Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

1.

0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ‘hutang’ bermaksud wang


dan lain-lain yang dipinjam daripada orang lain. Tambahan pula, ia juga
bermaksud kewajiban (perasaan berkewajiban) membayar balik sesuatu yang
diterima. Menurut FASB (Financial Accounting Standart Board) dalam Pithaloka
(2019), ‘hutang’ adalah pengorbanan manfaat ekonomi masa mendatang yang
timbul karena kewajiban sekarang sesuatu entitas untuk menyerahkan aktiva atau
memberikan jasa kepada entitas lain dimasa mendatang sebagai akibat transaksi
masa lalu.

Menurut Teks Pra-U STPM EKONOMI (Ekonomi Malaysia), kerajaan


persekutuan memperoleh pinjaman dari dua sumber, iaitu hutang dalam negeri
dan hutang luar negeri. Hutang dalam negeri diperoleh daripada KWSP, Bank
Negara Malaysia, bank-bank perdagangan, badan-badan awam, dan sebagainya.
Manakala hutang luar negeri pula diperoleh daripada kerajaan asing khususnya
kerajaan Amerika Syarikat dan institusi luar negeri seperti Bank Dunia dan Bank
Pembangunan Asia.

Sekitar 1980-an dan 1990-an, kerajaan tidak dibelenggu krisis bebanan


hutang selepas membuat pinjaman mudah Yen dari Jepun. Laporan tahunan
prestasi kewangan negara menunjukkan kadar hutang ketika itu adalah tidak lebih
RM 300 bilion atau hanya 27 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK). Tetapi sekarang kadar hutang negara lebih RM 1 trilion, kata Tun Dr
Mahathir Mohamad. Keadaan hutang negara yang semakin meningkat ini amat
membimbangkan kerana akan membebankan rakyat terutamanya generasi muda
pada masa depan.

Salah satu sebab yang menyebabkan hutang kerajaan persekutuan


meningkat ialah perbelanjaan pembangunan kerajaan yang bertambah banyak.
Menurut sumber Kementerian Kewangan Malaysia, pada tahun 2005 telah
menunjukkan peningkatan dari RM 30, 534 juta kepada RM 52, 792 juta pada
tahun 2010, iaitu meningkat sebanyak 72.90%. Manakala hutang kerajaan
persekutuan juga menunjukkan peningkatan pada tahun 2005 iaitu RM 228, 670
juta meningkat kepada RM 407, 102 juta pada tahun 2010, iaitu meningkat

1
sebanyak 78.03%. Maka, jelaslah bahawa peningkatan perbelanjaan pembangunan
kerajaan telah menyumbang kepada peningkatan hutang Malaysia jikalau tidak
diikuti oleh pertumbuhan pendapatan negara.

Sehubung dengan itu, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe mengumumkan


komitmen kerajaannya untuk memberi pinjaman sehingga 200 bilion Yen (RM
7.4 bilion) kepada Malaysia dalam usaha untuk menyelesaikan hutang. Shinzo
Abe mengesahkan bahawa Tokyo akan mengeluarkan bon samurai kepada
Malaysia dengan sokongan daripada Japan Bank of International Cooperation
(JBIC). Jepun akan mengkaji bersama Malaysia tentang kemungkinan
melanjutkan pinjaman Yen dengan tumpuan utama dalam pembangunan
pengangkutan, pendidikan dan sumber manusia. Ini menunjukkan bahawa sumber
pinjaman telah diperluaskan ke luar negara dan mewujudkan hutang luar negara.

Skop kajian pengkaji adalah menunjukkan kajian di Malaysia iaitu


kerajaan persekutuan Malaysia selama 5 tahun secara berturut-turut iaitu dari
tahun 2013 hingga tahun 2017.

2
2.0 PENYATAAN MASALAH
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara KDNK
dengan hutang kerajaan persekutuan Malaysia. Hutang kerajaan persekutuan ini
berlaku sama ada meningkat atau menurun dari tahun 2013 hingga tahun 2017.
Umum mengetahui bahawa kerajaan Malaysia sedang menghadapi masalah
hutang yang terlalu banyak. Masalah hutang luar negara yang terlalu banyak telah
mengakibatkan bocoran wang ke luar negara dan hal ini telah mendorong kerajaan
untuk mencari jalan pintas untuk menyelesaikan masalah. Hutang negara yang
mencecahkan angka RM 1 trilion amat membimbangkan kerana boleh
mendatangkan kesan buruk kepada ekonomi negara. Oleh itu, kajian ini
dilaksanakan untuk mengenal pasti arah aliran hutang kerajaan persekutuan di
Malaysia dari tahun 2013 hingga tahun 2017 dan mengenal pasti peratusan hutang
kerajaan persekutuan dalam KDNK dari tahun 2013 hingga tahun 2017.

