Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Peraturan/Kelab

ARTIKEL
ISI MUKA SURAT
KAND
UNGA
N
SATU Nama / Alamat 1
DUA Pendaftar 1
No. Pendaftaran 1
TIGA Penasihat 1
EMPAT Tujuan
4.1 Tujuan dan Maksud Am 1
4.2 Tujuan dan Maksud khas 1
LIMA Keahlian
5.1 Syarat keahlian 2
5.2 Hak Ahli 2
5.3 Kewajipan Ahli 2
5.4 Pemberhentian 2
ENAM Jawatankuasa Persatuan
6.1 Ahli Jawatankuasa Persatuan 3
6.2 Pemilihan Jawatankuasa 3
6.3 Tugas Utama Jawatankuasa 3
6.4 Tugas dan Kuasa Pengerusi 3
6.5 Tugas dan Kuasa Timbalan Pengerusi 4
6.6 Tugas dan Kuasa Setiausaha 4
6.7 Tugas dan Kuasa Penolong Setiausaha 4
6.8 Tugas dan kuasa Bendahari 4,5
6.9 Tugas dan kuasa Penolong Bendahari 5
6.10 Tugas dan Kuasa Ahli Jawatankuasa 5
TUJUH Kewangan
7.1 Tahun Kewangan 6
7.2 Derma Kewangan 6
7.3 Tabung Persatuan 6
7.4 Pentadbiran Kewangan Persatuan 6
7.5 Pemeriksa Kira-kira 6
LAPAN Mesyuarat
8.1 Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan 7
8.2 Mesyuarat Agung luar Biasa 8
8.3 Mesyuarat Agung Tergempar 8
8.4 Mesyuarat Jawatankuasa 8
SEMBILAN Undi 9
SEPULUH Penamatan dan Perletakan Jawatan 9
SEBELAS Tatatertib
11.1 Jawatankuasa disiplin dan Tata Tertib 9
11.2 Anggota Jawatankuasa Disiplin 9
11.3 Tugas dan kuasa Jawatankuasa Disiplin 9
11.4 Jenis hukuman 9
DUA BELAS Perwakilan Persatuan 10
TIGA BELAS Pindaan Undang-Undang 10

Unit Kokurikulum SMK Chenderiang 1


Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Peraturan/Kelab

EMPAT BELAS Pembubaran 10


PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN PERSATUAN

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG (PERLEMBAGAAN)

KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHENDERIANG, TEMOH, PERAK

ARTIKEL SATU

1.1 NAMA / ALAMAT

Persatuan ini dikenali dengan nama KOR KADET POLIS

KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


Sekolah Menengah Kebangsaan Chenderiang,
35350 Temoh, Perak

ARTIKEL DUA

2.1 PENDAFTAR

Pendaftar persatuan ini ialah Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Chenderiang, 35350 Temoh,
Perak mengikut Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998
seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil. 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A):P.U(A) 196
bertarikh 21 Mei 1998.

2.2 NO. PENDAFTARAN

SMKC.BP.04/05/( )

ARTIKEL TIGA

3.1 PENASIHAT

Penasihat persatuan ini dilantik oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Chenderiang, Temoh,
Perak mengikut Peraturan 8 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti
dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil. 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A) : P.U.(A) 196
bertarikh 21 Mei 1998.

ARTIKEL EMPAT

4. TUJUAN

4.1 TUJUAN DAN MAKSUD AM

4.1.1 Memupuk semangat dan amalan bertanggungjawab, berdisiplin, bekerjasama, hormat-


menghormati, setiakawan, toleransi dan perpaduan di kalangan ahli-ahlinya.
4.1.2 Memberi pengetahuan, kemahiran dan latihan kepimpinan yang bermanfaat kepada ahli-
ahlinya
4.1.3 Memberi peluang kepada ahli-ahlinya menaburkan sumbangan dan khidmat bakti kepada
masyarakat sekitar sekaligus melahirkan insan yang berbudi, berbakat, kreatif, inovatif dan
berwawasan

