan Pengurusan Tertinggi
KPM bersama-sama Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) dan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

vi. Menyediakan instrumen


pemantauan berdasarkan senarai
semak Garis Panduan Pengurusan
Pembukaan Semula Sekolah yang
disediakan oleh BPSH.

TERMA RUJUKAN JPPSS KPM 7


KLUSTER PERANAN BAHAGIAN

vii. Menyediakan templat pelaporan


lawatan bagi Pengarah Bahagian.

viii. Menyediakan pelaporan lawatan


bagi Pengurusan Tertinggi KPM.

ix. Menyelaraskan jadual


pembentangan laporan dalam
Mesyuarat Profesional KPM.

x. Membuat rumusan dan cadangan


penambahbaikan berdasarkan
laporan yang dibentang.

6.3 Ketua Kluster yang dilantik, dikehendaki membentuk Jawatankuasa


Pelaksana dalam kalangan pegawai rentas Bahagian mengikut
keperluan. Keahlian dalam setiap kluster akan dilantik oleh Pengerusi
JPPSS KPM setelah menerima cadangan daripada Ketua Kluster.

7.0 JAWATAN KUASA TADBIR URUS

7.1 JK TADBIR URUS JPN

a. Melaksanakan fungsi kluster mengikut bidang kuasa peringkat JPN.


b. Lantikan ahli oleh Pengarah Pendidikan Negeri.
c. JPN berfungsi sebagai Pusat Sehenti Data bagi semua jenis sekolah
di negeri tersebut.

7.2 JK TADBIR URUS PPD

a. Melaksanakan fungsi kluster mengikut bidang kuasa peringkat PPD.


b. Lantikan ahli oleh Pegawai Pendidikan Daerah.

7.3 JK TADBIR URUS SEKOLAH

a. Melaksanakan fungsi kluster mengikut bidang kuasa peringkat


sekolah.
b. Lantikan ahli oleh Pengetua atau Guru Besar.

TERMA RUJUKAN JPPSS KPM 8


7.4 TADBIR URUS STRUKTUR JAWATANKUASA DAN PELAPORAN
PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
Menteri Kanan Pendidikan

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Jawatankuasa Induk Pembukaan Semula Sekolah, (JPPSS)


Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengerusi : TKPPPM SOS


Timbalan Pengerusi : Pengarah BPLTV
Urus setia : BPLTV

JPPSS Jawatankuasa Teknikal


Jabatan Pendidikan Negeri Pengerusi : TP (Kanan) BPLTV
( Pusat Sehenti Data ) Timb. Pengerusi : TP (Kanan) BPSH
Urus setia : BPLTV

Kluster 1 : Pelaporan Dashborad


JPPSS Ketua : TP BPLTV
Pejabat Pendidikan Daerah

Kluster 2 : Kesiapsiagaan Sekolah


Ketua :TP BPSH dan TP BP
Swasta
JPPSS Kluster 3 : Pergerakan Guru & Murid
Sekolah Ketua : TP BPLTV

Kluster 4 : Keselamatan & Kesihatan


Ketua : TP BPI dan TP BPSBP

Kluster 5 : Bilik Gerakan


Ketua : TP BPSH dan TP BPLTV

Kluster 6 : Garis Panduan dan FAQ


Ketua : TP BPSH dan TP BP Khas

Kluster 7 : Lawatan Pemantauan


Sekolah
Ketua : TP BSKK dan TP BPPDP

TERMA RUJUKAN JPPSS KPM 9


8.0 BILIK KHAS

Urus setia di setiap peringkat perlu menyediakan satu bilik khas sebagai
bilik gerakan JPPSS masing-masing.

9.0 PELAKSANAAN MESYUARAT

Pelaksanaan Mesyuarat JPPSS KPM terbahagi kepada dua, iaitu:

9.1 Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Pembukaan Semula


Sekolah
a. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal hendaklah diadakan setiap
hari dengan menggunakan medium yang sesuai.
b. Kehadiran adalah wajib kepada semua ahli Jawatankuasa
Teknikal.
9.2 Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Pembukaan Semula
Sekolah
Mesyuarat Jawatankuasa Induk diadakan sekurang-kurangnya dua
(2) atau tiga (3) kali seminggu atau atas keperluan untuk
membincangkan perkara-perkara penting di luar Mesyuarat
Jawatankuasa Teknikal yang memerlukan keputusan dan tindakan
segera.

10.0 AGENDA MESYUARAT

Agenda tetap Mesyuarat JPPSS KPM adalah seperti berikut:

10.1 Perutusan Pengerusi


10.2 Laporan Kluster
10.3 Hal-Hal Lain

11.0 PELAPORAN MESYUARAT

11.1 Urus setia Induk akan menyediakan rumusan pelaporan harian


Jawatankuasa Teknikal kepada pihak pengurusan tertinggi KPM
setiap hari.
11.2 Jawatankuasa Teknikal hendaklah melaporkan isu, jangkaan
masalah dan pencapaian kepada Urus Setia Induk sebelum atau
pada jam 5.00 petang setiap hari.
11.3 Jawatankuasa Tadbir Urus JPN hendaklah menghantar data
kepada Jawatankuasa Teknikal peringkat KPM sebelum atau pada
jam 3.00 petang setiap hari.

TERMA RUJUKAN JPPSS KPM 10

You might also like