Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH

KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI

KERTAS KERJA
MINGGU PENDIDIKAN SENI
TAHUN 2020

TEMPAT:
PPKI, SK SUNGAI RAMBAI

ANJURAN:
PPKI SK SUNGAI RAMBAI

KERTAS KERJA
MINGGU PENDIDIKAN SENI
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK SUNGAI RAMBAI TAHUN 2020
=================================================================

1.0 PENGENALAN

Menyedari hakikat tentang keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar Pendidikan
Khas ini, pelbagai program telah disusun atur sebagai langkah utuk mencapai matlamat di atas.
Penyertaan pelajar khas sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar sekolah
merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan kepada pelajar.
Sehubungan dengan itu, minggu Pendidikan Seni telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia
merupakan titik tolak bagi melahirkan pelajar khas yang berupaya berdikari, mampu merancang dan
seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran  di dalam menguruskan kehidupan.

2.0 MINGGU PENDIDIKAN SENI

Salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid-murid Pendidikan Khas adalah berbentuk program
pembelajaran di luar kelas. Ini kerana, murid-murid diberi pendedahan dan melihat sendiri apa yang
berlaku di sekitar mereka. Antara program luar yang dirancang adalah aktiviti pendidikan seni. Melalui
aktiviti ini, murid-murid didedahkan dengan pelbagai kemahiran dalam pendidikan seni. Ia merupakan
satu aktiviti untuk membantu meningkatkan potensi diri murid-murid dari segi fizikal dan kognitif.

3.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dan ketajaman mental serta
ketahanan fizikal setiap pelajar. Aktiviti yang disusun di dalam program ini adalah bertujuan untuk
menonjolkan bakat dan kemahiran para pelajar pendidikan khas dalam menempuh cabaran yang bakal
mendatang.

4.0 OBJEKTIF

 Menarik minat murid-murid terhadap aktiviti seni.


 Meningkatkan keupayaan murid untuk membuat aktiviti dalam kumpulan.
 Menambah pengetahuan baru dalam teknik-teknik seni yang boleh diaplikasikan terhadap
bahan kitar semula.
 Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.
 Mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan seharian.

 
5.0 TARIKH PERLAKSANAAN

18-21 Februari 2020

6.0 TEMPAT

Kelas Pendidikan Khas SK Sungai Rambai


7.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Pendidikan Khas dengan bimbingan guru-guru pendidikan khas.

10.0 PELAN PELAKSANAAN STRATEGI

Bagi memastikan pelaksanaan mengikut perancangan sebuah jawatankuasa kerja telah dilantik untuk
menjayakan program ini.

JAWATANKUASA KERJA

Penaung : En.Sharudin bin Assar


(Guru Besar SK Sungai Rambai)

Pengerusi Bersama : En. Azahari bin Limat


(GPK Pentadbiran)

En. Raimy bin Ismail


(GPK Hal Ehwal Murid)

Pn. Mariyah binti Siahat


(GPK Kokurikulum)

Ketua Program : Pn. Zaleha binti Mohd Atim

Setiausaha : En. Akmal bin Abd Kadir

Bendahari : Pn. Siti Salwa binti Md Kalip

AJK Kerja : En. Abd Latif bin Khamis


Pn. Hermayuni binti Zulkifli
Pn. Zaleha binti Mohd Atim
Pn. Hairunizah binti Hasah
En. Akmal binti Abd Kadir
Pn. Siti Azah binti Othman
Pn. Siti Salwa binti Md Kalip

Dokumentasi : Pn. Siti Salwa binti Md Kalip


Pn. Siti Azah binti Othman
11.0 AKTIVITI MINGGU PANITIA SENI

HARI / TARIKH AKTIVITI


SELASA / 18 FEBRUARI 2020  Taklimat aktiviti
 Pembahagian kumpulan
 Membuat kolaj rama-rama
RABU / 19 FEBRUARI 2020  Taklimat aktiviti
 Membuat capan
 Mewarna gambar menggunakan putik kapas
KHAMIS / 20 FEBRUARI 2020  Taklimat aktiviti
 Projek bekas pensel menggunakan bahan terbuang
 Membuat stensil – menggunakan warna crayon
JUMAAT / 21 FEBRUARI 2020  Taklimat aktiviti
 Membuat buku skrap hasil seni
 Penyampaian hadiah

12.0 ANGGARAN KOS


Bil. Perihal Barang Kuantiti Harga Anggaran harga
1. Hadiah individu Tempat 1 – 2 unit RM 10.00 x 2 RM 20.00
(Set Alat Tulis) Tempat 2 – 2 unit RM 9.00 x 2 RM 18.00
Tempat 3 – 2 unit RM 8.00 x 2 RM 16.00
2. Hadiah kumpulan 3 unit RM 12.15 x 3 RM 36.45
(Set Alat Tulis)
Jumlah RM 90.45

13.0 RUMUSAN

Diharapkan program ini dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan di samping
menimbulkan semangat yang lebih gigih untuk memajukan mereka. Semoga program ini dapat
dijalankan dengan jayanya dengan sokongan padu pihak pengurusan terutamanya dari segi kewangan,
masa serta sokongan daripada guru-guru pendidikan khas. Dengan adanya sokongan ini dapat
memberikan gambaran yang positif terhadap keupayaan pelajar pendidikan khas ini. Selain daripada
itu, ia juga merupakan salah satu cara yang terbaik yang dapat guru-guru lakukan khasnya untuk
pelajar kurang upaya ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………......... ………………………………...........
(EN. AKMAL BIN ABD KADIR) (PN. ZALEHA BINTI MOHD ATIM)
Setiausaha, Penyelaras,
Program Pendidikan Khas Integrasi, Program Pendidikan Khas Integrasi,
SK Sungai Rambai. SK Sungai Rambai.

Disahkan oleh,

……………………......................
(EN. SHARUDIN BIN ASSAR)
Guru besar,
SK Sungai Rambai,
Melaka.

You might also like