4.2 TUJUAN DAN MAKSUD KHAS

4.2.1

4.2.2

Unit Kokurikulum SMK Chenderiang 2


Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Peraturan/Kelab

4.2.3

ARTIKEL LIMA

5. KEAHLIAN

5.1 SYARAT KEAHLIAN

5.1.1 Keahlian adalah terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Chenderiang, Temoh, Perak.
5.1.2 Permohonan untuk menjadi ahli boleh dibuat menggunakan Borang Permohonan Menjadi Ahli
dan dikemukakan kepada Setiausaha tidak lewat daripada 31 Januari setiap tahun menurut
tatacara yang ditetapkan oleh pengetua
5.1.3 Kelulusan permohonan menjadi ahli akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa.
Keputusan Jawatankuasa menerima atau menolak sesuatu permohonan adalah muktamad.
5.1.4 Setiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah atas kerelaan sendiri tanpa dipaksa atau
dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan mendapat persetujuan daripada ibu bapa atau
penjaga masing-masing.
5.1.5 Setiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan dan didaftarkan seperti yang tersebut
di atas hendaklah diterima menjadi ahli Badan Gerko dan berhaklah dia sebagai ahli.
5.1.6 Keahlian persatuan/kelab ini tertakluk kepada syarat-syarat dan sekatan-sekatan berikut:
5.1.6.1:
5.1.6.2:
5.1.6.3:

5.2 HAK AHLI

5.2.1 Mengundi dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa persatuan.


5.2.2 Menjadi calon dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa persatuan
5.2.3 Menghadiri dan menyertai aktiviti-aktiviti persatuan.
5.2.4 Menggunakan peralatan, prasarana dan kemudahan-kemudahan kepunyaan persatuan.
5.2.5 Mengemukakan cadangan, aduan, idea dan pendapat kepada persatuan mengenai isu-isu
yang berbangkit

5.3 KEWAJIPAN AHLI

5.3.1 Menghormati, mendukung dan mematuhi Perlembagaan dan mematuhi Perlembagaan dan
Peraturan-Peraturan Persatuan ini sepanjang masa dan dalam semua keadaan.
5.3.2 Mematuhi, menghormati dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Persatuan.
5.3.3 Menjaga dan mempertahankan nama baik, maruah dan identiti persatuan.
5.3.4 Memelihara dan menjaga harta benda persatuan.
5.3.5 Tidak menyebarkan kepada sesiapa sahaja rahsia-rahsia persatuan.
5.3.6 Tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya sentiasa bekerjasama dan bermuafakat dengan
ahli-ahli lain
5.3.7 Tidak mengkhianati sebarang usaha atau program-program yang dianjurkan oleh persatuan.
5.3.8 Menjelaskan derma keahlian sebelum tarikh yang telah ditetapkan.

5.4 PEMBERHENTIAN

Seorang ahli berhenti menjadi ahli dan batal hak-hak ahlinya apabila:
5.4.1 Permohonan bertulisnya untuk berhenti menjadi ahli diluluskan oleh Penasihat dan
membayar segala hutang-hutangnya.
5.4.2 Tidak menjelaskan yuran dalam tempoh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
Persatuan.
5.4.3 Didapati merosakkan nama baik Persatuan atau Sekolah.
5.4.4 Dia melanggar Perlembagaan Peratuan.
5.4.5 Dia telah diberi peringatan tiga (3) kali berturut-turut oleh Penasihat atau wakilnya
kerana tidak hadir dalam aktiviti Persatuan.

