Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 49

[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

DALAM PERKARA
MAHKAMAH SESYEN JENAYAH 11, KUALA LUMPUR
[KES NO: 62-30-2009]

CHE MOHD SUFIAN @ CHE BASTIAN CHE RASHID


... PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA ... PENENTANG

ALASAN PENGHAKIMAN

Ini adalah rayuan Orang Kena Tuduh (OKT) yang tidak berpuas hati dengan sabitan

dan hukuman yang diperintahkan oleh Mahkamah ini pada 13 Disember 2011. OKT telah

dituduh dengan pertuduhan berikut:-

Pertuduhan
Bahawa kamu pada 20.11.2009 di antara jam lebih kurang 7.20 pagi hingga jam
lebih kurang 8.30 pagi bertempat di rumah no.17-0-1, Kelumpuk Nuri C, Jalan AU
25/26, Ampang Ulu Kelang dalam daerah Sentul, di dalam negeri Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur didapati telah merogol seorang perempuan nama
Norlizawati binti Omar, kad pengenalan bernombor 821201-05-5218, umur 26
tahun 11 bulan dan sejurus sebelum melakukan kesalahan itu kamu telah
menyebabkan kecederaan kepada seorang perempuan nama Norlizawati binti
Omar, kad pengenalan bernombor 821201-05-5218. Oleh yang demikian kamu
telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan dan
boleh dihukum di bawah seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.

Hukuman
Hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang lima tahun dan
tidak lebih dari tiga puluh tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat.

Untuk membuktikan kes prima facie terhadap OKT, Pihak Pendakwaan (PP) telah

mengemukakan sembilan (9) orang saksi dan 34 ekshibit. Berikut adalah keterangan saksi-

saksi PP.

1
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

SP1: NORLIZAWATI OMAR (MANGSA)

Pada 20/11/2009 jam lebih kurang 7.20 pagi, ketika mangsa sedang berjalan kaki dari
rumah di Flat Pangsa Murni, Keramat Jaya 2, Jalan Gurney menuju ke tempat kerja di Unit
Urusan Gaji ATM di Kementerian Pertahanan, beliau telah dilanggar oleh satu kereta Wira
berwarna biru (no pendaftaran tidak ingat) yang dipandu OKT. Akibat kemalangan itu,
mangsa telah terpelanting dekat longkang. Selepas kemalangan, mangsa berada dalam
keadaan separuh sedar. Badan beliau sakit-sakit di badan, peha kaki, tangan dan siku kiri.
Dalam keadaan separuh sedar dan terkejut itu, mangsa nampak OKT keluar dari kereta dan
mengangkat beliau lalu diletakkan dibelakang kereta. OKT berjanji untuk membawa mangsa
ke Rumah Sakit Angkatan Tentera di dalam MINDEF. Di tempat duduk belakang, mangsa
hanya berbaring sahaja di tempat duduk belakang dan tidak melawan kerana badannya sakit,
kepalanya pening dan masih terkejut akibat perlanggaran. OKT tidak menghantar mangsa ke
hospital sebaliknya telah membawa mangsa ke satu kawasan flat yang kemudiannya baru
beliau tahu adalah kuarters tentera iaitu rumah OKT di No. 17-0-1, Kelumpuk Nuri C, Jln AU
25/26, Ampang Ulu Kelang. Di dalam kereta hanya ada OKT dan mangsa sahaja.

Menurut mangsa, beliau langsung tidak kenal OKT dan setelah sampai di rumahnya,
OKT telah mendukung mangsa masuk ke ruang tamu rumah dan letak mangsa di atas tilam.
Pada masa ini, sambil menangis mangsa telah bertanya kepada OKT kenapa beliau tidak
dihantar ke hospital? Apabila mangsa tanya soalan ini, OKT kelihatan macam marah dan
terus keluar sebentar dalam 3-5 minit. Mangsa tidak tahu ke mana OKT pergi. Dalam tempoh
itu, mangsa sudah terfikir dan syak yang bukan-bukan, beliau cuba nak lari tapi tidak sempat
kerana OKT dah masuk semula ke ruang tamu. Rumah OKT di tingkat bawah, ada 1 bilik dan
keadaan rumah bersepah-sepah.

Menurut keterangan mangsa lagi, selepas OKT masuk semula ke ruang tamu, OKT
telah meniarapkan mangsa, dengan kasar OKT telah duduk di belakang mangsa, sambil
mengikat kedua-dua tangan mangsa ke belakang dengan menggunakan pita pelekat. OKT
pegang tengkuk mangsa. Pada masa ini, mangsa cuba menjerit, mangsa menangis, merayu
kepada OKT “jangan apa-apakan saya” tetapi rayuan beliau tidak diendahkan oleh OKT.
Mangsa cuba melawan sebaliknya OKT telah mengugut mangsa dengan menyuruhnya untuk
jangan berbuat bising, jangan menangis jika tidak beliau akan lebih mengasari mangsa.
Selepas mengikat kedua-dua tangan mangsa, OKT telah menelentangkan mangsa dan
mengangkatnya masuk ke dalam bilik di mana OKT telah merogol mangsa. Ketika ini tangan

2
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

mangsa masih berikat di belakang dengan pita pelekat besar berwarna hitam. Mangsa tidak
boleh berbuat apa-apa lagi.

Masuk ke dalam bilik, OKT telah meletakkan mangsa sebentar di dalam bilik ketika
dia keluar ambil tilam di ruang tamu untuk di bawa masuk ke dalam bilik. Mangsa cuba
membuka ikatan tangan tapi tidak berjaya. Menurut mangsa, pita pelekat yang digunakan
adalah jenis besar berwarna hitam dan biasanya digunakan untuk mengikat barang. Ketika
kejadian mangsa memakai baju kurung Pahang yang longgar, bertudung coklat, memakai
“girdle” dan baju dalam.

Selepas OKT mengambil tilam, OKT telah meniarapkan mangsa atas tilam dan
meraba payudara serta seluruh badan mangsa. Mangsa menangis ketika dilakukan begini.
Ketika mangsa dalam keadaan terlentang dengan tangan masih berikat, OKT telah
melucutkan kain dan “girdle” mangsa serta membuka sendiri seluar dan bajunya. OKT sentap
baju mangsa ke atas, tudung dibuka dan kancing baju dalam mangsa juga dibuka. OKT
kemudiannya telah meraba-raba payudara mangsa dan akhirnya memasukkan kemaluannya
ke dalam kemaluan OKT. Mangsa juga memberitahu bahawa ketika OKT memasukkan
kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa, mangsa terlentang di atas tilam, satu tangan OKT
berada di atas tilam dan satu lagi tangan memegang badan mangsa. Semasa kemaluan OKT
masuk ke kemaluan mangsa, muka mangsa dan muka OKT pula dalam keadaan bertentangan
dan dekat dan OKT berada di atas badan mangsa. Ketika ini mangsa pejamkan matanya dan
menangis. Beliau cuba melawan dengan meronta tapi mangsa tak mampu dan tak larat kerana
terkejut dan takut. mangsa cuba meronta dengan menggerak-gerakkan kakikya tapi tak dapat
kerana badan OKT berat dan menghempap badan mangsa. Mangsa hanya mampu menangis.
Mangsa tidak nampak kemaluan OKT masuk kerana beliau pejamkan matanya kerana takut.
Mangsa takut yang OKT akan bunuhnya selepas itu. Menurut mangsa, beliau tidak mampu
melawan dalam keadaan itu.

Mangsa pasti yang masuk itu kemaluan kerana beliau dapat merasakan kemaluan
OKT masuk ke dalam kemaluannya serta rasa sakit pada kemaluan. OKT telah memasukkan
kemaluannya selama lebih kurang 5 minit sebelum OKT memancutkan air maninya di atas
perut mangsa. Menurut mangsa, beliau boleh rasakan melekit-lekit di atas perutnya dan OKT
telah mengambil tuala yang berwarna putih yang ada di situ dan lap perut mangsa.

Menurut mangsa lagi, setelah OKT merogolnya, beliau telah memberitahu OKT
dengan cara yang lembut kerana takut dibunuh OKT bahawa badannya sangat sakit dan minta

3
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

tolong dihantar ke hospital. Hanya selepas itu, OKT telah membuka ikatan pada tangan
mangsa. OKT kemudian menyuruh mangsa memakai baju. Mangsa telah berpura-pura baik
dengan OKT sebab beliau takut dibunuh. Walaupun mangsa tidak diugut bunuh oleh OKT,
tetapi cara OKT mengasari mangsa sebelum dirogol telah membuatkan beliau takut. OKT
telah memegang tengkuk mangsa dan tekan muka mangsa ke tilam supaya beliau lemas
ketika mangsa menangis dan minta supaya tidak diapa-apakan. Selepas kejadian inilah,
MANGSA sudah tidak berani melawan kerana takut. Mangsa juga telah memberitahu
mahkamah bahawa sepanjang beliau dirogol oleh OKT, beliau hanya menangis dan pejam
mata kerana terlalu takut. Hanya selepas mangsa meminta secara baik untuk dihantar ke
hospital barulah OKT tidak kasari mangsa dan bersetuju bawa mangsa ke hospital.

Menurut mangsa, ketika kejadian hanya mangsa dan OKT sahaja berada di dalam
rumah tersebut. mangsa berada di rumah tersebut lebih kurang setengah ke satu jam. Ketika
hendak keluar rumah, mangsa berjalan dahulu kerana kakinya lenguh. OKT arahkan mangsa
tunggu depan pintu rumah sebab OKT hendak ambil kereta di parkir. mangsa tunggu depan
pintu lebih kurang 2 hingga 3 minit. Beliau ada terfikir untuk lari tapi beliau tidak tahu di
mana tempat itu dan tak tahu hendak lari ke mana kerana beliau tidak biasa dengan tempat
itu. mangsa berpendapat, lebih elok jika beliau ke hospital terus kerana akan lebih senang
untuk meminta pertolongan dari doktor. Di dalam kereta, mangsa memang berlembut dengan
OKT kerana takut dibunuh. Apabila mangsa tanya nama OKT, OKT kata namanya Anuar
dan bekerja sebagai tentera.

Setelah turun dari kereta OKT di Klinik Kesihatan Datuk Keramat yang jaraknya 20
minit perjalanan dari tempat kejadian, mangsa telah daftar diri sebagai pesakit. Semasa
mangsa membuat pendaftaran, OKT berada di ruang menunggu pesakit. Apabila dipanggil
untuk rawatan, mangsa telah menceritakan apa yang berlaku kepada SP3 (jururawat) dan
telah meminta bantuannya untuk menghubungi pihak polis. Mangsa kata “kak saya kena
langgar, saya kena rogol”. SP3 kemudiannya telah membawa mangsa berjumpa dengan SP8
(Doktor) di mana SP8 telah menenangkan keadaan mangsa dan telah menghubungi pihak
Polis. Mangsa juga telah memberitahu SP3 dan SP8 bahawa orang yang telah merogol beliau
ada menunggu beliau di luar klinik. Mangsa telah berada di klinik tersebut sehingga SP2
(Pegawai Tangkapan) datang menangkap OKT. Mangsa telah tunjukkan dari dalam bilik
rawatan dan beritahu pada SP2 bahawa orang yang merogolnya ada duduk di ruang
menunggu. Selepas OKT dicamkan oleh mangsa ketika perbicaraan, kes telah ditangguhkan
kerana mangsa tidak boleh meneruskan perbicaraan. Beliau dalam keadaan menggeletar.

4
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

Selepas itu, mangsa telah dibawa oleh seorang eskot polis L/Kpl Khuzaimay untuk
membuat laporan polis sebagaimana Laporan Jalan Tun Razak/8400/09 (P1).

Selepas membuat laporan polis, mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur
untuk pemeriksaan kemaluan dan pengambilan spesimen. Menurut mangsa, akibat kejadian
rogol tersebut beliau mengalami pendarahan di kemaluan, tengkok rasa sakit walaupun tidak
cedera. Kesakitan pada tengkuk disebabkan oleh perbuatan OKT yang menekan tengkuk
mangsa ketika menyembamkan muka mangsa ke tilam sehingga mangsa sesak nafas ketika
OKT hendak mengikat tangan mangsa. Selain itu, ada juga kesan warna merah dipergelangan
tangan kerana diikat dengan pita pelekat.

Mangsa juga telah mengecam pakaian yang dipakai pada masa kejadian iaitu baju
kurung, tudung, girdle dan baju dalam, baju tiub.

Selain itu, mangsa juga telah mengecam gambar-gambar tempat kejadian (P2 (A)-
(N)) dengan menunjukkan gambar (C), (D), (E) dan (F) sebagai tempat dan tilam di mana
OKT merogol mangsa.

Ketika disoal balas oleh peguambela, keterangan mangsa masih utuh ketika disoal
tentang perlanggaran, tentang kejadian rogol. Mangsa malah menjelaskan beliau dilanggar
dari hadapan oleh kereta OKT, terpelanting ke tepi, terbaring dan tidak boleh bangun.
Mangsa tidak bersetuju dengan cadangan bahawa beliau boleh duduk dan dipimpin oleh OKT
ketika masuk kereta. Mangsa telah tunjukkan pada Mahkamah cara OKT mendukung beliau.
MANGSA bersetuju beliau boleh bercakap ketika berbaring di dalam kereta tetapi tidak
bersetuju langsung apabila dicadangkan bahawa mangsa pernah tanya OKT samada sudah
berkahwin dan samada rumah OKT ada orang atau tidak. Pada satu tahap, mangsa telah
mengucapkan “Astagfirullah, saya tidak pernah tanya dia soalan itu”. Berikut adalah
jawapan MANGSA ketika disoal berkaitan kejadian sebelum rogol dan ketika dirogol:-

Q: Ada bawa pisau tak?


A: Tidak ada.
Q: Ada pukul tak?
A: Tidak ada, tapi hentak kepala saya ke tilam.
Q: Setuju atau tidak, kamu tidak pernah tendang?
A: Saya setuju, ada cuba tapi tak larat, dia besar sangat.
Q: Kata di ikat di belakang, diangkat ke bilik, macam mana angkat?
A: Didukung bawa saya masuk bilik.
Q: Di bilik letak kat mana?

5
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series
A: Saya di letak atas lantai, belakang saya ada katil 2 tingkat.
Q: Lepas itu?
A: Dia keluar tarik tilam.
Q: Dan letak kamu atas tilam?
A: Ya.
Q: Tangan masih berikat?
A: Ya.
Q: Masa kat atas tilam bagaimana dengan keadaan kamu?
A: Baring.
Q: Terlentang?
A: Ya.
Q: Tangan ke belakang?
A: Ya.
Q: Lepas itu, apajadi?
A: Dia raba saya.
Q: Setuju atau tidak, kamu tidak pernah tepis?
A: Tangan dah kena ikut, nak tepis macam mana.
Q: Kaki tidak meronta, kamu biar sahaja?
A: Saya cuba tolak dengan kaki tidak boleh.
Q: Kamu masih berpakaianpada masa itu?
A: Ya.
Q: Bila kamu buka baju?
A: Dia yang buka. Dia lucutkan kain saya.
Q: Setuju atau tidak setelah dia raba dan cium dia tidak lucutkan kain kamu?
A: Dia yang lucutkan kain saya.
Q: Kamu kata kamu tidak pernah jerit?
A: Tidak ada, sebab saya takut nak jerit.
Q: Bila dia buka baju kamu?
A: Baju dia tidak buka. Cuma buka kain dan buka girdle saya.
Q: Rujuk P4(a) , P7(a), P8(a). Apa pakaian kamu pada hari kejadian?
A: Baju kurung, kain, bertudung, baju dalam, girdle dengan tiub.
Q: Berapa lapis pakaian kamu?
A: 3 lapis.
Q: Tiub ni pakai dimana?
A: Dari dada ke perut.
Q: Dari pinggang ke bawah pakai apa?
A: Girdle.
Q: Boleh tunjuk mana satu girdle?
A: Ya, boleh.
Q: Yang atas tu ikut dengan getah?
A: Dia ada kancing dengan zip.
Q: Lepas kain di lucutkan, baju di lucut ke tidak?
A: Baju tidak, cuma baju dalam sahaja di buka di belakang.
Q: Kamu ada pakai tiub dan baju dalam.