Kajian ini dapat membekalkan maklumat penting kepada kerajaan secara


khusus dalam merancang dan merencanakan pelan pembangunan negara. Melalui
dapatan kajian ini, kerajaan boleh mengambil tindakan bagi menyelesaikan
masalah hutang kerajaan persekutuan. Kajian ini juga dapat memberi kesedaran
kepada masyarakat tentang kedudukan hutang negara yang semakin
membimbangkan. Dengan itu, masyarakat diharapkan dapat mengorak langkah
bersama kerajaan bagi mengatasi masalah hutang negara.

3
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah:


1. Mengenal pasti arah aliran hutang kerajaan persekutuan di Malaysia dari tahun
2013 hingga tahun 2017
2. Mengenal pasti peratusan hutang kerajaan persekutuan dalam KDNK dari
tahun 2013 hingga tahun 2017

4
4.0 KAEDAH KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan data sekunder iaitu kaedah
pengumpulan data dan teknik penganalisisan data. Kedua-dua kaedah ini
digunakan untuk menghubungkaitkan objektif dengan hasil kajian.

4.1 Kaedah Memperoleh Data


4.1.1 Melayari Internet
Kajian secara maya dengan menggunakan laman sesawang diguna
untuk meninjau buku, tilisan ilmiah, jurnal, akhbar dan bahan bertulis
lain. Laman sesawang yang diakses untuk memperoleh maklumat
termasuklah Yahoo, Google dan Wikipedia. Hal ini dikatakan
demikian kerana tinjauan terhadap laman sesawang tidak terhad,
yakni boleh merentasi sempadan dan masa. Maklumat yang diperoleh
juga lebih luas dan terkini skopnya. Pengkaji telah melayari laman
web rasmi FASB (Financial Accounting Standart Board)
https://repository.umy.ac.id untuk mengetahui definisi hutang.

4.1.2 Buku
Pengkaji menggunakan buku rujukan TEKS PRA-U STPM
EKONOMI (Ekonomi Malaysia) Semester 3 yang diterbitkan oleh
Sasbadi dan ditulis oleh Lai Mooi Chong. Buku ini memberi
penerangan berkaitan dengan jenis sumber pinjaman yang diperolehi
oleh kerajaan persekutuan.

4.1.3 Kaedah Perpustakaan


Pengkaji juga turut mengunjungi Perpustakaan SMK Tun Abdul
Razak dan Perpustakaan mini di Kampung Tapah untuk menjalankan
penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan
sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan
sebagainya akan menguatkan lagi kajian pengkaji.

5
4.2 Kaedah Analisis Data
Kaedah deskriptif data dalam bentuk peratusan dan graf telah
digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul. Data yang diperoleh
dihitung dan ditukarkan kepada analisis bentuk peratusan bagi mencapai
analisis yang tepat. Hasil ini dikehendaki dalam bentuk jadual dan graf.
Pengkaji memilih kaedah ini untuk melihat arah aliran hutang kerajaan
persekutuan. Data KDNK akan digunakan untuk melihat peratusan hutang
kerajaan persekutuan dalam KDNK.

Seterusnya, data tersebut telah dianalisis dan disembahkan dalam


bentuk jadual dan graf dengan menggunakan “Microsoft Word” dan
“Microsoft Excel”. Data dihuraikan dari segi pola peningkatan dan
penurunan disertakan sebab atau isu sokongan tentang perubahan tersebut.