Unit Kokurikulum SMK Chenderiang 3


Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Peraturan/Kelab

ARTIKEL ENAM

6. JAWATANKUASA PERSATUAN

6.1 AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN

Ahli Jawtankuasa Persatuan akan dianggotai oleh


6.1.1 Seorang Pengerusi
6.1.2 Seorang Timbalan Pengerusi
6.1.3 Seorang Setiausaha
6.1.4 Seorang Penolong Setiausaha
6.1.5 Seorang Bendahari
6.1.6 Seorang Penolong Bendahari
6.1.7 Lima orang Ahli Jawatankuasa

6.2 PEMILIHAN JAWATANKUASA

Pemilihan Jawatankuasa adalah secara demokratik dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Senarai
Jawatankuasa yang terpilih hendaklah disahkan oleh Pendaftar sebelum boleh berfungsi.

6.3 TUGAS UTAMA JAWATANKUASA

6.3.1 Menentu dan menetapkan dasar persatuan berlandaskan perlembagaan dan peraturan-
peraturan persatuan.
6.3.2 Merancang dan menganjurkan kegiatan-kegiatan persatuan berdasarkan Senarai Aktiviti
Utama yang diluluskan oleh Pendaftar.
6.3.3 Mengurus, merancang dan mengawall perbelanjaan tahunan persatuan dengan mengambil
kira bimbingan dan nasihat penasihat persatuan.
6.3.4 Mengurus pengutipan derma seperti yang diluluskan oleh Pendaftar dan menyimpan atau
menggunakannya untuk kegiatan dan kepentingan persatuan mengikut prosedur pengurusan
kewangan yang berkuatkuasa di institusi Kerajaan.
6.3.5 Mengambil berat kebajikan ahli-ahli dan mengawal disiplin mereka sebagai ahli persatuan.
6.3.6 Meneroka dan mewujudkan peluag untuk ahli-ahli mendapat dan mempertingkatkan
pengalaman, pengetahuan dan kemahiran masing-masing secara berterusan.
6.3.7 Mengawal, menjaga dan menyelenggara harta benda, inventori dan bekalan pejabat
kepunyaan persatuan.
6.3.8 Menjadi penghubung di antara ahli-ahli persatuan dengan guru penasihat, pihak pengurusan
sekolah, kelab dan persatuan lain di sekolah dan badan gabungan diperingkat daerah, negeri
dan kebangsaan.
6.3.9 Menganjur, mengurus dan mengelolakan mesyuarat-mesyuarat dan melaksanakan
sepenuhnya keputusan-keputusan yang dihasilkan daripada mesyuarat-mesyuarat tersebut,
khususnya Mesyuarat Agung Tahunan.

6.4 TUGAS DAN KUASA PENGERUSI

6.4.1 Mengetuai usaha-usaha merancang, mengurus dan melaksana serta memantau semua
Tugas Utama Jawatankuasa seperti disenaraikan dalam perkara 6.3 di atas.
6.4.2 Mengetuai pentadbiran dan pengurusan persatuan.
6.4.3 Mempengerusikan semua mesyuarat yang dirancang, diurus dan dikelolakan oleh
jawatankuasa persatuan.
6.4.4 Pengerusi berhak menggunakan undi pemutus dalam setiap mesyuarat yang
dipengerusikannya selagi tidak melanggar atau bertentangan dengan tujuan, perlembagaan
dan peraturan-peraturan persatuan.
6.4.5 Mengetuai Jawatankuasa Disiplin persatuan.
6.4.6 Mewakili persatuan dalam semua perjumpaan atau mesyuarat dengan kelab atau persatuan
lain, dan dengan badan induk gabungan.
6.4.7 Pengerusi berkuasa memanggil Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa
Tergempar apabila difikirkan perlu.
6.4.8 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

Unit Kokurikulum SMK Chenderiang 4


Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Peraturan/Kelab

6.5 TUGAS DAN KUASA TIMBALAN PENGERUSI

6.5.1 Membantu Pengerusi mengetuai usaha-usaha merancang, mengurus dan melaksana serta
memantau semua Tugas Utama Jawatankuasa seperti disenaraikan dalam perkara 6.3 di
atas.
6.5.2 Melaksanakan tugas dan kuasa Pengerusi ketika ketiadaan atau ketidakhadiran Pengerusi
ataupun dengan kebenaran bertulis daripada Pengerusi.
6.5.3 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Pensihat dan Pengerusi.