6
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series
A: Ya.
Q: Setuju atau tidak pakaian-pakaian ini bukan senang untuk dibuka?
A: Tiub tu dia yang tarik.
Q: Girdle selain zip tidak ada butang-butang lain?
A: Tidak.
Q: Kalau nak buka kena berdiri?
A: Tidaklah.
Q: Girdle untuk apa?
A: Saja-saja nak pakai.
Q: Setuju atau tidak, girdle untuk slim dan keselamatan?
A: Tidak setuju untuk nampak slim dan keselamatan.
Q: Sejak bila pakai girdle?
A: Kadang-kadang pakai, kadang-kadang tidak.
Q: Sebelum kejadian, dalam berapa lama pakai girdle?
A: Dah lama.
Q: Setuju atau tidak, dalam keadaan baring, girdle tidak boleh dibuka oleh
orang lain tapi mesti ada kerjasama kamu?
A: Tidak setuju.
Q: Bila buka kain kamu, kamu bekerjasama dengan OKT untuk buka girdle,
kain dan tiub?
A: Tidak setuju.
Q: Masa itu, saya katakan tangan kamu tidak diikat lagi?
A: Tidak setuju.Dia ikat.
Q: Setuju atau tidak, selepas kain dibuka, tangan tidak di ikat, OKT telah cium
kamu dan telah cium buah dada kamu?
A: Tidak setuju.Tangan masih di ikat.
Q: Setuju atau tidak, selepas girdle dan seluar dalam dibuka, OKT ada jilat
kemaluan kamu dan kamu tidak buat apa-apa?
A: Tidak jilat kemaluan saya tapi tangan masih di ikat.
Q: Setelah jilat kemaluan kamu dan kamu tidak buat apa-apa masa itu dia
masukkan kemaluan dia ke dalam kamu, kerana kamu dah setuju?
A: Tidak setuju.
Q: Setuju katakan, pakaian dalam tiub dan bra kamu, dibuka oleh OKT dengan
kerjasama kamu?
A: Tidak setuju.
Q: Pada masa OKT masukkan kemaluannya ke kemaluan kamu, tangan kamu
ada lagi tidak berikat?
A: Masih diikat.
Q: Saya katakan, masa itu juga kamu telah memeluk OKT?
A: Tidak.
Q: Setuju atau tidak, tangan kamu dibuka, masa kamu mula-mula baringkan
atas tilam?
A: Tidak setuju. Masih lagi diikat.

7
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

Q: Pada masa kejadian dalam bilik, atas tilam, OKT boleh masukkan ke dalam
kemaluan.
A: Dia tidak jilat, cuma raba payudara.
Q: Masa kamu masuk ke bilik sehingga kejadian berlaku ada tak kamu
menendang OKT?
A: Masa itu kaki saya meronta-ronta.
Q: Masa dia masuk kemaluan, kamu terbaring?
A: Ya, terbaring terlentang, tangan ke belakang.
Q: Boleh terlentang ke tangan di belakang?
A: Ada senget-senget sikit, tidak boleh baring betul.
Q: Saya katakan perkara itu tidak benar, dan tangan kamu tidak diikat?
A: Memang tangan saya di ikat, masa kemaluan masuk.
Q: Selepas kejadian apa OKT buat?
A: Lepas dia masukkan kemaluan itu, baru dia buka ikatan saya.

Ketika pemeriksaan semula oleh TPR, mangsa menerangkan bahawa OKT tidak
pernah picit badannya tapi cuma tanya “bagaimana badan kamu?” Semasa pemeriksaan
semula mangsa menyatakan “Masa dia menindih saya, saya menangis, masa itu dia cakap
jangan menangis. Saya tidak jerit masa dia angkat ke bilik. Sebab saya takut sangat. Dia
dah kata akan mengasari saya, jika saya cuba menjerit. Saya tidak setuju pakaian berjaya
ditanggalkan atas kerjasama saya kerana saya memang tidak kuat, buat apa saya pulak
bekerjasama dengan orang macam ini saya takut. Ikatan dibuka selepas dia memasukkan
kemaluan dia ke dalam kemaluan saya.”

SP2: S.I NIK HAMDAN HJ MAMAT (PEGAWAI TANGKAPAN)

SP2 adalah Pegawai Tangkapan yang telah menangkap OKT pada 20.11.2009
sebagaimana Laporan Hulu Kelang 5292/09 (Ekshibit P9). Sebelum tangkapan, SP2 telah
bertemu mangsa dan Dr. Rozita di klinik terlebih dahulu. Mangsa telah tunjukkan pada SP2
lelaki yang telah merogolnya yang berada di luar klinik iaitu dalam jarak 10 meter dari bilik
rawatan. SP2 telah menerangkan maksud beliau dengan luar klinik iaitu OKT berada di luar
bahagian hadapan klinik sedang duduk di atas satu batu tempat duduk di situ. Walaupun
mangsa berada dalam bilik rawatan ketika itu, mangsa dan SP2 boleh nampak dengan jelas di
mana OKT berada kerana “sliding door” untuk masuk ke klinik tidak ditampal apa-apa. SP2
menyatakan ketika ditangkap OKT dalam keadaan bersahaja.

8
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

Semasa pemeriksaan balas, SP2 menyatakan beliau jumpa mangsa dalam klinik
sedang duduk atas kerusi. Beliau tidak nampak apa-apa luka pada mangsa tapi nampak
mangsa dalam keadaan ketakutan dan muka mangsa pucat.

SP3: WAN HASRAH BINTI WAN ABDULLAH

SP3 merupakan jururawat terlatih di Klinik Kesihatan Datuk Keramat. Dalam


keterangan SP3, beliau memberitahu mahkamah bahawa pada 20.11.2009, beliau telah
menerima seorang pesakit yang dicamkan sebagai mangsa pada jam 8.00 pagi. SP3 sahkan
SP3 adalah pesakit pertama yang masuk untuk menerima rawatan. Menurut SP3, mulanya
mangsa daftarkan diri sebagai kes “accident” dan apabila SP3 masuk dalam bilik rawatan,
mangsa telah memegang sambil menggoncang-goncangkan tangan SP3 dan beritahu SP3
bahawa beliau telah dirogol. Selepas menenangkan mangsa, SP3 kemudiannya telah
memanggil Dr. Rozita yang bertugas pada hari itu iaitu (SP8) untuk melihat keadaan mangsa.
SP3 juga menjelaskan bahawa ketika beliau mula-mula nampak mangsa, mangsa berada
dalam ketakutan.

SP4: D/L/KPL KAMARUDIN B. ABD WALID

SP4 adalah jurugambar polis yang telah mengambil gambar tempat kejadian (P2 A-N)
pada 20.11.2009. Semasa gambar diambil, IO kes iaitu Insp. Jamalizah Jaafar dan MANGSA
juga ada di tempat kejadian. Tempat kejadian disahkan seperti dalam gambar di No.17-0-1,
Kelumpuk Nuri C, Jln AU 25/26, Ampang Ulu Kelang. Selain itu, SP4 juga ada mengambil
gambar kecederaan mangsa yang telah ditandakan sebagai Ekshibit P10 (A-C).

SP5: D/KPL SAMSURI YAHAYA

SP5 adalah pegawai forensik yang telah membuat pemeriksaan di tempat kejadian
pada 20.11.2009 setelah menerima arahan dari pegawai penyiasat kes (SP9). Pemeriksaan
dijalankan di alamat No.17-0-1 Kelumpuk Nuri C, Jln AU 25/26, Ampang Ulu Kelang. SP5
telah pergi ke tempat kejadian bersama pasukannya. Seterusnya beberapa sample ekshibit
telah di ambil di tempat kejadian iaitu sehelai tuala putih (P12b), cadar (P14b), pita pelekat
yang telah digunakan (P13b) dan pita pelekat yang belum digunakan (P15b). Seterusnya

9
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

sample-sample tersebut telah diserahkan kepada SP9 sebagaimana Akuan Serah Menyerah
(P11).

SP6: DR. PATRICK NAVEEN A/L SARGUNAM

SP6 adalah doktor yang merawat mangsa di HKL. SP6 telah dipanggil sebagai saksi
pakar dalam kes ini. Beliau berkelayakan MBBS dari Universiti Of Trinidad dan mempunyai
kepakaran selama 6 tahun dalam bidang O&G. Beliau juga telah banyak memberi keterangan
di mahkamah berkenaan dengan kes-kes rogol dan keterangan beliau telah diterima oleh
Mahkamah.

Keterangan SP6 dengan jelas mengatakan bahawa pada 20.11.2009, telah menerima
seorang pesakit bernama Norlizawati Binti Omar (MANGSA) di HBKL pada jam lebih
kurang 3.45 petang. SP6 telah mengecam mangsa sebagai pesakit yang diterimanya pada hari
tersebut. SP6 telah menjalankan pemeriksaan dari “head to toe” ke atas mangsa dan hasil
pemeriksaan, beliau mendapati faraj mangsa berdarah di bahagian luar dan dalam faraj.
Beliau juga nampak “abrasion” yang masih baru kurang dari 24 jam lebih kurang 0.5cm pada
faraj mangsa. SP6 bersihkan faraj mangsa yang berdarah banyak ketika itu untuk lihat sama
ada ada koyakan lain atau tidak. Beliau mendapati, pendarahan adalah bermula dari bahagian
dalaman (internal course). SP6 juga mengesahkan bahawa terdapat koyakan lama pada posisi
jam 5 dan 7. SP6 juga mengesahkan bahawa pendarahan pada faraj mangsa adalah
disebabkan oleh luka di faraj. Pendarahan dan “abrassion” pada kemaluan mangsa itu
berpunca daripada kemasukkan zakar lelaki ke dalam kemaluan perempuan secara yang kasar
atau paksa.

Menurut SP6, mangsa kelihatan pucat dan takut sewaktu berjumpa dengan SP6. SP6
juga telah mengambil beberapa spesimen daripada mangsa termasuk “lower vaginal swab”,
“high vaginal swab”, “vaginal pool”, rambut, kuku, bulu pubik serta darah mangsa untuk
dianalisa oleh Jabatan Kimia untuk mengesan samada sperma atau DNA OKT boleh dijumpai
pada spesimen-spesimen tersebut. Semua spesimen yang diambil telah dicamkan oleh SP6
dan dikemukakan ke Mahkamah sebagai ekshibit.

Laporan Perubatan yang disediakan oleh SP6 telah ditandakan sebagai ekshibit P23
dan P24. SP6 telah menjelaskan kandungan laporan P23 yang ditulisnya iaitu dengan
merujuk pada gambarajah, ada “abrasion” pada jam 7. Ada koyakan lama pada jam 5 dan 7.
Ada pendarahan dari pangkal rahim dalam “50cc of blood”. SP6 mengesahkan “vaginal wall”

10
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

memang tiada luka tetapi luka adalah bermula dari pangkal rahim dan dari vulva di bahagian
luar. SP6 selanjutnya menyatakan bahawa bahagian vulva mangsa berdarah mungkin
disebabkan berlaku paksaan, kekerasan ketika melakukan hubungan seks atau mangsa ada
cuba melawan.

Berikut adalah jawapan SP6 ketika diperiksa balas oleh peguam berkaitan pendarahan
dan “abrasion” yang berlaku terhadap mangsa:-
Q: Abrassion 0.5cm. Abrassion - lay men - can it meant lebam?
A: Abbrasion is when outer skin layer has been forcely remove or due to
trauma.
Q: And it won’t cause bleeding?
A: It will cause bleeding.
Q: What ever bleeding in P23 caused by the abbrasion?
A: Abbrasion can come with bleeding.
Q: Whether in this case, the bleeding was caused by this abrasion?
A: Abrasion is luka.
Q: Different between abrasion and tear?
A: Tear - hymen is supposed to be intact if the person is a virgin and has not
had sexual intercourse. The tear is due to sexual intercourse, child birth,
trauma.
Q: Normal intercourse can cause this?
A: If it is done forcely.
Q: If it is normal intercourse?
A: It could depend on the head of the penis.
Q: Meaning normal intercourse can cause abrasion?
A: Usually no.
Q: Apa maksud bleeding?
A: Bleeding dari pangkal rahim. Ada darah mengalir keluar. Apabila darah
mengalir keluar, darah itu akan timbul di dalam faraj.
Q: Masa periksa, darah masih mengalir keluar?
A: Ya.
Q: Kata darah mengalir keluar dari pangkal rahim, it can be cause by
menstrual?
A: Saya tidak ada cakap menstrual.
Q: What are the cause of the bleeding from pangkal rahim?
A: The injury, period, savical erotion, cancer.
Q: Injury dalam P23 dan P24, kategori injury, boleh explain?
A: Injury could be luka, tear, abbrasion.

11
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

SP7: DR. SEAH LAY HONG (AHLI KIMIA)

SP7 adalah ahli kimia yang telah menjalankan analisis DNA ke atas spesimen-
spesimen yang telah diambil daripada mangsa dan juga darah OKT. Berdasarkan ujian yang
telah beliau jalankan, beliau mendapati DNA OKT telah dijumpai pada tuala, pita pelekat
yang telah digunakan, kuku mangsa, baju dalam (bra) mangsa, tiub dalam mangsa, girdle
kepunyaan mangsa dan seluar dalam OKT. Laporan Kimia yang disediakan oleh SP7 telah
dikemukakan sebagai ekshibit P32 - Laporan Kimia (PJ) FOR 12222/09-0.

SP8: DR. ROZITA ARIFIN

SP8 merupakan doktor yang merawat mangsa ketika mangsa mula-mula pergi ke
Klinik Kesihatan Datuk Keramat. SP8 telah mengecam mangsa. SP8 beritahu bahawa pada
20.11.2009 jam lebih kurang 8.30 pagi, ketika beliau sedang bertugas di Klinik Kesihatan
Datuk Keramat, beliau telah mendapat seorang pesakit iaitu mangsa yang mengadu bahawa
beliau dirogol. Menurut SP8 ketika mula-mula nampak mangsa, beliau dalam keadaan
menangis sehingga keluar air mata dan dalam ketakutan.

Setelah menyoal mangsa, SP8 telah dimaklumkan oleh mangsa bahawa beliau pada
mulanya telah dilanggar oleh OKT ketika berjalan kaki ke tempat kerja. OKT telah berjanji
untuk membawa mangsa ke hospital tetapi sebaliknya mangsa telah dibawa ke satu tempat di
mana dia telah dirogol oleh OKT. Setelah merogol mangsa, OKT telah bawa mangsa ke
klinik SP8 dan OKT ingatkan mangsa supaya jangan beritahu sesiapa tentang rogol cuma
beritahu tentang dilanggar dan ingin dapatkan rawatan. Menurut SP8, mangsa berada dalam
keadaan cemas dan takut ketika bercerita dengan beliau.

Setelah mendengar aduan daripada mangsa, SP8 kemudiannya telah menelefon Balai
Polis Ulu Kelang dan memberitahu perkara ini kepada seorang yang bernama Sarjan Nik
Hamdan (SP2).

Selain itu, SP8 menyatakan bahawa beliau hanya membuat pemeriksaan luaran sahaja
terhadap mangsa dan telah merujukkan kes ke Hospital Kuala Lumpur melalui surat rujukan
dan rekod pesakit yang masing-masing telah ditandakan sebagai P33A dan P33.

SP9: INSP. JAMALIZAH JAAFAR (PEGAWAI PENYIASAT)

SP9 adalah Pegawai Penyiasat dalam kes ini. SP9 telah dimaklumkan dengan kes
ini pada 20.11.2009 melalui P1 ie, laporan polis yang dibuat oleh mangsa SP9 kemudiannya

12
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

menjalankan siasatan di mana SP9 telah merujukkan mangsa ke hospital untuk pemeriksaan
dengan diiringi L/Kpl Khuzaimay. SP9 juga telah mengecam mangsa sebagai mangsa rogol
dan P1 sebagai laporan polis mangsa dalam kes ini.

SP9 juga pada masa yang sama telah menerima saspek dalam kes ini daripada SP2
dan telah mengarahkan SP4 & SP5 untuk melawat tempat kejadian untuk mengambil gambar
tempat kejadian serta mengumpul bahan bukti. Beberapa spesimen yang diambil daripada
tempat kejadian oleh SP5 telahpun diserahkan kepada SP9 melalui akuan serah menyerah
P11. OKT juga telah di cam oleh SP9 sebagai suspek dalam kes ini. SP9 juga telah
mengecam P2(A)-(N) sebagai gambar-gambar tempat kejadian. SP9 juga telah mengecam P9
sebagai laporan tangkapan OKT.

SP9 telah dimaklumkan tentang hasil pemeriksaan kemaluan mangsa iaitu koyakan
lama pada posisi jam 5 dan 7 serta ada “abrassion” baru pada jam 7. Laporan perbubatan P23
dan P24 telah dicam oleh SP9. Bagi melengkapkan siasatan, SP9 juga telah mengambil
rakaman percakapan mangsa, SP3 dan SP8. SP9 juga telah menyediakan rajah kasar tempat
kejadian (Ekshibit P34). Semua barang-barang kes yang diambil untuk siasatan kes ini telah
dicamkan oleh SP9.

Semasa pemeriksaan balas, SP9 tidak mengaku ada memaksa dan memukul OKT
ketika OKT membuat penafian berkaitan sallatope yang digunakan.

Kes Pendakwaan

Dalam pertuduhan ini pihak pendakwaan perlu membuktikan intipati - intipati


berikut:-

1. Terdapat kemasukkan kemaluan OKT ke dalam kemaluan mangsa


(“penetration”).

2. Terdapat paksaan di dalam kejadian rogol tersebut tanpa kerelaan mangsa.

Intipati Pertama - Sama ada terdapat kemasukkan kemaluan OKT ke dalam


kemaluan mangsa (“penetration”).

Bagi intipati ini, keterangan SP1(mangsa), SP6(Doktor) dan SP7(Ahli Kimia) adalah
relevan. Pihak Pembelaan (PB) pula menghujahkan bagi intipati ini keterangan mangsa tidak
disokong oleh mana-mana keterangan saksi lain. PB mempersoalkan keterangan SP6 dan
juga menyatakan terdapat dua keterangan pakar yang berbeza.

