Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 1 2020

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU MABUL

PETI SURAT 806,


91308 SEMPORNA, SABAH.
No. Tel : 01125320072 (GB)
Kod Sekolah : XBA3333
E-mel : skpulaumabulsemporna@gmail.com

MINIT MESYUARAT
MESYUARAT PENGURUSAN KURIKULUM BIL.1/2020 (VERSI PKP 4)
SECARA ATAS TALIAN PERINGKAT SEKOLAH

No. Rujukan Surat : XBA3333/600-2/1/2020(2)


Tarikh / Hari : 03hb Mei 2020 (Ahad)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Kediaman Masing-Masing
Pengerusi : Encik Aziz Jaafar Ab. Pattah @ Hj. Abdul Fattah (Guru Besar)
Agenda : (1) Alu-Aluan dan Bacaan Doa
(2) Ucapan Pengerusi
(3) Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas
(4) Perkara-Perkara Berbangkit
(5) Taklimat Program Pelaksanaan PBP (Pembelajaran Berasaskan Projek)
(6) Pelaksanaan Pembelajaran Luar Talian (Offline) PKP Fasa 4
(7) Hal-hal lain
(8) Ucapan Penangguhan

Kehadiran : Hadir
(1) Encik Aziz Jaafar Bin Ab. Pattah @ Hj. Abdul Fattah – Guru Besar
(2) Tuan Abdul Nasir Bin Hj. Paisal – Pegawai SISC+ PPD Semporna
(3) Encik Mohd Tahir @ Yusof Bin Hj. Geddik – Penolong Kanan Pentadbiran
(4) Encik Manja Bin Md. Yusof – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
(5) Encik Mansor Bin Hj. Ureh @ Ab. Kadir – Penolong Kanan Kokurikulum
(6) Ustaz Ag Ruzaini Bin Hj. Ag. Ali Omar – Setiausaha Sekolah
(7) Encik Ahmad Fahmi Bin Ali – Penyelaras ICT
(8) Ustaz Abdul Hadi Bin Hj. Mat Yusoff
(9) Encik Amirhan Bin Latuwo
(10) Encik Arman Bin Hj. Mohd Arfan Salim
(11) Encik Enri Bin Saedi
(12) Encik Ismail Bin Hj. Sunu
(13) Encik Mad Saif Bin Hj. Katik
(14) Encik Masir Bin Barili
(15) Encik Mohd Jeffery Bin Ibrahim
(16) Encik Mohd Kamarullizan Bin Abdul Aziz
(17) Encik Rosman Bin Muhamad Amin

: Tidak Hadir
-Tiada-

1
Bil. Agenda / Intipati
1 Alu-aluan dan Bacaan Doa
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan kata aluan daripada Setiausaha Sekolah. Pihak
pengurusan mengalu-alukan kehadiran sidang dalam mesyuarat kali ini.
Makluman : Sidang Mesyuarat

1.2 Sidang turut memberikan penghargaan atas kehadiran bersama Tuan Abdul Nasir Bin
Hj. Paisal, Pegawai SISC+ Pejabat Pendidikan Dearah (PPD) Semporna.
Makluman : Sidang Mesyuarat

1.3 Sesi diteruskan dengan bacaan doa daripada Setiausaha Sekolah.


2 Ucapan Pengerusi
2.1 Penghargaan kepada semua ahli sidang yang hadir dalam mesyuarat malam ini.
Pengerusi turut mengucapkan terima kasih atas kesudian Pegawai SISC+ PPD
Semporna yang turut bersama warga sekolah di atas talian.
Makluman : Sidang Mesyuarat

2.2 Memohon agar semua guru dapat memberikan perhatian kepada maklumat yang akan
disampaikan terutamanya dalam slot taklimat Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)
dan Pembelajaran Luar Talian (Offline).
Makluman dan tindakan : Sidang Mesyuarat

3 Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas


3.1 Setiausaha Sekolah memaklumkan, Unit Kurikulum ada melaksanakan Mesyuarat
Pengurusan Kurikulum sebanyak sekali pada bulan April 2019. Namun, minit
mesyuarat tidak dapat disediakan kerana ada kekangan yang tidak dapat dielakkan
dan situasi PKP ketika ini.
Makluman : Sidang Mesyuarat

4 Perkara-Perkara Berbangkit
4.1 Tiada perkara berbangkit.
Makluman : Sidang Mesyuarat

5 Taklimat Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)


5.1 Taklimat disampaikan oleh Tuan Abdul Nasir Bin Hj. Paisal, Pegawai SISC+ PPD
Semporna. Beliau memberikan penghargaan kepada pihak sekolah atas kesudian
menjemput hadir sama dalam mesyuarat malam ini.