6.6 TUGAS DAN KUASA SETIAUSAHA

6.6.1 Membantu merancang, mengurus dan melaksana serta memantau semua Tugas Utama
Jawatankuasa seperti yang disenaraikan dalam perkara 6.3 di atas.
6.6.2 Menyedia, megurus dan menyelenggara tugas dan fungsi kesetiausahaan persatuan, seperti
surat-menyurat, perekodan dan penyimpanan maklumat, penyimpanan dan pengemaskinian
fail persatuan, penyebaran maklumat kepada ahli-ahli persatuan dan pendokumentasian
aktiviti-aktiviti persatuan.
6.6.3 Mengurus dan mengelolakan mesyuarat-mesyuarat peratuan, seperti mengeluarkan notis dan
surat jemputan menghadiri sesuatu mesyuarat kepada ahli-ahli dan semua Ahli Jawatankuasa
Persatuan, menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat, menyediakan tempat mesyuarat
dan mencatat minit mesyuarat.
6.6.4 Melaksanakan semua keputusan yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Persatuan dan
mendokumenkan semua pelaksanaan.
6.6.5 Menyedia, mengedar, mengumpul dan memproses Borang Permohonan Keahlian.
6.6.6 Mendaftar ahli-ahli baru dan menyedia serta mengemaskini rekod dan daftar keahlian
persatuan dan mendapatkan pengesahan daripada Guru Penasihat dan Pendaftar.
6.6.7 Menyediakan laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan
6.6.8 Menyedia dan mengemaskini rekod pencapaian ahli serta mendapatkan pengesahan
daripada Guru Penasihat.
6.6.9 Menyediakan laporan Tahunan Persatuan/Kelab dan membentangkan dalam Mesyuarat
Agung Tahunan Persatuan.
6.6.10 Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat, Pengerusi atau Timbalan Pengerusi.
6.6.11 Menerima, mengumpul dan memproses aduan-aduan, cadangan-cadangan, pendapat dan
idea-idea yang dikemukakan oleh ahli-ahli Persatuan.
6.6.12 Menyediakan Kertas Kerja Konsep dan Kertas Kerja Cadangan Pelaksanaan bagi setiap
program, projek dan aktiviti yang dianjur, diurus dan dilaksanakan oleh Jawatankuasa
Persatuan.

6.7 TUGAS DAN KUASA PENOLONG SETIAUSAHA

6.7.1 Membantu setiausaha melaksanakan tugasnya dan kuasanya seperti yang dihuraikan dalam
perkara 6.6 di atas.
6.7.2 Menjalankan tugas dan kuasa setiausaha semasa ketiadaan atau ketidakhadirannya atau pun
apabila diarahkan oleh Pengerusi secara bertulis.
6.7.3 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, atau
Setiausaha.

6.8 TUGAS DAN KUASA BENDAHARI

6.8.1 Mentadbir dan mengurus kewangan persatuan.


6.8.2 Menerima, mengutip, menyimpan dan mengakaunkan pendapatan persatuan.
6.8.3 Menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih daripada RM 20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh
Sahaja). Selebihnya akan diserahkan kepada guru penasihat.
6.8.4 Merancang dan mencadangkan kepada Jawatankuasa Persatuan akan aktiviti-aktiviti atau
projek-projek untuk menambah kewangan Persatuan.
6.8.5 Menyediakan penyata kewangan bulanan dan sesalinan diserahkan kepada Guru Penasihat.
6.8.6 Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan dan menyerahkan kepada pemeriksa kira-kira
untuk diaudit.
6.8.7 Membentangkan penyata kewangan tahunan yang telah diaudit dalam Mesyuarat Agung
Tahunan Persatuan.