13
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

Menurut TPR, keterangan mangsa secara jelas menyatakan bahawa pada hari
kejadian, OKT telah membaringkan beliau di atas tilam dan meraba payudara dan seluruh
badannya. Selepas OKT melucutkan kain mangsa, OKT buka girdlenya, sentap baju mangsa
ke atas, buka tudung serta kancing baju dalam mangsa. OKT telah memasukkan kemaluannya
ke dalam kemaluan mangsa. Mangsa pada masa itu, kedudukannya terlentang di atas tilam
dan dalam keadaan tangan terikat ke belakang manakala satu tangan OKT berada di atas
lantai dan satu lagi tangan memegang badan mangsa. Muka mangsa dan OKT adalah
bertentangan. Mangsa dapat merasakan kemaluan OKT masuk ke dalam kemaluannya dan
ada merasa sakit pada kemaluan. Kemaluan OKT berada dalam kemaluan mangsa selama 5
minit sebelum OKT mengeluarkan kemaluannya dan memancutkan air maninya ke atas perut
mangsa.

Keterangan mangsa ini disokong oleh keterangan SP6 iaitu Dr.Patrick Naveen a/l
Sargunam yang telah membuat pemeriksaan ke atas kemaluan mangsa pada 20.11.2009 iaitu
hari yang sama beliau dirogol. Hasil pemeriksaannya, SP6 mendapati faraj mangsa berdarah
dengan banyak serta terdapat “abbrassion” pada jam 7 lebih kurang 0.5cm yang masih baru
(dalam masa 24jam) pada kemaluan mangsa. SP6 juga mendapati terdapat koyakan lama
pada jam 5 dan jam 7 pada kemaluan mangsa. Seterusnya, SP6 menerangkan bahawa
“abbrassion” boleh disebabkan oleh kemasukkan zakar lelaki ke dalam faraj perempuan
secara paksa atau kasar. SP6 juga mendapati terdapat pendarahan dari pangkal rahim mangsa
dalam 50cc darah. SP6 mengesahkan tiada luka pada dinding vagina mangsa tetapi luka
tersebut bermula dari pangkal rahim mangsa dan dari vulva di bahagian luar. SP6 selanjutnya
menyatakan bahawa bahagian vulva mangsa berdarah mungkin disebabkan berlaku paksaan,
kekerasan ketika melakukan hubungan seks atau apabila mangsa cuba melawan.

Keterangan mangsa berkaitan kemasukan kemaluan OKT juga disokong oleh SP7
iaitu ahli kimia yang telah menjalankan analisa DNA ke atas spesimen-spesimen yang
diambil daripada mangsa dan OKT serta barang-barang kes yang lain. Laporan Kimia telah
ditandakan sebagai Ekshibit P32. Selepas penganalisaan, SP9 mendapati antaranya:-
1) DNA mangsa telah dijumpai pada kesan darah pada tuala (Ekshibit P12b)
2) DNA OKT dan DNA mangsa telah dijumpai pada kesan air mani yang terdapat di
tuala (Ekshibit P12b).
3) DNA OKT dan mangsa ditemui pada pita pelekat yang telah digunakan (Ekshibit
P13b).

14
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

4) DNA OKT dan mangsa ditemui pada “nail clippings” mangsa (Ekshibit P22c).
5) DNA OKT ditemui dari kesan air mani pada baju dalam (bra) yang digunakan
mangsa (Ekshibit P4a).
6) DNA OKT ditemui dari kesan darah pada baju dalam (bra) mangsa (due to
overlapping and predominance of seminal stains).
7) DNA OKT dan mangsa ditemui pada kesan air mani yang terdapat di “tube” yang
di pakai oleh mangsa (Ekshibit P6a).
8) Di “girdle’ yang di pakai oleh mangsa (Ekshibit P8a) ditemui DNA mangsa pada
kesan darah dan juga DNA OKT (due to overlapping seminal stains).
9) DNA OKT dan mangsa ditemui pada kesan air mani pada “girdle” (Ekshibit P8a).
10) DNA OKT ditemui pada kesan darah yang ada pada seluar jeans OKT (Ekshibit
P29a).
11) DNA OKT dan mangsa ditemui pada kesan air mani di seluar dalam OKT
(Ekshibit P30a)

Peguambela yang bijaksana menggunakan prinsip undang-undang yang digariskan


oleh Hakim Abdul Wahab J dalam kes APARAU SATHIAH vs. PP [1997] 2 CLJ 391 yang
memutuskan bahawa keterangan sokongan adalah penting kerana ianya akan menentukan
sama ada keterangan mangsa boleh dipercayai atau tidak (credible). PB selanjutnya
menghujahkan bahawa tidak ada keterangan sokongan terutamanya dalam lapuran perubatan
iaitu P24 yang menunjukkan bahawa mangsa telah dirogol. P24 hanya menyatakan tentang
koyakan lama (old tear) pada kemaluan mangsa. SP6 juga menyatakan vagina wall juga tidak
terdapat sebarang koyakan (tear). Oleh itu, hubungan seks adalah dengan cara sukarela. PB
juga membangkitkan isu kelayakan SP6 dan juga keterangan beliau yang dihujahkan tidak
memberi keterangan yang bebas, jujur serta mengelirukan. PB juga membangkitkan isu
keterangan doktor SP6 dan SP8 yang bercanggah dalam isu pendarahan di faraj yang dialami
oleh MANGSA.

Dapatan Mahkamah bagi Intipati Pertama.

Setelah meneliti keterangan mangsa, SP6 dan SP7 secara keseluruhannya, Mahkamah
mendapati intipati pertama telah berjaya dibuktikan oleh TPR. Adalah dapatan fakta
Mahkamah ini bahawa kemaluan OKT ada masuk ke dalam kemaluan mangsa (berlaku
penetrasi) sepertimana keterangan mangsa. Fakta kemasukan kemaluan OKT ke dalam

15
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

kemaluan mangsa ini tidak pernah dicabar oleh PB pada bila-bila masa sepanjang perbicaraan
ini.
Mahkamah ini mendapati mangsa adalah seorang saksi yang sangat kredible dan
keterangan beliau sangat boleh dipercayai. Mahkamah ini telah melihat “demenour” mangsa
sepanjang perbicaraan dan Mahkamah dapati perlakuan beliau jelas menunjukkan bahawa
beliau tidak menipu ketika memberi keterangan. Beliau sangat tenang dan sangat tegas (firm)
ketika memberi jawapan walaupun disoal bertubi-tubi oleh PB. Jawapan beliau juga sangat
konsisten dan tidak tergugat dengan apa jua bentuk soalan yang dikemukakan. Contohnya
apabila ditanya samada tangannya masih diikat atau tidak ketika dirogol:-
Q: Bila buka kain kamu, kamu bekerjasama dengan OKT untuk buka girdle,
kain dan tiub?
A: Tidak setuju.
Q: Masa itu, saya katakan tangan kamu tidak diikat lagi?
A: Tidak setuju. Dia ikat.
Q: Setuju atau tidak, selepas kain dibuka, tangan tidak di ikat, OKT telah cium
kamu dan telah cium buah dada kamu?
A: Tidak setuju. Tangan masih di ikat.
Q: Setuju atau tidak, selepas girdle dan seluar dalam dibuka, OKT ada jilat
kemaluan kamu dan kamu tidak buat apa-apa?
A: Tidak jilat kemaluan saya tapi tangan masih di ikat.
Q: Setelah jilat kemaluan kamu dan kamu tidak buat apa-apa masa itu dia
masukkan kemaluan dia ke dalam kamu, kerana kamu dah setuju?
A: Tidak setuju.
Q: Setuju katakan, pakaian dalam tiub dan bra kamu, dibuka oleh OKT
dengan kerjasama kamu?
A: Tidak setuju.
Q: Pada masa OKT masukkan kemaluannya ke kemaluan kamu, tangan kamu
ada lagi tidak berikat?
A: Masih diikat.
Q: Saya katakan, masa itu juga kamu telah memeluk OKT?
A: Tidak.
Q: Setuju atau tidak, tangan kamu dibuka, masa kamu mula-mula baringkan
atas tilam?
A: Tidak setuju. Masih lagi diikat.

Dan ketika disoal berkaitan perbualan dalam kereta antara mangsa dan OKT ini
jawapan mangsa:-
Q: Ada bercakap dengan OKT?
A: Ada.

16
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

Q: Setuju atau tidak, awak ada tanya dia, dia dah kahwin atau belum?
A: Tidak setuju, tidak tanya dia.
Q: Setuju atau tidak, OKT kata dia tidak kahwin?
A: Saya tidak tahu, saya tidak tanya.
Q: Setuju atau tidak, bila OKT tidak ada siapa dirumah?
A: (Saksi beristighfar) Tidak ada, saya tidak pernah tanya dia semasa itu.

Dari jawapan-jawapan di atas jelas menunjukkan mangsa tidak pernah terkeliru dan
yakin dengan apa yang perlu dijawab. Dari jawapan-jawapan mangsa ini Mahkamah yakin
bahawa apa yang diperkatakan dalam keterangan mangsa adalah benar dan PB gagal
menggugat kredibiliti mangsa.

Hujahan PB bahawa keterangan mangsa tidak disokong oleh keterangan saksi-saksi


lain terutamanya SP6 tidak dapat diterima oleh Mahkamah ini. Tidak dinafikan SP6 hanya
dapat mengesan kesan koyakan lama pada faraj mangsa (rujuk P24). Namun Mahkamah ini
berpendapat ini tidak bermakna penetrasi tidak berlaku terhadap faraj mangsa. Secara
analogi, jika seorang yang telah berkahwin dan melahirkan anak dirogol adakah isu koyakan
baru atau lama perlu ditimbulkan? Dan sekiranya seorang yang berkerjaya sebagai pelacur
menjadi mangsa rogol, adakah isu ini boleh ditimbulkan? Jawapannya adalah tidak. Hasil
siasatan SP9, mendapati bahawa mangsa pernah dirompak dan dirogol sebelum ini. Oleh itu,
adalah wajar hanya ada kesan koyakan lama pada faraj mangsa. Mahkamah tidak boleh
mengambil kira atas isu koyakan lama ini sahaja untuk membuat dapatan tiada penetrasi
berlaku. Oleh itu hujahan PB bagi isu ini ditolak.

Hasil pemeriksaan SP6 terhadap faraj mangsa jelas menunjukkan bahawa terdapat
kesan abrasion pada faraj beliau yang masih baru dan SP6 berpendapat kesan abrasion
tersebut biasanya disebabkan oleh hubungan seks secara kasar atau paksa. Hasil pemeriksaan
SP6 juga mendapati terdapat pendarahan sebanyak 50cc yang berpunca dari pangkal rahim
dan bahagian vulva faraj mangsa. Sekali lagi SP6 menegaskan pendarahan ini berlaku
berpunca daripada kekerasan atau paksaan yang digunakan ke atas mangsa semasa OKT
memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa. Mahkamah ini menerima hujahan
TPR bahawa sekiranya hubungan seks adalah secara sukarela sudah semestinya tidak akan
terdapat apa-apa abrasion atau pendarahan pada kemaluan mangsa seperti kes ini. Isu
pendarahan di faraj mangsa ini tidak pernah dipersoalkan oleh PB. Apa yang dipersoalkan

17
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

adalah mengapa SP8 tidak menyatakan berlaku pendarahan di faraj? Kerana ini telah
menimbulkan dua keterangan pakar yang bertentangan. Mahkamah mendapati, SP8 bukanlah
seorang pakar. Beliau hanyalah doktor am di Klinik Kesihatan Datuk Keramat yang hanya
membuat pemeriksaan ke atas fizikal luaran mangsa dan membantu menstabilkan MANGSA
sementara menunggu mangsa di bawa ke Balai Polis. SP8 juga mengesahkan bahawa beliau
tidak memeriksa kemaluan mangsa sebab ianya diluar bidang tugasnya. Sebaliknya SP6
adalah doktor yang membuat pemeriksaan ke atas faraj mangsa, justeru hanya SP6 sahaja
yang akan dapat mengesan sebarang pendarahan yang berlaku pada faraj sama ada di
bahagian dalam mahupum luar faraj. Justeru hujahan PB bahawa terdapat percanggahan
keterangan doktor pakar adalah ditolak kerana ianya tidak berasas. Kedua-dua SP6 dan SP8
adalah doktor yang menjalankan pemeriksaan dan rawatan yang berbeza, maka sudah tentu
“finding’ mereka juga berbeza seperti mana Laporan Perubatan P24 dan P33A.

Hujahan PB juga bahawa dinding faraj (vagina wall) mangsa tidak koyak maka rogol
tidak berlaku. SP6 telah menjelaskan ketika ditanya oleh PB bahawa koyakan akan berlaku
pada selaput dara (hymen) bagi seorang yang masih dara dan tidak pernah melakukan
hubungan seks. Koyakan juga boleh disebabkan oleh hubungan seks, melahirkan bayi dan
trauma seperti jika berlaku kekerasan ketika hubungan seksual atau juga boleh disebabkan
oleh kepala zakar. SP6 mengesahkan tiada luka pada dinding faraj dan berpendapat ia
mungkin disebabkan oleh zakar yang tidak masuk sepenuhnya.

Mahkamah ini telah menghalusi keterangan SP6 dan menilai secara keseluruhan
keterangannya dan Mahkamah berpuashati dengan keterangan SP6 tersebut. Tidak mustahil
jika tiada koyakan pada dinding faraj kerana SP6 telah menerangkan bahawa apabila ada
objek masuk ke dalam kemaluan wanita ia akan melalui bahagian luar iaitu vulva. Kemudian
ia akan melalui dinding faraj yang sempit tetapi akan terbuka sehingga objek itu sampai ke
pangkal rahim. Menurut laman sesawang “www.webmd.com” - The vagina is an elastic,
muscular canal with a soft, flexible lining that provides lubrication and sensation. Oleh itu,
adalah wajar tiada kesan koyakan atau luka pada dinding faraj mangsa kerana apabila zakar
OKT menembusi bahagian luar (vulva) faraj mangsa, ia akan melalui dinding faraj yang
sempit tetapi bersifat elastik, fleksibel dan mengandungi cecair sehingga sampai ke pangkal
rahim. Justeru tiada kesan koyakan dapat dikesan pada dinding faraj kerana sifat dinding faraj
itu sendiri yang elastik dan fleksibel. SP6 bagaimanapun telah menemui pendarahan berlaku
di dua tempat yang penting iaitu di vulva dan juga di pangkal rahim. Vulva adalah “outer

18
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

part” faraj. Manakala pangkal rahim adalah “the inner part” yang paling dalam sebelum
sampai ke rahim wanita. Berdasarkan situasi ini, adalah dapatan fakta Mahkamah ini bahawa
pendarahan di vulva faraj dan pangkal rahim mangsa adalah disebabkan oleh kemasukan
zakar OKT secara paksa. Sekiranya kemasukan zakar ini direlai oleh mangsa, mengapa mesti
berlaku pendarahan di bahagian vulva dan pangkal rahim?

Persoalan zakar masuk tidak sepenuhnya bukan satu isu. Kerana kes undang-undang
adalah jelas bahawa apa yang penting adalah berlakunya “penetration”, masuk sedikit,
setengah atau penuh bukanlah isu. Namun demikian, di dalam kes ini Mahkamah mendapati
secara fakta zakar OKT telah secara kasar masuk sepenuhnya ke dalam faraj mangsa
sehingga menyebabkan pendarahan pada pangkal rahim mangsa. Adalah juga penemuan
fakta Mahkamah ini bahawa kesan abrassion dan pendarahan pada luar dan dalam faraj
mangsa adalah cukup untuk menjadi satu keterangan sokongan bagi menunjukkan kejadian
rogol sepertimana pertuduhan telah berlaku.

Berkaitan isu kredibiliti SP6 yang dibangkitkan oleh PB, Mahkamah berpendapat
beliau seorang yang sangat kredibel dan Mahkamah ini menerima keterangan yang
diberikannya sebagai keterangan seorang pakar.

Walaupun SP6 belum diiktiraf sebagai seorang Pakar Sakit Puan tetapi beliau kini
sedang menjalani latihan untuk menjadi seorang Pakar Sakit Puan. Sebab itu jawatan beliau
kini dikenali sebagai “Registrar O&G”. SP6 adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda
Perubatan dari Universiti of West Indies in Trinidad & Tobago dan bertugas di Bahagian
Sakit Puan HKL sejak 2005. Sepanjang berkhidmat, SP6 telah menjalani banyak latihan di
tempat kerja seperti latihan pembedahan bersalin, rawatan pesakit kanser, rawatan kes
rujukan polis seperti rogol dan lain-lain. Beliau juga telah menghadiri hampir 40-50 kursus di
dalam dan luar negara sepanjang bertugas seperti menghadiri Obstetrical & Gynaecological
Medical Conference setiap tahun, Persidangan The International Federation of Gynecology
and Obstetrics di Malaysia pada 2006 dan menjalani Kursus Laparoskopic di Singapura pada
2008. SP6 juga telah lebih kurang 20 kali memberi keterangan di Mahkamah dan keterangan
beliau diterima oleh Mahkamah.