Hutang Kerajaan Persekutuan


Peratusan Hutang Kerajaan Persekutuan dalam KDNK ( % )= × 100
KDNK

Hutang Kerajaan Persekutuan 2−Hutang Kerajaan P


Kadar Pertumbuhan Hutang Kerajaan=
Hutang Kerajaan Persekutuan 1

6
5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Mengenal pasti arah aliran hutang kerajaan persekutuan di Malaysia dari tahun
2013 hingga tahun 2017

Tahun Hutang Hutang Hutang Kadar Pertumbuhan Hutang


dalam luar pesisir Kerajaan Kerajaan Persekutuan (%)
negeri (RM juta) Persekutuan HKP 2−HKP 1
¿ ×100
HKP1
(RM juta) (RM juta)
2013 523, 095 16, 763 539, 858 -

2014 566, 052 16, 776 582, 828 7.96

2015 609, 063 21, 477 630, 540 8.19

2016 624, 822 23, 653 648, 475 2.84

2017 665, 572 21, 265 686, 837 5.92

(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia)

Jadual 1: Hutang Kerajaan Persekutuan di Malaysia dari tahun 2013 hingga tahun
2017

7
Hutang Kerajaan Persekutuan dari Tahun 2013 hingga Tahun 2017

800000

700000
Hutang Kerajaan Persekutuan (RM juta)

600000

500000

400000

300000

200000

100000

0
2013 2014 2015 2016 2017

Tahun

Hutang Kerajaan Persekutuan

Graf 1: Hutang Kerajaan Persekutuan di Malaysia dari Tahun 2013 hingga Tahun
2017

8
Jadual 1 dan Graf 1 menunjukkan hutang kerajaan persekutuan di Malaysia
dari tahun 2013 hingga tahun 2017. Secara keseluruhan, keadaan hutang kerajaan
persekutuan di Malaysia adalah dalam keadaan semakin meningkat dalam tempoh 5
tahun iaitu meningkat dari tahun 2013 hingga tahun 2017.

Hutang luar negeri jangka pendek yang lebih tinggi sebahagian besarnya
adalah hasil daripada pengeluaran bersih peminjaman antara bank, terutamanya untuk
pengurusan kedudukan mudah tunai pertukaran asing. Pengukuhan nilai beberapa
mata wang utama dan serantau berbanding dengan ringgit pada tahun 2013 juga telah
menyumbang kepada hutang luar negeri yang lebih tinggi dalam nilai ringgit. Pada
tahun 2013, hutang dalam negeri mencatat RM 523, 095 juta bersamaan 96.89%
daripada jumlah hutang kerajaan persekutuan (RM 539, 858 juta). Manakala hutang
luar pesisir pula hanya mencatat RM 16, 763 juta bersamaan 3.11% daripada jumlah
hutang kerajaan persekutuan.

Pada tahun 2013, hutang kerajaan persekutuan mencatat RM 539, 858 juta
meningkat kepada RM 582, 828 juta pada tahun 2014 dengan peningkatan sebanyak
RM 42, 970 juta bersamaan dengan 7.96%. Pertambahan hutang kerajaan persekutuan
yang banyak disebabkan oleh berlakunya peningkatan perbelanjaan mengurus.
Menurut Laporan Ekonomi 2013/2014, perbelanjaan mengurus pada tahun 2013
adalah sebanyak RM 211, 270 juta meningkat kepada RM 219, 589 juta pada tahun
2014. Perbelanjaan mengurus diperuntukan untuk kenaikan gaji bagi 1.4 juta penjawat
awam; bantuan khas kewangan kepada kategori tertentu penjawat awam sebanyak
RM 500; penambahbaikan skim imbuhan Angkatan Tentera; semakan elaun
perkhidmatan untuk lebih 65, 000 anggota simpanan tentera darat, laut dan udara; dan
sebagainya. Perbelanjaan mengurus ini adalah bertujuan untuk membiayai
pentadbiran kerajaan. Jadi, berlakunya peningkatan dalam perbelanjaan mengurus
akan menyebabkan hutang kerajaan persekutuan meningkat secara tidak langsung.
Selain itu, sejumlah RM 1.9 bilion juga telah diperuntukan dalam bentuk subsidi (RM
1 bilion) dan insentif (RM 874 juta) bagi petani, nelayan dan usahawan ternakan
untuk melaksanakan program peningkatan pengeluaran makanan. Dengan ini, ia dapat
meningkatkan produktiviti serta mengekalkan kestabilan harga barangan keperluan
asas.