5.2 Pengenalan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)


5.2.1 PBP memerlukan kajian sesuatu isu yang memerlukan kepada penghasilan
produk akhir (output).

5.2.2 Sebeleum PBP dilaksanakan, guru perlu menyediakan soalan-soalan


pembelajaran dengan merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP).

2
5.2.3 Penceramah turut memberikan penghargaan kepada semua guru subjek
teras yang telah menghantar kerangka PBP ke pihak PPD.
Makluman : Guru Mata Pelajaran Teras

5.2.4 PBP bukanlah satu kaedah pembelajaran baharu, tetapi atas situasi semasa
PKP, pihak JPN dan PPD telah mengetengahkan kaedah ini untuk
diimplementasikan.
Makluman : Sidang Mesyuarat

5.2.5 Markah untuk pelaksanaan pembelajaran ini adalah sebanyak 100%, dengan
wajaran sebanyak 20% untuk markah Pentaksiran Dalam Bilik Darjah (PBD)
akhir tahun.
Makluman : Sidang Mesyuarat

5.2.6 Murid yang menyertai PBP ini akan diberikan Sijil Penyertaan. Manakala hasil
kerja PBP yang terbaik akan dihantar ke PPD dan JPN untuk penilaian. Tahap
terbaik akan diberikan Sijil Penghargaan yang diinisiatifkan oleh pihak JPN
Sabah.
Makluman dan tindakan : Pentadbiran dan Guru Mata Plelajaran

5.3 Enam Perkara yang Diketengahkan dalam Pelaksanaan PBP kepada Murid
5.3.1 Murid terlibat secara langsung dalam pembelajaran ini. Murid akan
mewujudkan interaksi bersama keluarga di rumah tentang penghasilan
projek.
Makluman dan tindakan : Guru Mata Pelajaran Teras

5.3.2 Murid diberikan pilihan untuk menghasilkan apa-apa projek, namun masih
berpandukan kepada arahan soalan yang diberikan oleh guru.
Makluman dan tindakan : Guru Mata Pelajaran Teras

5.3.3 Murid diberikan pendedahan elemen 4K, Pembelajaran Abad-21 iaitu elemen
komunikasi, kreativiti, kolaborasi dan pemikiran kritikal.
Makluman : Sidang Mesyuarat

5.3.4 Amalan inkuiri dan inovasi yang diketengahkan dalam konteks penyelesaian
terhadap persoalan-persoalan kajian.
Makluman dan tindakan : Guru Mata Pelajaran Teras

5.5.5 Penekanan kepada penghasilan produk, mewujudkan interaksi antara murid-


guru dan murid - keluarga atau murid - persekitaran.
Makluman dan tindakan : Guru Mata Pelajaran Teras

5.5.6 Murid akan membentangkan hasil produk di hadapan kelas (tertakluk kepada
makluman persekolahan akan datang).
Makluman dan tindakan : Guru Mata Pelajaran Teras

3
5.4 Garis Panduan Pelaksanaan PBP
5.4.1 PBP dijalankan secara individu.

5.4.2 Terdapat empat cadangan penghasilan produk, iaitu penghasilan Buku Skrap,
penyediaan slide Power Point, penghasilan secara audio visual atau mana-
mana bentuk produk yang bersesuaian. Namun murid hanya boleh memilih
satu sahaja kaedah penghasilan.
Makluman dan tindakan : Guru Mata Pelajaran Teras

5.4.3 Guru dibenarkan untuk menentukan cara penghasilan produk, namun perlu
merujuk kerangka arahan tuagsan yang diberikan dan bersesuaian.