Unit Kokurikulum SMK Chenderiang 5


Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Peraturan/Kelab

6.8.8 Menyerahkan sesalinan Penyata Kewangan Tahunan Persatuan yang telah disahkan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan kepada Pendaftar.
6.8.9 Melaksanakan keputusan Mesyuarat Agung yang berkaitan dengan hal-ehwal kewangan
persatuan.

6.8.10 Menyerahkan wang terkumpul persatuan kepada Pengetua sekolah selepas 31 Oktober tahun
berkenaan.
6.8.11 Menunaikankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi dan Setiausaha.

6.9 TUGAS DAN KUASA PENOLONG BENDAHARI

6.9.1 Membantu bendahari melaksanakan tugas dan kuasanya seperti yang disenaraikan dalam
perkara 6.8 di atas.
6.9.2 Menjalankan tugas dan kuasa bendahari semasa ketiadaan atau ketidakhadirannya atau pun
apabila diarahkanoleh Pengerusi secara bertulis.
6.9.3 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha
atau Bendahari.

6.10 TUGAS DAN KUASA AHLI JAWTANKUASA

6.10.1 Menghadiri semua mesyuarat jawatankuasa.


6.10.2 Mengemukakan cadangan, ulasan, kritikan dan pendapat berkaitan hal ehwal pengurusan dan
pentadbra persatuan.
6.10.3 Mengetuai sesuatu jawatankuasa kerja yang ditubuhkan untuk mengurus dan mengelolakan
sesuatu aktiviti atau projek persatuan.
6.10.4 Membantu melaksanakan keputusan-keputusan yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung
Persatuan.
6.10.5 Mengundi untuk meluluskan sesuatu keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Persatuan.
6.10.6 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha
atau Bendahari.

Unit Kokurikulum SMK Chenderiang 6


Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Peraturan/Kelab

ARTIKEL TUJUH

7 KEWANGAN

7.1 TAHUN KEWANGAN

Tahun kewangan bagi persatuan/kelab ini ialah daripada 2 Januari hingga 31 Oktober tahun
berkenaan.

7.2 DERMA KEAHLIAN

Derma Keahlian adalah sebanyak ............................ sebulan berdasarkan kelulusan yang dibenarkan
oleh Pengetua sekolah berdasarkan Subperaturan 9(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil. 42, No. 11, Tambahan No. 41,
Perundangan (A):P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

7.3 TABUNG PERSATUAN

7.3.1 Tabung Kewangan Persatuan adalah wang terkumpul yang diakaunkan oleh bendahari
persatuan dan disimpan oleh Pengetua atau guru Penasihat seperti yang diarahkan oleh
Pengetua.
7.3.2 Sumber Tabung Kewangan Persatuan adalah daripada:
a. Derma keahlian tahunan daripada setiap ahli yang berdaftar
b. Sumbangan daripada sekolah
c. Sumbangan daripada pihak-pihak yang diluluskan oleh Pengetua sekolah.
d. Keuntungan daripada aktiviti atau projek yang dijalankan oleh Persatuan.
7.3.3 Kegunaan wang tabung peratuan adalah untuk:
a. Membiayai pelaksanaan aktiviti atau projek yang dianjurkan oleh pihak persatuan.
b. Membayar sebarang pembelian barangan, peralatan dan untuk kegunan persatuan.
c. Membayar sebarang perkhidmatan yang diperlukan oleh persatuan.
7.3.4 Akaun Tabung Kewangan Persatuan hendaklah diaudit pada tiap-tiap akhir bulan oleh
Pemeriksa Kira-Kira dan pada setiap hujung tahun kewangan persatuan.

