Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

A.

  SEJARAH BOLA JARING


1.1 Pengenalan
Permainan bola jaring merupakan salah satu permainan yang dianggap
popular di kalangan kaum wanita di Malaysia. Bola jaring menjadi permainan pilihan
bagi pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab dan institut
pengajian tinggi. Undang-undang permainan ini boleh diubah mengikut kesesuaian
kebolehan pemain dan bilangan pemain dalam setiap pasukan. Permainan bola
jaring dipercayai berasal daripada permainan bola keranjang yang dipelopori oleh
Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat pada tahun
1891.
            Permainan bola jaring mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun
1990. Ia bermula di sekolah-sekolah Inggeris (English Medium School) dan
diperkenalkan oleh guru-guru dagang dan mubaligh-mubaligh. Kini, permainan bola
jaring telah popular dan menjadi permainan kaum wanita di Malaysia.

1.2 Asal Usul Bola Jaring dan Perkembangannya


Bola jaring (netball) adalah satu permainan yang direka oleh dan diubahsuai
daripada permainan bola keranjang. Ia mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada
tahun 1891 oleh Dr. James Naismith. Pada tahun 1895, Dr. Isles dari Amerika
Syarikat melawat sebuah maktab pendidikan jasmani iaitu Madame Bergman
Osterberg’s Physical Training College di Hampstead, London dan telah mengajar
permainan bola jaring di sana. Di Hampstead, permainan ini dimainkan di gimnasium
dengan menggunakan dua buah bakul sampah yang digantung di hujung dinding
sebagai gol dan dinding gimnasium sebagai garisan. Justeru, bola tidak keluar dari
kawasan permainan.
            Permainan ini dipanggil basketball kerana asal gelang gol (goal rings) ialah
bakul. Ini bermakna pengadil dikehendaki memanjat tangga untuk mendapatkan
bola balik selepas setiap jaringan. Pada masa tersebut, terdapat tiga set paraturan di
Amerika Syarikat iaitu:
      i.        Peraturan-peraturan rasmi untuk pemain-pemain lelaki.
    ii.        Peraturan-peraturan Inter-Collegiate (juga digunakan oleh pemain lelaki).
   iii.        Peraturan-peraturan Splading untuk pemain-pemain wanita.
Beberapa perubahan dibuat pada tahun 1898 untuk permainan basketball dan ini
mewujudkan perubahan dalam asal usul permainan netball. Antara perubahan yang
dilakukan ialah:
a)    Bilangan pemain ditambah menjadi sembilan orang.
b)    Saiz bola dikecilkan kepada saiz bola sepak.
c)    Gelanggang dibahagikan kepada tiga kawasan.
d)    Gelang-gelang gol dikecilkan daripada 4.5 cm kepada 3.75 cm.
e)    Tiang gol ditinggikan kepada 3 meter.
f)     Skor:
                      i.        Satu mata jika gol dijaringkan daripada gelanggang/ kawasan tengah.
                    ii.        Dua mata jika jaringan dilakukan daripada kawasan tengah.

Pada tahun 1901, sebuah buku rasmi peraturan bola jaring diterbitkan di England.
Peraturan tersebut dibuat bertujuan untuk membezakan permainan ini dengan bole
keranjang. Pengiraan skor dilakukan setiap kali bola dimasukkan ke dalam jaring.
Permainan ini secara rasmi dinamakan bola jaring apabila gol yang berbentuk
gelung besi ditukar kepada jaring. Terdapat banyak Negara seperti Australia, New
Zealand, India dan Fiji mengekalkan nama basketball dan tidak menukarkan
namanya sehingga selepas beberapa tahun.
            Di peringkat antarabangasa, sukan bola jaring dikawal oleh Persekutuan
Antarabangsa Persatuan Bola Jaring (International Federation of Netball
Associations) yang ditubuhkan pada tahun 1960 di Sri Lanka. Pada tahun 1963,
Kejohanan Bola Jaring Dunia telah dilangsungkan di England dengan pasukan dari
Australia telah muncul sebagai johan. Walaupun permainan bola jaring mempunyai
ramai peminatnya, terutamanya di negara Komanwel, ia belum lagi diterima sebagai
satu sukan dalam Sukan Olimpik, Sukan Asea dan Sukan SEA. Di Malaysia,
Persatuan Bola Jaring Malaysia yang ditubuhkan pada 1978 adalah majlis yang
mengawal dan mengawasi perjalanan kegiatan bola jaring di seluruh negara. Di
peringkat sekolah, Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) melalui program
pertandingan dan perkembangannya telah memajukan permainan bola jaring dalam
kalangan pelajar sekolah.
PERALATAN

Ada beberapa peralatan yang diperlukan dalam sukan bola jaring. Antaranya ialah sebiji
bola, gelanggang (tertutup atau terbuka) dan tiang gol.

2.1BOLA

Sukan bola jaring memerlukan bola khas untuk bola jaring. Rupayan seperti bola keranjang.
Bola tersebut mempunyai saiz 5,berdiameter 99-102 cm dan beratnya 6.35-7.26g. Bola ini
diperbuatdaripada getah atau kulit.

2.2GELANGGANG

Terdapat dua jenis gelanggang bola jaring iaitu gelanggangterbuka dan tertutup.
Gelanggang ini merupakan gelanggang berumput dikawasan terbuka atau dibuat khas
dengan menggunakan simen atauperkey untuk gelanggang tertutup.Gelanggang bola jaring
besar sedikit dari gelanggang bolakeranjang, sepanjang 30.5mdan selebar 15.25m. Garis
panjang dikenalisebagai Garis Sisi dan garis panjang dikenali sebagai Garis Gol (Goal
Lines). Gelanggang dibahagi kepada tiga kawasan sama besar. Bulatan

Pusat bergaris pusat 90cm terletak ditengah gelanggang. Separuhbulatan bergaris pusat (

radius

) 4.9m pada setiap Garis Gol dikenalisebagai Bulatan Gol. Lebar garis gelanggang tidak
lebih dari 50mm.Gelanggang bola jaring boleh dibahagikan kepada 3 kawasan ataupetak
yang sama ukuran. Dua buah kawasan merupakan kawasan gol. Kawasan lain ialah centre
atau kawasan tengah. Kawasan tengah ini pula terletaknya bulatan tengah.Di kedua-dua
hujung gelanggang, iaitu di kawasan pertama danketiga, terdapat garisan semi-circle atau
separuh bulatan yangmerupakan bulatan gol. Kawasan tengah 3

10.14 m

2.3TIANG GOL
Di kedua-dua belang gelanggang dipasang tiang gol yang tingginya 3.05 m (10 kaki). Biasanya
tiang gol diperbuat daripada besi. Bulatan besiberjaring yang terletak di bahagian atas tiang mempunyai
diameter 38cm.

You might also like