5.4.4 PBP boleh dijalankan secara atas talian (online), luar talian (offline) atau
kombinasi.

5.4.5 Hasil projek boleh dibentangkan kepada guru dan murid selepas tamat PKP.
Sekiranya PKP dilanjutkan, murid boleh menyimpan dahulu hasil projek di
rumah dengan selamat ataupun dihantar ke sekolah untuk penyimpanan.
Makluman dan tindakan : Pengurusan Sekolah dan Guru Mata Pelajaran Teras

5.4.6 Guru perlu memaklumkan kepada murid, agar sentiasa mengambil gambar
atau video untuk memperlihatkan perkembangan kerja mereka.

5.4.7 Guru perlu memastikan murid dan ibu bapa diberikan penerangan berkenaan
dengan pelaksanaan PBP ini bagi mengelakkan kekeliruan.

5.4.8 Guru perlu memilih satu hasil projek terbaik kepada pihak PPD dan JPN.
Makluman dan tindakan : Guru Mata Pelajaran Teras

5.4.9 Guru perlu mengisi borang atas talian berkenaan dengan perancangan
pelaksanaan PBP yang disediakan oleh pihak JPN.
Makluman dan tindakan : Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Mata Pelajaran Teras

5.4.10 Mata pelajaran yang terlibat untuk ketika ini ialah subjek teras; Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam.
Makluman : Sidang mesyuarat

5.4.11 Mata pelajaran elektif kena bersedia untuk melaksanakan PBP, sekiranya PKP
dilanjtkan. Walau bagaimanapun, penggiliran mata pelajara elektif atas budi
bicara pengurusan sekolah.
Makluman dan tindakan : Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Mata Pelajaran Elektif

5.4.12 Arahan setakat ini, satu murid hanya melaksanakan satu kerja PBP sahaja
(satu mata pelajaran). Sekolah perlu menetapkan pembahagian mata
pelajaran mengikut kelas. Tidak boleh berlaku pertindihan.
Makluman dan tindakan : Penolong Kanan Pentadbiran

4
5.4.13 Untuk bahagian penilaian hasil kerja projek murid, guru dinasihatkan merujuk
rubrik markah yang disediakan oleh JPN. Gunakan senarai semak
penguasaan yang diberikan oleh pihak JPN.
Makluman dan tindakan : Guru Mata Pelajaran Teras

5.4.14 Rujukan utama yang boleh digunakan untuk pelaksanaan PBP peringkat
sekolah ini ialah Dokumen Pelaksanaan PBP yang telah disediakan oleh JPN
Sabah.
Makluman dan tindakan : Guru Mata Pelajaran Teras

5.4.15 Semua hasil kerja murid akan diberikan sijil yang akan dikeluarkan oleh
Sektor Pembangunan Murid, JPN Sabah.

5.4.16 Guru perlu memastikan ada evidens yang disediakan sepanjang pelaksanaan
kerja projek PBP ini.
Makluman dan tindakan : Guru Mata Pelajaran Teras

5.4.17 Guru perlu maklumkan murid, markah keseluruhan kerja projek PBP ini
adalah sebanyak 100%. Walau bagaimanapun, sebanyak 20% akan dimabil
daripada nilai ini, untuk dimasukkan ke dalam markah Penilaian Akhir Tahun.
Makluman dan tindakan : Guru Mata Pelajaran Teras

6 Pelaksanaan Pembelajaran Luar Talian (Offline) PKP Fasa 4


6.1 Taklimat untuk bahagian ini telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran.

6.2 Guru-guru dimohon untuk memberikan kerjasama bagi melaksanakan sesi


pembelajaran luar talian yang telah masuk ke Fasa Keempat ini. Beliau menjelaskan,
pembelajaran luar talian merujuk kepada tindakan guru menyampaikan sesi
pembelajaran setiap hari dengan menggunakan platform aplikasi WhatsApp.
Makluman dan tindakan : Sidang Mesyuarat

6.3 Penggunaan aplikasi WhatsApp ini merujuk kepada tindakan guru memberikan arahan
dan bahan pembelajaran di awal sesi, dan kemudiannya murid memberikan maklum
balas secara bertulis. Setelah selesai, murid akan menghantar hasil kerja mereka
kepada guru untuk diberikan semakan langsung.
Makluman dan tindakan : Sidang Mesyuarat

6.4 Beliau turut memberikan contoh situasi bagaimana SK Pulau Denawan yang
merupakan sekolah pedalaman (P3) masih boleh mencatatkan peratus komitmen guru
sebanyak 100%. Antara sebabnya ialah wujud kerjasama yang erat antara pentadbir
sekolah dengan guru serta ibu bapa murid. Perlu saling bekerjasama antara satu sama
lain.