Oleh itu, adalah dapatan Mahkamah ini bahwa keterangan SP6 adalah merupakan satu
keterangan pakar. Walaupun SP6 masih dalam latihannya untuk menjadi seorang doktor
pakar, keterangan yang telah beliau beri di Mahkamah sama sekali tidak akan menjejaskan

19
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

kes pendakwaan kerana segala “guidelines” yang putuskan di dalam kes WONG CHOP
SAOW vs. PP [1965] MLJ 247 dan kes MOHD ZUKI ALI@MOHAMAD vs. PP [2010]
1 LNS 1270 telahpun dipenuhi oleh pihak pendakwaan. Setakat SP6 tidak mempunyai
“kelayakan rasmi” (paper qualification) untuk menjadi seorang pakar tidak akan
memprejudiskan kes pendakwaan sama sekali. Di dalam teks Sarkar On Evidence,
Fifteenth Edition 1999, Volume 1, muka surat 875:-

“Competency of Expert

...An expert, in order to be competent as a witness, need not have acquired his knowledge
professionally; it is sufficient, so far as the admissibility of the evidence goes, if he has made
a special study of the subject, or acquired a special experience therein. Thus, hospital
students, dressers and unqualified practitioners may be permitted to testify as medical
experts…”

Adalah dapatan Mahkamah ini, SP6 telah memperolehi kepakaran sebagai seorang
pakar O&G melalui pekerjaannya seharian iaitu sebagai seorang doktor di bidang O&G di
Hospital Bersalin Kuala Lumpur selama lebih kurang 6 tahun.

Dapatan Mahkamah bagi Intipati Kedua

Bagi intipati kedua ini keterangan mangsa, SP3, SP6 dan SP8 adalah relevan. Setelah
meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan ini secara terperinci, Mahkamah sangat berpuas
hati bahawa kejadian rogol terhadap mangsa telah dilakukan tanpa kerelaan beliau.

Di dalam keterangan mangsa, mangsa yang tidak mengenali OKT sedang berjalan
kaki ke tempat kerja telah dilanggar dari arah hadapan oleh kereta OKT. OKT telah
meyakinkan mangsa untuk membawa beliau ke hospital tetapi sebaliknya OKT membawa
mangsa balik ke rumahnya. Di rumah OKT, mangsa menyatakan bahawa OKT telah
melucutkan kainnya, buka “girdle”, sentap baju mangsa ke atas dan telah membuka tudung
serta membuka kancing baju dalam mangsa sebelum memasukkan kemaluannya ke dalam
kemaluan mangsa. Mangsa pada masa itu, masih terlentang di atas tilam dalam keadaan
tangan terikat ke belakang manakala satu tangan OKT berada di atas lantai dan satu lagi
tangan memegang badan mangsa. Muka mangsa serta muka OKT juga dalam kedudukan
bertentangan. Mangsa juga dapat merasakan kemaluan OKT masuk selama 5 minit sebelum
OKT mengeluarkan kemaluannya dan memancutkan air maninya ke atas perut mangsa.

20
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

Keterangan mangsa juga menyatakan bahawa semasa kejadian tersebut, mangsa cuba
melawan dengan cara meronta tetapi mangsa tidak mampu dan tidak larat disebabkan oleh
badan OKT yang besar dan sangat berat. Mangsa juga pada masa itu dalam keadaan yang
amat takut dan terkejut. Mangsa juga telah memberi keterangan bahawa sebelum OKT
merogol mangsa, OKT telah bertindak secara kasar terhadap mangsa iaitu mengikat kedua-
dua tangan mangsa ke belakang dengan menggunakan pita pelekat, duduk di belakang
mangsa, pegang tengkuk mangsa dan tekan muka mangsa ke tilam untuk melemaskan
mangsa. Akibat tindakan OKT ini, mangsa telah menjadi amat takut terhadap OKT sehingga
mangsa takut OKT akan membunuhnya. Walaupun mangsa telah menangis dan merayu
supaya tidak diapa-apakan, tetapi OKT sebaliknya telah mengugut mangsa untuk tidak
membuat bising atau OKT akan bertindak lebih kasar terhadap mangsa. Ini mengakibatkan,
mangsa telah tidak berani lagi melawan OKT dan sebaliknya memberitahu OKT dengan cara
baik bahawa beliau berasa sakit dan minta untuk dihantar ke hospital. Mangsa juga menangis
sepanjang masa OKT merogolnya.

Cukup melalui keterangan mangsa di atas sahaja, Mahkamah ini sangat berpuas hati
bahawa tidak wujud sama sekali kerelaan atau sukarela dalam kes yang sedang dirayu ini.
Adalah sangat tidak munasabah untuk seorang yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja
pada waktu pagi kemudian dilanggar dari arah hadapan dengan sebuah kereta oleh seorang
yang tidak dikenali boleh tiba-tiba bersetuju untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki
yang tidak dikenalinya itu. Pihak pembelaan juga tidak pernah menimbulkan isu bahawa
mangsa adalah seorang “perempuan murahan” yang boleh melakukan hubungan seks dengan
mana-mana lelaki yang baru ditemui. Selain itu, ketika perbicaraan sedang berjalan ketika
mangsa diminta membuat pengecaman terhadap OKT, Hakim Perbicaraan (ketika itu)
mendapati mangsa menggeletar dan sentiasa beristighfar sebelum dan ketika membuat
pengecaman. Ini jelas menunjukkan “demenour” mangsa bahawa beliau sangat takut dengan
OKT dan sudah tentu tidak pernah bersetuju untuk melakukan hubungan seks dengan OKT.
Jika mangsa sukarela, mengapa beliau mesti menggeletar dan beristighfar ketika membuat
pengecaman terhadap OKT? Berdasarkan fakta yang diperolehi dari mangsa ini adalah sangat
jelas tiada langsung kerelaan yang berbangkit di dalam kes ini.

Ketidakrelaan mangsa terhadap perbuatan OKT dapat di lihat oleh Mahkamah ini
melalui keterangan SP3 yang secara jelas menceritakan reaksi mangsa ketika berjumpa
dengan beliau ketika di Klinik Kesihatan Datok Keramat. Perlakuan mangsa yang memegang
tangan SP3 dan merayu kepada SP3 untuk membantunya jelas menunjukkan bahawa mangsa

21
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

takut dan tidak pernah rela dengan perbuatan OKT. Menurut SP3 “Keadaan pesakit ketika
itu, sedikit ketakutan. Reaksi ketika beritahu dia dirogol, dia pegang tangan saya dan
goncang tangan saya. Kemudian saya tenangkan dia.” Pihak pembelaan tidak pernah
mencabar keterangan SP3 berkaitan isu ini. Apa yang dipersoalkan oleh pihak pembelaan
adalah samada mangsa sedar ketika di klinik, samada mangsa boleh berjalan, samada mangsa
boleh bercakap dan samada ada luka pada mangsa. Itu sahaja.

Keterangan mangsa bahawa beliau tidak rela dengan perlakuan OKT bukan sahaja
disokong oleh keterangan SP3, tetapi turut disokong oleh keterangan SP6 iaitu doktor yang
menjalankan pemeriksaan di bahagian “genital” mangsa di Hospital Kuala Lumpur. Menurut
SP6 “Kali pertama jumpa mangsa keadaan luarannya nampak pucat dan juga ketakutan
pada masa itu. Bila saya tanya pesakit, pesakit kata dia kena rogol.” SP8 iaitu doktor am
yang ditemui oleh mangsa di Klinik Kesihatan Datok Keramat juga menyatakan “Saya dapati
seorang perempuan duduk atas kerusi dalam bilik rawatan dalam keadaan takut. Beliau
pakai baju kurung, bertudung macam biasa tapi menangis dalam ketakutan…… Semasa
dia bercerita, dia dalam keadaan cemas dan takut.” Ketika disoal balas oleh peguambela
bagaimana keadaan mangsa menangis, SP8 menerangkan “Dia menangis keluar air mata,
dalam keadaan takut.” Tingkah laku mangsa yang ketakutan dan menangis semasa bertemu
SP3, SP6 dan SP8, Mahkamah ini terima sebagai satu tindakan yang munasabah dan logik
bagi seorang mangsa yang baru sahaja dirogol sebagaimana yang diperuntukkan oleh
Seksyen 8 Akta Keterangan 1950. Keterangan SP3, SP6 dan SP8 juga Mahkamah dapati
sangat menyokong keterangan mangsa. Mangsa telah menceritakan perkara yang sama
kepada mereka dan mereka bertiga juga menceritakan perkara yang sama mengenai
keterangan dan keadaan diri mangsa ketika mereka bertemu mangsa di klinik dan di hospital.
Seandainya, mangsa rela dengan hubungan seks tersebut sudah tentu beliau tidak akan berada
dalam keadaan tertekan, ketakutan dan menangis ketika bertemu dgn SP3, SP6 dan SP8.

Hujahan peguambela yang bijaksana bahawa tidak ada keterangan yang menunjukkan
bahawa mangsa berada dalam keadaan takut dan hubungan seks dilakukan secara sukarela
oleh mangsa kerana walaupun mangsa dilanggar oleh OKT tetapi ianya tidak melibatkan
kecederaan yang serius, mangsa di dalam keadaan sedar dan boleh bergerak dan berupaya
untuk berbincang dengan OKT serta mengakui bahawa beliau tidak dipukul tidak dapat
diterima oleh Mahkamah ini. Memang tiada kecederaan serius dikesan pada bahagian luaran
tubuh mangsa. Keterangan mangsa adalah beliau sedang berjalan kaki, dilanggar oleh sebuah
kereta dari arah hadapan. Beliau terpelanting dan dalam keadaan separuh sedar dapati beliau

22
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

diangkat oleh OKT masuk ke dalam kereta. Mangsa mengakui beliau tidak alami cedera
parah atau patah di mana-mana bahagian badan tapi hanya mengalami calar-calar sahaja dan
berasa sakit di bahagian peha, kaki, tangan dan siku kiri. Namun, Mahkamah mendapati tiada
kaitan di antara kecederaan yang dialami akibat kemalangan dengan ketakutan dan kerelaan
mangsa. Keterangan mangsa adalah jelas semasa disoal balas oleh peguam bahawa beliau
tidak pernah berbincang apa-apa dengan OKT seperti mana yang dicadangkan. Adalah
dapatan fakta mahkamah ini bahawa ketakutan mangsa adalah jelas kerana OKT telah
mengikat tangannya ke belakang dengan menggunakan pita pelekat sehingga mangsa tidak
boleh berbuat apa-apa. Mangsa juga takut apabila OKT telah duduk di belakang badannya
serta menekan leher dan mukanya ke tilam seperti hendak melemaskannya. OKT juga
mengugut mangsa akan melakukan lebih teruk lagi sekiranya mangsa terus melawan.
Walaupun mangsa mengakui bahawa beliau tidak pernah dipukul oleh OKT adakah hanya
pukulan sahaja akan menyebabkan mangsa boleh dikatakan takut dan tidak rela? Jawapannya
adalah TIDAK. Perlakuan OKT seperti yang dinyatakan di atas sudah cukup untuk
menimbulkan ketakutan kepada mangsa atau mana-mana wanita lain secara amnya. mangsa
juga telah menerangkan bahawa beliau terpaksa berbincang dan berlembut dengan OKT
supaya OKT tidak akan mengapa-apakan mangsa dan supaya beliau dapat melarikan diri
daripada OKT Berikut adalah keterangan mangsa yang relevan:-

S: Selepas lap air mani apa berlaku?


J: Saya cakap “sakit sangat”. Saya takut kena bunuh. Saya cakap dengan
lembut “minta tolong hantar ke hospital sebab saya sakit”. Lepas itu ikatan
tangan saya di buka. Lepas itu dia suruh saya pakai baju, saya pakai semula
pakaian saya dan saya berlagak baik sebab saya takut kena bunuh. Masa itu
saya tengok dia macam tak berapa betul.
S: Kenapa takut kena bunuh? Ada di ugut?
J: Tak ada, tapi cara dia kasari saya - saya takut. Before dia rogol - saya di
ikat, dia duduk di belakang saya dan dia pegang tengkuk saya dan tekan
muka saya ke tilam bagi saya lemas. Dari situ saya dah tak melawan sebab
takut. Lepas pakai baju, saya cakap kepada dia dengan baik minta hantar
saya ke hospital. Saya dapati dia baik dengan saya, tidak kasari saya dan dia
bawa saya ke hospital - Klinik Kesihatan, Jalan Jelatik, Datok Keramat.

Selanjutnya peguambela yang bijaksana menghujahkan bahawa wujud kerelaan mangsa


kerana keterangan beliau bertentangan dengan saksi-saksi penting yang lain seperti SP9 iaitu
Pegawai Penyiasat dan SP8 yang merupakan seorang Pegawai Perubatan serta SP3 iaitu
Jururawat ketika mangsa mula-mula mendapat rawatan. Menurut peguambela mangsa di

23
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau di dalam keadaan tidak berapa sedar akibat
daripada terjatuh dan dilanggar oleh OKT walaupun tidak mengalami apa-apa kecederaan.
Namun keterangan SP9 menyatakan bahawa hasil siasatan menunjukkan mangsa adalah
dalam keadaan biasa dan sihat dan dapat berjalan selepas kemalangan ke atasnya dan tidak
mengalamai kecederaan langsung. Peguambela merujuk kepada kes AB MALEK ATAN vs.
PP [2002] 6 CLJ 405, bagi persoalan rasa takut, namun tidak menyatakan bahagian mana kes
tersebut yang boleh diterima pakai oleh kes yang sedang dirayu ini. Mahkamah ini telah
meneliti penghakiman Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Augustine Paul (ketika itu) dan
percaya penghakiman beliau yang berkaitan adalah di muka 416 para (a-d) yang
menyatakan:-

“It must be observed that the case for the prosecution proceeded on the basis that
PW5 submitted to the desires of the accused in view of the threats held out by him.
Evidence of the manner in which PW5 was threatened is therefore of critical
importance in order for the charges to be sustained as it is the crux of the case since
the defence of the accused is one of consent. The threats held out by the accused on
the first occasion is dependent on the evidence of PW5 alone. With regard to the
alleged rape on the second occasion PW5 said that the accused did not threaten to
sell her at Chow Kit. She also said that PW2 and Murad were in the room at that
time. But the evidence of PW2 is different. He said that he was the only person
present at that time and that the accused threatened PW5. In view of the importance
of the evidence of the threat held out to sustain the charges the contradiction in the
evidence of PW5 and PW2 is material and significant. It cannot be dismissed as
being immaterial as done by the learned Sessions Court judge. The prosecution
ought to have taken positive steps to resolve this contradiction so as to salvage the
credibility of PW5.”

Mahkamah ini berpendapat, fakta kes Ab Malek Atan yang dirujuk oleh PB
adalah sangat berbeza dengan fakta kes yang sedang dirayu ini. Di dalam kes tersebut
mangsa diugut akan dijual di Chow Kit oleh Perayu bagi pertuduhan pertama. Namun
bagi pertuduhan kedua mangsa mengesahkan Perayu tidak ada mengugut untuk menjual
beliau namun menurut mangsa Perayu tidak benarkan beliau keluar ke mana-mana jika
mangsa tidak beri dia “main”. Di dalam kes ini rayuan Perayu terhadap sabitan dan
hukuman dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi kerana terdapat pertentangan keterangan
antara saksi pendakwaan dan kredibiliti mangsa diragui.

24
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

Jika dibandingkan dengan kes yang sedang dirayu ini, mangsa adalah jelas dalam
ketakutan sebagaimana keterangannya yang telah Mahkamah ini bincangkan di atas.
Tambahan pula, Mahkamah ini sangat mendapati bahawa mangsa adalah seorang saksi
yang sangat kredible keterangannya. Fakta bahawa beliau dalam ketakutan bukan
keterangan beliau seorang namun disokong oleh keterangan saksi-saksi lain iaitu SP3,
SP4, SP6 dan SP8 yang melihat dan berjumpa mangsa sebaik sahaja kejadian. Justeru
keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Ab Malek Atan tidak terpakai dalam kes yang
sedang dirayu ini kerana bagi kes yang sedang dirayu Mahkamah ini telah mengikut
prinsip yang digariskan oleh kes tersebut di mana keterangan mangsa tentang perasaan
takutnya turut disahkan dan disokong oleh saksi-saksi pendakwaan yang lain dan tidak
wujud sebarang pertentangan. Mahkamah kini merujuk kepada kes RAZALI HAMZAH
vs. PP [2010] 10 CLJ 462, di mana fakta kes dalam kes ini hampir sama dengan fakta
kes yang sedang dirayu. Hakim Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan perayu dan
memutuskan bahawa “Atas segala keterangan yang ada termasuk naratif mangsa
bagaimana perbuatan rogol itu berlaku saya bersependapat dengan dapatan hakim yang
bijaksana bahawa wujud corroboration yang mencukupi untuk menyokong keterangan
mangsa. Hakim tersebut tidak khilaf dalam dapatannya dan saya mendapati tiada ruang
untuk campur tangan dalam dapatan tersebut. SP2, pegawai perubatan yang membuat
pemeriksaan awal terhadap mangsa, mendapati mangsa dalam keadaan nervous,
menggigil dan menangis. Beliau juga mendapati kotoran tanah pada pakaian mangsa,
rambut mangsa kusut masai, tekanan darahnya menunjukkan beliau berada dalam
keadaan tertekan, bahagian atas gigi kacipnya patah, kotoran tanah pada bahagian
tubuh dan calar balar pada bahagian tubuh dan kaki. Keterangan ini tidak dicabar oleh
pembelaan. Sekaligus, dapatan-dapatan ini adalah konsisten dengan trauma fizikal,
mental dan saikolog yang baru dilalui oleh mangsa, dan dengan keterangan mangsa
bahawa beliau telah bergelut dengan perayu di atas tanah sebelum dan semasa kejadian
rogol berlaku”. Mahkamah ini percaya mangsa dalam kes yang sedang dirayu ini juga
mengalami trauma mental dan psikologi seperti mana mangsa kes Razali Hamzah ini.
Keterangan SP3, SP6 dan SP8 jelas mengesahkan mangsa menggigil ketakuatan dan
menangis ketika menerima rawatan dan ketika menjalani pemeriksaan. Hujahan
peguambela bahawa keterangan SP9 adalah bertentangan tidak dapat diterima oleh
Mahkamah ini kerana SP9 menemui MANGSA selepas beberapa jam kejadian berlaku
dan keterangan beliau adalah berdasarkan apa yang beliau lihat semasa SP9 mengambil
keterangan dari MANGSA.

