Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Perkembangan sistem pendidikan kebangsaan selepas

merdeka
Perkembangan  sistem pendidikan kebangsaan  selepas merdeka

     Sistem  pendidikan di Malaysia mengalami  banyak  perubahan selepas  mencapai


kemerdekaan  terutamanya di sekitar  tahun 1980-an.  Berdasarkan
Laporan  Jawatankuasa Kabinet  yang mengkaji  perlaksanaan Dasar Pelajaran
Kebangsaan (1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR)   mula  dilaksanakan di semua sekolah  rendah di seluruh  Negara mulai  tahun
1983. Rancangan  KBSR  ini menekankan penguasaan terhadap
kemahiran  asas  3M  iaitu  membaca, menulis  dan mengira. Di samping
itu  juga,  ia  member  penumpuan  terhadap perkembangan individu  secara
menyeluruh  yang meliputi aspek  jasmani, emosi, rohani, intelek dan  social (JERIS).
Pada tahun 1989, Rancangan Kurikulum  Bersepadu  Sekolah
Menengah  (KBSM)  pula diperkenalkan di semua sekolah menengah. KBSM  ini
dirancang untuk  memperkembangkan potensi  individu daripada aspek
JERIS  secara  menyeluruh dan bersepadu dalam  usaha untuk melahirkan
pelajar  yang berilmu, berakhlak mulia  serta  berupaya memberi  sumbangan kepada
kemajuan, kesejahteraan  serta  pembangunan  Negara.

    Walaubagaimanapun, faktor  utama  yang menjadi  tunjang  kea rah pembentukan


elemen pendidikan  negara  selepas
mencapai  kemerdekaan  ialah  ‘Perpaduan’.  Apabila Tanah Melayu
mencapai  kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957,  tugas
utamanya  ialah  untuk  menyatukan kembali  rakyatnya yang berbilang
kaum  supaya  dapat  membina kembali sebuah  Negara  yang  aman  dan maju  serta
bebas daripada  ancaman konflik antara kaum. Pada  tahun 1959, sebuah
Jawatankuasa Penyemak Matapelajaran telah dibentuk  yang dikenali  sebagai Laporan
Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul
Rahman Talib. Tujuan perlantikan  jawatankuasa  ini untuk mengkaji semula polisi
pendidikan kebangsaan  sebagaimana yang telah  dicadangkan dalam Laporan Razak
yang  dibuat pada tahun 1956. Antara cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam
Laporan Rahman Talib ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai  bahasa
pengantar  utama di setiap sekolah  termasuk  Sekolah Kebangsaan  Cina  dan Tamil.

     Antara  tindakan-tindakan  yang diambil  ialah  mewajibkan semua  murid lulus


dalam mata pelajaran Bahasa  Melayu dalam peperiksaan awam,  kertas  peperiksaan
ditulis  menggunakan  Bahasa Melayu.
Ini  bertujuan  bagi  memupuk  semangat  perpaduan dikalangan masyarakat  berbilang
kaum. Jawatankuasa ini  juga  mencadangkan  agar  umur persekolahan  murid-
murid  dinaikkan daripada  12 tahun ke 15 tahun. Ia bertujuan untuk mengelakkan
berlakunya masalah pengangguran  dan masalah sosial sekiranya  murid-murid
ini  berhenti sekolah terlalu awal. Di samping itu  juga, Sekolah Menengah  Teknik dan
Vokasional telah ditubuhkan bagi  melahirkan  pelajar yang  mempunyai kemahiran
dalam  pelbagai  bidang  dan jurusan.  Laporan Rahman Talib ini  kemudiannya telah
dibentangkan  di Parlimen  dan diluluskan  yang mana  kemudiannya
dikuatkuasakan  dalam  Akta Pelajaran 1961.  Sejak itu, perkembangan
pendidikan  kebangsaan  selanjutnya  adalah berdasarkan kepada  polisi pendidikan
kebangsaan  yang  tercatat  dalam  Akta Pelajaran 1961.

   Sistem  pendidikan negara terus mengalami  perubahan di sekitar tahun 1963  hingga


1975 selaras dengan perlaksanaan  rancangan lima tahun Malaysia.  Perkembangan
sistem pendidikan Negara  pada tahun ini  boleh dibahagijan kepada  tiga tahap iaitu
tahap pertama dari tahun 1963 hingga 1965, Tahap  ke dua dari tahun 1966 hingga
1970  dan  tahap  ketiga dari  tahun 1971 hingga  1975. Tahap  pertama
merupakan  tahap  perlaksanaan rancangan
sistem  pendidikan   yang  telah  dikuatkuasakan  dalam  Akta  Pelajaran
1961.  Tahap  kedua pula merupakan tahap  perlaksanaan rancangan pendidikan  di
bawah  Rancangan Malaysia Pertama.  Ia digubal  dengan tujuan untuk menyelesaikan
masalah  ekonomi dan  sosial  yang timbul dalam  tempoh  tersebut.  Sistem pendidikan
pada  tahap ini  bukan hanya  berorientasikan  kepada  pembasmian  buta
huruf  tetapi  juga  untuk  mencapai  matlamat ekonomi  negara. Antara  matlamat  lain
yang  ingin dicapai ialah  untuk  memperkukuhkan
sistem  pendidikan  kebangsaan  bagi  memupuk  perpaduan  social, kebudayaan dan
politik, menyediakan  kemudahan pendidikan  yang lebih  bersistematik dan  selesa
kepada para  pelajar, meningkatkan  taraf pendidikan  di seluruh
Negara  serta  melaksannakan pendemokrasian pendidikan  tanpa  mengira  kaum
mahu pun agama.

You might also like