Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Aminuddin Baki

Aminuddin Baki dilahirkan pada 6 Januari 1926 di


sebuah kampung dalam daerah kecil Chemor di Perak. Beliau menerima pendidikan awal di
Sekolah Melayu Chemor dari tahun 1932 hingga 1936. Selepas lulus peperiksaan darjah
lima beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah Anderson, Ipoh. Sekolah tersebut
merupakan sekolah Inggeris terbaik dan mempunyai guru yang baik dan berpengalaman.
Aminuddin belajar di sekolah tersebut dari tahun 1936 hingga 1941. Sekitar tahun 1945
hingga 1946 beliau mula menunjukkan minat dengan persatuan pelajar. Beliau sangat
kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945
di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Pada ketika itu hanya mempunyai 11 orang ahli.
Persatuan ini kemudiannya menjadi Kesatuan Kesuratan Penuntut-penuntut Melayu yang
ditubuhkan pada 11 Februari 1946. Kesatuan ini telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi
menyatukan semua persatuan pelajar di negara ini dan Aminuddin telah dilantik sebagai
setiausaha. Pada masa yang sama beliau telah menubuhkan Persatuan Pelajar di Perak
yang dikenali sebagai Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) pada bulan April
1946. Namun begitu penglibatannya hanya sementara kerana pada bulan Oktober 1947
beliau diterima sebagai pelajar di Raffles College, sebuah kolej termasyhur.
Pada masa ini UMNO telah ditubuhkan bagi menentang penubuhan Malayan Union. Dalam
masa yang sama pemimpin-pemimpin persatuan pelajar digalakkan berusaha ke arah
pencapaian matlamat mereka. Oleh kerana itu, Aminuddin dan pemimpin pelajar lain
mengambil keputusan untuk menubuhkan persatuan yang lebih kuat. Tujuh persatuan telah
bersidang selama dua hari di Jalan Tambun, Ipoh. Hasil daripada persidangan itu
terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948.
Walau bagaimanapun pada tahun 1949 Aminuddin terpaksa berhenti bergiat aktif dalam
persatuan pelajar kerana ditawarkan ke Universiti Malaya, Singapura. Pada ketika itu beliau
hanya mengikuti perkembangan persatuan dari jauh sahaja. Semasa di universiti beliau
berminat mengajar dan untuk menimba pengalaman beliau telah mendaftar sebagai guru
sambilan di Anglo-Malay Evening School. Beliau telah mengajar di sekolah itu dari tahun
1949 hingga 1951. Dalam tahun 1950, beliau bergiat aktif dalam GPMS dan dilantik sebagai
Yang Dipertua persatuan. Dalam tahun yang sama beliau telah lulus peperiksaan Sarjana
Sastera dan pada tahun berikutnya, lulus Ijazah Kepujian Sarjana Sastera.

Selepas menamatkan pelajarannya, beliau kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah
Inggeris Sultan Yusuf di Batu Gajah. Pada tahun 1951 hingga Julai, 1952, beliau telah
berkhidmat di Sekolah Anderson. Beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang
pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti London dengan Biasiswa Queen. Beliau
meninggalkan Pulau Pinang dengan menaiki kapal SS Canton pada 12 Julai 1952.
Aminuddin menamatkan pengajiannya pada bulan Julai 1953 dengan mendapat Ijazah
Master of Methods dalam bidang pendidikan. Selepas pulang ke tanahair beliau ditawarkan
jawatan Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Sumbangan
besarnya kepada pelajar dengan memperkenalkan Sejarah Islam tetapi tidak termasuk
dalam sukatan pelajaran. Pada bulan September 1955 Aminuddin terlibat dalam
menyediakan Laporan Pendidikan Razak dan pada tahun 1960 pula beliau dipilih sebagai
ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman.

Pada usia 36 tahun beliau telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Selangor. Pada
masa yang sama beliau aktif dalam persatuan dan pertubuhan lain seperti Senat Universiti
Malaya, Persatuan Al-Rahman, Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan
Pustaka. Dengan usaha beliau juga peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil .Pelajaran
Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) diwujudkan. Beliau telah
menubuhkan Lembaga Peperiksaan pada tahun 1963. Aminuddin Baki meninggal dunia
pada 24 Disember 1965 kerana diserang penyakit jantung selepas menunaikan
sembahyang. Pada ketika itu memegang jawatan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

You might also like