25
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

Hujahan peguambela bahawa mangsa sukarela mengadakan hubungan seks


dengan OKT dan tanpa paksaan dan kekerasan tidak dapat diterima oleh Mahkamah ini.
Hujahan peguambela adalah seperti berikut “fakta tidak menunjukkan bahawa
terdapat apa-apa kekerasan yang digunakan. Bahkan daripada keterangan
keseluruhan fakta dan keadaan kejadian yang berlaku adalah konsisten dengan
kewujudan kerelaan oleh mangsa. Keterangan perubatan sebenar-benarnya
mengesahkan bahawa hubungan seksual adalah merupakan hasil daripada
perlakuan secara kerelaan kedua-dua belah pihak dan tingkah laku dua orang
dewasa yang mempunyai pengetahuan tentang aksi mereka. Ini amat jelas
dinyatakan di dalam kes PENDAKWA RAYA v. MOHD RIDZWAN BIN MD
BORHAN [2004] 1 AMR 652”.

Sekali lagi Mahkamah ini terpaksa membezakan fakta kes yang sedang dirayu ini
dengan fakta kes yang dirujuk oleh peguambela yang bijaksana. Di dalam kes Mohd.
Ridzwan, Hakim Perbicaraan telah melepas dan membebaskan Responden dari
pertuduhan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri. TPR telah merayu terhadap
keputusan pembebasan tersebut. Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Low Hop Bing
(ketika itu) telah menolak rayuan dan memutuskan bahawa “The burden is on the
prosecution to prove a prima facie rape case. On the facts, the prosecution had
successfully proved the ingredient of sexual intercourse. However, on the basis of
evidence adduced in the trial court, the finding of facts did not suggest that there was any
act of violence or any element of threat. Whether or not there was consent on the
complainant’s part was a question of fact which had to be proved by way of positive
evidence. From the entire evidence adduced for the prosecution, the facts and
circumstances were more consistent with the existence of consent on the complainant’s
part. Hence, there was no misdirection or miscarriage of justice. The medical evidence
hads indeed confirmed that the said sexual intercourse was the result of the combined
consensual conduct and behaviour of two reasonable adults who were aware of their
acts.”

Fakta kes Mohd Ridzwan juga berbeza dengan fakta kes yang sedang dirayu ini.
Di dalam kes tersebut, pengadu/mangsa saling mengenali di mana pengadu telah
bersetuju untuk mengikut Responden berjalan-jalan dengan menaiki motor ke Pantai

26
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

Klebang, Rembau, Kuala Pilah dan Seremban dalam satu hari. Dalam perjalanan pulang
ke Umbai melalui satu kawasan ladang kelapa sawit, Responden maklumkan mangsa
motorsikalnya kehabisan petrol. Pengadu dan Responden mengambil keputusan untuk
bertuduh di sebuah tempat berteduh (shed) di mana kejadian rogol dikatakan berlaku.
Selepas meninggalkan tempat berteduh, pengadu hubungi ibunya dan mengatakan beliau
ke rumah kawan. Semasa membuat panggilan telefon tersebut, pengadu telah terserempak
dengan ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung yang kemudiannya
membawa Pengadu ke Balai Polis untuk membuat aduan rogol. Doktor pakar yang
melakukan pemeriksaan pada Pengadu mengesahkan ada koyakan pada hymen Pengadu
di kedudukan jam 3 dan 6 serta lebam di jam 9. Doktor selanjutnya menyatakan “that
these injuries viz the said tears and bruises could be caused “by having intercourse
during peaceful love affair especially so when the patient was a virgin”, and that if the
complainant was a virgin and the size of the penis was big, the tear at posterior
fourchette could be caused by sexual intercourse.” Oleh itu hakim perbicaraan telah
memutuskan bahawa keterangan Pengadu bahawa hubungan seks dilakukan tanpa
kerelaannya telah ditolak.

Sekiranya dibandingkan dengan kes yang sedang dirayu ini, fakta kes adalah jelas
bahawa mangsa tidak pernah mengenali OKT. Dan tidak pernah bersetuju untuk dibawa
balik ke rumah. Beliau hanya bersetuju untuk ikut OKT setelah OKT berjanji hendak
membawanya ke hospital untuk rawatan akibat perlanggaran tersebut. Di rumah OKT
telah bertindak memegang tengkuk mangsa dan menolak muka mangsa ke tilam untuk
melemaskannya. Tangan mangsa juga diikat ke belakang sepanjang masa dengan pita
pelekat. Keterangan doktor (SP6) adalah jelas memang tiada koyakan baru pada hymen
tapi ada pendarahan di bahagian vulva dan pangkal rahim dan juga abrasion di bahagian
di kedudukan jam 12. SP6 juga mengesahkan pendarahan dan abrasion ini adalah akibat
kekasaran ketika kemaluan lelaki masuk ke kemaluan perempuan. Tidak ada sama sekali
SP6 menyatakan pendarahan adalah akibat dari “peaceful love affair”.

Justeru dengan menggunakan prinsip kes yang dirujuk oleh peguambela di atas,
Mahkamah ini mendapati dengan pasti bahawa tiada kerelaan oleh mangsa semasa kejadian
rogol berlaku. Mahkamah ini sangat pasti wujud kekerasan dan paksaan terhadap mangsa
ketika kejadian rogol tersebut sehingga mengakibatkan pendarahan pada bahagian vulva dan

27
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

pangkal rahim MANGSA. Merujuk kepada Ratanlal & Dhirajlal’s Law Of Crime, Vol
2, di muka surat 2063:-

“(e) Presumption as to absence of consent- ...in a prosecution for rape under subsection (2)
of section 376, where sexual intercourse by the accused is proved and the question is whether
it was without the consent of the women alleged to have been raped and she states in her
evidence before the court that she did not consent, the court shall presume that she did not
consent.

(f) Helpless submission - A mere act of helpless resignation in the face of inevitable
compulsion, quiescene, non-resistance or passive giving in, when volitional faculty is
either crowded by fear or vitiated by duress, cannot be deemed to be “consent”, as
understood in law. Consent on the part of a woman, as a defence to an allegation of rape,
requires voluntary participation, not only after the exercise of intelligence based on the
knowledge of the significance and moral quality of the act, but after having fully exercised
the choice between resistance and assent. Submission of the body under the influence of
fear or terror is no consent.”

Oleh itu, adalah jelas bahawa tindakan mangsa yang pada mulanya melawan
tetapi setelah ditakutkan OKT apabila beliau memegang tengkuk mangsa dan menekan
muka mangsa ke tilam seperti hendak melemaskan mangsa, duduk di belakang badan
mangsa, mengikat kedua-dua tangan mangsa dengan pelekat sudah pasti mangsa tidak
dapat melawan kerana terlampau takut. Apatah lagi, mangsa telah diugut akan dikasari
dengan lebih teruk jika terus melawan dan menangis bukan menunjukkan mangsa rela
mengadakan hubungan seks dengan OKT tetapi ia menunjukkan mangsa tidak dapat
berbuat apa-apa pada masa kejadian dan terpaksa akur kepada kemahuan dan kehendak
OKT untuk menyelamatkan nyawanya. Mahkamah menerima hujahan TPR bahawa ini
merupakan satu keadaan “helpless submission”.

Mahkamah juga mendapati mangsa tidak mempunyai peluang lansung untuk


melarikan diri. Pada setiap masa, OKT berada bersama mangsa. Ketika baru sampai di rumah
OKT, mangsa hanya ditinggalkan 2-3 minit berseorangan di ruang tamu. Mangsa tidak
sempat berbuat apa-apa ketika itu. Mangsa tidak tahu ke mana OKT pergi dan mangsa juga
tidak tahu kawasan rumah OKT di mana. Mangsa juga telah menjelaskan dalam
keterangannya dalam keadaan kedua-dua tangan mangsa diikat, amat sukar bagi dirinya
untuk melarikan diri sekiranya terdapat peluang sebegitu. Sekiranya OKT keluar daripada
rumah pun, mangsa tidak akan tahu di mana OKT berada dengan keadaan mangsa yang tidak

28
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

boleh bergerak bebas pada masa itu. Justeru hujahan peguam bahawa mangsa tidak melarikan
diri kerana beliau rela ditolak oleh Mahkamah ini.

Hujahan peguambela bahawa tidak ada kesan koyakan langsung pada pakaian mangsa
menunjukkan beliau rela juga tidak diterima oleh Mahkamah ini. Daripada keterangan
mangsa beliau telah menjelaskan bahawa setelah OKT mengikat kedua-dua tangannya
dengan menggunakan pita pelekat hitam yang besar, OKT sendiri telah menyentap baju
kurungnya ke atas, buka kancing baju dalam, lucutkan kain baju kurung dan buka “girdle”
yang dipakai oleh mangsa. Mahkamah ini mendapati mangsa sudah tidak boleh melawan
perbuatan OKT kerana tangannya telah diikat sudah tentu tiada pakaian mangsa yang koyak.
Hujahan peguam bahawa mangsa memakai baju dalam yang ketat seperti bengkong adalah
tidak benar kerana mangsa tidak pernah memakai bengkong tapi hanya memakai baju dalam
(bra), tiub dan girdle. Tiub (P6) adalah dari kain jenis t-shirt dan sangat mudah untuk
disentap ke atas bersama-sama baju kurung. Girdle (P8) pula adalah sejenis seluar dalam
yang apabila dipakai dapat menutup bahagian perut pemakai. Walaupun girdle mangsa
mempunyai kancing dan zip tapi mangsa telah sahkan bahawa girdle beliau jenis longgar dan
dipakai bukan untuk nampak kurus dan tidak ketat. Mangsa juga tidak pernah disoal semasa
pemeriksaan balas sama ada kancing dan zip girdle dipakai di bahagian hadapan, belakang
atau tepi. Jadi hujahan peguambela bahawa “Adalah mustahil jika tidak ada kerelaan,
pakaian dalam berkenaan boleh dibuka” tidak dapat diterima oleh Mahkamah ini dan
Mahkamah ini sangat berpuas hati dan berpendapat bahawa dalam keadaan tangan mangsa
yang telah diikat kebelakang tiada kesusahan yang dialami oleh OKT untuk membuka atau
menarik atau menyelak atau menyentap pakaian mangsa kerana mangsa sudah tidak berdaya
untuk melawan. Oleh itu, adalah tidak mustahil jika pakaian yang dipakai oleh mangsa
sewaktu kejadian rogol itu tidak koyak.

Dapatan Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan

Di akhir kes pendakwaan, setelah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan dan


hujahan yang telah dikemukakan, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya
membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT bagi pertuduhan ini iaitu wujud kemasukan
kemaluan OKT ke dalam kemaluan mangsa tanpa kerelaan mangsa dan pihak pembelaan
telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah dalam kes pendakwaan.
Oleh itu, OKT dipanggil untuk membela diri bagi pertuduhan ini.

29
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

KES PEMBELAAN

OKT memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dan pihak pembelaan
hanya memanggil seorang saksi iaitu OKT sendiri (SD1). Secara amnya, belaan OKT dalam
kes ini adalah kemasukan kemaluan OKT ke dalam kemaluan mangsa adalah atas
kesukarelaan dan persetujuan mangsa. Berikut adalah keterangan OKT semasa pemeriksaan
utama yang beliau katakan mangsa sukarela terhadap perbuatan rogolnya itu.

“Saya terlanggar seorang perempuan lebih kurang 7.45 pagi di simpang depan
berhadapan dengan Maybank. Lepas terlanggar perempuan itu, dia jatuh kena side mirror
kereta saya di sebelah kanan. Kena siku perempuan itu. Saya langgar sebelah kanan, side
mirror sebelah kanan. Kereta tidak bergerak laju. Saya baru belok sahaja terkena dia.
Pelanggaran itu slow sahaja. Dia pun jatuh. Dia jatuh terduduk. Saya pun parking kereta,
berhentikan kereta depan sikit, turun dan pergi dapatkan dia. Saya tanya dia, “Sori kak, saya
minta maaf, ada luka ke, ada sakit ke ada patah”. Dia cakap tidak ada apa-apa sakit sikit
saja. Saya pun cakap kat dia kalau macam itu saya bawa akak pergi hospital. Dia kata tidak
apalah. Dari situ saya angkat dia bangun berdiri. Saya pun cakap kat dia, tak apalah kita
pergi makan-makan jelah. Terus dia cakap okay. Saya pun terus bawa dia masuk dalam
kereta.

Saya bawa dia masuk kereta dengan pegang tangan dia. Dia boleh bangun. Dalam
kereta saya bercakap dengan dia, “Akak nak pergi mana sebenarnya?” Dia kata dia nak
pergi kerja. Saya tanya kerja mana? Dia kata Kementerian Pertahanan. Selepas itu saya
ajak pergi rumah saya. Saya cakap kita beli makan bungkus, makan kat rumah saya. Lepas
itu saya pergi menuju rumah, dia tanya saya, saya ni dah kahwin ke belum? Saya cakap
belum. Dia tanya saya, rumah itu rumah siapa? Saya cakap, saya belum kahwin dan rumah
kawan saya. Lepas itu dia kata ada siapa dekat rumah. Saya cakap tidak ada sesiapa kita
dua sahaja. Tiba-tiba sampai di rumah saya, saya buka pintu bagi dia masuk dan saya bagi
dia rehat. Saya cakap awak duduk sekejap saya nak pergi beli air beli nasi. Duduk rehat
dekat ruang tamu atas tilam. Ya, di ruang tamu ada tilam. Saya cakap pada dia saya nak beli
nasi dan beli air, tunggu sekejap lebih kurang 15 minit saya keluar. Saya keluar pergi cari
nasi, cari air di kawasan dekat rumah saya juga. Dekat situ ada gerai.

Rumah saya rumah kuarters tentera. Ada 4 tingkat, berdepan dengan kuarters polis.
Rumah saya tingkat bawah sekali. Saya keluar tapi kedai tutup, makanan dah habis, saya
beli air sahaja. Beli air mineral. Selepas itu saya terus balik, parking kereta, tidak jauh
dari rumah saya. Dan jalan kaki balik ke rumah. Keluar ke kedai naik kereta.

30
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

Bila saya balik, saya tengok dia tidur di ruang tamu atas tilam. Saya tanya dia,
bangunlah, saya nak bagi air tapi dia tak nak. Dia kata kejap lagi. Saya cakap kat dia saya
nak tengok tempat luka tadi. Dia kata tidak ada apa cuma sedikit sahaja calar. Saya ambil
minyak saya urut tangan dia. Masa itu di atas tilam lagi di ruang tamu.

Dalam keadaan saya urut tangan dia, dia ternampak gambar bini dan anak saya
depan TV lalu dia pun tanya saya, “ini siapa dia?” Saya cakap “ini bini kawan saya”. Dia
cakap “Ye lah tu”.

Lepas itu, sudah saya urut tangan dia, saya ajak dia masuk dalam bilik. Lepas itu dia
tanya saya nak buat apa. Saya cakap sembang-sembang sahaja. Lepas itu saya terus cium
dia. Dia tidak ada cakap apa-apa. Cuma dia kata “betulkah awak ini”. Saya kata betullah.
Dia tidak marah saya cium dia, lalu saya raba buah dada dia.

Reaksi dia, diam sahaja, dia geliat. Lepas itu saya buka baju dia. Saya selak baju dia
naik ke atas. Dia pakai baju kurung. Dia pakai pakaian dalam yang ketat yang ada kancing-
kancing banyak. Saya buka baju itu sekali dengan pakaian dalam yang ketat. Yang baju
kurung itu saya cuma selak sahaja. Yang dalam itu saya tidak tahu nak buka macam mana
kerana kancing. Saya tanya dia buka macam mana. Dia terus bangun dan duduk dan kongsi
dengan saya buka baju. Lepas itu saya boleh buka, baju dalam yang ketat itu, lepas itu saya
jilat buah dada dia.