7.4 PENTADBIRAN KEWANGAN PERSATUAN

7.4.1 Wang daripada Tabung Kewangan Persatuan hanya boleh digunakan untuk perkara-perkara
yang berfaedah sesuai dengan tujuam dan matlamat persatuan.
7.4.2 Setiap pembelian dan penggunaan wang daripada Tabung Kewangan Persatuan hendaklah
disahkan oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dengan persetujuan Guru Penasihat.
7.4.3 Bendahari dibolehkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 20.00 (Ringgit Malaysia
Dua Puluh Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang selebihnya daripada itu hendaklah
disimpan oleh Pengetua atau Guru Penasihat seperti yang diarahkan oleh pengetua.
7.4.4 Penyata Kewangan Tahunan Persatuan hendaklah diluluskan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan Persatuan.
7.4.5 Tabung Kewangan Persatuan akan diserahkan kepada pengetua sekolah pada akhir Tahun
Kewangan Persatuan.

7.5 PEMERIKSA KIRA-KIRA

7.5.1 Dua orang Pemeriksa Kira-Kira akan dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan.
7.5.2 Pemeriksa kira-kira bertanggungjawab mengaudit dan mengesahkan penyata bulanan
Tabung Kewangan Persatuan dan Penyata Kewangan Tahunan Persatuan.
7.5.3 Pemeriksa Kira-Kira berkuasa menyoal dan enasihati Bendahari dan Penolong Bendahari
berkaitan apa-apa keraguan dan ketidakseimbangan dalam penyata bulanan Tabung
Kewangan Persatuan dan Penyata Kewangan Tahunan Persatuan.
7.5.4 Tempoh perkhidmatan Pemeriksa Kira-Kira adalah bagi setahun kewangan persatuan.

Unit Kokurikulum SMK Chenderiang 7


Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Peraturan/Kelab

ARTKEL LAPAN

8 MESYUARAT

8.1 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN

8.1.1 Tujuan
a. Membentangkan kepada ahli segala aktiviti dan program yang telah dilaksanakan
sepanjang sesuatu tahun kewangan persatuan.
b. Membentangkan kepada ahli penyata pendapatan dan perbelanjaan kewangan persatuan
bagi sesuatu tahun kewangan.
c. Membentangkan kepada ahli rancangan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun
kewangan akan datang.
d. Mendapatkan kelulusan kepada sebarang pindaan perlembagaan atau dasar yang
dicadangkan oleh Jawatankuasa Persatuan.
e. Mendapatkan pandangan, idea atau usul daripada ahli-ahli untuk mempertingkatkan
kecekapan dan keberkesanan pengurusan, pentadbiran dan pengoperasian persatuan
untuk tahun kewangan yang berikutnya.

8.1.2 Tarikh
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah
berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 Oktober pada tarikh, masa dan
empat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Persatuan.

8.1.3 Kehadiran:
a. Semua ahli Jawatankuasa Persatuan.
b. Semua ahli yang berdaftar.

8.1.4 Korum:
a. Korum bagi Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan ialah dua pertiga daripada jumlah ahli
yang berdaftar.
b. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk
bermesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak
lebih daripada tiga puluh hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Persatuan dan jika
korum masih tidak cukup, selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk
mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan
mesyuarat tetapi tidak berkuasa meminda undang-undang dan peraturan-peraturan
persatuan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

8.1.5 Agenda:
a. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Agung Tahunan yang lalu dan minit-
minit Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Mesyuarat Agung Tergempar sekiranya telah
diadakan sebelumnya.
b. Perkara-perkara berbangkit daripada agenda (8.1.5.1) di atas.
c. Membentang dan menerima Laporan Tahunan Persatuan.
d. Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan Persatuan bagi tahun
kewangan yang lalu.
e. Membentang dan meluluskan Takwim Tahunan Persatuan dan Perancangan Tahunan
Persatuan (jika ada) untuk tahun kewangan berikutnya.
f. Membentangkan dan meluluskan anggaran pendapatan dan Belanjawan Tahunan bagi
tahun kewangan berikutnya.
g. Membahaskan usul-usul atau cadangan daripada ahli yang disampaikan melalui
setiausaha kepada Jawatankuasa Persatuan sekurang-kurangnya seminggu sebelum
tarikh mesyuarat yang ditetapkan.
h. Melantik dua (2) orang pemeriksa kira-kira untuk tahun kewangan yang berikutnya.