9
Pada tahun 2014, hutang kerajaan persekutuan mencatat RM 582, 828 juta
meningkat kepada RM 630, 540 juta pada tahun 2015 dengan peningkatan sebanyak
RM 47, 712 juta bersamaa dengan 8.19%. Peningkatan hutang kerajaan persekutuan
ini disebabkan oleh berlakunya peningkatan dalam perbelanjaan pembangunan.
Sebagai bukti, perbelanjaan pembangunan pada tahun 2014 mencatat sebanyak RM
39, 503 juta meningkat kepada RM 40, 768 juta pada tahun 2015. Menurut Laporan
Ekonomi 2014/2015, sektor ekonomi menerima peruntukan perbelanjaan
pembangunan terbesar iaitu sebanyak 63.4%. Sektor ekonomi diperuntukan sebanyak
RM 26.8 bilion untuk memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur
pengangkutan, meningkatkan pembangunan industri dan keusahawanan, menambah
baik mutu kemudahan awam serta mengembangkan sektor pertanian dan
pembangunan luar bandar. Jadi, perbelanjaan pembangunan bagi tujuan menjaga
kebajikan rakyat akan menyebabkan hutang kerajaan persekutuan meningkat juga.
Selain itu, peningkatan hutang kerajaan persekutuan juga disebabkan kesan
penyusutan nilai ringgit berbanding dengan kebanyakan mata wang pada tahun itu.
Sebagai bukti, penyusutan nilai ringgit telah memberikan kesan terutamanya kepada
peminjaman luar pesisir iaitu meningkat sebanyak RM 92.6 bilion atau 24.9% kepada
RM 463.6 bilion (akhir tahun 2014: RM 371.1 bilion). Maka, jelaslah bahawa hutang
luar negeri adalah dipengaruhi oleh nilai mata wang asing atau kadar pertukaran
asing.

Pada tahun 2015, hutang kerajaan persekutuan mencatat RM 630, 540 juta
meningkat kepada RM 648, 475 juta pada tahun 2016 dengan peningkatan sebanyak
RM 17, 935 juta bersamaan dengan 2.84%. Sebagai bukti, menurut Laporan Ekonomi
2015/2016, hutang kerajaan persekutuan yang tinggi adalah disebabkan oleh hutang
luar pesisir bertambah yang begitu banyak iaitu sebanyak RM 2, 176 juta dengan
kadar pertumbuhan 10.13%, manakala hutang dalam negeri bertambah sebanyak RM
15, 759 juta tetapi dengan kadar pertumbuhan yang rendah iaitu 2.59%. Peningkatan
hutang kerajaan persekutuan disebabkan oleh pembiayaan program khusus dan projek
infrastruktur. Hutang luar negeri Malaysia terdiri daripada pinjaman luar pesisir oleh
kerajaan persekutuan. Pinjaman luar pesisir berjumlah RM 26.9 bilion, terdiri
daripada pinjaman pasaran dan pinjaman projek. Daripada jumlah ini, pinjaman
pasaran merangkumi 75.3% dan bakinya pinjaman projek. Pinjaman projek diperoleh
menerusi sumber dua hala dan pelbagai hala terdahulu, bagi membiayai program

10
khusus dan projek infrastruktur seperti perumahan, pembetungan dan empangan.
Sebagai bukti, contoh projek pembangunan yang dibiayai oleh pinjaman luar negeri
dalam tempoh tersebut adalah Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, Projek bekalan
air dan elektrik luar bandar, Projek jalan perhubungan desa, Program perumahan
rakyat, Projek pembinaan dan naik taraf jalan termasuk persimpangan bertingkat dan
sebagainya.

Pada tahun 2016, hutang kerajaan persekutuan mencatat RM 648, 475 juta
meningkat kepada RM 686, 837 juta pada tahun 2017 dengan peningkatan sebanyak
RM 38, 362 juta bersamaan dengan 5.92%. Sebab berlakunya peningkatan dalam
hutang kerajaan persekutuan ialah Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan
Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) yang menyumbang nilai yang tinggi dalam
hutang dalam negeri. MGII merupakan sokongan berterusan kerajaan dalam
mempromosikan pasaran kewangan Islam di samping merancakkan pasaran modal
domestik. Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, MGS telah menyumbang
hutang yang banyak kepada jumlah hutang kerajaan persekutuan iaitu mencatat RM
362.9 bilion atau 53% daripada jumlah hutang kerajaan persekutuan. Manakala MGII
pula hanya mencatat RM 261.5 bilion atau 38.2% daripada jumlah hutang kerajaan
persekutuan. Jelaslah bahawa, pelaburan dalam sekuriti kerajaan Malaysia direka
untuk memaksimumkan pulangan akan meninkatkan hutang kerajaan persekutuan
pada masa yang sama juga.

