Sejarah Kampung Baru

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEJARAH KAMPUNG BARU

Tahukah anda, selain dari isu tanah ni, Kampung Baru sebenarnya mempunyai pelbagai fakta menarik
dan sejarah tersembunyi di sebalik penubuhannya. Ayuh kita singkap keunikan dan keistimewaan
Kampung Baru ini!

1. Kampung Baru mula ditubuhkan pada tahun 1900

Kampung Baru merupakan penempatan orang Melayu yang terbesar di KL. Penempatan ini diwujudkan
atas desakan orang-orang Melayu di ibukota ke atas pentadbiran British. Berikutan desakan
tersebut, Residen British Selangor telah bersetuju untuk membenarkan orang-orang Melayu untuk
membuka penempatan dan mengamalkan gaya hidup kampung di situ.

Tanah Kampung Baru telah diwartakan pada 12 Januari 1990 dan ditadbir oleh the Malay Agricultural
Settlement (MAS) 1950. Kuasa pentadbiran ini dijelaskan melalui Peruntukan Seksyen 3 (1) MAS 1950
yang menyatakan ‘The Settlement shall be under the management and control of a board which shall
consist of 11 members”. 

BACA: Benarkah Tanah Rizab Melayu kelas kedua dan sukar dibangunkan?

2. Keluasan asal bagi kawasan Kampung Baru ini adalah 223 ekar
Pemandangan di Kampung Baru, KL. © Abdul Razak Latif / 123RF

Keluasan kawasan ini pula terdiri dari tujuh kampung, iaitu :

 Kampung Hujung Pasir


 Kampung Periuk

 Kampung Masjid

 Kampung Pindah

 Kampung Paya

 Kampung Atas A

 dan Kampung Atas B.

Setiap kampung mempunyai nilai budaya, binaan dan tradisi mereka yang tersendiri. Malah, dikatakan
pernah suatu ketika dahulu perkahwinan di antara kampung yang berlainan tidak disukai oleh orang tua
bagi memastikan identiti dan tradisi kampung mereka yang tersendiri terpelihara. Namun tradisi kekangan
bagi perkahwinan campur ini sudah tidak diamalkan oleh generasi sekarang.

You might also like