Unit Kokurikulum SMK Chenderiang 8


Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Peraturan/Kelab

8.2 MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA

8.2.1 Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis panggilan Mesyuarat Agung Luar Biasa sekiranya:
a. Diarah dan difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Persatuan.
b. Setiausaha menrima permohonan bertulis daripada sekurang-kurangnya satu pertiga
daripada jumlah ahli dengan menyatakan tujuan yang difikirkan munasabah oleh
setiausaha.
8.2.2 Setiausaha hendaklah mengedarkan notis panggilan mesyuarat dan agenda mesyuarat dalam
tempoh lima hari sebelum tarikh mesyuarat ditetapkan.
8.2.3 Pemberitahuan dan agenda Mesyuarat Agung Luar Biasa itu hendaklah dipaparkan di papan
kenyataan persatuan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum mesyuarat diadakan.
8.2.4 Mesyuarat agung Luar Biasa akan hanya membincangkan satu agenda sahaja, yakni perkara
yang menyebabkan mesyuarat itu dipanggil.
8.2.5 Korum bagi sesuatu Mesyuarat Agung Luar Biasa adalah dua pertiga daripada jumlah ahli
berdaftar. Sekiranya korum tidak memncukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah
ditetapkan maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam tempoh 6 bulan dari
tarikh itu, Mesyuarat Agung Luar Biasa dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.

8.3 MESYUARAT AGUNG TERGEMPAR

8.3.1 Mesyuarat Agung Tergempar hanya boleh diadakan sekiranya:


a. Diarahkan oleh Jawatankuasa Persatuan.
b. Diminta oleh dua pertiga daripada ahli yang berdaftar.
8.3.2 Pemberitahuan tentang Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dibuat oleh Setiausaha
dengan memaparkan notis pemberitahuan di papan kenyataan persatuan selewat-lewatnya
24 jam sebelum mesyuarat itu diadakan.
8.3.3 Hanya perkara yangmenyebabkan mesyuarat itu dipanggil sehaja yang menjadi agenda untuk
dibincangkan.
8.3.4 Korum bagi Mesuarat Agung Tergempar adalah dua pertiga daripada jumlah ahli berdaftar.
Sekiranya korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan,
maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh itu,
Mesyuarat Agung Tergempar dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.

8.4 MESYUARAT JAWATANKUASA

8.4.1 Jawatankuasa persatuan hendaklah bermesyuarat sekali bagi setiap bulan.


8.4.2 Setiausaha hendaklah memberitahu ahli-ahli Jawatankuasa yang lain sekurang-kurangnya 48
jam sebelum mesyuarat diadakan dan sekiranya sesuatu perkar memerlukan tindakan segera
maka pemebritahuan mesyuarat bolehlah dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum
mesyuarat diadakan.

Unit Kokurikulum SMK Chenderiang 9


Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Peraturan/Kelab

ARTIKEL SEMBILAN

9. UNDI

9.1 Pengerusi mempunyai undi pemutus.


9.2 Pengundian dalam segala perkara, kecuali bila diputuskan oleh mesyuarat, hendaklah dengan
mengangkat tangan. Mengundi menggunakan proksi tidak dibenarkan.

ARTIKEL SEPULUH

10. PENAMATAN DAN PERLETAKAN JAWATAN

10.1 Mana-mana ahli Jawatankuasa boleh memohon meletak jawatan dengan menyampaikan
surat perletakkan jawatannya kepada Setiausaha dan Guru Penasihat.
10.2 Sebarang perletakkan jawatan tidak sah sebelum dipersetujui dan diluluskan oleh
jawatankuasa persatuan atas nasihat Guru Penasihat.
10.3 Sekiranya Setiausaha hendak meletak jawatan, maka ia hendaklah menyampaikan surat
perletakkan jawatannya kepada Pengerusi dan Guru Penasihat.
10.4 Ahli jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat yang diadakan sebanyak tiga kali
berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan telah meletakn jawatan dalam
jawatankuasa yang berkenaan.