Secara keseluruhan, keadaan hutang kerajaan persekutuan di Malaysia


adalah dalam keadaan semakin meningkat dalam tempoh 5 tahun iaitu menaik dari
tahun 2013 hingga tahun 2017.

11
5.2 Mengenal pasti peratusan hutang kerajaan persekutuan dalam KDNK dari
tahun 2013 hingga tahun 2017

Tahun KDNK (RM juta) Peratusan Hutang Kerajaan Persekutuan


dalam KDNK (%)

Hutang Kerajaan Persekutuan


= × 100
KDNK

2013 1, 018, 614 53

2014 1, 106, 443 52.68

2015 1, 158, 513 54.43

2016 1, 231, 020 52.68

2017 1, 353, 380 50.75

(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia)

Jadual 2: Peratusan Hutang Kerajaan Persekutuan Dalam KDNK dari Tahun 2013
hingga Tahun 2017

12
Peratusan Hutang Kerajaan Persekutuan Dalam KDNK dari Tahun 2013
hingga Tahun 2017

55
Peratusan Hutang Kerajaan Persekutuan Dalam KDNK (%)

54

53

52

51

50

49

48
2013 2014 2015 2016 2017

Tahun

Graf 2: Peratusan Hutang Kerajaan Persekutuan Dalam KDNK dari Tahun 2013
hingga Tahun 2017

13
Jadual 2 dan Graf 2 menunjukkan peratusan hutang kerajaan persekutuan
dalam KDNK dari tahun 2013 hingga tahun 2017. Secara keseluruhan, peratusan
hutang kerajaan persekutuan dalam KDNK telah menunjukkan keadaan yang tidak
stabil iaitu menurun dari tahun 2013 hingga tahun 2014 dan kemudian menaik dari
tahun 2014 hingga tahun 2015, seterusnya menurun semula dari tahun 2015 hingga
tahun 2017. Perubahan yang tidak stabil ini banyak bergantung kepada nilai
pertumbuhan KDNK pada sesuatu tahun. Hutang kerajaan persekutuan dalam KDNK
melebihi 50% pada setiap tahun. Ini menggambarkan lebih kurang setengah daripada
KDNK perlu digunakan untuk membiayai hutang kerajaan.

Pada tahun 2013, peratusan hutang kerajaan persekutuan dalam KDNK telah
mencatat 53% menurun kepada 52.68% pada tahun 2014. Penurunan peratusan hutang
kerajaan persekutuan dalam KDNK adalah disebabkan oleh kadar pertumbuhan
KDNK lebih besar daripada kadar pertumbuhan hutang kerajaan persekutuan. Pada
tahun 2014, kadar pertumbuhan KDNK adalah sebanyak 8.62% manakala kadar
pertumbuhan hutang kerajaan persekutuan adalah sebanyak 7.96%. Kadar
pertumbuhan KDNK yang tinggi pada tahun 2014 adalah disebabkan oleh
perbelanjaan sektor swasta yang tinggi dan peningkatan penggunaan domestik
terutamanya dalam pembuatan serta perkhidmatan. Pemulihan pertumbuhan global
yang beransur-ansur akan memberikan sokongan kepada prestasi eksport perkilangan
negara, walaupun pertumbuhan eksport secara keseluruhan dijangka kekal sederhana
dalam keadaan harga komoditi yang rendah. Sektor perkhidmatan, perlombongan dan
pembuatan menjadi sektor paling mencatatkan pertumbuhan yang tinggi sepanjang
tahun 2014.

Pada tahun 2014, peratusan hutang kerajaan persekutuan dalam KDNK telah
mencatat 52.68% meningkat kepada 54.43% pada tahun 2015. Peningkatan peratusan
hutang kerajaan persekutuan dalam KDNK adalah disebabkan oleh kadar
pertumbuhan KDNK lebih kecil daripada kadar pertumbuhan hutang kerajaan
persekutuan. Pada tahun 2015, kadar pertumbuhan KDNK adalah sebanyak 4.71%
manakala kadar pertumbuhan hutang kerajaan persekutuan adalah sebanyak 8.19%.
Menurut Laporan Ekonomi 2015 Bank Negara Malaysia, kadar pertumbuhan hutang
kerajaan persekutuan lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan KDNK adalah
disebabkan oleh hutang luar negeri telah meningkat 11.5% pada tahun 2015.
Peningkatan hutang luar negeri disebabkan terutamanya oleh kesan penilaian daripada

14
penyusutan nilai ringgit berbanding dengan kebanyakan mata wang pada tempoh tiga
suku pertama tahun itu. Penyusutan nilai ringgit telah memberikan kesan terutamanya
kepada peminjaman luar pesisir. Faedah dan pokok pinjaman yang dibayar balik akan
meningkat akibat daripada nilai RM yang susut nilai. Ini dapat meningkatkan lagi
perbelanjaan mengurus dari segi khidmat hutang kerajaan.