Tindakan dia masa itu, dia kata “geli” dia tak nak saya gigit. Lepas itu, saya terus
buka kain dia. Kain baju kurung tadi. Masa itu dia masih baring saya pun buka seluar dalam
dia yang ketat. Girdle yang ketat. Berserta seluar dalam dia. Saya terus cabut seluar dalam
dia, tersangkut dekat punggung, lalu dia angkat sikit punggung dia baru boleh keluar.

Lepas itu saya pun jilat kemaluan dia. Tindakan dia, dia geliat. Masa itu dia
terbaring. Dia terlentang. Lepas itu, sebelum saya naik masukkan kemaluan saya ke
kemaluan dia, tangan dia tidak duduk diam, tangan dia bergerak-gerak, mencubit saya, lalu
saya ambil sallotape dia atas akuarium lalu saya tepek tangan dia. Tampal tangan dia
dengan sallotape. Lebih kurang 2-3minit. Masa ini belum masuk kemaluan saya lagi.

Dia tanya saya kenapa “awak tempek ini”. Saya cakap tangan awak tidak duduk
diam kutil sana kutil sini. Saya pun bukakan balik. Lepas itu saya letak balik atas akuarium
sallotape yang saya tepek tangan dia.

Kemudian saya masukkan kemaluan saya ke kemaluan dia. Masa ini sallotape dah
tidak ada. Saya masuk je, terus dia peluk saya lebih kurang 5 minit saya keluar air mani atas
pusat dia. Lepas itu, saya ambil kain tuala lap air mani dan saya pergi mandi. Saya pun
cakap kat dia, pergilah mandi. Dia kata tak nak. Dia pun terus pakai baju semula. Saya pergi

31
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

mandi. Lepas saya selesai mandi. Dia duduk di ruang tamu atas kerusi sambil tengok TV.
Lepas itu saya duduk di sebelah dia. Masa itu saya tidak pakai baju, hanya pakai tuala
sahaja. Lepas itu saya tanya dia sekarang kita nak pergi mana, macam mana dengan kerja
awak? Dia kata kita pergi ambil MC sebab dia tak nak pergi kerja dan nak bagi MC pada
bos dia. Lalu saya terus pakai baju dan bawa dia pergi ke Klinik Jelatik untuk ambil MC.
Saya keluar ambil kereta saya dan dia pun keluar rumah pergi sekali dengan saya.

Sampai di klinik, saya minta IC dia dan saya daftarkan di kaunter. Masa itu, dia
duduk dalam kereta lagi. Saya ambil borang, saya bagi kat dia dan isi. Selepas selesai, saya
bagi borang pada nurse dan nurse bagi nombor pada saya. Masa itu dia duduk di dalam
kereta lagi. Lepas ambil nombor saya ajak dia masuk ke klinik dan duduk di ruang
menunggu. Saya cakap ini nombor lepas ini kalau panggil awak masuk jumpa doktor. Kalau
tidak silap saya nombor 3 atau 4. Dia kata ok lah. Saya pun cukup kat dia, saya ajak hisap
rokok kat luar kalau ada apa-apa panggil saya. Dia kata okay. Dia suruh saya tunggu di
kereta..........Keadaan rumah masa keluar pergi makan, tidak kunci rumah, pintu dan grill
tutup tapi tidak kunci. Saya pasti saya tidak kunci.”

Isu: Samada pembelaan OKT telah berjaya menimbulkan keraguan yang


munasabah ke atas kes pihak pendakwaan.

Pada hemat Mahkamah ini, pembelaan OKT hanya mengesahkan kes pendakwaan
bahawa beliau telah melanggar mangsa menggunakan kereta ketika mangsa dalam perjalanan
ke pejabat di Kementerian Pertahanan. Akibat perlanggaran, mangsa jatuh dan OKT telah
membawa mangsa masuk ke dalam keretanya lalu di bawa ke rumah OKT. Pembelaan OKT
juga mengesahkan beliau ada keluar sebentar membeli makanan dan minuman selepas
menyuruh mangsa berehat di atas tilam di ruang tamu rumah. Pembelaan OKT turut
mengesahkan beliau membawa masuk mangsa ke bilik dan membuka baju mangsa dengan
selak baju mangsa naik ke atas. OKT sahkan mangsa pakai baju kurung dan pakaian dalam.
OKT kemudiannya membuka kain mangsa serta girdle mangsa. Sebelum masukkan
masukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa, OKT mengakui beliau ambil sallotape
dan untuk ikat tangan mangsa. OKT sahkan beliau masukkan kemaluannya ke dalam
kemaluan mangsa selama lebih kurang 5 minit dan beliau pancutkan air mani ke atas pusat
mangsa. Lepas itu, OKT ambil kain tuala lap air mani dan pergi mandi. Pembelaan OKT juga
mengesahkan beliau ada menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Jelatik.

32
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

Sama ada di dalam hal ehwal keadaan keseluruhan kes, OKT berjaya membangkitkan
sebarang keraguan ke atas kes pihak pendakwaan iaitu membuktikan wujudnya kesukarelaan
dan tiada paksaan pada mangsa ketika OKT memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan
mangsa.

Keterangan saksi-saksi di peringkat kes pendakwaan iaitu mangsa, SP3, SP6, SP8 dan
SP9 berkaitan isu kerelaan adalah relavan. Mangsa ada cuba melawan dengan cara meronta
tetapi mangsa tidak mampu dan tidak larat disebabkan oleh badan OKT yang besar dan
sangat berat ketika OKT menindih badan mangsa. Mangsa juga dalam keadaan amat takut
dan terkejut kerana OKT telah duduk di belakang mangsa dan mengikat kedua-dua tangan
mangsa dengan pita pelekat. OKT juga telah tekan tengkuk mangsa serta tekankan muka
mangsa ke tilam untuk melemaskan mangsa. Ini mengakibatkan mangsa menjadi takut yang
OKT akan membunuhnya. Mangsa juga menangis dan cuba menjerit serta merayu kepada
OKT untuk tidak mengapa-apakannya tetapi OKT telah mengugut, jika mangsa membuat
bising OKT akan bertindak lebih kasar terhadap mangsa. Keterangan SP3 (Jururawat di
Klinik Kesihatan Jelatik) pula menyatakan ketika beliau mula mula nampak mangsa, mangsa
berada dalam ketakutan dan mangsa telah memegang dan menggoncang tangan SP3 meminta
pertolongan dan memberitahu bahawa beliau telah dirogol oleh OKT. Keterangan SP3 ini
turut disokong oleh SP8 (Doktor di Klinik Kesihatan Jelatik) yang mengesahkan bahawa
mangsa dalam keadaan cemas dan takut serta menangis. Keterangan SP6 pula iaitu doktor
yang telah membuat pemeriksaan ke atas kemaluan mangsa menyatakan bahawa terdapat
kesan abrasion pada faraj mangsa yang masih baru dan mengikut SP6 lagi abrasion biasanya
disebabkan hubungan seks secara kasar atau paksa. SP6 juga mendapati ada pendarahan di
bahagian vulva dan pangkal rahim mangsa.

Setelah Mahkamah meneliti keterangan OKT di atas dan dibandingkan dengan


keterangan saksi-saksi pendakwaan, Mahkamah mendapati belaan OKT bahawa mangsa rela
dan tiada paksaan ketika OKT memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa adalah
hanya satu belaan penafian, “afterthought” dan tidak berasas. Ini Mahkamah dapati dari
keterangan OKT seperti yang akan dibincangkan di bawah.

Menurut OKT, selepas beliau melanggar mangsa dan mangsa jatuh di atas jalan. OKT
telah memberhentikan keretanya di tepi jalan lalu pergi ke arah mangsa dan bertanyakan
keadaan mangsa. OKT menyatakan mangsa memberitahu tidak ada apa-apa. OKT
menawarkan diri untuk membawa mangsa ke hospital tetapi mangsa menolak. Persoalannya

33
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

di sini, jika benar mangsa kata tidak ada apa-apa dan menolak untuk dihantar ke hospital,
mengapa OKT bersusah payah pula membantu mangsa bangun dan memegang tangan
mangsa hingga ke kereta sepertimana keterangan beliau? OKT boleh meninggalkan sahaja
mangsa di situ dan terus pulang ke rumah kerana beliau perlu menukar baju untuk pergi
bekerja (sepertimana keterangan OKT sendiri) kerana OKT juga yang menyatakan mangsa
tidak mahu dibawa ke hospital dan tidak cedera. Semasa pemeriksaan balas terhadap mangsa,
tidak pernah dicadangkan atau ditanya sama ada mangsa setuju atau tidak untuk dihantar ke
hospital. Berikut adalah soalan dan jawapan mangsa berkaitan isu ini:-
Q: Masa dia pergi tempat awak, boleh bercakap tidak masa itu?
A: Boleh.
Q: OKT ada tanya tidak keadaan awak masa itu?
A: Ada.
Q: Apa yang dia tanya?
A: Saya tak ingat. Mungkin macam yang di cadangkan tanya keadaan saya.
Q: Ada atau tidak, OKT tawarkan awak untuk dibawa ke hospital?
A: Ada.

Seterusnya OKT menyatakan beliau membantu mangsa untuk berdiri dan mengajak
mangsa pergi makan-makan dan mangsa bersetuju dengan cadangan OKT. Menurut OKT,
beliau memimpin tangan mangsa semasa membawa mangsa masuk ke dalam kereta. Namun
ketika pemeriksaan balas oleh TPR, OKT mengaku mengangkat masuk ke dalam kereta
sebagaimana di bawah:-
Q: Mangsa jatuh sebab kamu melanggar mangsa?
A: Betul.
Q: Sebaik mangsa jatuh, kamu keluar dari kereta?
A: Betul.
Q: Seterusnya, kamu terus menuju ke arah mangsa?
A: Betul.
Q: Seterusnya, kamu telah angkat mangsa masuk ke dalam kereta kamu?
A: Betul.

Jika dibandingkan dengan keterangan mangsa yang dengan tegas menyatakan beliau
telah diangkat iaitu didukung oleh OKT semasa dibawa masuk ke dalam kereta. Mahkamah
ini juga telah melihat cara dukungan tersebut sebagaimana yang didemonstrasikan oleh
mangsa. Berikut adalah keterangan mangsa semasa disoal balas oleh peguam yang bijaksana
berkaitan isu ini:-

34
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

Q: Terangkan bagaimana OKT angkat awak, terus angkat atau pimpin?


A: Bukan pimpin, dukung (tunjuk dengan tangan).
Q: Setuju atau tidak, OKT hanya pimpin kamu?
A: Tidak setuju. Dia dukung.

Mahkamah telah meneliti isu ini sedalamnya dan adalah penemuan fakta Mahkamah
ini bahawa mangsa sememangnya telah diangkat dengan cara didukung oleh OKT ketika
masuk ke dalam kereta dan bukan dipimpin atau dipegang tangannya. Oleh itu, belaan OKT
bahawa mangsa sukarela untuk mengikutnya adalah tidak diterima oeh Mahkamah ini.

Keterangan OKT bahawa beliau ajak mangsa makan-makan dan dan mangsa
bersetuju tidak pernah dibangkitkan semasa kes pendakwaan. Hanya pada peringkat ini ia
ditimbulkan. Ketika disoal balas oleh TPR, OKT memberi alasan beliau mempelawa mangsa
makan-makan kerana rasa bersalah melanggar mangsa. Namun di awal pemeriksaan balas,
OKT tidak bersetuju dengan cadangan TPR bahawa beliau sengaja melanggar mangsa.
Persoalannya di sini, mengapa OKT perlu rasa bersalah jika beliau tidak melakukan
kesalahan? Ini adalah keterangan OKT:-
Q: Perempuan ini telah beri keterangan di mahkamah ini sebagai mangsa.
Setuju?
A: Betul.
Q: Tadi kata telah langgar perempuan, saya cadangkan kamu dengan sengaja
melanggar mangsa dalam kes ini?
A: Tidak.
Q: Macam mana boleh ajak makan mangsa yang orang asing bagi kamu?
A: Saya rasa bersalah sebab langgar dia.

Berdasarkan keterangan OKT di atas, jelas bahawa OKT telah “contradict”


keterangannya sendiri. Hanya satu kesimpulan sahaja yang dapat dibuat oleh Mahkamah ini
iaitu ini adalah keterangan “afterthought” OKT bagi menjustifikasikan bagaimana mangsa
boleh dikatakan bersetuju untuk mengikut OKT tanpa paksaan.

Keterangan OKT selanjutnya adalah beliau seterusnya mencadangkan kepada mangsa


untuk membungkus sahaja makanan dan makan di rumahnya. Fakta ini tidak pernah
dikemukakan semasa kes pendakwaan dan tidak pernah ditanya kepada mangsa. Sekali lagi
ini adalah belaan “afterthought” OKT untuk menyatakan mangsa adalah rela mengikutnya
balik ke rumah. Tambahan pula, mengapa OKT perlu membawa mangsa makan di rumah

35
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

sekiranya beliau benar-benar rasa bersalah. OKT boleh sahaja membawa mangsa ke mana-
mana kedai makan sekiranya beliau jujur dan tiada niat lain.

Seterusnya, OKT menyatakan apabila sampai di rumah, beliau menyuruh mangsa


rehat manakala OKT pula keluar membeli nasi dan air di gerai dekat rumahnya. OKT
mengatakan, OKT keluar selama 15 minit tanpa mengunci pintu rumah dan gril. OKT
selanjutnya menyatakan kedai telah ditutup kerana makanan telah habis lalu beliau hanya
membeli air mineral sahaja. Selepas itu, beliau terus balik ke rumah dan letak keretanya tidak
jauh dari rumah dan berjalan kaki balik ke rumah. Semasa disoal balas oleh TPR berkaitan
isu ini, OKT sekali lagi “contradict” keterangannya sendiri seperti berikut:-
Q: Selepas letak mangsa atas tilam, kamu keluar sekejap 3-5 minit. Setuju?
A: Betul.
Q: Lepas keluar, kamu masuk bilik dan kamu telah tiarapkan mangsa di atas
tilam?
A: Tidak.
Q: Tempoh masa 3-5 minit tidak lama?
A: Ya.
Q: Dari rumah hendak ke kedai, beli makan berapa jaraknya?
A: Dekat sahaja.
Q: Berapa jaraknya?
A: Kalau jalan kaki 2 minit sahaja.
Q: Kalau 2 minit jalan kaki tak perlu bawa kereta. Setuju?
A: Tidak setuju.
Q: Kata bungkus makanan di luar dengan naik kereta, sebenarnya tidak
berlaku?
A: Tidak setuju.

Percanggahan jelas kelihatan berkaitan masa OKT keluar. Keterangan OKT beliau
keluar 15 minit, tetapi semasa pemeriksaan balas OKT setuju bahawa beliau hanya keluar 3-5
minit dan mengakui bahawa 3-5 minit itu bukan satu tempoh yang lama. Isu ini tidak pernah
dijelaskan ketikan OKT disoal semula oleh peguambela yang bijaksana. Di peringkat
pendakwaan, mangsa tidak pernah dicadangkan tujuan OKT keluar adalah untuk membeli air
dan nasi sebaliknya yang dicadangkan adalah membeli air dan rokok. Mangsa juga tidak
pernah ditanya samada pintu grill dan pintu berkunci atau tidak. Selanjutnya kenyataan OKT
bahawa kedai sudah tutup dan makanan telah habis amat tidak boleh dipercayai kerana adalah
tidak munasabah pada sebelah pagi lebih kurang 7.45 pagi ke 9.00 pagi gerai sudah tutup
kerana makanan dah habis. Mahkamah percaya ada banyak gerai di kawasan sekitar rumah
OKT yang masih berniaga pada waktu tersebut sekiranya benar OKT ada pergi membeli

36
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

makanan. Keterangan gerai tutup kerana makanan habis adalah satu lagi “bear denial” OKT.
Satu lagi ketidakjujuran OKT Mahkamah dapat kesan ketika disoal balas oleh TPR adalah
apabila beliau menyatakan jarak gerai dengan rumahnya dekat sahaja iaitu hanya 2 minit
berjalan kaki. Namun beliau tidak setuju apabila dicadangkan TPR, tidak perlu menaiki
kereta jika hanya mengambil masa 2 minit berjalan kaki. Bagi semua isu di perenggan ini,
Mahkamah mendapati belaan OKT bahawa mangsa tidak lari keluar dari rumah walaupun
berpeluang kerana ditinggalkan berseorangan oleh OKT adalah ditolak. Dapatan fakta
Mahkamah adalah kukuh iaitu mangsa hanya ditinggalkan seketika (kurang dari 5 minit) di
ruang tamu rumah dan dalam tempoh yang singkat tersebut mangsa tidak berpeluang untuk
melarikan diri kerana mangsa tidak tahu di mana OKT berada dan di manakah rumah OKT
tersebut. Sekiranya benar OKT meninggalkan mangsa lebih kurang 15 minit, Mahkamah
percaya mangsa akan melarikan diri kerana beliau mempunyai cukup masa dan peluang
untuk berbuat demikian. Tambahan pula rumah OKT adalah di tingkat bawah.

