Transkripsi - Budaya Dalam Pembelajaran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TRANSKRIPSI TEMU BUAL BERSAMA CIKGU SEKOLAH KEBANGSAAN (SK)

Jeniffer Selamat Sejahtera Cikgu.


Cikgu Ok, Selamat Pagi..
Jeniffer Cikgu saya ada beberapa soalan mengenai sosiobudaya di sekolah.
Soalan pertama, adakah cikgu pernah mengajar dalam kalangan pelbagai murid.
Cikgu Baiklah, pertama sekali terima kasih untuk menemu bual saya. Memang ada.
Saya pernag mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kelumpong,
ahhh.. Kuala Gula. Begitu juga dengan ada satu sekolah, sekolah itu Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina Alor Pongsu dan satu lagi Sekolah Kebangsaan
Chehnin, Sungai Siput.
Jeniffer Baik cikgu, apa perbezaan...
Cikgu kejap..ahh tapi tak lama tau. Sekejap je sebab dalam khidmat SISC bukan
PLUS. Masa itu kita buat program rintis SISC lahh. Ok.
Jeniffer Okay yang dalam masa singkat itu apa perbezaan atau kesukaran cikgu
menghadapi dalam kalangan murid yang pelbagai jenis.
Cikgu Baik, kesukaran dan perbezaan itu dari segi..Jantina, umur kemudian latar
belakang. Perbezaan dari segi bangsa pun ada. Ada Cina, India ada Orang Asli.
S ehh SK Chehnin ni sekolah orang Asli. Orang Asal. Ahh lepas tu, kebanyakkan
mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan perlukan
keterjemahaan.
Jeniffer Baik cikgu.
Cikgu Okay.
Jeniffer Ahh, apakah contoh-contoh aktiviti sosiobudaya yang pernah dijalankan di
sekoalh.
Cikgu Kalau setakat di peringkat sekolah sini, kita laksanakan Sambutan Hari Raya.
Kami melaksanakan aktiviti sosiobudaya ini dengan tujuan untuk mengeratkan
hubungan antara murid. sambutan Hari Raya ini secara langsungnya membantu
murid untuk memahami sosiobudaya murid lain. aktiviti sambutan Hari Raya ini
membantu murid yang berlainan agama atau bangsa untuk memahami jenis
makanan tradisional, pakaian tradisional, adat resam kaum Melayu. Kalau
sekolah yang saya cekap tadi Alor Pongsu. SJKC Alor Pongsu itu macam
sambutan Tahun baru Cina dan SJKT Ladang Kalumpang kita sambut ponggal
Jeniffer Ohh, ikut kesesuai sekolah itu
Cikgu Haa.. ikut sekolah tu.
Jeniffer Ahh, contoh macam sekolah SK ni sambut Hari Raya, ada pelajar pelbagai
kaum. Adakah cikgu menghadapi apa-apa kesukaran ?
Cikgu Tahun ini sekolah ini tak ada pelbagai kaum. Tahun-tahun sebelum ini adalahh.
Pada pendapat saya kalau pelbagai kaum ni kita nampak ahhhh .. apa dia
soalan tadi ?
Jeniffer Ah, kesukaran yang dihadapi
Cikgu Haa.. kesukaran dia kan. Kesukaran dia ni hm bagi kaum yang berlainan kan ...
nak menyampaikan satu benda tu dia kena, cikgu kena tunjuk lahh. Kaedah
macam mana nak ..nak melaksanakan satu program tu. Tunjukkan sebabnya
maklumlah dia... hm.. apa dia...
Jeniffer Murid yang berlainan ?
Cikgu Haaa.. murid yang berlainan ni, dia kena apa tu..hm..kita tahulah dia kaum
lain. Contoh kan. aktiviti sambutan Hari Raya, murid yang berlainan kaum rasa
sambutan ini tak penting pun untuk mereka so penglibatan mereka agak kurang.
Guru perlu rancang aktiviti yang menarik. Guru yang tak ada pengalaman ni lahh
mengahapi banyak kesukaran. Guru ini perlu bagitahu kepentingan pelaksanaan
aktiviti. Kesukran lain adalah, bahasa. Guru juga disarankan untuk guna BM
baku bukan dialek-dialek negeri. Sebab murid yang pelbagai kaum ni tak faham.
Jeniffer Baik cikgu, apa masalah-masalah yang mungkin berlaku dengan melaksanakan
aktiviti sosiobudaya dalam kalangan murid.
Cikgu Baik. Bagi saya masalah dalam melaksanakan aktiviti sosiobudaya. Pertama
sekali masalah keagamaan atau sensitif. Sebab pada permulaan perkhdimatan,
sekolah kami mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan. Dah lah sekolah itu