6.5 Beliau turut memberikan teguran kepada beberapa guru yang tidak atau kurang
memberikan respon kepada arahan pembelajaran yang dijalankan. Perkara ini
diharapkan tidak berulang lagi.
Makluman dan tindakan : Sidang Mesyuarat

5
6.6 Pengerusi memberikan maklum balas dengan memohon kepada semua guru untuk
aktif dan bertanggung jawab dengan tugas masing-masing. Setiap hari, guru hanya
perlu merujuk jadual pembelajaran masing-masing, membuat semakan hasil kerja
murid dan akhirnya menghantar pelaporan pelaksanaan seperti mana yang dinyatakan
sebelum ini.
Makluman dan tindakan : Sidang Mesyuarat

6.7 Pengerusi mengharapkan semua guru mengambil positif teguran yang diberikan demi
menjaga hubungan sesama kakitangan dan nama baik sekolah.

7 Hal-Hal Lain
7.1 Tuan Abdul Nasir Bin Hj. Paisal - Pegawai SISC+ PPD Semporna
7.1.1 Sebelum mengundurkan diri daripada mesyuarat malam ini, wakil PPD telah
memberikan penghargaan kepada pihak sekolah atas kesudian menjemput
beliau dalam menyampaikan taklimat pelaksanaan PBP.

7.1.2 Beliau turut memuji warga sekolah kerana muncul antara sekolah yang
responsif dalam semua makluman dan arahan yang diberikan oleh PPD
berkenaan pelaksanaan PBP dan pembelajaran luar talian.

7.1.3 Pihak sekolah diharapkan terus konsisten dan terus berhubung dengan beliau
sekiranya ada perkara yang ingin diselesaikan.

7.2 Encik Mohd Tahir @ Yusof Bin Hj. Geddik - Penolong Kanan Pentadbiran
7.2.1 Sekali lagi memohon kerjasama dan sifat muafakat daripada semua guru
dalam menjalankan tugas yang diberikan. Setiap arahan yang dikeluarkan
oleh pihak KPM, JPN Sabah dan PPD Semporna adalah arahan yang wajib
dipatuhi atas dasar tanggungjawab.

7.2.2 Semua guru diharapkan tidak mengamalkan sikap bertangguh-tangguh


dalam urusan kerja masing-masing. Berharap agar teguran yang diberikan
diambil sebagai nasihat.

7.3 Encik Manja Bin Md. Yusof - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
7.3.1 Memaklumkan kepada sidang bahawa terdapat ralat data bagi tiga orang
murid dalam komponen pendapatan ibu bapa. Data ralat merujuk kepada dua
orang murid di Tahun Tiga dan seorang murid di Tahun Lima.
Makluman : Guru kelas Tahun Tiga dan Lima

7.3.2 Guru kelas berkenaan dimohon untuk segera berhubung dengan Penolong
Kanan HEM untuk urusan kemaskini data bagi mengelakkan isu keciciran
murid daripada menerima bantuan kementerian.
Makluman dan tindakan: Guru kelas Tahun Tiga dan Lima

6
7.4 Ustaz Ag Ruzaini Bin Ag. Ali Omar - Setiausaha Sekolah
7.4.1 Seperti yang dimaklumkan oleh Pegawai SISC+, pelaksanaan PBP perlu
bermula pada esok hari, 4hb Mei. Pelaksanaan PBP akan mengambil masa
selama dua minggu. Oleh yang demikian, beliau menimbulkan bilakah masa
yang sesuai untuk memaklumkan pelaksanaan PBP ini kepada murid.
Makluman dan tindakan : Pengurusan Sekolah

7.4.2 Pengerusi telah mecadangkan agar sesi pemakluman berkenaan PBP


dijalankan serentak untuk mata pelajaran teras pada hari esok (4hb Mei).
Oleh itu, bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (Tahun 1) akan kekal esok hari
untuk pemakluman PBP. Manakala untuk mata pelajaran Sains akan
menggantikan masa BM (Tahun 3); mata pelajaran Bahasa Inggeris
menggantikan massa BM (Tahun 4); Pendidikan Islam menggantikan masa
BM (Tahun 5) dan Matematik menggantikan masa BM (Tahun 6).
Makluman dan tindakan : Guru BM dan Guru Mata Pelajaran Teras lain