Semasa dalam perjalanan ke rumahnya itu, OKT menyatakan mangsa ada bertanya
sama ada beliau sudah berkahwin atau belum? Rumah itu rumah siapa dan siapa ada di rumah
tersebut? Kepada soalan-soalan mangsa, OKT menyatakan beliau belum berkahwin, rumah
itu rumah kawannya dan tiada siapa di rumah. Ketika disoal balas oleh TPR, OKT mengaku
beliau sudah berkahwin ketika kejadian. TPR menghujahkan bahawa OKT seorang yang
tidak boleh dipercayai dan tidak jujur. OKT juga tidak pernah menjelaskan mengapa beliau
perlu berbohong pada mangsa ketika itu semasa memberi keterangan di Mahkamah.
Berdasarkan fakta ini, Mahkamah mendapati OKT adalah seorang yang tidak jujur, tidak
boleh dipercayai keterangannya dan memang mempunyai niat yang tidak baik terhadap
mangsa. Ini disahkan oleh keterangan OKT sendiri yang mengakui mangsa adalah orang
asing yang beliau tidak kenali tetapi OKT telah membawa mangsa pulang ke rumahnya
walaupun beliau bersetuju dengan saranan TPR bahawa orang asing beliau tidak perlu bawa
balik ke rumah. Apatah lagi mangsa tidak ada mengalami kecederaan sepertimana keterangan
OKT diperingkat awal tadi. Jika OKT seorang yang baik dan jujur mengapa beliau mesti
berbohong dan menipu mangsa dengan menyatakan beliau masih bujang dan rumah itu
adalah rumah kawannya. Apakah niat sebenar OKT disebalik penyembunyian identiti dirinya
ini tidak pernah dijelaskan kepada Mahkamah.

Seterusnya OKT menyatakan beliau mengurut tangan mangsa di atas tilam di ruang
tamu. Persoalan yang timbul, mengapa mesti beliau mengurut tangan mangsa sedangkan

37
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

OKT sendiri menyatakan mangsa tidak alami kecederaan. Pihak peguambela yang bijaksana
berulang kali menegaskan mangsa tidak alami kecederaan, justeru mengapa perlu diurut
tangan mangsa. Tidak pernah dalam mana-mana keterangan di Mahkamah ini yang ada
mencadangkan bahawa mangsa meminta diurut, tidak pernah dicadangkan mangsa
mengalami kecedaraan terseliuh di tangannya. OKT selanjutnya menyatakan semasa mangsa
diurut, beliau telah ternampak gambar keluarga OKT (anak dan isteri) yang diletak di depan
TV dan apabila mangsa bertanya siapakah di gambar tersebut? Sekali lagi OKT menjawab itu
adalah gambar isteri kawannya. Mahkamah ini tegaskan sekali lagi, jelas di sini OKT telah
sekali lagi menipu mangsa sedangkan OKT tahu itu adalah gambar anak dan isterinya.
Mengapa beliau berbohong pada mangsa tidak pernah dijelaskan dalam Mahkamah. Apa
yang menjadi keraguan pada belaan OKT ini adalah mengapa semasa sedang diurut tangan
dan selepas berada selama 15 minit (seperti keterangan OKT) di ruang tamu barulah mangsa
hendak bertanya OKT? Isu gambar isteri dan anak ini juga tidak pernah timbul semasa
mangsa disoal balas. Ini adalah perkara baru yang ditimbulkan oleh pembelaan pada
peringkat ini. Oleh itu, Mahkamah ini sekali lagi mendapati belaan OKT ini adalah satu
penafian semata-mata dan “afterthought”. Hujahan peguam bahawa ini menunjukkan mangsa
sukarela adalah ditolak.

Berkaitan fakta sebelum kejadian kemasukan kemaluan OKT ke dalam kemaluan


mangsa, keterangan OKT adalah “Lepas itu, sudah saya urut tangan dia, saya ajak dia masuk
dalam bilik. Lepas itu dia tanya saya nak buat apa. Saya cakap sembang-sembang sahaja.
Lepas itu saya terus cium dia. Dia tidak ada cakap apa-apa. Cuma dia kata “betulkah awak
ini”. Saya kata betullah. Dia tidak marah saya cium dia, lalu saya raba buah dada dia.

Reaksi dia, diam sahaja,dia geliat. Lepas itu saya buka baju dia. Saya selak baju dia
naik ke atas. Dia pakai baju kurung. Dia pakai pakaian dalam yang ketat yang ada kancing-
kancing banyak. Saya buka baju itu sekali dengan pakaian dalam yang ketat. Yang baju
kurung itu saya cuma selak sahaja. Yang dalam itu saya tidak tahu nak buka macam mana
kerana kancing. Saya tanya dia buka macam mana. Dia terus bangun dan duduk dan kongsi
dengan saya buka baju. Lepas itu saya boleh buka, baju dalam yang ketat itu, lepas itu saya
jilat buah dada dia.

Tindakan dia masa itu, dia kata “geli” dia tak nak saya gigit. Lepas itu, saya terus
buka kain dia. Kain baju kurung tadi. Masa itu dia masih baring saya pun buka seluar dalam
dia yang ketat. Girdle yang ketat. Berserta seluar dalam dia. Saya terus cabut seluar dalam
dia, tersangkut dekat punggung, lalu dia angkat sikit punggung dia baru boleh keluar.

38
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

Lepas itu saya pun jilat kemaluan dia. Tindakan dia, dia geliat. Masa itu dia
terbaring. Dia terlentang. Lepas itu, sebelum saya naik masukkan kemaluan saya ke
kemaluan dia, tangan dia tidak duduk diam, tangan dia bergerak-gerak, mencubit saya, lalu
saya ambil sallotape dia atas akuarium lalu saya tepek tangan dia. Tampal tangan dia
dengan sallotape. Lebih kurang 2-3minit. Masa ini belum masuk kemaluan saya lagi.

Dia tanya saya kenapa “awak tempek ini”. Saya cakap tangan awak tidak duduk
diam kutil sana kutil sini. Saya pun bukakan balik. Lepas itu saya letak balik atas akuarium
sallotape yang saya tepek tangan dia.

Kemudian saya masukkan kemaluan saya ke kemaluan dia. Masa ini sallotape dah
tidak ada. Saya masuk je, terus dia peluk saya lebih kurang 5 minit saya keluar air mani atas
pusat dia.”

Mahkamah telah meneliti belaan OKT ini dan mendapati semua belaan OKT tentang
fakta atau kejadian yang berlaku sebelum kemasukan kemaluan OKT ke dalam kemaluan
mangsa ini adalah satu penafian kosong dan “afterthought” semata sebagaimana alasan-
alasan yang berikut:-

Pertama, OKT menyatakan beliau mengajak mangsa masuk ke bilik untuk


bersembang. OKT bersetuju dengan cadangan TPR bahawa berbual boleh dilakukan di ruang
tamu namun OKT tidak bersetuju dengan cadangan kedua TPR bahawa tidak perlu masuk ke
bilik untuk berbual. Ketidakseragaman jawapan ini, tidak pernah disoal semula oleh
peguambela. Oleh itu, OKT telah gagal untuk menjelaskan pada Mahkamah secara jujur
mengapa beliau mesti membawa mangsa masuk ke bilik jika hanya untuk berbual sahaja.
Mangsa juga tidak pernah disoal balas berkaitan isu sama ada OKT ada mengajak beliau
masuk ke bilik untuk berbual. Bagi isu ini, keterangan mangsa adalah jelas, OKT telah
mengangkat beliau masuk ke dalam bilik selepas tangannya diikat ke belakang menggunakan
pita pelekat. Tambahan pula, tiada dalam mana-mana keterangan OKT yang menunjukkan
mangsa setuju untuk ikut beliau masuk ke bilik. Jelas di sini, OKT adalah mereka-reka cerita
bagi menjustifikasikan bagaimana mangsa boleh berada di dalam bilik tidur di rumahnya.
Oleh itu, hujahan peguam bahawa mangsa adalah sukarela kerana bersetuju mengikut OKT
masuk ke bilik adalah ditolak.

Kedua, keterangan OKT selanjutnya adalah beliau terus mencium mangsa dan
mangsa mangsa hanya diam dan cuma kata “betulkah awak ini?” Menurut OKT mangsa tidak

39
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

marah apabila dicium lalu OKT raba buah dada mangsa. Sekali lagi OKT kata mangsa diam
sahaja apabila diraba dan hanya menggeliat. OKT lalu buka baju mangsa dengan selak baju
kurung mangsa ke atas. Menurut OKT, mangsa pakai pakaian dalam yang ketat yang ada
banyak kancing. Menurut OKT, beliau buka baju kurung itu sekali dengan pakaian dalam
yang ketat. Pakaian dalam mangsa, OKT kata beliau tidak tahu nak buka macam mana kerana
berkancing lalu OKT tanya mangsa bagaimana hendak buka. Menurut OKT, mangsa terus
bangun dan duduk serta kongsi (bersama-sama) buka baju dalam. Selepas baju dalam dibuka,
OKT jilat buah dada mangsa. Menurut OKT, mangsa kata geli dan tak mahu OKT gigit.
Berikut adalah soalan-soalan yang dikemukakan oleh peguambela kepada mangsa berkaitan
isu cium, raba dan gigit buah dada dan jilat kemaluan:-
Q: Setuju atau tidak setelah dia raba dan cium dia tidak lucutkan kain kamu?
A: Dia yang lucutkan kain saya
Q: Setuju atau tidak, selepas kain dibuka, tangan tidak di ikat, OKT telah cium kamu
dan telah cium buah dada kamu?
A: Tidak setuju. Tangan masih di ikat.
Q: Setuju atau tidak, selepas girdle dan seluar dalam dibuka, OKT ada jilat kemaluan
kamu dan kamu tidak buat apa-apa?
A: Tidak jilat kemaluan saya tapi tangan masih di angkat.
Q: Setelah jilat kemaluan kamu dan kamu tidak buat apa-apa masa itu dia masukkan
kemaluan dia ke dalam kamu, kerana kamu dah setuju?
A: Tidak setuju.
Q: Pada masa kejadian dalam bilik, masa atas tilam, OKT bukanlah masukkan
kemaluan terus, beliau mencium kamu, mencium buah dada dan juga menjilat
kemaluan kamu, sebelum kejadian berlaku?
A: Dia tidak jilat, cuma raba payudara.

Adalah jelas dari soalan-soalan yang dikemukakan di atas, mangsa tidak pernah
dicadangkan bahawa beliau tidak melawan dan hanya diam apabila dicium dan diraba buah
dadanya. Mangsa juga tidak ditanya bahagian badannya yang dicium oleh OKT. Mangsa juga
tidak ada ditanya tentang OKT menjilat dan menggigit buah dadanya. OKT pula tidak pernah
menjelaskan bahagian badan mangsa yang beliau cium. Fakta bahawa mangsa menggeliat
ketika buah dadanya diraba juga tidak pernah timbul di peringkat kes pendakwaan. Perkataan
“geliat” ini hanya dibangkitkan oleh OKT di peringkat pembelaan. Sekiranya kemasukan
kemaluan OKT ke dalam kemaluan mangsa adalah hubungan sukarela sebagaimana yang
dicanang oleh pihak pembelaan, OKT sudah pasti akan menceritakan secara terperinci setiap
bahagian badan mangsa yang beliau cium, raba, jilat dan gigit. Pihak peguambela juga sudah

40
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

pasti akan bertanya secara terperinci perkara yang sama kepada mangsa bagi membuktikan
belaan mereka bahawa mangsa sukarela dan tidak dipaksa.

Namun apa yang berlaku dalam kes ini, keterangan OKT sendiri bercanggah dengan
cadangan yang dikemukakan oleh peguambela kepada mangsa. Peguambela mencadangkan
pada mangsa ada rabaan buah dada berlaku tetapi tidak pernah bertanya kepada mangsa
mengenai buah dadanya dijilat dan digigit. Sebaliknya OKT pula menyatakan beliau raba
buah dada mangsa, beliau jilat buah dada mangsa apabila baju dalam berjaya dibuka dan
seterusnya OKT kata mangsa tidak suka OKT gigit buah dadanya. Meraba, menjilat dan
menggigit adalah tiga perbuatan yang berbeza dilakukan terhadap buah dada mangsa, maka ia
seharusnya diletakkan dari awal kes pendakwaan lagi jika ia boleh membuktikan
kesukarelaan mangsa. Sekiranya ini adalah belaan yang “genuine” sudah tentu perkara ini
akan ditimbulkan di peringkat pendakwan lagi dan bukan diperingkat ini ia baru ditimbulkan.

Selanjutnya, Mahkamah dapati keterangan OKT yang menyatakan beliau tidak tahu
hendak buka buka baju dalam mangsa kerana banyak kancing adalah satu keterangan rekaan
semata-mata. Keterangan OKT ini tidak masuk akal kerana pakaian dalam mangsa (Ekshibit
P4a) hanya mempunyai sepasang (2 kancing) sahaja yang perlu digunakan ketika pemakaian.
Oleh itu ia tidak sukar untuk dibuka apatah lagi sebagai seorang lelaki yang sudah berkahwin,
Mahkamah ini percaya perbuatan membuka kancing baju dalam bukanlah sesuatu yang asing
bagi beliau. Mangsa telah menegaskan semasa pemeriksaan balas, beliau tidak sama sekali
pernah membantu OKT membuka pakaian dalamnya kerana kedua-dua tangan mangsa diikat
ke belakang.

Ketiga, Mahkamah juga mendapati keterangan OKT yang berikut “Lepas itu, saya
terus buka kain dia. Kain baju kurung tadi. Masa itu dia masih baring saya pun buka seluar
dalam dia yang ketat. Girdle yang ketat. Berserta seluar dalam dia. Saya terus cabut seluar
dalam dia, tersangkut dekat punggung, lalu dia angkat sikit punggung dia baru boleh
keluar” adalah satu lagi rekaan OKT untuk menunjukkan mangsa setuju dengan
perbuatannya. Keterangan OKT yang digariskan di atas adalah satu rekaan yang amat nyata
kerana mangsa tidak ada memakai seluar dalam lain pada hari kejadian tapi beliau hanya
memakai seluar dalam jenis girdle yang berkancing dan berzip serta longgar dan amat mudah
untuk dibuka. Keterangan OKT di atas menyatakan seolah-olah mangsa memakai seluar
dalam dan juga girdle. Ini jelas menunjukkan OKT mereka-reka keterangannya. Mangsa juga
tidak pernah dicadangkan yang beliau ada mengangkat punggung ketika OKT membuka

41
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

girdle (seluar dalam) kerana girdle tersebut tersangkut di punggung. Apa yang dicadangkan,
beliau memberi kerjasama semasa pakaian dalam dibuka yang mana dinafikan mangsa.
Mahkamah berpendapat, belaan memberi kerjasama sahaja tidak mencukupi untuk
mengukuhkan kes pembelaan. Perlu dinyatakan dari awal lagi apakah bentuk kerjasama
tersebut. Kegagalan pihak pembelaan untuk menghuraikan bentuk kerjasama yang diberi oleh
mangsa hanya menunjukkan pada Mahkamah bahawa belaan OKT ini adalah satu belaan
rekaan dan “afterthought”.

Keempat, keterangan OKT bahawa beliau ada menjilat kemaluan mangsa dan mangsa
geliat bila diperlakukan sedikian juga Mahkamah tolak sebagai belaan yang menunjukkan
mangsa sukarela. Mangsa tidak pernah disoal balas tentang reaksinya ketika dijilat kemaluan.
Apa yang dicadangkan pada mangsa setakat OKT ada menjilat kemaluan beliau perkataan
geliat ini sekali lagi hanya digunakan oleh OKT di dalam pembelaanya.

Kelima, belaan OKT berkaitan isu pita pelekat adalah sebelum OKT memasukkan
kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa, tangan mangsa tidak duduk diam iaitu mencubit-
cubit OKT. Lalu OKT ambil pita pelekat di atas akuarium dan tepek (tampal) tangan mangsa
dengannya. OKT tidak ada menjelaskan bagaimana pita pelekat ini boleh berada di dalam
bilik tersebut, di bahagian mana tangan mangsa yang ditampal dan bagaimanakah kedudukan
tangan mangsa ketika tangannya ditampal. Jika benar mangsa ada mencubit-cubit badan
OKT, perlukah OKT menampal tangan mangsa dengan pita pelekat? OKT sendiri yang
menyatakan dalam keterangannya ketika disoal balas, beliau tidak rasa apa-apa ketika
mangsa mencubit badannya. Jika benar mangsa ada mencubit-cubit badan OKT, mengapa isu
ini tidak ditimbulkan ketika mangsa disoal balas? Jika benar menampal pita pelekat ini hanya
gurauan sepertimana hujahan peguam, mengapa OKT tidak pernah menyatakannya ketika
memberi keterangan dan tidak pernah juga dicadangkan kepada mangsa bahawa ia hanya
gurauan? Jika benar OKT hanya menampal tangan mangsa, mengapa perkara ini tidak pernah
ditimbulkan ketika kes diperingkat pembelaan. Sekali lagi mahkamah ini mendapati, belaan
OKT ini bukanlah satu belaan yang jujur dan hanya hanya rekaan semata-mata.