ARTIKEL SEBELAS

11. TATA TERTIB

11.1 Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib

Demi menjaga dan menjamin nama baik dan maruah persatuan serta kepentingan ahli-ahli, sebuah
Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib ditubuhkan. Jawatankuasa ini berkuasa mengambil tindakan ke
atas mana-mana ahli yang disabitkan bersalah melakukan sesuatu perbuatan yang bertentangan
dengan undang-undang dan peraturan-peraturan persatuan dan mencemarkan nama bain persatuan.

11.2 Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib akan dianggotai oleh:


11.2.1 Guru Penasihat persatuan sebagai Penasihat
11.2.2 Pengerusi Jawatankuasa Kelab sebagai Pengerusi
11.2.3 Setiausaha Jawatankuasa Persatuan sebagai setiausaha
11.2.4 Lima orang yang dilantik oleh Jawatankuasa persatuan daripada kalangan ahli yang berdaftar.

11.3 Tugas dam kuasa Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib:


11.3.1 Menerima aduan dan laporan, menyiasat, mendakwa dan membicarakan ahli yang disyaki
melakukan kesalahan.
11.3.2 Mencadangkan hukuman ke atas ahli-ahli yang tersabit bersalah kepada Guru Penasihat, dan
menjalankan hukuman dengan persetujuan daripada Guru Penasihat.
11.3.3 Merujukkan kes-kes yang dianggap berat dan serius kepada Pengetua sekolah.
11.3.4 Menyediakan laporan penyiasatan, perbicaraan, dan hukuman kepada Guru Penasihat dan
Pengetua Sekolah.

11.4 Jenis hukuman


11.4.1 Digantung daripada menyertai semua aktiviti persatuan.
11.4.2 Tidak dibenarkan menggunakan sebarang kemudahan, peralatan, bahan-bahan cetak dan
bilik persatuan.
11.4.3 Ahli-ahli yang disabitkan bersalah dihadapkan kepada Pengetua sekolah.

Unit Kokurikulum SMK Chenderiang 10


Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Peraturan/Kelab

ARTIKEL DUA BELAS

12. PERWAKILAN PERSATUAN


Pengerusi dan Setiausaha akan mewakili persatuan ke sebarang mesyuarat yang diadakan oleh
sekolah atau dengan persatuan-persatuan lain. Sekiranya kedua-duanya tidaj dapat hadir, maka
pengerusi hendaklah digantikan oleh Timbalan Pengerusi dan Setiausaha oleh Penolong Setiausaha.
Demikian seterusnya mengikut hierarki jawatan dalam Jawatankuasa Peratuan. Sekiranya bilangan
perwakilan yang dijemput lebih daripada dua orang maka Jawatankuasa Persatuan hendaklah
menamakan perwakilan tersebut selain daripada Pengerusi dan Setiausaha.

ARTIKEL TIGA BELAS

13. PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang dan peraturan-peraturan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah
dikemukakan untuk kelulusan kepada Pengetua sekolah dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan
Mesyuarat Agung yang meluluskan perubahan dan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai
daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pengetua sekolah seperti dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil. 42, No.
11, Tambahan No. 21, Perundangan (A):P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

ARTIKEL EMPAT BELAS

14. PEMBUBARAN

Persatuan ini boleh dibubarkan oleh Pengetua sekolah seperti dalam Subperaturan 12(1) dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jil. 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A):P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei
1998.

Tandatangan Pengerusi :...................................... Tandatangan Setiausaha : ...................................

Nama : ..................................... Nama : ...................................

Tarikh : ..................................... Tarikh : ...................................

Tandatangan Tandatangan Pengetua : ...................................


Guru Penasihat : .....................................

Nama : ..................................... Cop : ...................................

Tarikh : ..................................... Tarikh : ...................................

Unit Kokurikulum SMK Chenderiang 11

You might also like