Pada tahun 2015, peratusan hutang kerajaan persekutuan dalam KDNK telah
mencatat 54.43% menurun kepada 52.68% pada tahun 2016. Penurunan peratusan
hutang kerajaan persekutuan dalam KDNK adalah disebabkan oleh kadar
pertumbuhan KDNK lebih besar daripada kadar pertumbuhan hutang kerajaan
persekutuan. Pada tahun 2016, kadar pertumbuhan KDNK adalah sebanyak 6.26%
manakala kadar pertumbuhan hutang kerajaan persekutuan adalah sebanyak 2.84%.
Kadar pertumbuhan hutang kerajaan persekutuan yang rendah pada tahun 2016
disebabkan oleh hutang luar pesisir kerajaan persekutuan kekal rendah pada 5.3
peratus daripada jumlah pinjaman luar pesisir. Hutang luar pesisir kerajaan
persekutuan telah meningkat kepada RM 24.6 bilion disebabkan kesan penilaian serta
terbitan pra-pembiayaan bagi penebusan sukuk global US$ 1.2 bilion yang matang
pada Julai 2016 tetapi masih kekal rendah pada 5.3 peratus daripada jumlah pinjaman
luar pesisir.

Pada tahun 2016, peratusan hutang kerajaan persekutuan dalam KDNK telah
mencatat 52.68% menurun kepada 50.75% pada tahun 2017. Penurunan peratusan
hutang kerajaan persekutuan dalam KDNK adalah disebabkan oleh kadar
pertumbuhan KDNK lebih besar daripada kadar pertumbuhan hutang kerajaan
persekutuan. Pada tahun 2017, kadar pertumbuhan KDNK adalah sebanyak 9.94%
manakala kadar pertumbuhan hutang kerajaan persekutuan adalah sebanyak 5.92%.
Menurut Laporan Ekonomi 2017 Bank Negara Malaysia, pertumbuhan KDNK yang
tinggi disokong oleh prestasi lebih kukuh dalam semua sektor dengan perkhidmatan
dan pembuatan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan. Sektor perkhidmatan
diunjur berkembang pada kadar lebih tinggi, dicerminkan pertumbuhan lebih kukuh
kebanyakan subsektor, terutamanya perdagangan borong dan runcit; maklumat dan
komunikasi serta makanan & minuman dan penginapan.

Secara keseluruhan, keadaan peratusan hutang kerajaan persekutuan dalam


KDNK adalah dalam keadaan yang tidak stabil dalam tempoh 5 tahun iaitu menurun

15
dari tahun 2013 hingga tahun 2014 dan kemudian menaik dari tahun 2014 hingga
tahun 2015, seterusnya menurun semula dari tahun 2015 hingga tahun 2017.

6.0 CADANGAN

Mengurangkan Perbelanjaan Mengurus


Dalam memastikan bahawa perbelanjaan kerajaan mencatatkan nilai yang
semakin berkurang, kerajaan harus mengurangkan perbelanjaan mengurus.
Dengan mengurangkan perbelanjaan mengurus, beban kerajaan dapat dikurangkan
dan pinjaman yang dibuat juga dapat dikurangkan, secara tidak langsung dapat
mengurangkan hutang kerajaan persekutuan juga. Antara perbelanjaan mengurus
seperti emolumen, pencen dan ganjaran, bayaran khidmat hutang, subsidi dan
sebagainya. Sebagai contoh, kerajaan persekutuan boleh mengurangkan pencen
dan ganjaran iaitu dengan mengurangkan peratusan bayaran pencen kepada semua
kakitangan awam, maka, perbelanjaan yang perlu bayar kepada golongan bersara
adalah dapat dikurangkan. Jadi, sistem pembayaran pencen harus dikaji semula.
Selain itu, sistem kenaikan gaji juga harus dikaji semula agar kenaikan gaji bagi
kakitangan awam adalah setimpal dengan peningkatan produktiviti kerja.

