Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN DAN STOR


SK KRUSEN, SERIAN
BIL 2 / 2020

Tarikh :30/07/2020 (Khamis)


Masa :2.00 – 3.00 petang
Tempat : Bilik Komputer,SK Krusen

Kehadiran :
1. Philip Anak Pupur (GB/Pengerusi)
2. Jackson Vincent Tahot (PK1/Pen. Pengerusi)
3. Christina Laing Pasa (Setiausaha)
4. Noralin Ak Manin (PKHEM)
5. Patrick Anak Tingang (PKKK)
6. Bertha Anak Dies
7. Mohamed Tuah Bin Wasli
8. Betty Ak Ranyuh
9. Jackson Anak Andrew Disu
10. Sri Ikhsan Darsilah Binti Abu Hurairah
11. Luchi Ak Kunchet
12. Zelia Anak Apindi
13. Corinne Anak Banny
14. Florance Andin Ak Bihai
15. Roszita Bt Suhaili

AGENDA:

1. Kata Aluan Pengerusi


2. Pengesahan Minit Mesyuarat JK PAK Bil.1/2020
3. Perkara Berbangkit
4. Pengurusan Aset
5. Hal-Hal lain

1. Kata Aluan Pengerusi

1.1 Mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli mesyuarat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan


Aset Alih Kerajaan Peringkat Sekolah Bil. 2/2020.

Tindakan: Makluman semua

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dengan kerjasama guru dan staf sokongan yang
dapat meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat ini. Semoga apa yang dibincangkan
akan memberi manfaat kepada semua dan sekolah.

Tindakan: Makluman
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan
Peringkat SK Krusen Bil. 1/2020

2.1 Minit Mesyuarat JPKA Peringkat SK Krusen Bil. 1/2020 telah disahkan melalui
cadangan Pn. Noralin dan disokong oleh Pn. Luchi.

Tindakan: Makluman

3. Perkara Berbangkit

3.1 Laporan Musnah Tumbuhan


3.1.1 Atas cadangan dan syor pihak JPNS, 7 pokok yang hendak dilupus dicadangkan supaya
membuat laporan musnah terhadap pokok tersebut dengan mengisi borang Kew AT 9.
Setelah penebangan dibuat, maklumat perlu dimasukkan dalam pelaporan aset. (Lihat
lampiran A yang dikepilkan bersama).

3.2 Berikut adalah tumbuhan/pokok yang hendak dimusnahkan:-

Bil Jenis Pokok Lokasi No. Pendaftaran


1 Pokok Pinang Hadapan sekolah KPM/JPNSAR/YBB8206/TK/001
2 Pokok Pinang Tepi bilik guru KPM/JPNSAR/YBB8206/TK/002
3 Pokok Pinang Hadapan sekolah KPM/JPNSAR/YBB8206/TK/003
4 Pokok Pinang Belakang tandas guru KPM/JPNSAR/YBB8206/TK/004
5 Pokok Pinang Belakang tandas guru KPM/JPNSAR/YBB8206/TK/005
6 Pokok Pinang Hadapan sekolah KPM/JPNSAR/YBB8206/TK/006
7 Pokok Pinang Hadapan sekolah KPM/JPNSAR/YBB8206/TK/010

3.3 Penangguhan aktiviti penebangan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu dalam tempoh
PKPB dan tarikh gotong-royong belum lagi ditetapkan.

5. Pengurusan Aset

5.1 Pegawai Aset memaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Aset perlu diadakan 4 kali
setahun.

5.2 Pihak sekolah diminta untuk menghantar laporan seperti yang diarahkan dan dihantar
mengikut tarikh yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 4 kali setahun mengikut sukuan.

5.3 Harta modal dan aset alih bernilai rendah (suku tahun ke-2)

5.3.1 Kedudukan semasa harta modal sekarang ialah 33 unit dengan nilai
perolehannya RM123,088.00.
5.3.2 Kedudukan aset alih bernilai rendah (inventori) ialah 46 unit dengan nilai
perolehannya RM68,952.30.
5.3.3 Jumlah keseluruhan aset alih ialah 79 unit (merujuk kepada KEW PA 2
dan KEW PA 3) dengan nilai perolehannya RM192,040.30
5.3.4 Pada 19.06.2020, sekolah telah menerima 20 unit kerusi dan meja murid serta
sebuah
meja kerani dan akan telah didaftarkan ke dalam KEW PA3. Pada 07.07.2020,
sekolah telah menerima 12 unit kerusi guru tetapi belum didaftarkan
memandangkan sijil akuan penerimaan belum diterima oleh pihak sekolah. Semua
barang yang baru diterima ini, akan dimasukkan dalam pelaporan aset suku tahun
ke 3 2020.

5.4 Harta Intelek

5.4.1 Harta intelek yang telah didaftarkan dalam KEW ATK 3 setakat ini kekal 3 item
setakat Julai 2020
5.4.2 Belum ada sebarang pelupusan, hapus kira, penyelenggaraan, pindahan,
dan pembelian baru harta intelek.

5.5. Aset Hidup

5.5.1 Terdapat 36 pokok tumbuhan yang berdaftar di dalam KEW AT3 sehingga 30 Julai
2020.
5.5.2 Setakat Ogos 2020, belum ada pelupusan, hapus kira, pindahan dan
pembelian baru dibuat.

5.6 Stok

5.6.1 Kedudukan stok semasa ada 15 unit dengan jumlah nilai stok RM494.20
setakat Ogos 2020.

5.6.2 Kadar pusingan stok semasa ialah 3.09.

Tindakan: Makluman

6. Hal-Hal Lain

1.1 Guru-guru dan staf sokongan yang telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Pengurusan
Aset Sekolah diminta untuk mematuhi Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun
2007:Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Pekeliling Perbendaharaan Bil.5
Tahun 2009:Tatacara Pengurusan Stor bagi membantu mereka menjalankan tugas
pengurusan Aset dan Stor.

Tindakan: Pegawai Aset dan Pegawai Stor

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Minit Mesyuarat dicatat oleh: Disahkan oleh:

( BERTHA ANAK DIES ) (PHILIP ANAK PUPUR )


Setiausaha, Pengerusi
JK Pengurusan Aset Sk Krusen JK Pengurusan Aset Sk Krusen

You might also like