7.4.3 Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (Tahun 2) akan kekal mengikut masa
pembelajaran biasa. Pengerusi memohon agar semua guru teras yang terlibat
mengambil maklum dan tindakan.
Makluman dan tindakan: Guru BM Tahun Dua

7.4.4 Dari segi pelaporan pelaksanaan PdP luar talian, guru asal BM perlu membuat
laporan dengan tagging “Taklimat Pelaksanaan PBP”.
Makluman dan tindakan : Guru-Guru Bahasa Melayu

7.4.5 Guru mata pelajaran teras diingatkan untuk bersedia dengan dokumen
pelaksanaan dan melaporkan pelaksanaan PBP melalui laman web yang telah
diberikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran.
Makluman dan tindakan : Ketua Panitia Mata Pelajaran Teras

7.5 Encik Ahmad Fahmi - Guru Penyelaras ICT


7.5.1 Menggalakkan pihak pengurusan dan mana-mana guru yang ingin
melaksanakan sebarang mesyuarat, digalakkan menggunakan platform
Google Meet.
Makluman dan tindakan : Sidang Mesyuarat

7.5.2 Sekiranya ada staf sekolah yang memerlukan bimbingan, boleh merujuk
langsung kepada Guru Penyelaras ICT sekolah.
Makluman : Sidang Mesyuarat

7.5.3 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Guru Penyelaras ICT kerana telah
bersedia dan berkongsi penggunaan aplikasi Google Meet ini.

7
7.6 Encik Rosman Bin Muhamad Amin - Penyelaras Prasekolah
7.6.1 Berdasarkan makluman yang diberikan oleh Encik Ibrahim (PPD Semporna),
pembelajaran Prasekolah akan berjalan seperti biasa dan pelaporannya akan
dihantar ke PPD selepas tempoh PKP berakhir.
Makluman : Pihak Pengurusan Sekolah

7.6.2 Pengerusi berharap, unit Prasekolah sentiasa memakluman sebarang


perkembangan pembelajaran Prasekolah kepada pihak pengurusan.
Makluman dan tindakan : Unit Prasekolah

7.7 Encik Ismail Bin Hj. Sunu - Penyelaras Program Pemulihan


7.7.1 Beliau memaklumkan pelaksanaan pembelajaran BM dan BI (Perdana) tidak
ada sebarang permasalahan. Namun, untuk bidang pemulihan tidak dapat
dilaksanakan atas beberapa kekangan.
Makluman : Pihak Pengurusan Sekolah

7.7.2 Selepas fasa pemutihan enrolmen murid, Ujian Pemilihan Murid untuk perihal
pemulihan tidak dapat dijalankan, apatah lagi pelaksanaan PKP yang telah
masuk ke bulan Mei.

7.7.3 Pengerusi memberi maklum balas, bahawa ujian ini bolehlah ditangguhkan
terlebih dahulu sehinggalah tempoh PKP berakhir.
Makluman dan tindakan : Penyelaras Program Pemulihan

8 Ucapan Penangguhan
8.1 Pengerusi memberikan ucapan penghargaan kepada semua guru yang telah
memberikan komitmen dalam mesyuarat malam ini. Beliau turut memohon maaf
sekiranya terdapat kekurangan sepanjang mesyuarat berlangsung.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.15 malam.

Minit disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

(AG RUZAINI AG. ALI OMAR) (MOHD TAHIR@YUSOF HJ. (AZIZ JAAFAR AB. PATTAH@HJ.
GEDDIK) ANDUL FATTAH
Setiausaha Sekolah, Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Besar,
SK Pulau Mabul, Semporna. SK Pulau Mabul, Semporna. SK Pulau Mabul, Semporna.
Tarikh : 10hb Mei 2020______ Tarikh : _________________ Tarikh : _______________________

Minit Disahkan Oleh : ________________________________

Pengesahan Minit Disokong Oleh : ________________________________

8
9

You might also like