memang murid bukan Islam sangat kurang. Saya tak sedar dan hidang daging
kepada murid. Isu itu menjadi isu hangat di sekolah saya dulu sampai bincang
dalam mesyuarat PIBG. Haha, so mungkin kalau kita tengok dari segi masalah,
isu-isu sensitif ini tidak ketinggalan lahh. Lagi satu masalah pilih kasih. Biasanya,
pilih kasih anak yang mempunyai latar belakang yang baik dan sebagainya lahh.
Saya ada juga pengalaman dengan masalah ini. Sebab dulu masa saya mula
berkhdimat saya mengajar di sebuah sekolah dimana anak saudara saya pun
belajar tahun 1. Pada permulaan saya tak ajar pun kelas itu. Lepastu masa
seorang guru pergi cuti bersalin, saya terpaksa mula mengajar kelas tahun 1.
Kelas itu ada anak saudara saya. Saya kurang sedar dan sentiasa memerhati
dan tanya soalan serta mengajar secara personal di dalam kelas. Dalam sekolah
iti tak ada orang tahu yang kami ni saudara... Hahah.. depa ingat saya pilih kasih
sebab dia anak kaya. Habislahhhh.. lepastu jadilah masalah sikit. Lepastu saya
minta Guru Besar untuk tak bagi saya ajar kelas yang saya kenal budak even
saya tak ajar kelas anak saya..hmmmm lagi kalau masalah yang mungkin
berlaku itu, masalah berbahasa. Murid sukar faham bahasa Kebangsaan. Guru
perlu pandai guna bahasa yang mudah lahh..
Jeniffer Huhh.. Cara bagaimana cikgu mengelakkan masalah-masalah kalangan murid
sosiobudaya sebegini.
Cikgu Nak elak. Cara elak lahh. Pertama saya nampak kan kalau kita sebagai guru,
Guru perlu ada pengetahuan awal tentang pelajar berkenaan. Persekitaraannya,
latar belakang. Bila kita dah masuk sekolah tersebut, contoh mula mengajar
seolah yang ada pelajar India, Melayu. Kita kena tahu dia punya budaya.
Budaya dia, latar belakang dia. Jangan terus masuk. guru tidak boleh
menggunakan TMK bagi mengajar murid-murid yang luar bandar. Dia jadi sukar
untuk guru itu sendiri untuk menyampaikan maklumat. Bila kita dah tahu
sosiobudaya pelajar bekenaan, saya yakin bahasa yang disampaikan mudah
sampai. Aktiviti yang dijalankan, ilmu yang disampaikan mudah disampaikan
kepada pelajar. Lain daripada itu kita juga boleh..hm..macam ni...apa ni... Ahhh
libatkan pelajar dalam aktiviti persatuan. Saya bergaul dengan semua murid
tanpa mengira agama, latar belakang dan kedudukan sosial untuk mengelakkan
masalah pilih kasih.
Jeniffer Apakah cadangan penyelesaian dalam bentuk inovasi baik dari aspek
pengurusan dan penyediaan bahan-bahan pengajaran.
Cikgu Cadangan saya, komunikasi lah. Memberi keutamaan kepada kmunikasi
bekesan sama ada antara kawan dengan kawan atau murid dengan guru. Murid
yang pelbagai kaum ni bahasa ibunda bukan bahasa Melayu. Dia nak...nak
menggunakan bahasa kedua ni. Bahasa Kebangsaan ni perlukan masa jadi guru
kena pandai lahh. Kena pandai melakukan aktiviti yang sesuai dengan tahap
murid. Contoh dalam kelas tu, dia buat dalam bentuk kumpulan. Campur semua
murid kaum lain ni supaya bahasa Kebangsaan ni boleh diterapkan secara
mudah. Murid-murid melayu ni boleh membantu pelajar bekenaan. Selain itu,
lobatkan pelajar berkenaan dalam aktiviti persatuan. Persatuan yang pelbagai
kaum. Jangan satu persatuan itu, Melayu saje, persatuan ini India saje. Itu tak
jadi. Cara nak terapkan budaya yang pelbagai ni dia kena campur.. Ahhh..
Supaya pelajar Melayu boleh tahu tentang pelajar India, pelajar Melayu boleh
tahu tentang pelajar Cina begitu juga dengan sebaliknya. Dalam unsur
persatuan tadi ni, libatkan lah ahh dia mungkin pelajar Melayu jadi pengerusi,
pelajar India jadi Setiausaha. Jangan semua sekali kaum yang sama pegang
jawatan yang bekenaan
Jeniffer Baiklah cikgu, setakat itu sahaja soalan-soalan yang saya ingin menemu bual.
Terima kasih atas perkongsian tadi.

You might also like