Keenam, keterangan OKT bahawa mangsa memeluknya semasa kemaluan OKT


masuk ke dalam kemaluan mangsa juga tidak dapat diterima oleh mahkamah. Mangsa
menafikan keterangan ini diperingkat awal lagi kerana mangsa sebenarnya tidak mampu
berbuat apa-apa semasa kejadian kerana kedua-dua tangannya telah diikat oleh OKT ke

42
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

belakang. Berikut adalah keterangan mangsa yang menegaskan bahawa tangannya masih
berikat ketika kemaluan OKT masuk ke dalam kemaluannya:-

Q: Pada masa OKT masukkan kemaluannya ke kemaluan kamu, tangan kamu


ada lagi tidak berikat?
A: Masih diikat.
Q: Saya katakan, masa itu juga kamu telah memelok OKT?
A: Tidak.
Q: Setuju atau tidak, tangan kamu dibuka, masa kamu mula-mula baringkan
atas tilam?
A: Tidak setuju. Masih lagi diikat.
Q: Boleh terlentang ke tangan di belakang?
A: Ada senget-senget sikit, tidak boleh baring betul.
Q: Saya katakan perkara itu tidak benar, dan tangan kamu tidak diikat?
A: Memang tangan saya di ikat, masa kemaluan masuk.
Q: Selepas kejadian apa OKT buat?
A: Lepas dia masukkan kemaluan itu, baru dia buka ikatan saya.

Ketujuh, keterangan OKT bahawa selepas kejadian rogol beliau mangsa mengajak
untuk ke hospital untuk mendapatkan MC juga adalah rekaan OKT. Keterangan mangsa
bahawa beliau telah memujuk OKT untuk membawanya ke klinik tidak pernah dipersoalkan
oleh pihak pembelaan. Malah, keterangan OKT yang menyatakan semasa di klinik, beliau
telah mendaftarkan mangsa juga merupakan satu rekaan kerana SP3 sendiri telah sahkan
bahawa mangsa daftarkan dirinya sendiri untuk mendapatkan rawatan.

Kelapan, keterangan OKT bahawa Pegawai Penyiasat telah gagal mengambil pita
pelekat dia atas akuarium dan menafikan pita pelekat berwarna hitam yang diambil di bawah
katil adalah pita yang digunakan untuk mengikat mangsa. Bagi isu ini Mahkamah mendapati,
isu pita pelekat di atas akuarium adalah satu rekaan kerana OKT sendiri tidak pernah
menyatakan dalam keterangannya di mana beliau meletakkan semula pita pelekat yang telah
digunakan untuk menampal tangan mangsa. Keterangan beliau hanyalah, beliau mengambil
pita pelekat dari atas akuarium sebelum menepek tangan mangsa. OKT juga gagal
menjelaskan mengapa terdapat pita peleket panjang yang telah digunakan di bawah katil.
Keterangan OKT bahawa Pegawai Penyiasat memaksa OKT mengakui bahawa pita pelekat
panjang tersebut telah digunakan untuk mengikat mangsa juga tidak munasabah kerana beliau
sendiri yang tunjukkan pada Pegawai Penyiasat pita pelekat tersebut. Jika beliau tidak
gunakan, mengapa OKT perlu tunjukkan pita pelekat tersebut? Kerana jika ia benar tidak

43
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

digunakan untuk mengikat mangsa, mengapa DNA mangsa boleh dikesan padanya
sepertimana keterangan SP7.

Kesembilan, Mahkamah turut menemui sekali lagi percanggahan keterangan OKT


semasa pemeriksaan utama dan ketika pemeriksaan balas oleh TPR iaitu berkaitan perkara
yang dilakukan oleh OKT selepas selesai memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan
mangsa. Semasa pemeriksaan utama OKT menyatakan selepas kejadian rogol, OKT mandi
dan selepas itu barulah OKT keluar dari rumah bersama mangsa untuk ke klinik. Namun
ketika pemeriksaan balas OKT menyatakan:-

Q: Sejurus selepas kejadian, kamu terus keluar dari rumah?

A: Ya.

Percanggahan ini tidak dijelaskan oleh OKT semasa pemeriksaan semula. Ini jelas
membuktikan OKT tidak bercakap benar mengenai kejadian yang berlaku dan hanya mereka-
reka keterangannya.

Seterusnya, Mahkamah juga mendapati OKT menipu apabila menyatakan “Semasa


saya mandi dia (mangsa) duduk di kerusi di ruang tamu sambil tengok TV. Bagaimanapun
semasa disoal balas OKT menyatakan semasa beliau mandi pintu bilik airnya bertutup. OKT
juga bersetuju dengan cadangan TPR sekiranya pintu bilik air tutup, OKT tidak akan nampak
apa yang ada di luar bilik air. Berdasarkan keterangan OKT ini, jelas bahawa OKT
sebenarnya hanya mereka-reka cerita bahawa beliau telah mandi selepas kejadian rogol
tersebut.

Begitu juga dengan keterangan OKT bahawa mangsa yang ajak untuk mendapatkan
MC selepas kejadian rogol tersebut adalah keterangan rekaan sahaja kerana keterangan
mangsa adalah jelas bahawa mangsalah yang telah memujuk OKT untuk menghantarnya ke
klinik dengan alasan dia berasa sakit.

Dapatan Mahkamah Di Akhir Kes Pembelaan

Untuk berjaya dalam pembelaannya OKT perlulah memberikan satu penjelasan yang
jujur pada tahap imbangan kebarangkalian untuk menunjukkan bahawa kejadian rogol tidak
berlaku. Sepertimana yang telah digariskan oleh kes DA DUNCAN v. PP [1980] 2 MLJ 195,
Mahkamah Agung memutuskan bahawa:-

44
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

“The defence was, in effect a simple denial of the evidence connecting the appellant
with the four boxes. We cannot say any plausibility ground for saying that the four
boxes were not his. In the circumstances of the Prosecution evidence, the High Court
came into our view, to the correct conclusion that the denial did not cast a reasonable
doubt on the prosecution case against the appellant.” Seterusnya dalam kes PP v.
LING TEE HUAH [1982] 2 MLJ 324 diputuskan bahawa “A mere denial without
other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient.”

Berdasarkan garis panduan yang telah diberikan di atas, Mahkamah mendapati di


akhir kes pembelaan, setelah menilai keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwan dan
pembelaan, pihak pembelaan telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang
munasabah terhadap kes pendakwaan. Oleh itu, OKT adalah didapati bersalah melakukan
kesalahan sebagaimana pertuduhan dan dengan ini disabitkan dengan kesalahan.

Rayuan OKT

OKT memohon untuk dikenakan hukuman ringan kerana ini merupakan kesalahan
beliau yang pertama. OKT merupakan bekas anggota tentera dan telah berkhidmat dalam
ATM selama 15 tahun. Akibat dari kes ini, OKT telah kehilangan segala-galanya. Beliau
telah di pecat dari ATM. Sekarang beliau tidak bekerja dan tidak berpendapatan. OKT
berumur 30 tahun dan mempunyai dua orang anak yang berumur 2 tahun setengah dan 1
tahun. OKT telah bercerai dengan isteri dan anak dibawah jagaan isteri. Peguambela pohon
rekod kehadiran OKT ke Mahkamah dipertimbangkan sebagai faktor peringanan hukuman.
Beliau juga sentiasa berkerjasama dan tidak pernah tidak hadir ke Mahkamah untuk
perbicaraan.

Timbalan Pendakwaraya

Menghujahkan, Mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam berbanding


kepentingan OKT dengan memerintahkan satu hukuman berat yang mana ia akan dapat
memberi pengajaran OKT dan masyarakat. Fakta OKT anggota tentera dahulu (sekarang
bekas) adalah lebih patut diambil berat kerana sebagai anggota tentera, OKT tidak seharusnya
melakukan kesalahan sepertimana yang dipertuduhkan. OKT sepatutnya bertanggungjawab
untuk menjaga keamanan dan keharmonian negara. Sebagai pegawai awam kesalahan yang
dilakukan oleh OKT telah mencemarkan nama baik pegawai awam secara keseluruhan.

45
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

Hukuman mesti beri pengajaran pada OKT dan pegawai awam yang lain dan hanya hukuman
yang berat boleh beri pengajaran pada OKT.

TPR juga pohon pada Mahkamah untuk lihat trauma yang dihadapi oleh mangsa di
mana mangsa telah dilanggar oleh OKT, OKT telah menimbulkan ketakutan pada mangsa
ketika kejadian rogol di mana OKT telah tekan leher mangsa ke atas tilam hingga hampir
lemas dan mengikat tangan mangsa ketika merogol mangsa. Dalam keadaan tangan telah
diikat, mangsa tidak mampu melawan, mangsa sangat takut dengan perlakuan ganas OKT,
takut di bunuh dan dipukul. Trauma ini beri kesan yang sangat mendalam pada mangsa.
Kesan buruk pada masa depan mangsa itu sendiri.

TPR turut memohon Mahkamah ambil kira keseluruhan fakta yang berlaku ketika
menjatuhkan hukuman, di mana OKT tidak mengenali mangsa, mangsa telah dilanggar oleh
OKT secara sengaja. OKT telah ambil kesempatan untuk merogol. Mereka “total stranger”.
Sudah tentu mangsa hadapi trauma untuk berhadapan dengan orang yang tidak dikenali.

Hukuman dan Perintah Mahkamah

Penjara 20 tahun dari hari ini 13.12.2011 dan 7 kali sebatan.

Alasan Hukuman

Mahkamah telah merujuk kepada keseluruhan fakta kes dan berpendapat hukuman
yang diperintahkan oleh Mahkamah ini adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
oleh OKT berdasarkan alasan berikut:-

1) Jenis kesalahan yang dilakukan.

Kesalahan rogol yang dilakukan oleh OKT adalah satu kesalahan yang sangat serius.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein, sebanyak 24,635 kes rogol
dilaporkan di negara ini dari tahun 2003 hingga 2011 dengan tahun 2009 mencatat jumlah
tertinggi iaitu 3,626 kes. Walaupun ada penurunan pada tahun 2010 yang mencatat 3,595 kes
dan tahun 2011 dicatatkan sebanyak 3301 kes namun peratus penurunannya masih rendah.
Mahkamah ini berpendapat hanya hukuman pemenjaraan yang lama sahaja dapat
menyedarkan perogol-perogol ini bahawa perbuatan yang mereka lakukan itu sangat kejam
dan tidak bermoral. Apatah lagi dalam kes yang sedang dirayu ini, OKT telah berkahwin dan

46
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

mempunyai anak, namun masih melakukan perbuatan terkutuk ini dengan seorang yang tidak
dikenali.

2) Bagaimana kesalahan dilakukan.

Sebagaimana yang telah dihuraikan dengan jelas sebelum ini, Mahkamah ini
berpendapat apa yang dilakukan oleh OKT adalah sangat kejam dan tidak berperi
kemanusiaan. OKT sebagai seorang lelaki dewasa yang waras akal fikirannya bertugas
sebagai anggota tentera senggup melanggar seorang gadis yang sedang berjalan kaki ke
tempat kerja dan di bawa pulang ke rumahnya untuk memuaskan nafsu serakahnya.
Perbuatan OKT duduk di belakang mangsa yang telah ditiarapkan di atas tilam, menekan
muka mangsa ke tilam yang boleh menyebabkan mangsa lemas dan mengikat tangan mangsa
menggunakan pita pelekat adalah sangat kejam. Apalah yang boleh dilakukan oleh seorang
wanita jika diperlakukan seperti itu. Mujur mangsa dalam kes ini masih mampu berfikir
untuk mengelak agar dirinya tidak terus dikasari dan dicederakan OKT dengan tidak
melawan dan mematuhi arahan OKT, jika tidak mungkin beliau juga akan menjadi salah satu
dari statistik mangsa yang ditemui mati selepas dirogol sepertimana keterangan beliau “Saya
takut dia akan bunuh saya lepas itu. Saya tak mampu melawan dalam keadaan itu”.
Akibat dari rogol yang dilakukan oleh OKT, mangsa mengalami pendarahan di bahagian
faraj sebagaimana keterangan SP6. Ini membuktikan wujud kekerasan dan paksaan ketika
rogol berlaku.

3) Kepentingan Awam Melebihi Kepentingan OKT.

Mahkamah ini telah mempertimbangkan kedua-dua faktor ini dengan mendalam dan
berpendapat kepentingan awam dalam kes ini adalah lebih perlu diberatkan berbanding
kepentingan OKT.

OKT, sekarang berstatus duda dan kedua-dua anaknya di dalam jagaan bekas isteri.
OKT juga sudah tidak berkhidmat dengan ATM. Tiada dihujahkan oleh peguam yang
bijaksana kepayahan yang akan dialami oleh bekas isteri atau keluarganya sekiranya OKT
dipenjarakan dalam tempoh yang lama.

Kepentingan awam amat perlu diambil kira kerana kes rogol seumpama ini boleh
berlaku pada sesiapa sahaja. Dalam kes ini mangsa tidak mengenali OKT dan beliau telah

47
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

dilanggar dengan kereta ketika sedang berjalan kaki sebelum dirogol. Mahkamah perlu
menyampaikan pesanan kepada masyarakat bahawa Mahkamah tidak memandang mudah
pada kejadian seperti ini. Mahkamah perlu menyampaikan pesanan kepada perogol-perogol
atau yang ada niat untuk merogol bahawa balasan yang setimpal akan dikenakan pada mereka
sekiranya ditangkap.

4) Kesan psikologi pada mangsa.

Mangsa dalam kes ini mengalami trauma yang sangat teruk akibat perbuatan OKT
sehingga Hakim Perbicaraan (ketika itu) mencatatkan “mangsa menggigil” ketika diminta
membuat pengecaman terhadap OKT walaupun perbicaraan dimulakan setahun selepas
kejadian. Ini membuktikan bahawa, perbuatan OKT merogol mangsa meninggalkan kesan
yang amat mendalam terhadap diri mangsa. Mahkamah ini juga membuat pemerhatian
terhadap mangsa sepanjang perbicaraan dan mendapati mangsa amat tertekan ketika disoal
balas oleh peguam sehingga sering beristighfar sebelum menjawab soalan. Dengan keganasan
dan kecederaan yang dialami oleh mangsa, sudah pasti perbuatan OKT ini akan beliau ingati
sepanjang hayatnya. Walaupun peguam yang bijaksana menghujahkan mangsa tidak alami
sebarang kecederaan akibat perlanggaran, namun kecederaan yang dialami akibat rogol perlu
Mahkamah ini ambil kira kerana pendarahan di faraj yang dialami oleh mangsa sangat serius
melibatkan 50 cc darah adalah sebenarnya lebih teruk berbanding kecedaraan luaran (jika
ada).

5) Hukuman sebagai balasan dan pengajaran

Hukuman pemenjaraan 20 tahun dan sebatan 7 kali adalah sebagai satu pengajaran
kepada OKT dan juga masyarakat umumnya untuk tidak menganiaya dan mengambil
kesempatan pada kaum wanita. Mahkamah ini berpendapat hukuman pemenjaraan yang lama
ini tidak akan dapat mengatasi trauma dan kenangan hitam yang dialami oleh mangsa akibat
perbuatan terkutuk OKT. Dalam kes Razali Hamzah yang dirujuk oleh Mahkamah ini yang
mempunyai fakta kes hampir sama, Mahkamah Tinggi telah mengekalkan perintah
pemenjaraan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen iaitu 16 tahun penjara dari tarikh
tangkap dan 10 sebatan. Justeru, hukuman 20 tahun pemenjaraan dan 7 sebatan yang
diperintahkan oleh Mahkamah ini adalah selari dengan keputusan Mahkamah-mahkamah lain
di Malaysia ini.

48
[2012] 5 LNS 55 Legal Network Series

Kesimpulan

Mahkamah ini berpendapat perintah pemenjaraan 20 tahun dari tarikh jatuh hukum
dan 7 sebatan yang dikenakan terhadap OKT adalah satu perintah yang tepat dan wajar
setelah mengambil kira keseluruhan fakta kes dan prinsip undang-undang yang sedia ada.
Permohonan OKT untuk tangguh pelaksanaan hukuman ditolak kerana tiada faktor khas yang
ditunjukan oleh OKT bagi menyokong permohonan beliau sepertimana yang diperuntukkan
oleh undang-undang.

BERTARIKH: 21 FEBRUARI 2012

(EMELIA KASWATI MOHAMAD KHALID)


HAKIM
MAHKAMAH SESYEN JENAYAH 11 KUALA LUMPUR

KAUNSEL:

Bagi pihak perayu - Ain-Nur’Amiyerra Awod Abdullah, Timbalan Pendakwaraya;


Jabatan Peguam Negara

Bagi pihak penentang - Adenan Ismail; T/n Adenan & Associates

49

You might also like