Meningkatkan Aktiviti Eksport Dalam Pelbagai Sektor


Aktiviti eksport dalam pelbagai sektor dapat ditingkatkan lagi seperti dalam
sektor pertanian dan sektor perindustrian. Hutang kerajaan persekutuan yang
begitu tinggi dapat diselesaikan dengan merancakkan ekonomi iaitu dalam sektor
eksport. Pengeksportan barangan-barangan ke luar negara dapat meningkatkan
pendapatan negara melalui pertukaran mata wang asing. Kerajaan dapat
menggunakan pendapatan tersebut untuk membayar hutang kerajaan persekutuan,
maka hutang kerajaan dapat dikurangkan. Sebagai contoh, Malaysia banyak
mengeksport barang pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan ke negara
Singapura untuk meningkatkan hasil. Malaysia boleh meningkatkan hasil keluaran
pertanian dengan melalui cara kacukan biji benih daripada pokok induk yang baik
bakanya untuk meningkatkan lagi produktiviti, dan juga meningkatkan hasil
keluaran pertanian. Dengan memperluaskan penggunaan teknik ini contohnya ke
kawasan luar bandar, banyak hasil pertanian dapat ditingkatkan seperti kelapa

16
sawit, padi, getah dan sebagainya. Peningkatan dalam KDNK akan mengurangkan
kadar hutang negara dalam KDNK.

17
7.0 RUMUSAN KAJIAN

Secara keseluruhan, hutang kerajaan persekutuan di Malaysia adalah


dalam keadaan semakin meningkat. Trend hutang kerajaan persekutuan dalam
tempoh kajian menunjukkan meningkat berterusan iaitu semakin menaik dari
tempoh tahun 2013 hingga tahun 2017. Dalam 5 tahun tempoh kajian, hutang
kerajaan persekutuan mencatat nilai tertinggi dalam tahun 2017 iaitu sebanyak
RM 686, 837 juta. Hal ini berlaku disebabkan oleh berlakunya peningkatan dalam
Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) pada tahun berkenaan. MGS menyumbang
hutang yang banyak kepada jumlah hutang kerajaan persekutuan iaitu mencatat
RM 362.9 bilion atau 53% daripada jumlah hutang kerajaan persekutuan. Ini
menunjukkan kerajaan persekutuan masih mengalami belanjawan defisit yang
memerlukan pinjaman untuk menampungnya. Dengan ini, diharapkan pihak
pentadbiran untuk meningkatkan kegiatan ekonomi dan menambah pendapatan
negara agar hutang kerajaan dapat dikurangkan pada masa depan.

Manakala keadaan peratusan hutang kerajaan persekutuan dalam KDNK


adalah dalam keadaan yang tidak stabil dalam tempoh masa 5 tahun berkenaan.
Peratusan hutang kerajaan persekutuan dalam KDNK menurun dari tahun 2013
hingga tahun 2014 dan kemudian menaik dari tahun 2014 hingga tahun 2015,
seterusnya menurun semula dari tahun 2015 hingga tahun 2017. Keadaan yang
tidak stabil berlaku disebabkan oleh penyusutan nilai ringgit berbandingan dengan
kebanyakan mata wang, dan juga disebabkan oleh kadar pertumbuhan KDNK
lebih kecil daripada kadar pertumbuhan hutang kerajaan persekutuan berlaku.
Jadi, kerajaan harus berusaha meningkatkan hasil kerajaan dan pada masa yang
sama mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

18
8.0 SENARAI RUJUKAN
FASB (Financial Accounting Standart Board) (2019). Tinjauan Pustaka. Dicapai
pada Jun 10, 2019, dari
respository.umy.ac.id/bitstream/handle/12345678/8428
/f.%20Bab%20ll.sequence=6&isAllowed=y.

Hadi Azmi. “Jepun Beri Pinjaman Kepada Malaysia Selesaikan Hutang” dlm.
Berita Benar, 6 November 2018.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat. 2010. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Lai Mooi Chang, 2018. Teks Pra-U STPM EKONOMI (Ekonomi Malaysia).
Selangor Darul Ehsan: Sasbadi Sdn. Bhd.

Luqman Arif Abdul Karim. “Tunjuk bukti hutang dulu lebih banyak-PM” dlm.
Harian Metro, 23 Julai 2018.

Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 2013. Laporan Ekonomi 2013/2014.


Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia.

19

You might also like